BAB 33 (AKHIR)

Drama Completed 90864

Dara terjaga sebaik dia terdengar tangisan halus.Dia memandang sebelahnya tiada Maliq.Dia bangkit perlahan dan melihat suaminya duduk berteleku atas sejadah.

Dara mengikat rambutnya terlebih dahulu sebelum duduk ditepi katil.Pertama kali dia tengok suaminya itu menangis.

"Awak..."seru Dara.Maliq mengesat airmatanya dahulu.Dara duduk bersimpuh didepan suaminya itu.

"Saya kacau awak tidur ke?"soal Maliq mengesat sisa airmatanya.

Dara menggelengkan kepalanya.

"Awak kenapa ni? Jangan buat saya risau.."ucap Dara menyentuh tangan suaminya.Maliq memandang Dara.Ternyata dia tak dapat juga nak membendung rasa dalam hatinya.

Dia mengalirkan airmatanya lebat dihadapan Dara.Dara memeluk tubuh itu.Dapat dirasakan hangat air mata itu.

Maliq mengangkat wajahnya.Dara memegang pipi suaminya.
"Awak tak nak cerita dengan saya.Luahkan apa yang ada dalam hati awak"ucap Dara.

Airmata itu dikesat lembut.Dia tak nak suaminya pendam sorang-sorang masalah atau apa-apa rahsia darinya.

"Masa dekat mahkamah tadi saya geram dengan apa yang Suraya cakapkan membuatkan saya rasa bodoh sangat.Saya sebenarnya punca semua ni jadi.Arwah Sumayyah pergi sebab saya dan Jannah anak kita pergi pun sebab saya.

Suraya buat pengakuan dia yang bunuh Sumayyah dengan niat"jelas Maliq.

Dara ternganga sekejap.Dia tidak sangka sejauh itu tindakan Suraya.

"Sebab tu saya ralat tak dapat selamatkan mereka yang tak bersalah ni.Mukhlish hilang kasih sayang seorang ibu kerana kelalaian saya.Kita kehilangan Jannah pun sebab kelalaian saya"ucap Maliq menundukkan wajahnya.

Dara menyentuh wajah suaminya.

"Awak...awak ajar saya untuk redha dengan takdir.Allah uji sebab kita mampu nak lalui bukan sebab Awak semua ni jadi.Saya tak salahkan awak pun.Malah saya bersyukur sangat sebab saya masih berpeluang dapat jadi isteri awak lagi dan ibu buat Lish.Rezeki tu Allah yang bagi bukan kita yang tentukan"

"Saya tak pernah salahkan sesiapa.Awak jangan macam semua orang tak salahkan awak.Awak adalah suami yang terbaik untuk saya dan Papa untuk Lish.Mana pergi Maliq yang saya kenal seorang yang kuat dan tabah lalui semua ujian yang Allah aturkan.Percaya cakap saya..."ucap Dara.

Hening pagi menyaksikan kepiluan dalam hati Maliq.Dara memegang pipi suaminya itu.

"Terima Kasih Sayang "ucap Maliq memeluk tubuh Dara.

"Sama-sama "ucap Dara menepuk lembut belakang badan suaminya.

***********


Pagi-pagi Maliq meneman Dara ke pasar basah.Ini kali pertama dia pergi pasar selalunya pasaraya je dia redah kalau nak cari barang.Dara pun dah habis pantang.

Tangan isterinya tak dilepaskan.Mata melilau mencari barang yang nak dibeli.

"Harini nak masak apa?"soal Maliq.

"Erm...awak nak makan apa?"soal Dara semula.Maliq berfikir sejenak.

"Saya rindu masak lemak ikan bawal campur belimbing buluh " ucap Maliq.Ia dia rindu kerana sepanjang Dara berpantang dia pun turut ikut berpantang sekali memberi semangat untuk Dara.

Kadang dia tahu Dara akan menangis dalam tidurnya mungkin rindukan Jannah.Tapi dibiarkan sahaja mungkin itu sahaja pengubat rindu dikala hatinya rawan.

"Okay..boleh tadi pun Mukhlish nak makan ketam masak cili.Dua beranak ni suka sangat makan pedas"ucap Dara.

"Mestilah tengoklah bapanya siapa"ucap Maliq.Dara terhibur dengan suaminya.

Mereka berhenti dihadapan peniaga ikan.Maliq memilih beberapa jenis ikan yang dia mahukan dan untuk makanan isterinya juga.

Selesai membeli barang Maliq membawa Dara ke suatu tempat.

"Awak dah terlepas simpang masuk?"soal Dara yang melihat Maliq tidak memberi isyarat masuk ke simpang menuju ke rumah ibubapanya.

Maliq tersenyum sedikit.

"Tahu... saya nak bawa awak tempat lain"ucap Maliq.

Dara hanya mengikut sahaja.Kereta yang dipandu Maliq memasuki kawasan yang bernama Tanah Larwina.

Mereka berjalan disekitar kawasan tempat ini.Nyaman dan tenang sangat tempat ni.Penuh dengan kehijauan.

"Awak ni kalau tahu nak datang sini kita bawa Lish sekali.Kalau dia tahu ni mesti dia merajuk punya"ucap Dara.

"Kasi chance pada kita ni nak berdua.Asyik nak berkepit je.Bukan selalu kan?"soal Maliq memegang tangan isterinya.

Maliq berhenti sebaik sahaja sampai mereka duduk dibangku kayu yang disediakan.

"Mana awak jumpa tempat ni.Saya orang sini pun tak tahu ada tempat macam ni"ucap Dara.

"Google je.. senang.Cantikkan tempat ni.Kita boleh dengar bunyi air sungai mengalir.Saya ajak awak pergi Honeymoon awak tak nak?"ucap Maliq.

Dara mengecilkan matanya.

"Saya rasa honeymoon yang terbaik adalah bila suami saya ada disisi saya"ucap Dara.Maliq menarik tangan Dara dan diusapnya.

"Jujur saya cakap dengan awak saya tak pernah terfikir nak buka hati saya pada sesiapa lepas kematian arwah tapi awak lain.Awak berjaya buat saya rasa hidup saya sempurna dan Mukhlish pun rasa macam tu.Awak adalah yang terbaik untuk saya"ucap Maliq mengeluarkan sesuatu.

Dara memandang kotak baldu yang terdapat gelang emas.

"Ini hadiah sebab pengorbanan awak lahirkan zuriat saya yang comel"ucap Maliq memasangkan pada tangannya.

Dara melihat gelang itu ada loket huruf J.

"Bila awak beli ni?. Awak ni Doraemon ke?. Macam-macam awak surprise saya?"soal Dara.

Maliq ketawa kecil.

"Doraemon pun Doraemon..."

"Terima Kasih..."

"Sama-sama..."

************

Dua tahun kemudian......

Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd ,

Allahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila .

La illaha il Allah sadaqa wa’dah ,wa nasara abda, wa a’azza jundahu wa hazamal-ahzaaba wahdah ,

La illaha il Allah ,wa laa na’budu illa iyyah, mukhlessena lahud-deena ,walaw karehal-Kafeeroon.

La illaha il Allahu wallahu Akbar, Allahu Akbar walillahil Hamd


Malam raya yang penuh dengan kelam kabut buat keluarga Mak Bedah dan Pak Abbas.Mana taknya tiba-tiba air ketuban Dara pecah masa tengah menganyam ketupat.Nasib Maliq ada dirumah tengah bakar lemang.

Pintu wad dibuka perlahan, terbit senyuman dibibir Maliq memandang Dara yang menantinya.Jururawat membawa masuk anak-anaknya ke dalam.

"Tidur ke?"soal Dara perlahan.

"Tidur tapi nurse minta awak susukan"ucap Maliq mengangkat tubuh kecil itu dengan penuh hati-hati dan diberikan pada Dara.

"Sedapnya tidur... sorry Mama kacau kejap nak bagi susu"ucap Dara.Ini kali pertama bagi Dara nak bagi susu.

"Tahu nak bagikan.Ke nak saya tolong?"soal Maliq.

"Ishhhh...awak ni"ucap Dara menjelingkan matanya.Maliq tergelak kecil.

"Tak pasal-pasal baju lain warna.Kesian Mama tak dapat makan lemang harini"ucap Maliq memandang seorang warna merah jambu sorang warna putih.

Dara tersenyum sedikit.

"Mana saya tahu kembar.Masa saya mengandung buat check up tiap-tiap bulan doktor pun tak nampak ada dua kantung rupanya.Takpelah nanti kita beli baju lain yang penting Papa bayar.Takpelah yang penting saya dah makan rendang semalam"ucap Dara mengusap rambut anaknya itu.

Maliq menepuk kembar lagi seorang dalam katil bayi itu.

"Sayang nak bagi nama apa?"soal Maliq.

"Saya ingat nak bagi nama Adam Mateen dan Hawa Malaiqa.Macamana?"soal Dara.

Maliq mengangguk laju.

"Adam dan Hawa"ucap Maliq.

Pintu wad terbuka muncul Faysal dan keluarga mentuanya melawat Dara.

"Asalamualaikum.....tahniah"ucap Faysal memeluk tubuh Maliq.

"Walaikumusalam..."

Mak Bedah memandang cucunya yang ada pada Dara.

"Comelnya...cucu Tok Mak ni"ucap Mak Bedah.

Mukhlish melihat ada seorang lagi bayi dalam katil kecil itu.

"Tok Mak ni pun comel"ucap Mukhlish.Mak Bedah dan Pak Abbas mengalihkan pandangan matanya dan reaksi mereka terkejut.

"Kembar ke?"soal Faysal.

Maliq tersenyum malu.

"Aah...bukan haritu scan sorang je ke?"soal Mak Bedah.

"Doktor pun tak sangka kembar inikan kitaorang.Tu yang baju tak sama tu"ucap Maliq.

"Alhamdulilah syukur...rezeki Allah luas ganjaran.Ni nama siapa?"soal Pak Abbas.

"Yang ni Hawa Malaiqa dan yang ni Adam Mateen" ucap Dara.

Faysal memeluk bahu Maliq.

"Tak sangka kau ni masih bertenaga"ucap Faysal.

Maliq menggelengkan kepalanya.

"Kau nak cakap aku tua? Kau tu bila lagi nak kahwin?"soal Maliq.

"Relaks...bagi aku jaga anak-anak buah aku dulu.Baru jaga anak sendiri"ucap Faysal.

"Banyaklah kau..."ucap Maliq.

"Ni masa kamu lahirkan cucu-cucu Tok Ayah ni ada melekat tak rendang ke nasi impit ke?"soal Pak Abbas.

"Ayah!!!!!"ucap Dara.

Mereka semua gelak besar.

Itu adalah rezeki.Rezeki itu adalah ujian. Dimewahkan bukan berarti dimuliakan, disempitkan bukan berarti dihinakan. Dua kunci yang meluluskan kita adalah syukur dan sabar.

Dan semoga yang baik-baik sahaja untuk mereka nanti.

*********

Wad kembali sunyi sepi hanya mereka berdua sahaja memerhati anak-anak mereka tidur dengan lena kekenyangan minum susu.

"Hari ini hari yang bahagia sangat buat saya.Lahirnya mereka memberi senyuman pada semua orang terutama Mukhlish.Sampai tak nak balik"ucap Dara.

"Betul tu...saya pun bersyukur sangat semuanya dipermudahkan untuk kali ni.Terima kasih sayang sebab beri kebahagiaan pada saya sepanjang tiga tahun kita kahwin"ucap Maliq memeluk tubuh isterinya itu.

Dara melentokkan kepalanya di dada suaminya.Maliq mencium ubun isterinya lama.

"Saya cintakan Dara Malaiqa"

Dara mengangkat kepalanya semula.Maliq mencium bibir isterinya itu.Dia melepaskan sentuhan dibibir.

"Saya pun cintakan awak Maliq Mateen.Awak syurga saya selamanya"

************** tamat *************

Alhamdulilah berakhir sudah cerita mereka ini.Kita tamatkan novel Jujur Benar Aku Cinta ini pada saat ini. Bagi saya, saya puas hati dengan jalan cerita.Masing-masing ada pandangan sendiri.Apapun sokongan dari anda semua tetap no.1. Terima kasih kerana masih percaya pada kualiti penulisan saya.Teruskan menyokong karya saya yang lain dan yang baru. Lepas ni boleh tumpu pada #janjisebuahakad pula kita tengok perjalanan kisah Tuah dan Bunga. Sekian Terima Kasih. Salam Sayang, Cahaya Najihah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience