BAB 29

Drama Completed 90864

Dara meminta izin suaminya untuk keluar sebentar membeli barang dapur.Dia berjalan dari satu lorong ke satu lorong menolak troli.

Matanya berhenti dihadapan rak makanan dalam tin.Dia mengambil dua tin sardin diletakkan dalam troli.

"Dara..."panggil seseorang dari belakangnya.Dia berpaling dan rupanya Farid yang menegur.

Farid mendekati Dara dengan senyuman dibibir.Dara senyum tawar.

"Beli barang ke?"soal Farid melihat barang dalam troli Dara.

"Aah beli barang rumah.."ucap Dara.Farid terpandang perut Dara yang sedikit buncit.

"Sorang je ke? Mana suami awak?"soal Farid.Dia sedar tiada sesiapa disisi Dara.

"Dia kerja...jadi saya datang seorang je.Awak pun seorang je ke?"soal Dara.Dia juga melihat Farid hanya berseorangan di sini.

Farid senyum sedikit.

"Sebenarnya...saya tak jadi kahwin dengan Dira.Saya dapat tahu dia curang belakang saya seminggu sebelum kami nikah"cerita Farid pada Dara.

Dara terkejut dengan cerita Farid.Allahuakbar dia tak sangka Dira akan buat macam tu.

"Saya minta maaflah saya tak tahu pasal perkara ni"ucap Dara bersimpati dengan nasib Farid.

Anna ternampak seseorang yang dia seperti kenal.Itu bukan... tomboy yang Suraya cakap tu ke?.Siapa pulak lelaki tu?.Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan mengambil gambar sambil tersenyum senget.

"Mesti Suraya suka ni"ucapnya dalam hati.

*********

"Naik kematu punggungnya menanti di kawasan parkir kereta itu.Jam di pergelangan tangan tidak henti-henti dipandang sedari tadi.Kelibat insan yang dinanti tidak muncul-muncul lagi.Sepatutnya di waktu-waktu begini insan yang ditunggu itu sudah sampai.

"Time aku tak tunggu boleh datang awal.Time aku tunggu bukan main lambat lagi ni mesti perempuan tak guna tu punya pasal.Mak esah mana dia guna nak tundukkan Maliq.Lagi-lagi sejak si tomboy tu mengandung"bebel Suraya sambil menghentak stereng keretanya." Aduh" dia mengaduh.

Bukan stereng yang sakit, tangan dia yang sakit.Nasib kaulah Suraya.

Telefon pintar berbunyi tertera mesej dari Anna.Dia menekan skrin dan tersenyum melihat gambar itu.

Anna: Kau mesti suka dengan apa yang aku jumpa.

Suraya: Tak sangka perempuan macam ni buruk perangai.

Suraya terpandang kereta Maliq masuk ke perkarangan tempat parkir.Penantiannya langsung tidak sia-sia.

Maliq mematikan enjin kereta dan mencapai fail dikerusi sebelah terus keluar dari keretanya.Pintu kereta ditutup dan dia menekan rimut kawalan jauh untuk mengunci kereta.

"Hai... Maliq..."ucap Suraya yang muncul didepan Maliq.Keluhan keluar dari mulutnya entah untuk kali keberapa dia tidak tahu.

"Apa kau nak lagi? Tak cukup dengan penampar aku bagi kau? Kau nak apa lagi?"soal Maliq mula hilang mood pagi hari.

Suraya hanya tersenyum manis sambil memeluk tubuh.

"Relaks...I cuma ucap tahniah pada Abang Maliq je.. anyway Su dengar tomboy tu mengandung.Tapi tulah tak manis rasanya isteri orang yang tengah mengandung boleh jumpa lelaki lain tanpa suami dia tahu"ucap Suraya memberi sedikit kiasan pada Maliq.

Maliq memasukkan tangan sebelah kanan dalam poket.Dia tak faham apa yang cuba disampaikan oleh Suraya.

"Apa kau nak merepek pagi-pagi ni? Aku ada banyak benda nak buat dari layan kau?"soal Maliq.

Suraya mendekati Maliq sambil membuka telefonnya.

"Wait...I cuma nak berkongsi berita yang tak baik ..tentang Dara.Tengok ni"ucap Suraya menghalakan telefon pintarnya pada Maliq.

Maliq memandang skrin telefon itu.Itu Dara... lelaki itu bukan Farid ke?.

"Isteri kesayangan Abang Maliq rupanya taklah baik sangat pun.Rupanya suka melayan"ucap Suraya mengapi-apikan Maliq.

Maliq kekal tenang sedangkan hatinya bergolak memikirkan macamana Dara boleh jumpa Farid?.

"Aku izinkan dia pergi beli barang dapur.Apa masalahnya?"soal Maliq.

Suraya mengeluh kecil.

"You yakin ke anak dalam kandungan dia tu anak you entah-entah anak lelaki dalam gambar ni"ucap Suraya.

Maliq mendekati Suraya.Dan terbit senyuman sinis dibibirnya.

"Aku lebih kenal isteri aku daripada kau.Jadi cukup-cukuplah tambah dosa.Mana tahu kejap lagi mati tak sempat taubat dan minta maaf.Kalau kau fikir aku akan termakan dengan kata-kata kau.Kau silap..sebab aku bukan suami drama pukul tujuh yang selalu kau tengok tu"ucap Maliq terus melangkah pergi meninggalkan Suraya dengan perasaan sebal.

Kurang ajar!!!! Kau tunggu aku akan buat kau tunduk depan aku Maliq.Sebab dari dulu kau memang untuk aku seorang je.

***************

"Lepas ni apa perancangan awak?"soal Dara sebaik sahaja meletakkkan barang dalam kereta.Farid bercekak pinggang.

"Saya dapat kerja Jepun dengan syarikat saya sekarang sekali sambung belajar dekat sana.Itu jelah perancangan saya"ucap Farid.

Dara mengangguk perlahan.

"Mungkin itu yang terbaik untuk awak.Saya doakan semuanya dipermudahkan"ucap Dara.

Farid senyum.

"Saya pun sebenarnya nak minta maaf atas apa yang jadi dulu.Saya tahu saya salah sebab buat awak..."

"Saya rasa tak perlu ingatkan semua tu.Saya pun ada kehidupan saya sendiri.Biarlah itu sejarah saja.Saya pun tak nak ingat lagi perkara tu"ucap Dara terus terang.

"Nampaknya suami awak berjaya jaga awak dengan baik.Takpelah saya minta diri dulu.Kalau ada rezeki kita jumpa lagi.Kirim salam dekat Maliq.Asalamualaikum.."ucap Farid meminta diri.

"Walaikumusalam..."balas Dara.

************

Keluhan panjang sedari tadi menjadi teman nafasnya.Cuba menenangkan jiwa yang sedang bercelaru dan tidak aman.Beberapa kertas kerja hanya menjadi hiasan di atas mejanya tanpa diusik.Fikirannya kacau sehingga mengganggu prestasi kerjanya.

Bunyi ketukan pintu menyentak lamunannya.Belum sempat dia melaung perkataan "masuk",daun pintu sudah dikuak ke dalam pejabat itu.Terpancul Brian dengan wajah ceria lalu melangkah masuk ke dalam pejabat itu.Tanpa dipelawa dia terus sahaja punggung dilabuh di atas kerusi.

"Apasal muka macam ayam berak kapur?"Soal Brian sebelum sempat Maliq bersuara apa-apa.

Maliq mengeluh halus.

"Suraya...datang sini..tadi"ucap Maliq.

"Suraya? Adik ipar kau tu? Apa dia nak?"Brian terus bertanya.Wajahnya nampak serius sekali.

"Macam biasa tak puas hati..."jawab Maliq lemah.Mahu tidak mahu sahaja.

"Apa lagi dia tak puas hati? Haiya...banyak pelik ini perempuan.Muka sudah cantik..ayu pakai tudung..tapi kenapa kesengalan dia banyak sangat...kena mandi bunga ni"bebel Brian.

Maliq mengusap rambutnya ke belakang sambil berdiri menghampiri tingkap.

"Apa yang sedang bermain dekat fikiran kau ni?"soal Brian.

"Aku risaukan Dara.."ucap Maliq perlahan.

Brian tersenyum meleret.

"Alah bos... sekarang zaman canggih risau telefon kan ada boleh video call"ucap Brian.

Maliq berdecit geram.

"Bukan pasal tulah...dahlah apasal aku cakap dengan kau..keluar aku ada kerja nak kena buat"ucap Maliq menarik tangan Brian dan menghalaunya keluar dari pejabat.

***********

Pintu rumah ditutup sebaik sahaja dia sampai ke rumah.Dara menoleh pada suaminya itu.

" Awak masuk tak bagi salam pun"tegur Dara.

"Asalamualaikum...."ucap Maliq meletakkkan kunci dalam laci.

Dara tersenyum sedikit.

"Walaikumusalam..."ucap Dara bangkit dari duduknya dan mendekati Maliq.

Maliq memandang Dara yang memakai baju tidur satin itu yang sudah nampak sedikit perutnya.

"Saya nak mandi dulu..."ucap Maliq terus berlalu mendaki anak tangga.Dara pelik kenapa dengan Maliq.

Dia terus ke dapur nak panaskan lauk.

Selesai mandi Maliq turun semula ke bawah menuju ke dapur.Dia memandang island table itu sudah terhidang lauk dan nasi untuknya.

"Mukhlish mana? Senyap je.."ucap Maliq.Dara menuangkan air ke dalam gelas.

"Owh..kelas mengaji online dengan ustazah.Lagi setengah jam habislah"ucap Dara.

Maliq kembali diam menguis makanan dalam pinggan.Dara memandang suaminya itu.

"Kenapa lauk saya masak tak sedap ke?"soal Dara.

"Huh!!! tak adalah sedap je.."ucap Maliq.Dara baru teringat sesuatu.

"Awak tadi masa saya keluar beli barang saya terserempak dengan Farid.."

Terlepas sudu lauk yang dipegang Maliq bila nama Farid disebut oleh Dara.

"Dia tak jadi kahwin dengan Dira.Lepastu Dia berhijrah ke Jepun.Dan last dia kirim salam dekat awak"ucap Dara.

"Kalau tak jadi kahwin perlu ke jumpa awak?.Perlu ke dia bagitahu semua tu dekat awak?"soal Maliq kelihatan serius.

Dara terdiam.

"Awak...."

"Awak boleh elak jumpa dia kan?"soal Maliq memandang Dara.

"Awak..itu kebetulan je..."ucap Dara.Maliq bangkit dari duduknya dan menuju ke sinki.Dara memandang nasi dan lauk tidak berusik langsung.

Dara memejamkan matanya.Maliq terus keluar dari dapur.

"Allahuakbar...."ucap Dara.

Dara menolak pintu bilik bacaan Maliq.Suaminya sedang membuat kerja.Fokus tidak endah dia berada di pintu.

Dara berjalan ke bilik Mukhlish.

"Lish...dah kemas beg sekolah?"soal Dara duduk dikatil.

"Dah...kerja sekolah pun Lish dah siapkan.Kalau Lish nak tidur awal boleh tak? Lish penat sangat harini?"soal Mukhlish.

"Boleh..sayang...rehat awal lagi bagus"ucap Dara.Mukhlish naik ke katilnya dan baringkan badannya.

"Adik tidur ke?"soal Mukhlish memegang perut Dara.

"Aah adik tidurlah Abang besok kita main ya"ucap Dara.

Dara menyandarkan tubuhnya di kepala katil Mukhlish sambil mulutnya berzikir.

Maliq memandang Dara yang terlena disisi Mukhlish.Dia meraup wajahnya dan keluhan halus.

Dia meletakkkan tangannya dibelakang kepala Dara dan bawah pinggul lalu mengangkat tubuh itu.

Dia membawa Dara masuk ke dalam bilik.Tubuh itu diletakkan perlahan dan penuh kasih.Dara tidak terjaga langsung mungkin penat menguruskan rumah.

Wajah itu diusap perlahan.Dan matanya jatuh pada jari Dara yang luka.Dia bangkit mengambil plaster dan ditampal pada luka itu.

Dia meletakkkan tangan pada perut Dara.Dia dapat rasakan ada tendangan kecil.

"Baby pun marah Papa...sebab buat Mama sedih"ucap Maliq.

Maliq terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur.Dia mengambil nasi lalu mengambil lauk yang dia tak jamah tadi sebab egonya.

Kerusi di island table ditarik lalu dia melabuhkan punggung diatasnya.Akhirnya padan muka aku makan sorang-sorang.Kata tak percaya dekat Suraya tapi bila nama Farid muncul mulalah melenting tak tentu pasal yang jadi mangsa Dara.

Kerusi di island table ditarik lalu dia melabuhkan punggung diatasnya.Akhirnya padan muka aku makan sorang-sorang.Kata tak percaya dekat Suraya tapi bila nama Farid muncul mulalah melenting tak tentu pasal yang jadi mangsa Dara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience