Maliq mendekati Dara walaupun hanya berkain pelikat.Dia memaut bahu Dara.
Farid memandang lelaki yang dia tidak kenal itu memaut bahu Dara tanpa segan silu.
"Siapa ni?"soal Maliq pada Dara yang diam sedari tadi.
"Ni Farid.Farid kenalkan ni Maliq"ucap Dara.
Farid menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan lelaki bernama Maliq itu.
"Maliq... saya suami Dara"ucap Maliq mendatar.Berubah wajah lelaki didepannya itu.Suami Dara... mustahil lelaki yang mempunyai rupa seperti Maliq memilih Dara yang berperwatakan kasar.
"Ohh... tahniah... kahwin juga Dara"ucap Farid.
Maliq tersenyum senget.
"Saya datang ni nak serahkan ni pada awak.Jemputlah datang bawa suami sekali"ucap Farid menyerahkan kad jemputan kahwin pada Dara.
Dara lambat-lambat mengambil dari tangan Farid.Maliq terlebih dahulu mencapai dan membelek kad tersebut.
"Kahwin....ermmmm.. nampaknya tarikh ni kami tak dapat nak datang"ucap Maliq.
Dara memandang suaminya itu.Kenapa pulak tak dapat datang?.
"Kami nak pergi honeymoon..kan Sayang"ucap Maliq mengenyitkan matanya pada Dara.Dara terus tersedu-sedu.
"Takpelah...kalau tak jadi honeymoon boleh datang.Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu.Sekali lagi Selamat Pengantin Baru"ucap Farid terus beredar dari situ.
Dara menurunkan tangan Maliq yang melekap pada bahunya.Dan kembali duduk di pangkin.
"Aihh...takkan jumpa bekas tunang muka dah monyok...tak suka dia jemput pergi kenduri kahwin dia?"soal Maliq melabuhkan punggung disebelah.
Macamana Maliq boleh tahu tentang sejarah Farid dengannya?.Ni mesti Along pecah lubang ni.
"Mana ada..biarlah dia nak kahwin ke muka saya ni ada nampak saya peduli ke?"soal Dara.
Maliq menggigit bibirnya.
"Mana Mukhlish...tak nampak pun?"soal Maliq.Anaknya itu sejak dia berkahwin dah tak melekat dekat dengannya.
"Dia ikut Along pergi mana tah..."ucap Dara.Maliq mendekatkan dirinya pada Dara.Dara memandang suaminya itu.
"Asal pandang saya macam tu sekali?"soal Dara.
"Pandang isteri sendiri pun tak boleh? Nanti saya pandang orang lain baru awak tahu..."ucap Maliq.
"Malas saya layan nak bos..."ucap Dara mahu bangkit tapi tangan ditarik untuk duduk semula.
"Kita bukan dekat pejabat nak panggil bos..cuba panggil Abang...Sayang..ke..atau... hubby...kan manis tu.."ucap Maliq.
Abang... Sayang.. Hubby...loya pulak tekak Dara.
"Erm .. takpelah saya lebih rela panggil awak je ..dari Abang...tu saya...belum bersedia.."ucap Dara terus berlari masuk ke dalam rumah.
Takpe...kau tunggu... Aku akan buat kau panggil aku dengan salah satu dari gelaran tu.
**********
Matanya liar memandang segenap kawasan luar banglo itu.Haritu masa kena tangkap dengan Along dia tak sempat nak tawaf rumah ni.Rupanya besar juga rumah ni..tapi pelik rumah ni sentiasa bersih walaupun tak ada pembantu rumah.Lagi-lagi duda anak satu macam Maliq ni.
Dara melangkah keluar dari kereta.Matanya melihat ada sebuah taman kecil disudut kanan banglo itu.Nampak ringkas tanamannya dengan pokok bonsai.Bonsai pun mahal jugak.
"Bos tak penat ke...jaga rumah besar-besar duduk berdua je?"soal Dara.
"Berapa kali saya nak cakap jangan panggil saya bos... panggil Abang Maliq buat apa nak penat sekarang kita bertiga bukan berdua"ujar Maliq sambil melangkah keluar dari kereta.
Cermin mata hitamnya dibuka lalu dia menggeleng perlahan.Dia melangkah ke belakang kereta.Bonet dibuka.Beg pakaian dan bagasi Dara dikeluarkan.
"Awak...takpe saya biar saya yang buat sendiri"tegah Dara lalu berlari-lari anak mendapatkan beg pakaian dan bagasinya yang sudah berada di luar kereta.
"Larat ke? Ni pun berat...awak bawa dumbbell ke?"tanya Maliq hairan.
Dara tersengih-sengih.
"Biasalah perempuan mestilah banyak barang"jawab Dara.
"Biar saya bawa... lagipun perempuan tak boleh angkat berat nanti jatuh peranakan.Kesian Mukhlish tak ada kawan nanti.Mukhlish ajak Mama masuk"ujar Maliq serius.
Dara terdiam.Tidak boleh buat apa lagi.Mukhlish menarik tangan Dara mengikutnya masuk ke dalam rumah.
"Mama jom..."ucap Mukhlish.
"Mama? Panggil kakak tak boleh ke? Rasa peliklah..."
Dara mempertikai.Terasa tualah dia baru 25 tahun.
Maliq menoleh memandang Dara tanpa secarik senyuman.Wajahnya ketat.
"Mama...pun okay.."jawab Dara terpaksa.
Dara menundukkan wajahnya.Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.Ini hari pertama dia berada di banglo ini sebagai status baru.Dia tidak mahu rosakkan angin Maliq.
"Jom aku tunjuk bilik dekat kau.Mukhlish pergi mandi dulu"arah Maliq.Beg pakaian dan bagasi dibawa ke atas.
Pintu bilik dibukanya dan meletakkkan beg tadi ditepi.Dara memandang bilik yang luas itu seakan bilik utama rumah ini.
"Wah..dah macam bilik pengantin.Betul ke bilik saya ni? Bukan salah bilik ke? tanya Dara teruja sekali.
Matanya terus meliar melihat setiap sudut bilik itu.Katil bersaiz king dengan langsir warna krim.Sungguh cantik.
"Kita pengantin baru kan?"jawab Maliq dengan muka selamba.
Dara kaku.Liur ditelan kesat.Betul ke apa yang aku dengar ni? Naik bulu ketiak aku mendengarnya...
Maliq memandang sekilas ke arah Dara yang kelihatan cuak lalu dia menyembunyikan senyumannya.Tahu takut.
"Ini Almari.Sana bilik air"terang Maliq sambil menghalakan telunjuknya ke arah bilik air dihadapannya.
"Kau kemaslah dulu..nak mandi ke? Kejap lagi lepas zohor kita pergi beli barang dapur dan makan dekat luar"sambung Maliq.
"Kita?" tanya Dara hairan.
Berkerut dahi Maliq memandang Dara.
"Saya ada cakap dengan jiran sebelah ke?"balas Maliq dengan soalan.
Dara tersengih.
"Ni baju-baju awak dalam beg awak, nak saya tolong kemas ke?"tanya Maliq sudah menukar topik.Laju tangannya ingin membuka zip beg pakaian Dara.
"Jangan"lekas Dara merampas beg pakaiannya."Biar saya kemas sendiri "sambungnya lagi dengan sengihan meleret.
Nasib baik sempat selamatkan.Kalau Maliq tengok isi beg ini, mahu malang nasib dia 40 hari.
Maliq terkejut tapi tidak membantah.Dia berpaling mahu keluar tapi ditahan dengan Dara.
"Kejap...erm..kalau ni bilik saya..bilik awak dekat mana?"soal Dara.Ialah kalau dah bilik dia besar macam ni mesti bilik Maliq lagi besar.
"Saya kahwin dengan awak bukan untuk saya tidur bilik asing.Ni bilik kita berdua.Okay..."ucap Maliq.
Jatuh rahang Dara.Satu bilik...dengan Maliq.
"Baru sahaja Maliq ingin menyambung langkahnya, sekali lagi Dara menahan.
"Apa lagi?" tanya Maliq sedikit keras.
Dara tersentak .Namun dia perlu bertanya.Kalau tidak bertanya, boleh sesat hidupnya.Dengan takut-takut dia bertanya."Kiblat arah mana?"
Dada Maliq sejuk mendengar pertanyaan Dara itu.
"Sana" jawab Maliq sambil mendepakan tangannya ke arah barat.Betul-betul menghadap tingkap bilik itu.
"Tapi kalau kau nak solat panggil aku sekali.Aku tak kisah kalau kau tak nak tidur sekali dengan Aku tapi aku kisah kalau kau tak nak aku jadi imam kau untuk setiap solat kau"sambung Maliq.
Dia kembali menyambung langkahnya yang tergendala tadi.Selepas kelibat Maliq hilang dari pandangan mata.Lekas dia menutup pintu bilik itu lalu dikunci dari dalam.
***********
"Arghhh pedih..!!!!" jeritan itu telah mengejutkan Maliq yang baru sahaja selesai mandi.Dengan hanya bertuala, dia melangkah keluar bilik.
"Apa hal ni pagi-pagi dah menjerit macam Tarzan?"pekik Maliq.Dia tahu itu suara jeritan itu milik Dara.
Langkah disusun menuruni anak tangga.
"Apa hal ni?"tanya Maliq susah bercekak pinggang.
Maliq menapak menghampiri meja makan.Seketika hatinya berkerut.Muklish sedang menikmati sarapan dahulu.
Banyak betul makanan! Maliq terkejut.Ini kali pertama dia melihat hidangan sarapan pagi sebanyak ini.
"Kejap...mata saya pedih ni..masuk biji cili"rintih Dara yang masih berusaha untuk membuka matanya tapi tak boleh.
"Sini...saya basuhkan sikit"ucap Maliq membantu Dara mencuci matanya.
"Pedih...tak boleh...pedih... sangat ni..."rintih Dara sambil terlompat-lompat.Dia terkial-kial mencari sesuatu.Tubuh Maliq yang tidak berbaju ditolak sedikit.Bahaya kalau terlebih sentuh.
"Sinilah saya tolong..."ucap Maliq.Tanpa diduga dia tersadung kaki sendiri menyebabkan hilang imbangan badan.
"Argh!"jeritan yang dilontarkan.
Bila melihat tubuh Dara hilang imbangan cepat-cepat Maliq memaut tubuh itu ke dalam pelukannya.Namun malang juga buat Maliq dia juga turut rebah ke lantai.Maliq menghempap tubuh Dara yang sudah rapi di dalam pelukannya.
Bibir mereka saling bersatu.Masing-masing tergamam.Mata bertentang mata.Buat seketika mereka saling berpandangan.Tanpa sedar bibir mereka masih melekat.
"Ehemm....ehem..."terdengar suara Mukhlish berdehem.
Mereka berdua tersentak,lekas Maliq meleraikan pelukan.Dara sudah menutup mulut.Tidak menyangka bibirnya sudah disentuhi lelaki itu.Tidak....aku telah dinoda jeritnya dalam hati.
"Maafkan saya"pohon Maliq serba salah lantas bangun.
Tiba-tiba dia gelisah.Bibir diketap.
"Arghh!!!!!!"
Tiba-tiba Dara yang sudah duduk di atas lantai menjerit sekuat hati sambil menekup mukanya.
"Kenapa?"soal Maliq cemas.
Dara lekas mendepakan tangannya ke arah bawah pusat Maliq.Lekas Maliq melihat arah itu.
"Ya Allah!!"
Tidak sedar tualanya sudah terlucut.Dengan pantas dia mencapai tualanya yang sudah jatuh ke lantai lalu membaluti tubuhnya semula.Dengan perasaan malu yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata, dia berlari dengan pantas menuju ke biliknya.
Dara mengintai disebalik jari-jarinya yang runcing.Selepas dipastikan kelibat Maliq sudah tiada di situ dia mengalihkan tangannya.
"Huh....suwei...40 hari...Eeee...."ujar Dara menggeletik seram.
Kenapa pagi-pagi ni dia perlu hadap semua itu?
"Huh....suwei...40 hari...Eeee...."ujar Dara menggeletik seram. Kenapa pagi-pagi ni dia perlu hadap semua itu?
Share this novel