BAB 16

Drama Completed 90864

Suasana malam hari di Kampung Hulu Langat ini ditemani dengan bunyi cengkerik.

"Terima Kasih pada Ayah dan Mak sebab terima Maliq dengan Mukhlish dalam keluarga ni.Dan banyak siapkan majlis untuk kami"ucap Maliq pada mentuanya.

"Alah... Maliq Mak dan Ayah tak kisah malah kami bersyukur sangat Maliq sudi terima anak kami Dara tu walaupun dia tak macam gadis-gadis dekat luar sana.Pasal status Maliq Mak dan Ayah tak bandingkan pun.Asalkan jodoh itu sampai kami lega ada yang nak jaga dia dengan ikhlas"ucap Mak Bedah.

Pak Abbas mengangguk laju.

"Betul cakap Mak tu.Kami terima Maliq dengan Mukhlish dengan hati terbuka.Kalau Dara tak suka dah lama dia memberontak tapi ni dia ikut je.Kamu jelah kena sabar dengan dia.Peel dia banyak sangat kami pun kadang tak terlayan"ucap Pak Abbas.

"Betul tu Maliq.Aku harap kau sabar dengan dia.Tapi aku yakin dia akan dengar cakap kau"ucap Faysal.

"Insyallah saya cuba untuk ubah dia perlahan-lahan"ucap Maliq.

Mak Bedah memandang Faysal yang tertawa.

"Haha kamu ni bila lagi Faysal? Adik kamu tu dah selamat.Kamu ni nak tunggu siapa?"soal Mak Bedah pula.

Maliq gelak kecil pada Faysal.

"Alah..Mak ni..orang ni sibuk banyak kerja nanti-nantilah.Bagi Maliq dengan Dara ni stabil dulu"ucap Faysal.

"Banyaklah kamu kerja... kerja takkan habis.Umur makin meningkat nanti saham makin menurun"ucap Pak Abbas.

"Baik Mak Ayah nanti Faysal cari calon bawa jumpa Mak dan Ayah "balas Faysal.

Maliq menghirup kopi dalam muk itu.Dia menjengah ke dalam rumah.Tiada kelibat Dara dari tadi dengan Mukhlish.

Mak Bedah perasan menantunya seakan tercari-cari Dara.

"Maliq...kalau penat pergilah rehat.Dara pun mana tah tinggal suami dekat sini"ucap Mak Bedah.

"Mak dan Ayah tak penat ke?"soal Maliq.

Mak Bedah dan Pak Abbas tersenyum.

"Kami tak penat pun kalau kamu penat masuklah pergi tengok Dara dengan Lish tu senyap je keduanya"ucap Mak Bedah.

Maliq meletakkkan muk.

"Kalau macam tu Maliq masuk dalam.Mak dan Ayah pun rehat"ucap Maliq bangkit dan berjalan masuk ke dalam rumah.

Dia berdiri didepan pintu bilik Dara.Dia mahu mengetuk tapi dia batalkan niat.Kenapa dia nak ketuk?.Ni bukan pejabat tapi bilik isteri sendiri ngomelnya dalam hati.

"Hati-hati Maliq takut kena teranjang je"ucap Faysal dari belakangnya tersengih-sengih mengenakan kawan baiknya.

Maliq dah menggigit bibirnya geram dengan gurauan Faysal.

Dia membaca Bismillah terlebih dahulu sebelum menolak daun pintu perlahan.Suasana bilik itu sudah bertukar malap.Hanya ada cahaya lampu dari meja belajar sahaja.

Dia menutup pintu dan mengunci tombol.Dia menapak mendekati katil dan dia menggaru keningnya yang tak gatal.

"Patutlah senyap je... rupanya dah tidur.."ucap Maliq sorang-sorang.Dia memandang Mukhlish yang nyenyak tidur mungkin penat agaknya.Dia boleh lihat Mukhlish tak henti-henti tersenyum harini.

Matanya teralih pada Dara yang lena.Kalau orang lain malam pertama mesti isteri pakai seksi.Tapi Dara dengan selamba seluar track suit dan baju t-shirt sahaja.

Maliq tersenyum manis.Dia mendekati Dara dan menyelimuti tubuh itu bimbang akan kesejukkan bila nak menjelang pagi.Dia terpandang cincin yang ada pada jari manis Dara itu.

Satu kucupan berani hinggap dipipi Dara.Kalau Dara tahu mahu pengsan lagi ataupun penumbuk hinggap dipipinya.

"Kejap... sekarang aku nak tidur mana?'soal Maliq pada dirinya apabila baru dia sedar ruang katil itu sudah penuh.

Dia mengambil bantal yang ada lebih dan dia meletakkkan dibawah lantai yang beralaskan karpet tebal.Dia membaringkan dirinya.Akhirnya dapat juga meluruskan pinggangnya.Dia turut terlelap.

Dara membuka matanya apabila dia rasa nak terkucil.Kalau ditahan mahu kena batu karang nanti muda-muda.Tapi tulah tengah syok tidur nak buang air betul-betul boleh buatnya hilang mood.

Dia bangkit dengan mata masih terpejam dan turun dari katil untuk berjalan ke bilik air.Dia pijak sesuatu hampir membuatkan terjatuh.

Arghhhhhh!!!!!!

Dengar suara orang mengerang kesakitan baru dia mengesat matanya untuk melihat siapa yang menjerit kesakitan.

Maliq dah merengkuk menahan sakit pada bahagian alat sulitnya.Dara cepat-cepat menutup mulut Maliq dengan tangannya.

"Sorry...bos..."mohon Dara.Dia takut kalau Maliq naik angin pagi-pagi hening ni.Nanti Mak Ayah dia dengar boleh fikir lain pulak.

"Apa dosa saya sampai awak pijak saya pagi-pagi buta?"soal Maliq yang masih berkerut menahan sakit walaupun dalam gelap.

"Sorry sangat... yang bos tidur dekat bawa ni kenapa?"soal Dara menyalahkan Maliq pula.

"Saya tidur bawah kat atas tak muat"ucapnya.

Dara tak tahan nak kencing.

"Bos okay kan? Saya tak tahan nak kencing ni"ucap Dara terus berlari keluar ke bilik air.Memandangkan bilik air tiada dalam biliknya.

Maliq rasa berdenyut dan senak lagi.Masuk ni kali kedua alat sulit jadi mangsa Dara.

**********

Dara menuangkan air teh ke dalam cawan.Mukhlish dah tunggu di meja makan dengan Tok Ayah.Heheheh....tiber dapat gelaran baru Pak Abbas.

"Dara...mana Maliq tak turun makan ke?"soal Pak Abbas.

Dara meletakkkan teko diatas meja.

"Ada dalam bilik....Lish panggil Papa turun"arah Dara.

Mak Bedah menepuk belakang badannya kuat.Terkejut Dara dibuatnya.Mukhlish baru nak turun dari kerusi.

"Apa ni Mak?"soal Dara.

"Lishh...tak payah.Biar Mama kamu yang panggil Papa tu.Lish duduk sini je"ucap Mak Bedah.

Mama? Siapa Mama?.Panggil Kak Dara sudahlah.

"Yelah Mak Dara pergi panggil Maliq kejap"ucap Dara.Sekali lagi tangan Mak Bedah menepuk belakangnya kali ini agak kuat.

"Mak apa ni?"soal Dara.

"Kamu tak reti nak panggil Abang ke...ni panggil nama je.."ucap Mak Bedah.

Dara terus beredar dengan muncung sedepa.Pagi ni je dua kali belakang dia kena tepuk dengan Mak Bedah.Mahu tinggal bekas...

Dara masuk ke dalam bilik melihat Maliq yang masih duduk di atas katil.

"Bos...jom sarapan"ajak Dara.

Maliq mendongak memandang Dara.

"Boleh tolong aku...?"soal Maliq pada Dara.Dara terpaksa akur.

Faysal duduk disebelah Mukhlish.

"Mukhlish....awal bangun.."ucap Faysal mengusap kepala anak kawannya merangkap anak buahnya sekarang.

"Mestilah...baru banyak rezeki masuk betul tak Tok Ayah?"soal Mukhlish.

"Betul...baguslah Lish ni"puji Pak Abbas.

"Lish...mana Papa dengan Mama baru Lish?"soal Faysal.

Mak Bedah nampak kelibat Dara dan Maliq masuk ke dapur.Dia nampak menantunya jalan terbongkok-bongkok.

"Ahhh pengantin baru ni...ni kenapa dengan Maliq...ni"ucap Mak Bedah.

Faysal turut bangkit memandang kawan baiknya itu yang semalam kelihatan sihat harini terbongkok-bongkok.

Dara melabuhkan punggung disebelah Mukhlish.

"Tak ada apa..sikit je"ucap Maliq sambil tersenyum.

"Sikit apa ni?. Adik semalam kau buat apa dengan Maliq ni sampai jadi macam ni?"soal Faysal.

"Mana ada adik buat apa?"soal Dara sambil mengunyah seketul kuih karipap.

"Kamu sakit dekat mana? Kalau teruk baik pergi klinik"ucap Pak Abbas.

"Senak...je ni"ucap Maliq malu.

Faysal menepuk bahu kawannya itu.

"Ganas betul kau semalam..."ucap Faysal.Maliq menjeling maut pada Faysal yang sudah tersengih-sengih.

Banyak kau punya ganas.Adik kau pijak aku semalam adalah.

"Ishh...macam nilah Dara lepas makan ni..bawa Maliq rehat.Nanti Ayah urut Maliq"ucap Pak Abbas.

"Ahhhhh....urut..."ucap Maliq.

"Dah makan... Dara hidang dekat suami tu jangan nak mencekik je"ucap Dara.

Dara meletakkkan bihun goreng atas pinggan Maliq.Dan diletakkan didepan lelaki itu.

***********


"Nah...tukar pada seluar bos tu.."ucap Dara menghulurkan kain pelekat yang dia ambil dari Pak Abbas tadi.

"Kain saya semalam mana?"soal Maliq.Dia terlupa nak bawa lebih.

"Ada dekat bakul nak basuh.Pakai jelah ni kejap lagi Ayah nak urut bos"ucap Dara.

Maliq mengambil dari tangan Dara dan perlahan-lahan duduk.

"Sekali lagi saya minta maaf sangat saya betul-betul tak sengaja bos.Harap bos tak dendam dengan saya"ucap Dara.

Maliq mengeluh.

"Apa azab aku baru sehari jadi suami orang...dah kena pijak dengan isteri sendiri"ucap Maliq.

"Alah...janganlah ungkit saya dah minta maaf kan"ucap Dara serba salah.

Maliq tersenyum sedikit.

"Sini kejap..."panggil Maliq.Dara mendekatkan dirinya.

Maliq tersenyum senget dan menarik lengan Dara mendekatinya.Dara hampir jatuh atas Maliq nasib tangannya memegang bahu Maliq kemas.

"Saya nak keluar..."ucap Dara menggelabah tapi Maliq sengaja merangkul pinggang Dara.

"Kenapa kau menggelabah?"soal Maliq.

"Saya ada kerja dekat luar...."ucap Dara cuba menolak tapi Maliq sengaja merangkul kuat pinggangnya.

"Tak...kau dengan aku suami isteri kan? Dah halal..."ucap Maliq.

"Tolonglah...lepaskan saya...saya belum bersedia..."rayu Dara sudah bertukar nada sedih.Maliq dengan perlahan melonggarkan rangkulan.

Maliq menolak sedikit tubuh Dara menjauhinya.

"Aku nak tukar seluar..."ucap Maliq pada Dara.Dara mengangguk perlahan dan terus keluar dari bilik.

Maliq mengeluh kecil.

**********

Dara duduk dipangkin sambil mengemas serba sedikit barang kenduri semalam.Dia memandang pada arah rumah.Berdosa ke aku buat macam tu tadi?.

"Dara..."seru satu nama.Dia mendongak dan terkejut melihat gerangan yang sudah lama dia tidak jumpa.

Lelaki itu tersenyum padanya.Dara bangkit dari duduknya dan memandang lelaki itu.

"Apa awak buat dekat sini?"soal Dara.

"Saya...."

"Dara...."panggil lagi satu suara dibelakangnya.Dia berpaling dan melihat Maliq berdiri tidak jauh dari mereka berdua.Maliq melihat Dara yang berdiri tegak dihadapannya ada seorang lelaki yang sedikit rendah darinya dengan gaya rambut pendek dan kemas.Tapi siapa lelaki itu?.

"Dara...."panggil lagi satu suara dibelakangnya.Dia berpaling dan melihat Maliq berdiri tidak jauh dari mereka berdua.Maliq melihat Dara yang berdiri tegak dihadapannya ada seorang lelaki yang sedikit rendah darinya dengan gaya rambut pendek dan kemas.Tapi siapa lelaki itu?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience