BAB 15

Drama Completed 90864

Ruang tamu rumah Maliq tegang dengan tiba-tiba.Dara memandang Along yang berdiri membelakangi mereka.Dia tidak berani nak bersuara.

Maliq disebelahnya turut diam seribu bahasa.Macamana dia boleh lupa yang Dara ada dalam rumah ni.Dengan selamba dia jemput Faysal masuk ke dalam rumahnya.

"Korang berdua tahu kan hukum duduk berdua dalam rumah ni tanpa ikatan apa-apa?"soal Faysal memecah kesunyian.Suara parau dan garau itu menghentak hati Dara.

"Kita orang tak buat apa pun"ucap Maliq.Faysal memandang Maliq dengan kekecewaan.

"Along kita orang tak salah pun"ucap Dara cuba untuk membantu Maliq.

"Kau diam Adik!!!"jerit Faysal menunding jari pada Dara.

Dara terus menundukkan wajahnya.Along memang jarang marah tapi dia paling tak suka kalau perkara yang boleh mencalarkan maruah keluarga mereka.

Maliq tak puas hati dengan Faysal.

"Yang kau nak marah dia kenapa?.Aku yang bawa dia datang sini bukan salah dia"ucap Maliq.Faysal mendekati Maliq.

"Dan kau bodoh bawa dia ke sini kenapa?.Kau tahu dia ni anak dara orang? Kau tu duda..kalau orang lain nampak apa kata orang?.Mana Mak dan Ayah aku nak letak muka"ucap Faysal.

"Aku minta Dara tengokkan Lish dekat atas tu tengah sakit.Bukan kitaorang buat perkara tak baik pun.Ya aku tahu aku Duda, asal duda tak layak nak kahwin lagi ke?"soal Maliq menolak tubuh Faysal.

Faysal menggigit bibirnya.

Dara tak bentah terus dia bangkit dan cuba menghalang lebih teruk nanti akan jadi.

"Dah sudah..."ucap Dara cuba menghalang.

Faysal menarik kolar baju Maliq.

"Along...dahlah.."seru Dara cuba untuk meleraikan genggaman tangan Faysal pada Maliq.

"Kalau kau nak aku bertanggungjawab pada adik kau aku sangguplah kahwin dengan dia"ucap Maliq terus pada Faysal.

Tegang muka masing-masing.Dara pula rasa nak pening dengan apa yang dibicarakan oleh Maliq.

Terus dia rebah dekat situ.Maliq dan Faysal memandang Dara yang pengsan di lantai.

"Aku dah agak benda ni akan jadi"

"Kali ni aku nekad aku serius dengan keputusan aku buat.No turn back"ucap Maliq pada Faysal.

Faysal memandang Maliq.

"Means...kau serius ke tadi?"soal Faysal semula.

"Kau pernah tengok aku tak serius ke?"soal Maliq terus melangkah ke arah Dara yang pengsan tadi.Faysal bengang Maliq mahu mengangkat Dara.

"Tepi!!! Abang dia hidup lagi" ucap Faysal menolak tubuh Maliq ke tepi.Dara dicempung dan diletakkan atas sofa.

Maliq terus ke dapur mengisi air dalam mangkuk dan membawanya pada Faysal.

Faysal membasahkan tangannya dan menyapu dimuka Dara.

Dara terasa sesuatu yang basah.Dia mencelikkan matanya dan melihat dua orang lelaki yang sedang memandangnya.

"Adik Okay?"

"Kau Okay tak?"

Dara bangkit dan duduk memegang kepalanya yang sakit.

Kedua-dua mereka memandang pada Dara yang masih diam.

"Adik okay tak ni?"soal Faysal sekali lagi.

"Tadi adik rasa macam ada dengar pasal kahwin betul ke?"soal Dara yang tak ingat apa jadi sebelum dia pengsan tadi.

Faysal memandang Maliq.

"Aku cakap dengan Along kau yang aku nak kahwin dengan kau"ucap Maliq tanpa selok belok.

"Mana boleh macamtu saya tak ada hati dekat bos pun"ucap Dara menidakkan perasaannya.

Faysal memandang Maliq sekilas.Kawan baiknya itu kelihatan tenang walaupun baru lepas ditolak mentah-mentah oleh adiknya yang bertuah.

Maliq berjalan ke arah Dara dan duduk disebelah wanita itu.

Dara menjarakkan sedikit kedudukannya tapi Maliq sengaja dia mendekatkan lagi dirinya.Dara terus bangkit dan berdiri jauh dari Maliq.

"Kalau awak tak ada perasaan pada pada saya kenapa awak lari daripada saya?"soal Maliq memeluk tubuh.

"Mana saya lari...saya cuma jaga jarak je.Lagipun mana boleh saya kahwin dengan bos kalau saya tak cintakan bos.Bos jangan nak permainan saya"ucap Dara.

Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.Kesakitan yang Farid dan Dira buat dahulu buatkan dia menutup rapat pintu hatinya.

Maliq memandang Dara serius.

"Faysal hujung minggu ni aku akan datang jumpa dengan keluarga kau untuk nyatakan hasrat aku untuk peristerikan adik kau.Dara saya tunaikan kata-kata saya"ucap Maliq memandang Dara.

Dara dah menggelengkan kepalanya.Faysal beriak biasa sahaja.

*********

Dia memandang wajahnya yang pertama kali dimekapkan oleh jurumekap yang ditempah oleh Mak Bedah.

Ini juga kali pertama juga dia ditempek bedak asas,pembayang mata,celak,gincu,bulu mata palsu,lip gloss, dan pemerah pipi pada wajahnya.

Dara tidak memberi sebarang reaksi.

"Dara...Dara..." tegur jurumekap menepuk bahu Dara bila melihat pelanggannya itu menundukkan wajahnya.

Dara terkejut mahu.Tangannya mahu menyentuh mata lekas dihalang jurumekap.

"Jangan rosak mekap awak nanti"ujar jurumekap.

Dia bersalaman dengan Faysal dan bakal bapa mentuanya terlebih dahulu.Dia ditemani oleh Brian dan beberapa rakannya sahaja dan wakil yang ada.

Dia menarik nafasnya dalam-dalam menanti kehadiran Dara.Majlis pernikahan diadakan disurau berdekatan dengan rumah keluarga mentuanya.
"Mana adik kau? Tok kadi dah sampai"jawab Maliq kegelisahan.

Faysal ketawa kecil.

"Amboi...tak sabar nampak...sabar sikit"usik Faysal.

Maliq hanya menjeling tajam.Malas mahu melayan usikan Faysal itu.

Diam seketika.Maliq kelihatan gelisah seolah-seolah seorang suami menanti isterinya di dalam bilik bersalin.Faysal nampak tenang.Memang Faysal tenang sebab yang akan berhadapan dengan tok kadi Maliq bukan dia.

"Kau nervous tak nak jumpa tok kadi? bukan kali pertama pun kan?"tanya Faysal sekadar ingin memecah kesunyian agar tidak terlalu senyap.

"Aku nak semuanya selesai cepat cuma aku takut Dara lari je tinggalkan majlis ni.Kau tahu adik kau macamana kan?"

Faysal mengangguk akur.

"Suraya tak tahu pasal perkara ni kan?"soal Maliq.Dia bimbang pernikahan dia dan Dara akan diketahui oleh Suraya dan Umi Zakiah.Dara yang meminta supaya dirahsiakan.

"Tak tahu jangan risaulah.Aku tahu nak tutup mulut"ucap Faysal.

Sebuah kereta Civic masuk ke dalam perkarangan surau.Dara turun dari kereta.Kain dicincing sehingga ke paras buku lali.Seksa sungguh berjalan pakai kain potongan duyung.Menderita sungguh dengan kasut tumit tinggi lagi.

Dari jauh dia sudah kelihatan Maliq yang segak berpakaian baju melayu berwarna putih sedondon dengannya sedang berborak dengan Along.

"Maaf bos lambat..."pohon Dara dalam mengah.Seolah baru selesai maraton.

"Huh sampai pun ingat dah lar..."Dia terkesima.Kata-kata Maliq tersekat disitu.Terpegun melihat gadis yang sedang berdiri didepannya.Siapa gadis itu?.

"Adik ke ni?"tanya Faysal bila melihat kelibat Dara didepannya.Dia tak sangka cantik juga adiknya bila berselendang dan disolek.Hilang karakter Dara yang boyish.

Dara malu dengan pakaiannya sendiri.Malu dengan mekap dimukanya.Dia malu dengan kedua-dua mereka didepannya.Mereka lebih mengenalinya dengan imej kasarnya.Tapi hari ni, dia muncul dengan imej seorang wanita.Malu gila!!! jerit hatinya.

Tidak berkedip matanya memandang Dara yang persis puteri raja.Dia tahu Dara cantik.Cuma gadis itu tidak pernah menyerlahkan kecantikannya.Sekali mekap dah macam patung beb!

"Maliq bukan kita dah lambat ke?"tanya Faysal.

"Dah jom masuk"suruh Maliq menahan malu.

Dia memberi laluan pada Dara masuk terlebih dahulu untuk sesi pihak perempuan bertemu tok kadi.

"Cantik tak Adik aku? Untung kau dapat bini secantik adik aku"bisik Faysal pada Maliq.

Maliq menyiku perut Faysal.Merengek kesakitan Faysal dibuatnya.

"Kau diam boleh tak?"ucap Maliq melangkah masuk ke dalam surau.Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

*********

"Aku terima nikah Idara Malaiqa Binti Abbas dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai"ucap Maliq dalam satu lafaz sebelum menghayun tangan.

Tiga orang saksi termasuk Faysal mengangguk sambil memandang satu sama lain.Menandakan masing-masing mendengar lafaz nikah itu jelas.Dalam sekali lafaz Dara kini sah menjadi isteri kepada Maliq Mateen Bin Mohd Ali.

Tok kadi terus mengangkat tangan lalu doa kesyukuran dibaca atas penyatuan dua insan.Dara memandang lelaki itu yang berada didepannya.

"Aku akan cuba untuk jadi suami yang terbaik untuk.Aku akan cuba kalau kau bagi aku peluang tu Dara"

"Tapi saya tak cintakan bos"

"It's okay kita bercinta lepas nikah itu lebih baik"

Dara teringat kata-kata itu saat Maliq datang ke rumahnya untuk masuk meminangnya.Dan rupanya lelaki itu tidak main-main.Dia kotakan janji untuk peristerikan dirinya.

Tiba-tiba suasana jadi kaku.Maliq mendekati Dara.Dia mengeluarkan cincin emas bertakhtakan berlian.Dengan teragak-agak tangan kiri Dara dicapai.Dia berharap muatlah cincin itu dengan jari manis Dara.

Cincin disarungkan perlahan.Alhamdulilah muat.Maliq mengeluh lega.

"Sempat beli cincin? Muat pulak tu.Kalau tak muat tadi aku claim lagi besar dari ni"detik hati Dara.

Maliq menghulurkan tangan memandang Dara yang sungguh cantik hari ini.Dara kekok dengan teragak-agak dia menyambut salaman itu.

"Adik cium tangan laki kau tu"bisik Faysal.

"Apa?" Dara terkejut.

Aku kena cium tangan lelaki ni? Aduh...nak kena cium ke? Sempat lagi Dara berkira-kira sedangkan tetamu semua sudah bersedia dengan kamera masing-masing.

"Ciumlah...."tegas Faysal.

Dengan terpaksa Dara mencium tangan Maliq.Maliq tersenyum manis.

Dara terus menegakkan badannya.Wajahnya ketat memandang Maliq yang sudah tersenyum-senyum.Apahal mamat ni senyum macamtu?.Jangan buat hal kang hantuk kepala aku dekat muka kau nanti.

Seperti dipukau, Maliq menghampirkan wajahnya ke wajah Dara dan satu kucupan didahi Dara.Maka sesi pembatalan air sembahyang sudah lengkap.Dara rasa rohnya naik ke atas saat ini.Dan keluar dari tubuhnya.

Kedebuk! Dara pengsan !

Seperti dipukau, Maliq menghampirkan wajahnya ke wajah Dara dan satu kucupan didahi Dara.Maka sesi pembatalan air sembahyang sudah lengkap.Dara rasa rohnya naik ke atas saat ini.Dan keluar dari tubuhnya. Kedebuk! Dara pengsan !

Share this novel

mynn.nnym
2023-11-16 11:29:20 

Aaaa comeynye cite ni baca sengih2 hihiii


NovelPlus Premium

The best ads free experience