BAB 2

Drama Completed 90864

Hari ni merupakan hari pertama dia akan pergi bekerja.Jadi dari semalam lagi dia dah siapkan pakaian yang dia perlu pakai pagi ini.

Faysal mengetuk pintu bilik kedua dalam rumahnya itu.Berkali-kali diketuk tapi dia tak tahu apa yang Dara buat terlalu lama dekat dalam.

"Dik... cepatlah...kalau gini gaya kau siapa pun tak nak ambil kau kerja!!!" jerit Faysal pagi-pagi.

Pintu bilik dibuka, Dara muncul depan Faysal sambil tersenyum senget.

"Yang kau pakai macam ni kenapa? Cubalah pakai baju kurung ke? Blouse ke? Yang nampak perempuan sikit..."pinta Faysal ternganga melihat penampilan Dara yang memang tak tinggal jaket jeans dan seluar jeans koyak dekat lutut serta topi.

Dara melihat rupanya tiada masalah pun atau mata Along yang bermasalah.Dia menguap sekali.Kebiasaannya selepas solat subuh dia akan menyambung tidurnya.Tetapi hari ini, awal-awal lagi Along sudah memekak menyuruhnya bersiap.Padahal waktu pejabat lama lagi.

"Along nak suruh pakai baju tu memang taklah...lari konsep nanti.Ni okay apa..dari Dara tak pakai baju nanti orang cakap Dara gila"jawab Dara dengan jawapan yang mendidihkan darah Faysal.

"Kerja ni dekat pejabat Dara bukan dekat kedai jual Vape.Kau nak pakai macam ni.Pergilah tukar blouse ke baju kurung"ujar Faysal sambil mencekak pinggang Rambutnya yang sudah tersikat rapi itu digenggam geram.

"Huh? tak nak malas...buang masa je.Susah nak berjalan.Lagipun Along macam tak kenal adik Along ni.Manalah Dara ada baju-baju tu semua"

"Tak ada baju?"tanya Faysal sudah memandang Dara.Masakan baju kurung yang setiap raya dibelinya itu pergi mana?.

"Kejap....habis mana baju kurung Along beli tiap tahu kalau raya.Kau buat apa dengan baju tu?"sambung Faysal.Kali ini nadanya agak garang.

Dara tersengih sumbing."Adik tak bawa heheh..."

Faysal menggeleng.Tidak tahu mahu kata apa lagi.

Dia selesa dengan apa yang dia pakai sekarang.Lagipun dia tak suka dipaksa sebab tu agaknya dia susah lekat dengan satu pekerjaan.Bila kena maki atau kena buli dekat tempat kerja, dia pergi buli balik orang yang buat dia.Siapa boleh tahan?.

"Suka hati adiklah.Along dah carikan kerja.Kalau adik terus buat perangai.Along suruh Mak cepat kahwin kau.Jangan salahkan Along.Ni je peluang terakhir Dara"

Dara berkerut dahi mendengar kata-kata Along itu.

"Kenapa Along serius tiba-tiba je?"soal Dara.

"Syarikat itu memerlukan editor dengan kadar segera.Need a serious editor.Dia sanggup bayar berapa sahaja janji jawatan tu ada orang isi.Lagipun Dara kan pernah ada pengalaman cuma tak ada kebijaksanaan" jelas Faysal.

Sanggup bayar berapa saja? Wow...boleh aku minta banyak kalau macam tu.

"Alah...tak kisahlah setakat editor je.Kacang jelah Along.Ni Dara pantang nenek moyang dicabar.Jomlah apa lagi" ajak Dara teruja.

"Eh...agaklah sarapan dulu.Tahu dapat kerja jangan eksited sangat nanti patah hati pulak"perli Faysal.


**********

Surat perjanjian di tangan Brian dipandang lama.Setiap item yang tercetak di atas kertas tebal bersaiz A4 itu dibaca satu persatu.

"Boleh ke budak baru tu terima item-item mengarut ni?" soal Brian masih tergelak.

Melucukan sungguh.Maliq berkerut dahi memandang Brian di hadapannya.

"Kenapa pulak tak boleh terima? Apa yang aku buat ni untuk kebaikan aku.Aku tak nak kerja tak lama tiba-tiba berhenti.Rugi aku nanti!" jawab Maliq serius sekali.

"Tapi item yang ada macam lebih pada mengongkong budak tu je.Keluarga dia tahu ke?"

"Itu bukan masalah aku.Dia kena setuju sebab aku bayar berapa saja dia nak asalkan dia ikut item-item yang aku buat.Take it or leave it?" ujar Maliq.

Brian mengeluh halus.Baru pertama kali dia baca surat perjanjian yang berat sebelah.

Tuk! Tuk! Tuk!

Daun pintu pejabat diketuk serta-merta mengganggu perbualan mereka.

"Masuk!!" laung Maliq.

Pintu dikuak dari luar.Terjengul wajah Kak Mas pembantu peribadinya di muka pintu.

"Ya Kak Mas, ada apa?" tanya Maliq penuh dedikasi.

"Budak baru tu dah sampai.Nak suruh masuk sekarang ke?"jelas Kak Mas penuh hormat.

"Okey.. suruh dia masuk sekarang bilik mesyuarat" arah Maliq sambil senyum sedikit.

Dia memandang Brian.

"Jom aku nak kau ada dalam perbincangan ni.Saksi aku"

Brian akur.Maliq pengurus dia hanya orang bawahan sahaja.

********

"Adik nak pergi mana?"tahan Faysal sebelum sempat Dara melarikan diri.

Tiba-tiba sahaja dia rasa tak sedap hati bila nak menjejakkan kaki dalam bangunan besar ni.Almaklumlah sebuah syarikat penerbitan.Jadi, ciri-ciri dekorasi dalaman pejabat pun santai ala-ala dekat perpustakaan mengikut tema buku.

Kantoi pulak! Dara sengih memandang Faysal yang bercekak pinggang dengan muka serius.

"Masuk sekarang!!" arah Faysal serius sekali.

Dengan lemah Dara melangkah masuk.

"Dara sakit perutlah..rasa nak muntah pun ada.Boleh tak tahun depan je aku jumpa bos tempat ni?" Dengan selamba Dara menuturkan kata-kata itu.

"Selangkah kau keluar, jangan panggil Along lagi"ugut Faysal serius sekali nadanya.

Beria-ia dia setuju dengan tawaran Maliq dan memuji adiknya itu didepan lelaki itu.Tiba-tiba hari ni Dara nak tarik diri.Mahu dia kena carut silap-silap boleh putus persahabatannya dengan Maliq.

Dara mengeluh hampa.Dengar nada suara Faysal yang serius dan tegas tahula dia yang Along itu sudah marah tahap jingga.Mahu tidak dia kena akur.

Tulah kau Dara.Tak nak fikir masak-masak.Sekarang nasi dah jadi bubur.Kalau boleh bawa breakfast tak mengapa ini.Dah hangus!.Ngomel Dara dalam hati.Dia memaki dirinya sendiri.
Terkulat-kulat Dara menghampiri Faysal dengan wajah kecewa.

Mereka berdiri didepan lif.

Faysal berjalan di hadapannya.Dia hanya mengikut langkah Along.

"Faysal, apa hal lambat sangat? Kau tahu aku sibuk kan?"tiba-tiba suara seorang lelaki kuat dari arah bilik mesyuarat.

Dara terkejut selepas melihat lelaki itu.Dengan sepantas kilat dia memalingkan tubuhnya.Dia tidak mahu kewujudannya dilihat lelaki itu.

Aduh...dalam banyak-banyak tempat dekat sini jugak kau ada?.Aku rasa mamat nilah yang kena tendang haritu dengan aku.Alamak matilah aku!.Chopp!!!! takkan lelaki ni bos aku? Larilah!

"Nanti!"

Langkah Dara terhenti.Liur sudah ditelan berkali-kali.

Matilah Dara.Ya Allah, kau rabunkanlah mata lelaki ni.Dara sudah berdoa dalam hati.

Maliq melangkah menghampiri Faysal.Berkerut dia memandang manusia bertopi dihadapannya yang sedang berdiri membelakanginya.

"Ini ke budak baru yang nak isi jawatan Editor?"
tanya Maliq pada Faysal.Matanya tak lepas memandang dari atas sampai ke bawah.Setahu aku adik Faysal perempuan.Sejak bila dia ada adik lelaki pulak?.

Dengan senyuman dibibir, Faysal angguk.Dia melangkah pantas menghampiri Dara.

"Yang adik berdiri tak pandang dia kenapa?"bisik Faysal sambil memaksa Dara memalingkan tubuhnya menghadap Maliq.

Dara mengeraskan tubuhnya.Dia tidak sanggup menunjukkan mukanya pada lelaki bengis itu.Mesti lelaki ni akan batalkan sekiranya dia yang bekerja di sini?.Dahlah pertemua pertama pun dah memalukan buat Dara.Masakan dia boleh terima? Jika dia tolak posisi ini, mesti Mak Ayah dah mula buat persiapan perkahwinan dia nanti.

Walaupun tubuhnya sudah menghadap lelaki itu namun kepalanya ditundukkan.

Maliq berfikir sejenak.Dia seolah-seolah kenal manusia di hadapannya ketika ini.Tapi di mana ya?

"Kenalkan ni Idara Malaiqa bakal editor dekat Penerbitan Kaki Buku"ujar Faysal memperkenalkan Dara.

Dengan perit dan takut, Dara mengangkat muka sambil mengukir sengihan tidak bersalah.

"Asalamualaikum dan Salam sejahtera bos" ucap Dara sambil mengangkat tangan.

"Kau!!!" Maliq baru teringat.Gadis itu yang telah menendang celah kelengkangnya tempoh hari.

"Kau yang tendang aku hari tu kan?"Maliq ingin memastikan.

Faysal terkejut.Terlopong matanya memandang Dara yang masih tersengih-sengih macam kerang busuk.Jadi lelaki jadian yang menendang celah kelengkang kawan baiknya itu adalah Dara? Belum tandatangan perjanjian lagi dah ada rekod buruk.Boleh ke Maliq terima Dara.

*********

Dua hari sebelum......

"Ni gambarnya" Faysal menghulurkan telefon pintarnya pada Mak Bedah dan Pak Abbas.Mata Mak Bedah terbuntang melihat gambar yang ditujukan padanya.

"Ni kawan kamu yang duda tu?" soal Mak Bedah.

Faysal mengangguk perlahan.

"Duda anak satu .Bercerai mati"ucap Faysal.

"Uii...kamu ni biar betul Along.Mak tengok dia tu macam orang berada dan beradab orangnya.Kalau dia dijodohkan dengan adik kamu.Mak risau....dia bulinya orang tu nanti.Kamu macam tak kenal adik kamu tu"ucap Mak Bedah.

"Along cuma bagi cadangan aje.Kalau Mak dan Ayah setuju, Along boleh risik dekat dia.Manalah tahu perlahan-lahan diaorang kenal boleh berpaut hati.Sebab tu Along cadang pada Maliq untuk letakkan syarat tu dalam perjanjian kerja nanti supaya Dara terikat"ucap Faysal.

Pak Abbas mengangguk perlahan.

"Maknanya Dara tak tahu yang itu syarikat kawan kamu?"soal Pak Abbas.

"Tak tahu... Along cuma cakap syarikat tu milik klien yang Along.Along cuma bantu saja"ucap Faysal.

"Kami ikut jelah...rancangan kamu...mana tahu berubah sikit adik kamu tu nanti"

Faysal mengangguk dan tersenyum senget.

Jadi lelaki jadian yang menendang celah kelengkang kawan baiknya itu adalah Dara? Belum tandatangan perjanjian lagi dah ada rekod buruk.Boleh ke Maliq terima Dara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience