BAB 8

Drama Completed 90864

Maliq membuka pintu kereta untuk Dara.Dara mengerutkan dahi.

"Saya kena duduk depan ke?"soal Dara.

Maliq menajamkan matanya.

"Ialah kau bukan mem besar nak duduk belakang.Jadi duduklah depan"ucap Maliq kasar.

"Tak nak!!!!"jerit Dara.

"Ehh kau ni lebih baik pengsanlah dari sedar... menyakitkan hati betul.Orang dah tolong pun banyak cerita sangat.Kalau banyak songeh balik sendirilah"ucap Maliq menutup kembali pintu kereta dan bercekak pinggang memandangnya.

Dara terus berpaling dan berjalan meninggalkan kawasan itu malas dia nak berdrama dekat situ.Nanti orang ingat pasangan kekasih bergaduh tepi jalan.Tak kuasa aku!!.

Maliq mengeluh kecil.

Dara mengeluarkan telefon dan mahu memesan Grab untuk dia balik ke rumah dengan cepat.Dia menunggu sahaja sehingga pesanannya sampai.

Sebuah kereta Mercedes Benz AMG berhenti didepannya.Dia kenal sangat pemilik kereta yang tak ikhlas nak tolongnya itu.

Cermin diturunkan dan Maliq menundukkan wajahnya.

"Jom aku hantar kau balik"ucap Maliq.Dara buat-buat tak tahu.Dia pura-pura tak dengar.

Maliq menggigit bibirnya geram.Dia membuka tali pinggang keselamatan dan melangkah keluar dari kereta.

Dia mendekati Dara.

"Ehh..kau ni memang suka menyusahkan hidup orang lain..."tempelak Maliq padanya.Dara memandang lelaki itu dengan perasaan marah ataupun lebih pada kecewa.

Dia menggigit bibirnya menahan amarah yang membuak-buak.

"Saya memang menyusahkan orang.Dan kalau bos nak tahu sepanjang hidup memang saya ni dipandang menyusahkan hidup orang lain.Jadi saya minta tolong dengan bos jangan masuk dalam hidup saya.Sebab saya takut menyusahkan pulak"ucap Dara terus dia melangkah sebaik sahaja pesanan Grab sudah sampai.

Maliq tersentak dan kaku.Dia berpaling melihat Dara pergi dari situ.

Dara memejamkan matanya rapat.

**********

"Papa!!! "jerit Mukhlish memanggil Maliq setelah beberapa kali dia menyeru tapi Maliq tidak dengar.

Maliq tersedar dari lamunan panjangnya.

"Kenapa jerit-jerit ni?"soalnya pada Mukhlish.

"Aik... Liish panggil Papa banyak kali tapi Papa termenung je..."ucap Lish.

"Ahh ada apa?"soalnya tenang.

"Boleh tak Lish nak ikut Papa pergi ofis esok?"soal Mukhlish.

Maliq mengerutkan dahi memandang anaknya.

"Aik...tak sekolah ke..nak ikut Papa pergi ofis?"soal Maliq semula.

"Ishhhh... Papa ni kan esok sekolah Lish cuti sebab kakak abang ada program dekat sekolah"ujarnya.

"Ohh Papa lupa... sorrylah.Kalau macam tu Papa hantar pergi rumah Nek Mi.Lagipun lama dah Mukhlish tak pergi sana.Nek Mi asyik tanya je"ucap Maliq.

Mukhlish menggelengkan kepalanya.

"Tak naklah Lish tak suka Acu Su.Boleh tak Lish nak jumpa Kak Dara?"soal Mukhlish.

Nama Dara meniti dibibir comel Mukhlish.Dia mendengus kasar dan meraup wajahnya.

"Kenapa nak jumpa dengan Kak Dara?"soal Maliq.

Mukhlish senyum.

"Sebab Kak Dara best tak macam Acu.Lagipun Kak Dara comel lain daripada yang lain"ucap Mukhlish.

Ya memang lain daripada yang lain.Kalau orang perempuan lain sibuk handbag berjenama Louis Vuitton ke, Chanel ke ataupun tiruan pun tak apa.Tapi Dara hanya beg sandang belakang sahaja dia bawa.Wajahnya pun hanya eye liner hitam dan mungkin pelembap bibir sahaja.

"Tengoklah esok macamana.Dah pergi tidur dulu jangan lupa baca doa.Papa nak siapkan kerja ni"ucap Maliq.

Mukhlish terus berdesup berlari ke biliknya ditingkat dua.

Pandangan Maliq kembali pada skrin komputer ribanya.

***********

Dara menonton rancangan kegemarannya tapi fikiran menerawang entah ke mana.

"Tengok cerita apa?"soal Faysal pada Dara.

"Tengok cerita tu..."ucap Dara menunjukkan filem It chapter two.

Faysal memandang Dara yang senyap semacam.Dari balik petang tadi sampai sekarang tak banyak cakap.

"Dik...kau okay tak? Along perasan sejak kau kerja dekat situ kau kurang bercakap dengan Along.Kenapa?"soal Faysal.

"Mana adalah perasaan Along je.. Adik okay..cuma penat sangat gamaknya.Ni Along memang selalu balik lambat ke?"soal Dara.

"Macam nilah kerja Along..tak kira masa.Sebab tu kalau Along nak balik jenguk Mak dan Abah baru Along cuti lama sikit"ucap Faysal.

Dara berpaling dan memandang Faysal.

"Along adik nak tanya sikit boleh? Pasal bos yang Along rekomen dekat Adik ni..dia memang suka marah-marah orang ke?"soal Dara.

"Maliq tu.. tegas tu Along tahu tu memang sifat dia.Kalau marah tu tak tahu pula Along.Kenapa adik tanya dia berminat ke dengan duda tu?"soal Faysal.

Duda? Jadi Maliq tu Duda bukan suami orang.

"Duda ke dia?"soal Dara.

"Lah adik tak tahu ke...Duda anak sorang.Isteri dia meninggal masa lahirkan anak dia.Takkan budak ofis tak cerita dengan adik?"soal Faysal.

"Adik Along ni bukan kaki gosip pun...nak ambil tahu pasal hidup orang lain.Orang lain je menyibuk konon-konon paling syurgawi sangat"ucap Dara membidas.

Faysal menggelengkan kepalanya laju.Perangai tak pernah berubah Dara ni.

*********

Pagi lagi Dara dah bersedia untuk pembentangan apa yang dia buat semalam.Dia siap menunggu dalam bilik mesyuarat.Rasa berdebar sebab ini pertama kali untuk kerja dia bentang depan semua pekerja yang ada.

Barulah dia boleh buktikan yang dia tak main-main buat kerja.Dia membetulkan blazer yang dipakainya dengan kemeja putih.Rambutnya yang pendek disisir guna jari sahaja.

Pintu kaca itu dibuka, dan muncul Maliq dengan wajah seperti biasa.Kerusi ditarik dan dia duduk menyilangkan kakinya memandang Dara.

"Dah kenapa pandang aku macam tu?"soal Dara dalam hati.

"Ada tunggu sesiapa lagi ke?"soal Maliq pada Dara.

"Saya tunggu yang lain masuklah baru mulakan pembentangan"ucap Dara naif.Maliq mengurut dagunya.

"Diaorang semua sibuk...ada kerja.Bentang dengan aku je.."ucap Maliq.

"Aahh...takkan bos sorang je..penatlah saya..semata bos sorang baik saya..tunjuk je dekat Bos" Dara kesal.

"Kau bos ke atau Aku bos.Cepatlah!!!" jerit Maliq.Dara menghadiahkan satu jelingan maut.Terus dia berdiri di depan dan memulakan pembentangannya.

Setelah hampir sepuluh minit dia bercakap akhirnya selesai juga.Dia menanti reaksi lelaki dihadapannya itu.

"Bos ada apa-apa soalan?"soalnya.

Maliq mengangguk dan bangkit kemudian dia mendekati wanita itu dan duduk diatas meja didepan Dara.

"Ada....apa kau akan kata kalau aku cakap pembentangan kau tadi macam budak sekolah? Kau marah?"soal Maliq.

Dara mengerut dahi sedikit.

"Tak....buat apa saya nak marah...kalau bukan sebab teguran sampai bila-bila pun seseorang tu takkan ubah.Jadi saya ambil itu sebagai satu teguran supaya saya boleh buat lebih baik pada masa akan datang"jawab Dara panjang.

"Teguran? Kalau betul kau anggap itu teguran.Masa aku tegur kau untuk ubah penampilan kau.Ada kau buat?"soal Maliq sekali lagi.

Dara tak faham.Kenapa dengan penampilannya sekarang?.Tak bagi pakai seluar jeans koyak dekat lutut aku ikut pakai seluar jeans biasa.Baju pun aku buat style boyish biasa je.Ke mamat ni memang ada masalah mata?.

"Itu hal saya...diri saya bos tak boleh sentuh pasal tu...macam nilah...saya keluar dulu dari sini.."ucap Dara mahu keluar tapi lengannya ditarik lembut oleh Maliq.

Dara merentap tangannya semula.

Dara memandang lelaki itu yang masih tajam padanya.Apa ni sentuh anak dara orang?.Duda bukan tiket kau nak pegang-pegang akulah?.

Maliq mendekatkan wajahnya pada Dara.

"Kak Dara!!!!" jerit satu suara dimuka pintu.Dara berpaling dan melihat Mukhlish berdiri tidak jauh dari mereka.

Maliq berundur sedikit dan memeluk tubuh seakan-seakan buat tak tahu.

"Lish....buat apa dekat sini? Bukan sekolah ke?"soal Dara mendekati Lish dan menjauhi Maliq.

"Harini Lish cuti sebab kakak abang ada program dekat sekolah harini"ucap Lish petah.

"Ohhh... patutlah Lish datang sini"usap Dara rambut Lish.

"Kak Dara jom..kita sarapan nak...Papa ada beli nasi lemak untuk Kak Dara"cerita Lish.

Dara memandang lelaki itu yang masih lagi diam tidak bersuara.

"Tapi... sekarang awal lagi ni..lagipun Kak Dara tengah kerja tak bolehlah nak ponteng makan.Apa kata Lish makan dulu.Nanti waktu rehat Kak Dara makan"ucap Dara.

"Aku nak kau jaga dia kejap..Aku nak keluar dengan Brian ada mesyuarat luar.Tolong tengokkan dia untuk aku"ucap Maliq akhirnya bersuara dari membisu.

"Tapi...saya..."

"Kenapa kau tak boleh nak jaga budak umur tujuh tahun?"

"Tak adalah..mana ada saya cakap macam tu.."

Dara menundukkan wajahnya.

"Lish...kalau "Kak Dara" ni dera bagitahu Papa"pesan Maliq.Sebelum dia berlalu ke muka pintu.

"Dia yang dera kita, cakap kita pula mendera"ucap Dara.Maliq tertangkap bicara Dara terus dia berpaling.

"Kau cakap apa tadi?"soal Maliq melangkah menghampirinya.

"Tak ada apa....bos..saya cakap bos baik...penyayang...disayang...melayang..."puji Dara.

Maliq mendekatkan wajahnya pada telinga Dara.

"Ya ke sayang?"soal Maliq.Membulat mata Dara terus dia rasa seakan otaknya kembang dengan jantungnya sekali.

Maliq terus keluar dan membiarkan Dara membatu sambil diperhati Lish.

Maliq terus keluar dan membiarkan Dara membatu sambil diperhati Lish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience