Cuti-cuti hujung minggu macam ni dia fikir nak bangun lambat saja.Tapi tulah matanya boleh pulak celik pukul lapan pagi.Terus tak boleh tidur lagi.Dia bangun mandi dan basuh bajunya yang dah menggunung tidak dicuci.
Along pulak hari sabtu pun kerja juga.Dia buka almari dapur mencapai tepung gandum dan mengambil sebiji bawang dan dikupas lalu dihiris.Dia ingat nak sarapan cekodok bawang je dengan kopi.
Tangannya mencapai telefon dan membuka lagu.Sambil tu dia menyanyi-nyanyi walaupun Mak selalu pesan jangan menyanyi dekat dapur nanti dapat suami tua baru tahu.Tua pun tualah janji bukan suami orang.
Gorengan cekodoknya hanya sekali sahaja cukup untuk dia seorang.Kopi dan sepinggan cekodok dibawa ke ruang tamu untuk dia sarapan.
Harap-harap tak sesiapa kacau hari cuti aku bagi aku makan dengan tenang.Dara duduk sambil mengunyah seketul cekodok.
Telefonnya berbunyi tertera nama M&M di skrin terus nasib tak tercekik cekodok yang dimakannya.
"Dah kenapa telefon aku ni?"soalnya.Tapi tangannya terus menekan skrin.
"Asalamualaikum...bos selamat pagi"ucap Dara dengan nada ceria.
"Walaikumusalam....kau dekat mana?"soal Maliq.Suasana didalam telefon kedengaran bising.
"Saya dekat rumah sayalah takkan rumah bos pulak"jawab Dara.
"Menjawab...aku tanya kau menjawab.Aku nak kau pergi Setia Alam Convention Center sekarang" arah Maliq.
"Sekarang!!!!" jerit Dara.
"Ya sekarang...krew tak cukup.Diaorang perlukan krew.Memandangkan kau budak baru boleh tolong apa yang patut"ucap Maliq.
"Tapi...saya...tengah..."ucap Dara mencebikkan bibirnya sambil memandang cekodoknya.
"Takde...dalam setengah jam aku nak kau sampai sini.Kalau tak aku pecat kau terus..."ucapnya terus mematikan panggilan.
"Bos...bos... arghhhhhh!!!!!"jerit Dara.Dara terus menghentakkan badannya tanda protes.
Dara terus meninggalkan cekodoknya dan berlari naik ke atas untuk bersiap.
**********
Keadaan Dalcom Cafe agak penuh hari ini.Menjadi kebiasaan orang bandar keluar ketika hujung minggu.Namun itu tidak menghalang pertemuan mereka.Di satu sudut yang agak terceruk, kelihatan Faysal dan Suraya sedang duduk saling menghadap.
Lama Faysal memandang wajah Suraya yang kelihatan muram.Hampir enam bulan tidak bertemu.Tiada apa yang berubah pada wanita itu.Masih sama seperti dulu.Cuma gaya pakaiannya sahaja yang berubah.Nampak lebih bergaya dan anggun sejalur dengan kariernya sekarang sebagai seorang pemilik butik.
"Kenapa ni?"tanya Faysal agak hairan.
Kebiasaannya bila mereka bertemu, Suraya kelihatan ceria dan banyak bicara.Namun hari ini seolah-seolah mempunyai masalah.Wanita yang selalu mengisi ruang hatinya.
Suraya mengeluh halus.Air minumannya dipandang sepi.
"Maliq... susah betul nak jumpa dia sekarang"jawab Suraya lemah sekali.
Faysal mengeluh halus.Lebih enam bulan dia tidak mendengar nama itu disebut Suraya.Sangkaannya wanita itu sudah melupakan Maliq.Namun kini, nama itu kembali terbutir di hujung bibir mungil gadis yang telah menggetarkan jiwa lelakinya itu.
Ya dia menyimpan perasaan pada Su sudah lama.Tapi bila dia nampak gambar Su dan Maliq dalam buku nota Su sewaktu di universiti dulu hatinya tergores tapi ketika itu Maliq bercinta dengan Sumayyah.Dia tetap kecewa dengan Suraya kerana mencintai Maliq walaupun Maliq sudah berkahwin dengan kakaknya sendiri.
Namun dia tetap menerima sekiranya dia bertepuk sebelah tangan.Dia cuba meluahkan isi hatinya pada Suraya tapi sekali lagi direntap apabila Sumayyah meninggal dunia sewaktu melahirkan Mukhlish.Dan dia rasa Suraya akan menggunakan peluang itu untuk mendekati Maliq.Tapi Maliq terus menjauhi supaya hubungan itu kekal hanya sebagai ipar sahaja.Sehingga kini tiada sesiapa tahu perasaannya yang sebenar pada Suraya.
"Faysal awak dengar tak saya cakap ni?"tanya Suraya bila Faysal tiba-tiba sepi.Kaku.
"Okey...jadi kenapa awak tak cari dia? Kenapa awak cari saya?"tanya Faysal.
Semakin sugul wajah Suraya.Dia terasa dengan apa yang dibicarakan Faysal.Sebagai kawan sepatutnya Faysal membantunya untuk lebih rapat dengan Maliq ini lain pula.
"Okay saya minta maaf.Kalau saya tanya sesuatu boleh?"tanya Faysal meminta kebenaran.
Soalan yang bakal ditanyakan ini berkaitan dengan perasaan.Dia mengharap Suraya dapat menjawab persoalan ini dengan jujur.
Suraya mengangguk perlahan.
"Awak masih menaruh hati pada Maliq?"tanya Faysal lancar.
Suraya kaku.Lama dia memandang Faysal yang terus menanti jawapan darinya.Menafikan atau tidak menafikannya?.
********
Rasa dah nak habis nyawa dia berlari masuk ke dalam lokasi yang diberitahu oleh Maliq tadi.Dia menarik nafas dan berjalan ke arah tempat yang dimaksudkan lelaki itu.
Dari jauh dia nampak Maliq sedang melihat krew menyusun semua buku yang baru sampai.
"Bos..."seru Dara dari belakang.
Maliq berpaling dan melihat Dara yang sudah sampai.
"Ahh aku ingat kau tak nak datang.Aku nak kau keluar semula cari lori syarikat kita ambil semua stok buku baru sampai bawa ke sini.Now!!!"arah Maliq.
"Keluar semula?.Aku dah tak cukup nafas rasanya"ucap Dara tercungap-cungap tetap berjalan.
Rasanya ada tiga kali dia berulang mengambil stok buku.Dia memandang Maliq yang berdiri sambil memberi arahan.
"Patutlah Lish marah dengan kau... perangai tak serupa bikin.Suka susahkan hidup!"ucap Dara yang bengang.
Dara terduduk dilantai sebaik sahaja stok buku terakhir dibawa masuk ke dalam pameran.
"Okay... rehat dulu lepas ni boleh sambung semula.Jangan lambat!!!"jerit Maliq pada krew yang ada.
"Baik Bos"
"Ahhhhh aku baru nak duduk..."rintih Dara.Rasanya nak tercabut pinggang dibuatnya.
Dara hanya duduk tidak bergerak.Maliq yang baru nak gerak pergi makan terpandang Dara yang masih duduk termenung sendirian.
"Hoi...kau tak dengar ke aku cakap apa tadi?"soal Maliq semula.
Dara tersenyum
"Takpelah bos pergilah makan...saya duduk sini je.."ucap Dara malas dah dia nak bergerak.
"Suka hati kaulah..."ucap Maliq terus berlalu dari situ.
Dara mengeluh berat.Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandangnya.Dia tersenyum memandang cekodok yang dia buat tadi.Tapi dia tak ada selera nak makan sekarang lepas ulang alik angkat buku tadi.Rasa nak muntah pun ada.
Setelah selesai makan tengahari Maliq dan beberapa krew kembali ke pameran.Maliq memandang Dara yang menyusun buku.Kalau orang lain sibuk berborak tapi Dara lebih suka menyendiri.
Dara tersinggul buku ditepi jatuh tapi di sambut oleh Maliq.
"Terima Kasih..."ucap Dara mengambil buku ditangan Maliq.
"Nak aku tolong tak?"soal Maliq pada Dara.
"Eh takpe saya boleh handle semua ni"tukas Dara.
Kalau Maliq ada dekat sini mesti dia tak boleh buat kerja nanti.Nanti apa kata krew dekat sini mulut diaorang ni boleh tahan membawang juga?.
"Bos...lepas habis ni saya boleh balik kan?"soal Dara.
Maliq mengangguk perlahan.
"Terima Kasih bos"ucap Dara sambil mengukir senyum.
"Sama-sama"ucap Maliq perlahan.
**********
Dara mencuci tangannya terlebih dahulu sebaik selesai menggunakan tandas.Hidungnya sakit tiba-tiba.Dia menundukkan wajahnya sedikit.Ada titisan darah menitis di atas sinki.Dia menyentuh hidungnya dan terdapat darah pada hidungnya.
Pandangannya terus kabur dan rasa berpusing-pusing sebelum dia pengsan dilantai.Seorang wanita keluar dari tandas terkejut melihat ada seorang gadis pengsan didalam tandas.
"Cik...!!!"panggil wanita itu.
Dia terpandang name tag yang tergantung pada leher gadis itu.Terus dia berlari keluar.
Maliq yang sedang membelek stok buku dikejutkan dengan jeritan seseorang.
"Ada orang pengsan dekat tandas pakai tag Krew Kaki Buku"ucap wanita itu.Maliq mencari Dara tiada dalam pameran.Dia terus mencampakkan fail yang dipegangnya terus berlari ke arah tandas yang dimaksudkan.
Sampai ditandas Maliq melihat Dara yang pengsan dengan darah keluar ikut hidung.Dia mendekati dan berlutut disebelah Dara.
"Dara...bangun..."panggil Maliq menampar lembut pipi Dara.
Maliq tidak senang dia terus mencempung tubuh itu tanpa Dara sedar membawanya keluar.Maliq mengambil napkin miliknya mengesat dahulu darah yang ada pada hidung Dara dan tangannya.
Dara mencelikkan matanya dan melihat Maliq memandangnya.Dia mimpi ke apa ni? Apasal pulak mamat ni ada dekat sini? Bukan tadi aku dekat tandas ke?.
"Dara!!!"panggil Maliq sebaik sahaja dia lihat Dara dah sedar.
Dara mengurut lehernya yang sakit.
"Kenapa kau pengsan tiba-tiba?"soal Maliq.
"Hidung saya keluar darah tadi...saya fobia kalau dengan darah"ucap Dara perlahan.Habislah kantoi kelemahan aku depan Maliq.
Maliq mengeluh kecil.Ingat apa tadi... rupanya fobia dengan darah.Gaya je ala abang-abang rupanya takut darah.
"Saya hantar awak balik"ucap Maliq.
"Aahhh..."Dara blur memandang lelaki itu.Sejak bila pula Kau bertukar jadi awak Aku jadi Saya?.
"Aku nak hantar kau balik tak dengar ke? Kau ni betul banyak masalah.Baru seminggu kerja macam-macam hal aku nak hadap kau"bebel Maliq.
"Baru seminggu rupanya ingatkan dah setahun kerja dekat sini"ucap Dara selamba.
Maliq nak mengangkat tubuh Dara.
"Ehh...bos nak buat apa ni?"soal Dara sambil membuka langkah untuk bersilat.
"Aku nak tolong kaulah"marah Maliq.
"Tak...tak... payah...."gagap Dara.
Dara berdiri cuba untuk stabilkan diri tapi dia sekali lagi tumbang.Kali ini dia berada dalam pelukan Maliq.
Dia dapat rasakan tangan Maliq kemas memegang bahunya sekarang ni.Apa hal dengan aku ni?. Kenapa aku rasa lain macam dengan dia?.Mereka berdua dibuai oleh satu perasaan yang tidak pernah diduga.Mata terus tertaut bersama.
"Izinkan aku pimpin kau pergi dekat kereta aku?"soal Maliq pada Dara.
"Okay..."ucap Dara ringkas.Dia mengeluh halus.
Mampukah dia nak bertahan kerja dengan mamat ni? Kalau dia langgar kontrak nanti kena bayar banyak?.Dalam masa yang sama dia harap tiada apa-apa perasaan yang muncul dalam hatinya?.
Mampukah dia nak bertahan kerja dengan mamat ni? Kalau dia langgar kontrak nanti kena bayar banyak?.Dalam masa yang sama dia harap tiada apa-apa perasaan yang muncul dalam hatinya?.
Share this novel