BAB 23

Drama Completed 90864

Maliq menarik tangan Dara menjauhi semua orang.Dara hanya mengikut langkah kaki suaminya itu.

Kaki Maliq berhenti melangkah sebaik sahaja mereka sampai di sebuah taman mini disebelah perpustakaan.

Tangan Dara dilepaskan dan dia menoleh memandang isterinya itu.Dara mengunci mulut risau kalau-kalau dia pula kena marah dengan Maliq sebabkan insiden tadi.

Maliq melepaskan tangan Dara.Dia benar-benar panas hati dengan apa yang jadi.Dadanya berombak kencang membelakangi Dara.

Dara memandang suaminya menggengam penumbuk.Dara mendekati Maliq.Tangannya mencapai tangan Maliq.

Maliq memandang Dara disisinya.Maliq cuba untuk menyorok mukanya yang tengah marah.

Dara menarik tangan suaminya untuk menghadapnya.Maliq menundukkan wajahnya.

Dara menyentuh wajah itu.Sentuhan Dara menyedarkan dia dari amarah yang sedang berkecamuk dalam hati.

"Awak...sabar.."ucap Dara mengusap pipi Maliq.Maliq memandang isterinya.

"Saya..okay...tak ada apa-apa... tarik nafas.. hembus perlahan-lahan..."bisik Dara menyakinkan suaminya.

Maliq mengikut apa yang disuruh Dara.Dia rasa tenang semula.

Maliq memegang pipi isterinya.

"Apa yang jadi tadi?"soal Maliq pada Dara.Apa yang membuatkan Dara hilang keseimbangan.

"Aah..saya cuma pening kepala je.."ucap Dara sambil tersenyum.

"Pening kepala...kita pergi hospital nak..."ucap Maliq terus menarik tangan Dara.

"Ehh...awak... saya bukan pening tu....semalam awaklah pergi rendam saya lama-lama"ucap Dara memukul lembut dada suaminya.

Maliq tersenyum nakal mengingat kembali apa yang terjadi malam semalam.Salah dia jugak Dara pening kepala.

"Betul ni? Tak nak pergi klinik ke hospital?"soal Maliq.

Dara menggelengkan kepalanya laju.

"Macamana ya?"

"Macamana apa?"

"Semua orang dah tahu saya ni isteri awak mesti lepas ni diaorang takut dengan saya"ucap Dara.

Maliq memeluk tubuh Dara.

"Biar diaorang takut cakap jangan sebarang cakap nanti badan yang binasa"ucap Maliq.Dara memeluk tubuh Maliq.Dia suka haruman badan suaminya itu.

***********

Harini sepatutnya hari cuti kerana mereka baru sahaja habis program semalam.Tapi kerana ada perkara urgent dia datang ke pejabat berseorangan.Dara mahu menemaninya tapi dia suruh rehat dirumah sahaja dan temankan Mukhlish.

Lamunan Maliq terhenti bila pintu pejabatnya diketuk.Dia beristigfar panjang.Perkataan "masuk" dilaung walaupun dia tidak tahu siapa yang datang waktu pejabat tutup.Beberapa saat pintu dikuak dari luar.Tersembul wajah Faysal di muka pintu.

"Eh..kau Faysal,masuklah" pelawa Maliq sambil menegakkan badannya.

Senyuman bahagia Maliq mula pudar.Dia masih terkilan dengan kawan baiknya merangkap abang iparnya itu kerana telah mempertemukannya dengan Suraya.Faysal seakan memberi harapan pada Suraya untuk mendekatinya.

Faysal melangkah masuk.Dia tahu Maliq masih terasa hati dengannya.Tapi pertemuan haritu dia sendiri pun tak tahu yang Suraya ada.

"Ada apa kau datang sini?"jawab Maliq dengan soalan hendak tak hendak sahaja.
Matanya kembali pada skrin komputer.Sengaja berlakon sibuk.

Faysal melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan meja Maliq tanpa dipelawa.

"Aku nak minta maaf pasal haritu.Tapi jujur aku cakap aku tak tahu macamana Suraya boleh ada dekat situ.Niat aku memang nak makan tengahari dengan kau.Pasal Suraya tu aku memang tak tahu"jelas Faysal.

Keluhan halus keluar.Pandangan dialihkan pada lelaki didepannya.

"Hal dah lepas.Cuma satu je aku tak nak ada apa-apa urusan dengan Suraya.Aku baik pun sebab Umi Zakiah.Kau nak Dara bermadu ke?.Isteri aku sekarang ni adik kau.Aku harap kau faham?" pinta Maliq dengan nada biasa.

Faysal mengeluh halus.Dia bersalah pada Maliq dan Dara.Tanpa sedar dia sudah mengguris hati kawan baiknya itu.

"Aku minta maaf sekali lagi.Aku takkan masuk campur urusan kau.Tolong maafkan aku?"pohon Faysal sayu sekali.

Maliq mengukir senyum.

"okey.. aku maafkan"

Faysal tersenyum gembira.

"Kalau macam tu lunch nanti aku belanja kau makan"

"Huh? Tak payah settle kerja..makan dekat rumah aku je.."balas Maliq.

Faysal tak kisah dekat mana sekalipun janji Maliq sudah maafkan dia.

*******

Selesai mengemas rumah dia merebahkan tubuhnya di atas sofa panjang di ruang tamu.Melepaskan keletihannya mengemas rumah besar ini walaupun Maliq kata ada orang yang akan datang kemas tapi rumah sendiri tak puas kalau orang lain yang buat.

Semua tempat dia dah kemas kecuali bilik bacaan Maliq.Dia bangkit melangkah anak tangga ke aras atas.Maliq tak pernah cakap pasal bilik ni pun.Dengan perlahan dia membuka tombol pintu bilik itu diputar.

Keadaan dalam bilik itu gelap gelita.Langsir tebal menutup tingkap.Dia mencari suis terdekat.

Tik! Terang benderang bilik itu.Cantik.Dia teruja untuk melangkah masuk.Terdapat rak buku yang banyak.Salah satu sudut ada novel melayu dan inggeris.Tanpa sedar Dara menahan gelak.

Jiwang rupanya suami aku ni.Baca novel cinta, bisik hatinya.Aihh..tak pelik sebab dia penerbit buku.Dia berkalih pada meja pula.Dia terpandang sebuah novel dia atas meja itu.Dengan perlahan dia melangkah menghampiri meja ditengah-tengah bilik itu.Novel itu dicapai.

"Di Sini Kita Bertemu Lagi? Best ke cerita ni? Tak sangka muka ketat ada masa baca novel cinta"omel Dara sambil menyelak sekilas.

Nampak macam baru baca dan kulit buku pun masih baru.Matanya terus meliar dan terhenti pada satu buku berwarna merah jambu.Dahinya berkerut.Macam album gambar desis hatinya.Dia membuka album gambar itu.

Matanya terkaku.Gambar Maliq dengan seorang gadis.Tapi dia macam kenal dengan wajah itu.Setiap satu muka surat diselak satu persatu.Tiba-tiba hatinya terasa senak dan sempit melihat kemesraan Maliq bergambar.

Sekeping gambar terjatuh ke lantai dan Dara mencapai semula.Di belakang gambar tertulis "Syurga Sumayyah adalah Abang".

Dara melihat gambar itu.Ini kali pertama dia melihat ibu kandung Mukhlish.Manis dan ayu rupanya dan muka saling tak tumpah macam... Suraya...

Dara terduduk di lantai.

"Jadi sebab ni Suraya nak sangat kahwin dengan Maliq? Tapi kenapa Maliq tak nak? Kenapa dia pilih aku?"soal Dara dalam hatinya.

Ding! Dong! bunyi loceng rumah menyentak lamunannya.Dengan kelam kabut dia menyimpan semula album gambar itu.Dia menutup suis dan pintu.

Dia takut Maliq balik awal pula harini.Kalau Maliq tahu habislah dia.

Loceng terus berbunyi.Kenapa tak masuk je kan ada kunci? Rungut Dara.

"Kejap!!" jerit Dara dengan wajah bosan bila loceng tak henti-henti berbunyi.

Sampai sahaja didepan pintu, kunci terus dibuka lalu tombol pintu diputar.Daun pintu dikuak ke dalam.Dara kaku.Terkejut dengan kemunculan tetamu tidak disangka-sangka itu.Baru sahaja dia menyebut insan di dalam album tadi.Kini insan itu betul-betul depan matanya.

*************

"Jemputlah duduk" pelawa Dara kepada tetamu yang tidak diundang itu.

Suraya melangkah masuk dengan muka angkuh.Melangkah masuk tanpa membuka kasutnya.

Eee...geramnya aku.Dia boleh masuk rumah aku pakai kasut?.Kau tahu tak nak patah pinggang aku mengemop.Kau nak feeling dekat US, gumam Dara geram sambil mengukir senyuman plastik.

Suraya tersengih sinis.

"Kejap...kau ni bukan perempuan yang Maliq bawa haritu ke?"soal Suraya apabila dia cam wajah itu.

"Kejap ya... kalau nak borak saya bawakan air"pinta Dara.

"Fresh orange please " dengan angkuh Suraya memesan.Orang gaji rupanya perempuan ni patutlah kurang ajar semacam perangai.

Dara kembali dengan segelas air fresh di meja kopi depan Suraya.

"Jemput minum"pelawa Dara.

Kalau rasa tak malulah sambung Dara dalam hati.Meluat.Pakai tudung je tapi perangai diva ChowKit.Tak kuasa aku.

Jajan Super Ring ? Dia hidang tetamu jajan? Dia ni betul ke tidak? Tak ada Kek batik ke atau kek coklat ke detik hati Suraya.

"Maaflah ni je ada itupun Mukhlish punya.Sebab saya tak tahu ada orang nak datang.Bos pun tak bagitahu saya"pohon Dara.

"Jadi betullah tekaan aku kau ni cuma orang gaji dalam rumah ni?.Maksudnya Maliq...of course Maliq tak bodoh nak kahwin dengan perempuan macam kau ni.Melainkan kau guna jampi nak tundukkan dia supaya lupakan aku kan? Kau tahukan Maliq tu hanya untuk aku sorang?"tanya Suraya.

Soalan yang berbaur sindiran.Ekor matanya menjilat jijik tubuh Dara dari atas ke bawah berulang kali.
Dara terkejut.Kesian perempuan ni...orang kalau dah tak sudi tu....blahlah....

"Jampi? Jampi lagu Hael Hussaini tu saya tahulah.Hari- hari saya dengar tak sangka saya Puan ni Haelers rupanya"jawab Dara.

"Puan? Cik Suraya okay?"sindir Suraya.

Suraya merengus benci sambil menjelingkan matanya.

"Kau tak payah nak loyar buruk lah.Umi dengan Maliq kau boleh tipu.Tapi ni Suraya... patutlah Maliq liat sangat nak nampak aku ni.Semuanya angkara kau dasar tomboy"tuduh Suraya melulu.

Puas hatinya dapat menyindir Dara.Dara mengetip bibir.Kesabarannya ada batasnya.Apasal semua nak rebut suami aku? Haritu Husna ni Minah ChowKit ni pulak?.

"Cik Suraya nak tahu tak jampi apa saya guna.Saya nak turunkan ilmu pada Cik Suraya.Kejap ya?"ujar Dara lalu meminta diri ke dapur.

Sampai didapur dia mencapai baldi air mop lantai yang belum dibuang tadi.Dia mencapai sos tomato,kicap cair dan pencuci lubang tandas.Dia kacau sebati semuanya.

Dia kembali ke ruang tamu.Tapi dia mencari tempat yang mudah untuk dia bersihkan nanti.

Dara menarik tangan Suraya ke ruang tengah.

"Apa ni? Sakitlah"marah Suraya.

"Cik Suraya berdiri dekat sini"pinta Dara.

Dara mencapai baldi yang sudah sebati dengan ramuan tadi dengan perasaan bengang dia mencurah kesemua isi baldi itu pada tubuh Suraya.

"Arghhhhhh!!!!" Suraya menjerit sekuat hati bila dengan tiba-tiba dilintasi air yang berbau pelik.

Tercungap-cungap dia mencari nafas bila lubang hidungnya terhidu air berbau itu.Ada juga dia tertelan.Habis bajunya dan terkena air puaka Dara itu.

"Inilah jampi saya.Kau cakap apa aku tomboy?.Rasakan air ciptaan tomboy.Dasar minah ChowKit"ejek Dara sepuas hati.

"Aku akan balas semula atas perbuatan kau ni"pesan Suraya sambil mengesat air 'puaka' itu.

"Argh!'"sempat dia menjerit di hujung kata-katanya.

"Dah basah macam ni tak reti nak balik?"sindir Dara sambil menutup hidung.

Suraya merengus terus melangkah keluar.Dara tersengih lagi.Belum sempat Suraya melangkah keluar sempat Dara menendang punggung Suraya.Hampir sahaja Suraya tersungkur ke lantai

"Hishh...benci aku dengan tomboy ni.Kau tunggu nanti!!"jerit Suraya bengang lalu melangkah keluar dari situ.

Dara pun pening dengan bau air puaka yang dia sendiri buat.Tak pasal aku nak kena bersihkan gumam hatinya.

Dara pun pening dengan bau air puaka yang dia sendiri buat.Tak pasal aku nak kena bersihkan gumam hatinya.

Share this novel

mynn.nnym
2023-11-16 17:34:01 

HahHah terbaik Dara!

Hawani Hashim
2023-11-14 19:16:38 

Yes Dara ajar cukup penyondol mcm ni.. Xreti nk terima qodo qadar Allah terima lah dah xdak jodoh


NovelPlus Premium

The best ads free experience