BAB 32

Drama Completed 90864

Dara menolak pintu bilik dengan membawa gelas berisi air ribena yang dibancuhnya.Air diletakkan atas meja kecil disudut bilik itu.

Maliq sedang sibuk memasang rak di dinding bilik anak mereka yang bakal lahir tak lama lagi.

"Banyak lagi ke?"soal Dara.

Maliq berpaling dan tersenyum.

"Sikit je lagi...tinggal nak touch up.Macamana okay tak kedudukan barang semuanya.Kalau ada yang tak betul bagitahu saya"ucap Maliq bertanya pendapat Dara.

Dara menyentuh katil kecil itu.Dan tersenyum manis kerana suaminya sudi buatkan bilik ini walaupun kesibukan pagi bekerja malam duduk dalam bilik ni untuk siapkan.

"Semua dah okay...kemas awak buat semua ni.Terima Kasih.."puji Dara.

Maliq mendekati Dara dan memeluk bahu itu.Dia pun tak percaya sebab lama dia tinggalkan semua ni.Dia fikir Mukhlish akan menemaninya sampai bila-bila.

"Sayang...dah ada nama ke?"soal Maliq.

"Erm...dah..awak tak kisah kalau saya bagikan nama?"soal Dara.

"Tak kisah asalkan maksudnya baik dan dia sihat sempurna dan jadi anak yang solehah"ucap Maliq.

"Saya nak namakan dia Nur Jannah Binti Maliq Mateen.Macamana?"soal Dara.

Maliq mengangguk laju.

"Maksudnya Cahaya Syurga.."ucap Maliq.

Maliq memegang tombol pintu wad yang menempatkan Dara.Dia mengumpulkan kekuatannya untuk isterinya sekarang.Pintu dikuak ke dalam.

Dara yang bersandar dikatil memandang suaminya itu.Maliq duduk disisi isterinya itu.Tangan Dara diraih dan dielus lembut.

"Awak...mana anak kita?"soal Dara.Pintu wad dibuka dan muncul Mak Bedah dan Pak Abbas.

"Dara..sihat?"soal Mak Bedah memeluk tubuh anaknya itu begitu juga dengan Pak Abbas.

"Alhamdulilah..baik saja.Awak..saya tanya tadi mana anak kita?"soal Dara pada Maliq sekali lagi.Mak Bedah memandang Pak Abbas disebelahnya.

Maliq menelan liurnya.

"Sayang...saya tahu sayang kuat...sayang percayakan abang kan?"soal Maliq.

Dara sedikit gusar.Dia memandang wajah Mak Bedah dan Pak Abbas yang berdiri didepannya.

"Kenapa ni awak...saya cuma tanya anak kita mana? Saya tanya jururawat pun diaorang diam..je..anak kita baik-baik je kan?"soal Dara.

Maliq memandang Dara.

"Anak kita... Allah sayangkan dia..."ucap Maliq menyentuh pipi Dara.Dara terdiam seketika.

"Maafkan..saya sebab gagal selamatkan anak kita..."ucap Maliq tergagap-gagap.

Dara mengalir airmatanya.Tangisan Dara dari halus bertukar kuat.Maliq memeluk tubuh isterinya itu.

"Kenapa anak kita mati? Kenapa?"soal Dara.

Maliq memeluk tubuh itu bagi menenangkan isterinya.

Mak Bedah menangis di bahu Pak Abbas.Mereka pun tidak sangka bila Faysal memberitahu cucu mereka hanya bertahan untuk beberapa jam sahaja.

Tangisan Dara boleh didengari oleh Faysal diluar bersama Mukhlish.Dia menyeka airmatanya yang turut mengalir dihujung matanya.

Cucunya itu lahir disambut dengan tangisan dan perginya juga dengan tangisan.

***********

Maliq mengizinkan Dara untuk berpantang dirumah mertuanya sementara Dara mendapat kekuatannya semula.

Maliq memandang Dara yang duduk dikatil.Dia duduk di sisi isterinya.

"Awak... agak-agak apa Jannah buat sekarang?"soal Dara.

"Sayang...Jannah dia seronok main dengan para malaikat.Dia akan bermain sampai kita datang pada dia.Sayang kalau rindu doa untuk dia.Dia takkan lupakan sayang.. percaya cakap saya"ucap Maliq memegang tangan Dara.

Dara tersenyum sedikit.

"Awak tak marah saya?.Saya yang gagal jaga dia dengan baik? Kalau saya tak...halang Suraya..."soal Dara dengan mata bergenang.

Maliq meletakkkan jarinya pada mulut Dara.

"Shush......Saya tak marah awak.Awak lindung dia sampai dia lahir.Awak berjaya lahirkan cuma dia dah ditakdirkan untuk jadi tetamu Allah.Sayang dah redhakan?"soal Maliq pada Dara.

Dara mengangguk perlahan.

"Takpe.. perlahan-lahan... Saya ada untuk awak.Sekarang ni Mak suruh mandi dulu.Saya tolong awak okay"ucap Maliq.

Dara mengangguk perlahan dan mengesat air matanya.

***********

Dari tuduhan cubaan membunuh mahkamah telah memutuskan menjatuhkan hukuman ke atas Suraya kerana membunuh.

Pengakuan Suraya tentang apa yang dilakukan 7 tahun lepas juga membuka mata semua pihak.Umi Zakiah menangis diatas kerusi roda melihat anaknya itu berubah dengan sunggu drastik.

Dia tak pernah membezakan Arwah Sumayyah dan Suraya.Tapi apa yang kurang pun dia sendiri tak tahu mana silapnya dalam mendidik dan membesarkan mereka.

Sepanjang perbicaraan Faysal dan Maliq orang yang ada untuk mendengar sendiri pengakuan Suraya.

Maliq geram kerana Suraya seakan tidak ada rasa bersalah buat semua itu.Dia menggengam tangannya.Tapi dia teringatkan pesanan Dara sebelum dia keluar ke mahkamah tadi.

Dara mengenggam tangannya.Maliq menoleh pada isteri tercinta.

"Awak...jangan...simpan dendam masa dengar perbicaraan nanti.Boleh kan?"soal Dara.

Maliq mengelus cincin dijari Dara.

"Kalau saya marah juga macamana?"soal Maliq dengan nada serius.

Dara mengigit bibirnya.

"Taklah...saya cuma nak bawa Umi Zakiah je.Pasal Suraya tu biarlah undang-undang yang menghukum dia.Saya malas nak cakap pasal perkara yang lepas"ucap Maliq.

Dara tersenyum sedikit.

"Terima Kasih sebab memahami saya dan keadaan saya.Sepanjang saya dalam pantang awak tolong saya macam-macam.Awak tak biarkan saya sorang-sorang meratap pemergian anak kita"ucap Dara.

"Sama-sama kalau awak tak suruh pun saya akan buat juga sebab tu tanggungjawab saya"ucap Maliq.

Dara tersenyum.

**********

Maliq singgah di tanah perkuburan setelah balik dari mahkamah tadi.Dia meminta Faysal untuk menghantarkan Umi Zakiah kerana dia ada urusan lain.

Dia menyentuh batu nisan didepannya itu.Nama pada batu itu diusap berkali-kali.Ini adalah rumah buat buah hati pertamanya.Bila mendengar pengakuan dari mulut Suraya tadi hatinya disiat-siat dan hancur.

"Saya buat pengakuan yang saya juga pernah meletakkkan racun ke dalam minuman dan makanan Sumayyah Binti Arsyad iaitu kakak kandung saya sendiri 7 tahun lepas"

Maliq memejamkan matanya rapat.Tidak hairan kerana saat itu arwah Sumayyah sihat sahaja menunggu kelahiran Mukhlish.Tiba-tiba rebah dan meninggal dunia.

Saat itu dunianya gelap gelita.Sebab itu dia harus kuat pada Dara kerana dia pernah lalui peristiwa hitam itu.

Kini Dara dan Mukhlish keutamaan untuk dijaga dan dilindungi.Dia tidak mahu hilang syurganya lagi.

Sumayyah dan Jannah akan jadi penguat hari-hari Maliq dan Dara.Tempat mereka sentiasa ada dalam hatinya.

Dia bangkit dari duduknya dan melangkah secara perlahan pergi dari situ.

*******

Maliq membuka pintu rumah mentuanya.Aik tak kunci ke?.Kereta dekat laman tak ada.Dia berjalan baru beberapa langkah nampak Dara keluar dari biliknya.

"Sayang...."panggil Maliq.Dara menoleh pada suaminya.

"Awak..dah balik..bila awak sampai?"soal Dara mengikat rambutnya yang panjang itu.

Maliq bercekak pinggang.

"Saya ingat tak ada orang dekat rumah sebab kereta Ayah tak ada dekat laman.Pastu kenapa biarkan pintu tak berkunci?"soal Maliq risau.

"Tadi...saya..."

Maliq terus berlalu dihadapannya.

Dia masuk ke bilik dan membuka butang baju kemejanya dan menanggalkannya.Terus dia merebahkan tubuhnya di atas katil.

Dara menolak pintu bilik perlahan.Dia membawa air untuk suaminya.Maliq meletakkkan tangannya diatas dahi dan melelapkan mata.Dara meletakkkan air ditepi meja sebelah katil.

Tangannya menyentuh badan suaminya yang tidak berbaju.

"Awak.. saya ada bawa air..untuk awak.."ucap Dara.

"Biarlah situ saya tidur kejap kepala saya pening cuaca panas sangat"ucapnya

Dara mengerti.

"Takpelah awak rehat dulu saya keluar tengok Mukhlish kejap"ucap Dara terus meninggalkan bilik.

********

Dara duduk dipangkin didepan rumah sambil menemani Mukhlish bermain basikal pemberian Tok Ayah masa hari lahirnya tempoh hari.

Maliq menjenguk ke luar rumah.Patutlah sunyi je dalam rumah masa dia bangun dari tidur tadi rupanya dekat luar.

Dia menyarung selipar dan mendekati Dara.Bahu Dara dipegangnya.

Dara mendongak.

"Ehh..awak dah bangun?"soal Dara.Maliq duduk di sisi isterinya.

"Kepala awak pening lagi ke?"soal Dara.Maliq menggelengkan kepalanya.Maliq agak lain harini terutama selepas balik dari mahkamah tadi.

"Awak apa jadi dekat mahkamah tadi?"soal Dara.Maliq bangkit pergi ke arah Mukhlish.Dara terdiam seketika.

Sebuah motorsikal y15 masuk ke dalam perkarangan laman rumah Pak Abbas.

Maliq memandang pada lelaki yang berada atas motorsikal itu.Dia tidak pernah nampak sebelum ni.

"Asalamualaikum...Dara.."seru suara itu.Dara memberikan senyuman.

"Walaikumusalam...Firman..bila balik sini?"soal Dara yang teruja.

"Baru lagi...Pak Andak bagitahu Dara ada balik tu yang datang sini.Salam Takziah pada Dara dan keluarga"ucap Firman.

Dara hanya mengangguk.

"Lish main dulu Papa nak jumpa Mama kejap"ucap Maliq pada Mukhlish melihat Dara berborak dengan lelaki yang dia tak kenal.

Firman nampak ada seorang lelaki dan ini mungkin suami Dara.Dia menghulurkan tangan berjabat tangan.

"Ni Maliq suami Dara, Saya Firman sepupu Dara"ucap Firman dengan mesra.

Ohh sepupu...

"Ya saya suami Dara.Tak pernah nampak pun sebelum ni"ucap Maliq.

"Firman dia kerja dekat Mekah.Baru kali ni dia balik bercuti"ucap Dara bagi pihak Firman.

"Betul tu.. habis belajar saya terus kerja dekat sana lima tahun.Tahun ni baru berpeluang nak balik jumpa keluarga.Pak Andak bagitahu Dara balik sini tu jumpa.Tapi Abang jangan salah faham Dara dengan saya ni memang rapat dari kecil sebab keluarga kami ramai sepupu lelaki dari sepupu perempuan.Pandai Abang jaga Dara sekarang lagi nampak feminim"terang Firman.

"Takpelah...nama pun sepupu.Apa salahnya kan? Tak nak masuk dalam borak lagu"ucap Maliq menutup rasa dihati.

"Eh takpelah bang lain kali jelah.Saya gerak dulu.Asalamualaikum"ucap Firman terus beredar.

Maliq mendengus kasar.

"Dulu masa awak kasar sorang pun tak nak dekat awak sekarang tengok awak macam ni sibuk nak tegur"ucap Maliq terus masuk dalam rumah.

Dara mengigit bibirnya.

**********

Dara mengiring badannya.Dia menyentuh belakang badan suaminya itu.Maliq membuka matanya apabila dirasakan sentuhan pada belakang badannya.Tangan Dara merangkul pinggangnya.

"Maafkan saya kalau saya ada buat salah dengan awak.Sama ada saya sedar atau tidak.Saya harap awak maafkan saya"ucap Dara melelapkan matanya yang letih.

Maliq rasa serba salah membiarkan isterinya menghadap sikapnya harini.Maliq...kau kenapa ni?. Tangannya menyentuh tangan isterinya yang berada dipinggangnya.

Maliq rasa serba salah membiarkan isterinya menghadap sikapnya harini.Maliq...kau kenapa ni?. Tangannya menyentuh tangan isterinya yang berada dipinggangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience