BAB 18

Drama Completed 90864

Maliq meraup wajahnya sambil tertawa sendirian.Malunya aku ! Teriaknya dalam hati.Macam manalah tualanya boleh terlucut dengan sendirinya tadi?.Dia pun satu, tak sedar pula hanya bertuala.Bila mengingatkan apa yang berlaku didapur tadi,dia tertawa sendirian.Merah mukanya menahan malu.Dara telah melihat apa yang tak sepatutnya dilihat.Malu seh...

Dia melangkah ke hadapan cermin panjang di pintu almari pakaian.Dia tersengih sendirian.Satu perasaan aneh muncul di hatinya.Perasaan yang pernah dia rasai tujuh tahun lepas.Tapi dengan orang yang berbeza.

Dia melangkah menghampiri cermin.Wajahnya dipandang dekat di permukaan cermin.Dia menyentuh bibirnya.Senyuman bahagia terukir sendiri.Saat bibirnya melekat dengan bibir Dara di dapur tadi terimbas kembali di tabir pandangannya.Lama jugalah bibir mereka bertaut menjadi satu.Adalah dalam 30 saat.Di ketika itulah dia dapat rasakan kelembutan bibir Dara.Dan....

"Stop... Maliq kau dah jauh sangat ni...melalut ni.."Maliq bercakap seorang diri.Dia terus membuka pintu almari mencapai baju.

"Mana Papa ni... Lish dah nak habis makan dah..."ucap Lish sambil menghabiskan mi goreng dalam pinggan.

"Lish...makan dulu memanglah cepat habis...lain kali jangan buat macam ni...tunggu Papa Lish"ucap Dara menuang air ke dalam cawan.

Nasib harini dia masih cuti.Bolehlah dia susun jadual hariannya yang sudah berubah sekarang.

"Lish dah lama tak makan mi goreng.Sedaplah Mama masak"puji Lish.

"Yeke...kuat bodek Lish ni"ucap Dara menggeletik tubuh Mukhlish.

Mukhlish terkekek-kekek.

"Apa hal ni?"tanya Maliq yang tiba-tiba muncul dari arah tangga.Hairan melihat Dara dan Mukhlish.

Dara menyembunyikan muka.Malunya.

Maliq berkerut dahinya memandang Dara yang sudah tersengih-sengih di meja makan.Dia yang hanya berseluar trek dan t-shirt polo santai melangkah menghampiri meja makan.Semerbak bau mi goreng sudah mencucuk hidungnya.

"Ingat awak tak pandai masak"puji Maliq lalu melabuhkan punggungnya di atas salah satu kerusi.

Pandangannya sedaya upaya dilarikan dari bertembung dengan Dara.Peristiwa tadi masih segar dalam ingatannya.Saat tualanya terlondeh.Dara sudah melihat apa yang tak sepatutnya.Rasa malunya masih menebal sehingga kini.

"Masak simple..saya okay je..tapi kalau nak suruh saya masak nasi dagang ke nasi kerabu ke..saya surrender awal-awal"jawab Dara selamba.

Dengan pantas dia mencapai mangkuk berisi mi goreng.Mi goreng disenduk ke atas pinggan Maliq.Maliq kelihatan gelisah.

"Lena ke awak tidur semalam?"soal Maliq.Semalam menjadi detik pertama kali Dara tidur sekatil dengannya.Tapi itu pun Dara siap buat benteng lagi ditengah-tengah.Risau sangat dirinya ngap agaknya...

"Lena...tapi kenapa awak bangun pukul empat pagi lepastu saya tak nampak awak tidur semula?"soal Dara.

Ya semalam dia sedar Maliq bangkit dalam jam empat pagi lepastu dia sedar Maliq tak tidur semula.

"Ohh .. saya tersedar lepastu terus solat tahajud dan solat hajat"ucap Maliq menyuap mi goreng ke dalam mulutnya.

Sejuk hati Dara mendengarnya.Tak sangka dalam muka garang Maliq rupanya ada sisi yang dia sendiri tak pernah kenal dan nampak.

"Erm...saya nak minta maaf kat awak"luah Maliq nampak canggung.

Berkerut dahi Dara.Mangkuk berisi mi goreng tadi diletakkan semula di tengah meja.

"Maaf untuk apa?"tanya Dara hairan.

"Pasal kata dapur tadi"jawab Maliq malu-malu.

"Oh.. it's okey.Benda tak sengaja kan?" Tak ada siapa salah"ucap Dara tidak ambil kisah pun.Sebenarnya dia kisah sebabnya mereka tercium tu..

Maliq mengangguk.Namun keadaan masih kelihatan serba tidak kena.Ada satu persoalan yang sedang meronta-ronta di benaknya perlu dilepaskan.

"Awak tak nampak apa-apa kan?"Diluahkan juga apa yang terbuku di hatinya.

Sekali lagi Dara berkerut dahi.

"Nampak apa?"jawab Dara dengan soalan.

"Nampak benda yang tak sepatutnya awak nampaklah"

"Benda? Benda apa?"

"Alah yang tu"

"Tadi benda, ni yang tu pulak.Aduh saya tak fahamlah"ujar Dara sudah bosan mahu berkias-kias lagi.

"Ala... masa tuala saya terlondeh tulah"Lancar kata-kata itu menyusuri mulut Maliq.

Dia juga turut gelisah Dara terus-menerus bertanya.Tahu atau buat-buat tahu? Muka Maliq sudah mula berona merah.Menahan malu.

"Mana ada nampak apa-apa.Merepeklah awak ni"balas Dara lalu melangkah laju ke dapur.

Mukanya juga sudah berona merah menahan malu.Sedaya upaya dia cuba melupakan peristiwa pagi tadi.Bila sudah lupa, Maliq pula mengingatkannya pula.Masakan dia akan mengaku dia nampak apa yang tak sepatutnya pada Maliq? Menjatuhkan aib lelaki itu pula nanti.Masa yang berlalu mana boleh diundur.

Lama Dara mengawal perasaan malunya sendiri di dapur.Dirasakan jantungnya berdegup pantas tadi bila mengingat apa yang telah berlaku pagi ini di dapur.Apa yang pasti ini pertama kali dia rasai perasaan ini.

Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus sepuas-puasnya.Meredakan gelojak jiwa yang berdetak laju secara tiba-tiba.Dia menarik nafas dahulu sebelum ke meja makan untuk mengawal perasaannya.

Cawan di sisi pinggan Maliq dicapai lalu isi jag diruang ke dalamnya.Dia mula menyusun langkah mahu ke dapur kembali setelah memastikan semuanya sempurna.

"Awak nak ke mana tu?"tanya Maliq yang sedang menyudu mi goreng ke dalam mulutnya.

Langkah Dara terhenti dari terus melangkah.Lambat-lambat dia berpaling memandang ke belakang.

"Saya nak masukkan baju kotor dalam mesin basuh"jawab Dara.

"Tak payah...kejap lagi boleh buat.Saya kahwin dengan awak dengan awak bukan untuk jadikan awak orang gaji dalam rumah ni.Dah duduk sini teman suami awak makan"arah Maliq tegas sekali.

Dara telan liur.

Tak boleh makan sorang ke siap nak suruh aku teman makan?.Dengan lambat-lambat dia melabuhkan punggungnya sambil membuat muka.

Pantas Maliq mencapai mangkuk berisi mi goreng lalu mi goreng disenduk ke atas pinggan dihadapan Dara.

"Eh tak apa biar saya buat sendiri"tegah Dara sambil mencuba merampas senduk di tangan Maliq.

Dia tidak layak untuk dilayan sedemikian oleh Maliq.

Pelepek!

Satu senduk Mi goreng jatuh di atas pinggan Dara.Lekas Dara kembali duduk di kerusinya sambil membuat muka selamba.Buat muka tidak bersalah.Mi disuap ke mulut lambat-lambat.Pandangannya dilarikan ke arah lain.Dia tahu Dara sedang merenung marah padanya.

"Banyak ni..siapa nak habiskan mi sebanyak ni?" rungut Dara bengang.

"Awaklah habiskan.Jangan nak buang"jawab Maliq masih tidak bersalah.

Dara sudah mengecilkan matanya memandang Maliq.

"Dahlah..Saya dah kenyang"ujar Maliq sambil meletakkkan sudu di perut pinggan.Hakikatnya dia ingin melarikan diri.

Dara masih merenungnya sinis.

"Lepas kemas semua ni...saya nak awak rehat...je..rumah ni pun saya panggil orang lain kemas seminggu dua kali.Saya ada kerja dekat atas"ucap Maliq.Langkah disusun ke arah tangga untuk ke atas.

Dara masih merengus dan menjeling sinis.Dah buat salah pandai nak melarikan diri.Wek!!!! Dara menjelir lidah pada Maliq yang baru sahaja ingin mendaki anak tangga.

"Apa awal buat tu? Jelir lidah dekat saya ek? Gigit lidah awak tu baru tahu..."pantas Maliq menoleh.

Dara dengan pantas buat muka selamba lalu menapak ke dapur sambil membawa mangkuk berisi mi.Melarikan diri.Aduh! Macamana dia boleh perasaan? Sengal betullah aku ni! Dia nak gigit lidah aku!!!.

Maliq tertawa senang hati lalu menyambung langkahnya yang tergendala.Geli hatinya melihat gelagat Dara.Dapur yang dulunya jarang berasap kini sudah kembali berseri dengan adanya Dara.Dalam kasar-kasar Dara pun pandai buat memasak.

*********

Maliq memicit dahinya bila terasa lama menghadap komputer riba.Dalam tengah cuti pun dia masih memikirkan tentang kerja.Dia pelik kenapa senyap semacam saja.Mana Dara?. Takkan tak siap kemas dapur lagi?.

Maliq bangkit dan melangkah keluar dari bilik.

Dara mengosok baju sekolah Mukhlish sambil bernyanyi-nyanyi.

Seminggu sekali kau datang padaku
Membawa cinta yang suci (amboi amboi enak amboi amboi enak)
Seminggu sekali ku dimanja-manja
Dan disayang-sayang dirimu (amboi amboi enak amboi amboi enak)

Mukhlish dah tergelak-gelak memandang Dara yang terjoget-joget.

Maliq menyandarkan tubuhnya pada dinding hanya memerhati saja Dara yang sedang khusyuk berjoget.

"Awak nak suruh baju terbakar ke?"soal Maliq.Teguran itu terus mematikan kelincahan Dara.

Dara terus memandang Mukhlish yang didepannya sudah tersengih-sengih.

"Tak tahu pulak saya yang awak ada bakat menari.Kenapa berhenti..menari?"ucap suara parau itu.

"Mana ada saya menari...tu...senaman...untuk luruskan pinggang... Lish...yang ajar..."jawab Dara sambil menundukkan sedikit wajahnya.

"Mana ada Lish...ajar...Mama yang ajar Lish..."ucap Lish.

"Lish dah siap kerja sekolah belum?"soal Maliq.

"Belum...."

"Pergi buat...kalau tak tahu baru tanya..."ucap Maliq pada Lish.

Lish terus keluar dari bilik itu.

Dara rasa gementar apabila tinggal dia dan Maliq saja dekat dalam bilik mengosok ini.

"Awak nampak seksi bila menari"ucap Maliq.

Secara spontan Dara terpegang seterika yang panas disisinya.

Ahhhhh!!!!!

Maliq cepat-cepat memegang tangan Dara.Dia meniup jari itu.Dara boleh rasakan hembusan nafas hangat pada jarinya.

"Awak ni cuai betul...lain kali hati-hati. sebab awak ni jatukrama saya.."bisik Maliq sambil menghadiahkan satu senyuman dibibir.

Maliq terus keluar dari situ

Dara seakan terpukau.Tapi apa tadi krama?.Apa benda tu? Dia carut kat dekat aku ke?.

Duduk berdua di bangku bambu
Merenda cinta aku bahagia
Duduk berdua di bangku bambu
Bercanda ria dunia terasa
Milik berdua (amboi)
Indahnya cinta (amboi)
Indahnya cinta

Dara terdengar Maliq menyambung lagu yang dia nyanyi tadi.Aduhh..malunya...satu-satu aib aku dia tahu..muka ganas macam aku minat dangdut...

Dara terdengar Maliq menyambung lagu yang dia nyanyi tadi.Aduhh..malunya...satu-satu aib aku dia tahu..muka ganas macam aku minat dangdut...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience