Dara menyelimutkan tubuh Mukhlish yang sudah lena mungkin kepenatan berjalan harini.Dia mengusap rambut anaknya itu.Walaupun Mukhlish anak tirinya tapi dia tak mahu bezakan kasih sayang dia pada Mukhlish.
Dia terpandang meja belajar Mukhlish yang sedikit bersepah.Dia bangkit dan menuju ke arah meja.
Terdapat kertas yang ada beberapa lukisan.Dia tersenyum sedikit.Tanganya mengemas kertas tersebut dan pensel warna turut diletakkan dalam laci.
Dia melangkah ke pintu dan menutup rapat.Dia berjalan ke bilik disebelah.Dalam hatinya penuh debaran.Dia tak tahu macamana nak bersemuka dengan Maliq sejak peristiwa petang tadi.
Pintu ditolak perlahan dan Dara melihat Maliq sudah pun baring atas katil.Dia menutup daun pintu dan menekan tombol.
Dia melihat ditengah-tengah katil Maliq dah letakkan dua bantal peluk.Dara melangkah berat naik ke atas katil dan menoleh pada suaminya yang sudah lelapkan mata.
Dia mengalihkan bantal peluk itu kesisi lain mengosongkan ruang ditengah itu.Lalu dia membaringkan diri membelakangi suaminya.
"Tak baik tidur membelakangi suami"ayat ini selalu dia dengar kalau mana-mana ceramah.Dara berpaling dan menghadap Maliq.Dia menundukkan wajahnya sedikit kerana malu.
Maliq mencelikkan matanya dan memandang Dara yang menundukkan wajahnya.
"Dara..."seru Maliq.
"Erm..."
Maliq menelan air liurnya sebelum meneruskan kata-kata.
"Kenapa masa saya masuk meminang awak..awak tolak peminangan saya?"soal Maliq tiba-tiba.
Dara mendongak memandang wajah itu yang turut tidak berkelip merenungnya.Tapi renungan itu bukan renungan tajam lagi.
"Saya tak tahu"
Maliq mengigit bibirnya.
"Kenapa awak tak lari masa hari kita nikah?"soal Maliq lagi.
"Saya tak tahu"
Mata mereka bersabung tanpa sedar.Ada debaran dalam hati masing-masing.
"Awak rasa saya dah berjaya buat awak jatuh cinta ke?"soal Maliq.
Dara memandang mata bundar Maliq.Adakah suaminya berjaya buat dirinya jatuh cinta?. Degupan jantung Dara laju.
"Awak tak kisah ke ada isteri yang kasar macam saya? Saya tak pandai bergaya...tak romantik..awak nak ke hidup dengan saya?"kini giliran Dara pula menyoal pada Maliq.
Maliq menghembus nafas perlahan.
"Kalau saya tak sedia..buat apa saya buat keputusan pilih awak sebagai isteri saya.Saya kahwin sebab awak bukan sebab awak tak pandai bergaya atau awak tak romantik.Saya terima awak seadanya Dara"ucap Maliq dengan jelas menyapa halwa telinganya.
Dia tak salah dengar kan?.Betulkan dia cakap dia terima aku ikhlas sebagai isteri?.
Dara dengan berani menyentuh bibir suaminya.Maliq terkejut dengan tindakan Dara.Mereka terdiam sekejap.Dara menjauhkan bibirnya sebaik sahaja dia melihat Maliq yang masih diam.
Maliq menarik Dara padanya dan dia terus membalas ciuman itu.Dara memegang dada Maliq.Dara tak cukup nafas.Dia menolak sedikit tubuh itu membuatkan Maliq berhenti dari menyentuh bibirnya.
Dara menarik nafasnya dalam-dalam.Maliq menyentuh lembut rambut Dara.
"Saya tak bernafas..."ucap Dara perlahan cukup sekadar Maliq yang dengar.Maliq mengukir senyum lalu bibirnya menyentuh dahi,kening dan pipi Dara.
"Saya minta maaf sebab saya tak boleh kawal..."ucap Maliq sambil tangannya menyentuh bibir mungil Dara.
Dara memeluk tubuh Maliq menyorok mukanya yang sudah merah.Maliq turut memeluk tubuh itu dalam dakapannya.Terasa hangat bila tubuh mereka bersentuh.
Maliq mengalihkan bibirnya pada leher putih Dara pula menjadi sasaran.
*************
Dara baru selesai mandi dan hanya bertuala sahaja keluar dari bilik air kerana dia terlupa bawa sekali baju dalam bilik air.
Dia berjalan ke almari tanpa sedar Maliq ada dalam bilik itu melihat kaki putih melepak Dara.Serta dada Dara yang terdedah sedikit itu.
"Awak sengaja nak belanja ke apa?"soal Maliq.Dara berpaling dan terkejut terus menutup dadanya dengan tangan.
Maliq tersenyum nakal.
"Apa awak buat dalam bilik? Bukan awak dah keluar ke tadi?"soal Dara malu.
Maliq melangkah mendekati isterinya yang kaku berdiri.
Tangan Dara masih menutup bahagian dadanya yang terdedah itu.Maliq tersenyum melihat ada kesan merah di leher dara.
"Awak nak apa?"soal Dara takut-takut.
"Macamana awak nak sorok yang dekat sini?"soal Maliq menunjukkan leher padanya.Dara mula tak faham lepas tu dia terus berlari ke meja solek.Dan melihat kesan merah pada lehernya jelas.
Dia memegangnya dan mula teringat apa yang berlaku malam tadi antara mereka berdua.Betul juga macamana aku nak tutup kesan ni?.
Dia memandang suaminya yang berdiri dibelakangnya.Maliq sedang tersengih-sengih.Dara berpaling dan menjelingkan matanya.
"Awak keluar dari sini"ucap Dara terus menolak tubuh itu keluar dari bilik dan menutup pintu rapat.
"Dara...saya tak buat apa-apa dekat awak semalam saya cuma cium dan gigit awak je"ucap Maliq dibalik pintu.
Dara cuba mencari cara macamana nak tutup kesan dilehernya ini.Apa aku nak jawab kalau orang tanya?.Dahlah dekat pejabat tu semua mulut kepochi.
**********
Dara terpaksa pakai baju turtle neck harini walaupun sebenarnya macam tak kena dengan pakaiannya.
Maliq pagi tadi asyik tersenyum memandangnya.
"Dara..."seru Kak Mas.
Dara mendongak dan muka terkejut.
"Ahh Kak Mas ada apa?"soal Dara tiba-tiba.
"Kamu okay tak ni.. kenapa muka kamu macam merah semacam je?"soal Kak Mas.
Dara memegang pipinya.Tak rasa panas pun.
"Merah? Mana ada...saya okay je.. lagipun saya duduk bawa penghawa dingin kot"ucap Dara tapi tangannya masih dipipi.
"Ni bos cakap jangan masuk dalam pejabat sebab Cik Husna ada dekat dalam tengah bincang pasal hal minggu depan ni"pesan Kak Mas.
Husna? Aik..bincang pun tak boleh pekerja lain masuk ye?.
"Ohh terima kasih Kak Mas bagitahu saya kalau Kak Mas tak bagitahu saya tadi saya dah langgar dengan kereta kebal"ucap Dara sambil tersenyum tawar.
Kak Mas berlalu dari situ sambil menggelengkan kepalanya.
Dara mengeluarkan penumbuknya.Dia sengaja berjalan nak ke bilik fail sambil tu matanya melirik pada keadaan dalam pejabat.
Dia membulatkan matanya melihat Maliq yang tersenyum lebar pada gadis didepannya itu.Cik Husna...patutlah orang puji dia rupanya cantik manis orangnya.Dia memandang dirinya yang hanya berjaket kulit hitam dan seluar jeans.
Timbul rasa cemburu tengok Maliq tersenyum pada Husna.Bukan main senyum lebar ye? Tunggu...
Dara terus berlalu dari situ.
Maliq keluar dari pejabatnya mahu keluar makan tengahari.Memandangkan Brian tak ada harini dia ingin mengajak Dara menemaninya makan.
Dia berjalan ke meja kerja isterinya tapi sudah kosong.Aik awal pulak keluar harini.Tak ajak suami makan sekali ke?.
"Bos...tak keluar makan ke?"soal Kak Asnah yang melihat Maliq berdiri di meja Dara.
"Ahhh saya nak pergi ni.. Kak Asnah tak pergi makan ke?"soal Maliq pula.
"Kak Asnah sarapan berat pagi tadi kenyang lagi.Kak Asnah nak pergi rehat dekat surau"ucap Kak Asnah.
"Okay Kak Asnah saya keluar dulu"ucap Maliq terus berlalu dari situ.
*********
Dara duduk dikerusi sambil menyilangkan kakinya dengan wajah serius berkerut.Roti ditangannya dingap kasar menahan geram dengan apa yang dia nampak tadi.
"Kesian isteri saya makan roti je.. patut kurus"ucap satu suara menegur Dara.Nasib roti dekat tangannya tak terbang akibat terkejut.
Dara memalingkan tubuhnya menghadap tempat lain.Maliq menggaru keningnya yang tak gatal.
"Jom..pergi makan tengahari.."ucap Maliq memegang bahu isterinya.
"Tak nak...saya dah kenyang"ucap Dara menghabiskan sisa roti yang ada.Lalu dia bangkit mahu berlalu tapi Maliq cepat-cepat menariknya dalam dakapan.
"Ehh...kenapa ni? Awak ada masalah ke?"soal Maliq.Dara menggelengkan kepalanya laju.
"Habis.. kenapa macam ni?"soal Maliq lagi.
"Saya..."
Telefon pintar Maliq berbunyi tertera nama Husna diskrin.Maliq mahu menjawab panggilan itu tapi Dara ada depan matanya.
"Takpelah awak jawablah..."ucap Dara terus berlari keluar dari ruangan atap.
**********
Program CSR membersihkan pusat sumber Universiti Kebangsaan Malaysia sedang dijalankan.Program yang mengambil masa dua hari dengan melibatkan beberapa NGO yang terpilih.
Dara menurunkan buku mengikut label yang sudah ditetapkan.Dari tadi dia tak nampak kelibat Maliq.Biasalah kalau ketua selalu curi tulang lebih kerja pada anak bawahan sahaja.
Yang paling Dara tak boleh terima adalah pagi tadi masa acara perasmian Husna tu boleh pulak rapat dengan Maliq.Dengan sorakkan gemuruh pekerja lain yang menyokong hubungan bos kesayangan diaorang dengan Cik Husna.Itu suaminya..Geram betul....
Dara meletakkkan buku dalam kotak dengan perasaan marah.Dia mengangkat kotak yang sudah penuh itu.Baru berjalan beberapa langkah, dia dihidangkan dengan scene macam drama korea.
" Maliq boleh tolong I tak kotak ni berat sangat"ucap Husna pada Maliq yang berdiri tidak jauh darinya.
"Boleh..."ucap Maliq menyambut kotak tersebut.
"Terima Kasih sebab tolong I" ucap Husna sambil tersenyum manis.
Ohh orang tu boleh pulak tolong.Isteri sendiri angkat berat-berat ni tak nak tolong.Brian yang nampak Dara memandang Maliq terus mendekati "isteri rahsia" bosnya itu.
"Dara..sini saya tolong berat ni"ucap Brian.Dara mengelak dari Brian.Maliq yang ternampak Dara sedang memegang kotak mula serba salah.
"It's okay Encik Brian.Saya wanita yang kuat tak perlu pertolongan dari lelaki"ucap Dara kuat terus berlalu.
Brian memandang Maliq dan membuat aksi leher putus.
Dara menulis atas kotak tersebut jumlah yang dia kira tadi.Pastikan sama dengan senarai yang diberikan.
"Awak nak saya tolong apa-apa?"soal Maliq dari belakang.
Dia berpaling dan memandang lelaki itu.
"Terima Kasih sebab tolong I"ucap Dara dengan nada yang menggedik mengikut Husna.Dara kembali pada kerjanya.
Maliq mengeluh kecil.
"Maliq...boleh tolong I bawa kotak ke sini"panggil Husna.Maliq memandang Dara yang buat taktahu saja.
Maliq berpaling.Dara terus mengambil peluang beredar ke tempat lain.
"Saya ada kerja tak boleh nak tolong awak"ucap Maliq berpaling dan melihat Dara sudah berlalu.Dia mengejar langkah kaki itu.
Dara ke sudut paling belakang untuk mengira buku yang ada sambil memegang telefon ditangan sebelahnya.
Dengan tiba-tiba tubuhnya ditolak ke rak buku. Telefon jatuh dari tangannya.Dara memandang Maliq yang sedang memandangnya.Degupan jantung Dara laju.Dia tak tahu ke aku tengah marah dengan dia ni?.Pergilah layan Cik Husna tu?.
Dengan tiba-tiba tubuhnya ditolak ke rak buku. Telefon jatuh dari tangannya.Dara memandang Maliq yang sedang memandangnya.Degupan jantung Dara laju.Dia tak tahu ke aku tengah marah dengan dia ni?.Pergilah layan Cik Husna tu?.
Share this novel