BAB 14

Drama Completed 90864

Bos ajak aku kahwin?.Dia ni buang tabiat ke apa? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba ajak orang kahwin.

Dara memijak kaki Maliq.Dan terus berlari keluar dari pejabat itu.

Arghhhhhh!!!!!!!!

Jeritan Maliq boleh didengar dikeseluruhan bangunan itu.Maliq terduduk apabila dia rasa kakinya terlalu sakit.

Dara terus berlari ke tandas dan menutup pintu tandas cepat-cepat.Dia menurunkan penutup tandas dan duduk menutup mukanya.

"Apa yang aku dengar tadi? Tak...tak..."soalnya dalam hati.

Dara rasa dia nak duduk dalam tandas ni tak nak keluar langsung mengadap Maliq.Dia rasa mukanya akan merah padam untuk satu hari ni.

Maliq mengosok kakinya yang sakit dipijak Dara tadi.Niatnya hanya nak bergurau sahaja.Tak tahu pulak Dara akan bertindak sejauh itu.

Nasib tak patah kakinya.

***********

Faysal memandang Suraya didepannya yang nampak sedikit muram.

"Saya minta maaf apa sebab awak nak jumpa saya?"tanya Faysal.

Suraya mendongak memandang wajah itu.Keluhan keluar dari mulutnya dan dia menunjukkan telefonnya pada Faysal.

Faysal mengambil dan melihat apa yang diberikan oleh Suraya.Dia membesarkan sedikit gambar itu.

"Ni gambar Maliq kan? Tapi siapa perempuan sebelah dia?"soal Faysal.

"See...awak kawan baik dia pun tak tahu yang dia nak kahwin.Dan perempuan tu calon isteri dia.Means mak baru pada Lish nanti"cerita Suraya.

Faysal ternganga dia melihat sekali lagi gambar itu dan dia seperti kenal dengan wajah wanita dalam gambar yang dinyatakan oleh Suraya itu adalah bakal isteri Maliq.

"Bila ni?"soal Faysal.Suraya mengambil semula telefon ditangan lelaki itu.

"Minggu lepas... perempuan tu bukan main gedik lagi dengan Maliq.Taklah cantik mana pun.I ni lagi cantik tau.Umi pun bukan main lagi puji perempuan tu"ucap Suraya geram.

Faysal tergelak sinis.Jadi Suraya ajak dia berjumpa sampai sanggup dia batalkan semua mesyuarat harini adalah nak cakap pasal Maliq.

"Kalau saya tanya awak boleh? Awak memang tak boleh lupakan Maliq ke?.Maksud saya beri peluang pada lelaki yang sedang sedia nak terima awak Su"ucap Faysal.

"Ya...saya masih menaruh hati agar Maliq terima saya sebagai isteri dia pengganti Sumayyah.Saya boleh jaga Lish macam anak saya sendiri lebih baik dari perempuan tu"ucap Suraya tegas.

*********

Dara melihat keadaan pejabat yang lengang pada waktu tengahari.Dia perlahan-lahan berjalan ke arah mejanya untuk mengambil beg dan telefonnya.

Rasanya untuk harini dia kena makan tengahari dekat luar.Cepat-cepat dia keluar sementara tiada sesiapa nampak terutama bosnya Maliq.

Keluar dari lif dia rasa macam kena kejar hantu pun ada.Sedangkan dia tak buat salah apa?.

Dia menarik nafas leganya.

"Nak pergi makan tak ajak?"

"Mak!!!!!"jerit Dara terkejut ditegur dari belakang.

Dara memegang dadanya.Lelaki itu tersenyum sedikit seakan mengejeknya.

"Kau nak pergi makan kan? Alang-alang tu Aku ikut sekali boleh sebab Aku tak ada kawan nak makan.Brian dah keluar dengan girlfriend dia"ucap Maliq selamba seakan tiada apa-apa yang berlaku tadi.

"Takpelah...bos pergilah makan..saya nak beli barang..nanti habis waktu makan pulak.."ucap Dara cuba mengelak terlalu rapat.

Telefon Maliq berbunyi tertera nama guru kelas Mukhlish.Dara mahu beredar tapi Maliq menghalang.

"Asalamualaikum...Cikgu"

"Ya...saya Papa Lish"

"Mukhlish dia muntah-muntah ni.Minta Encik boleh ambil datang dia sekarang"

"Yeke...okay..dalam sepuluh minit saya sampai.Terima kasih Cikgu"ucap Maliq mematikan panggilan.

Dara mahu lari tapi tangannya ditarik Maliq.Dia mahu merentap tangannya kembali tapi lelaki itu lebih kemas memegang.

"Kita nak pergi mana?"soal Dara.

"Ikut aku ambil Lish kejap dia muntah-muntah dekat sekolah"ucap Maliq.

"Muntah? Kenapa salah makan ke?"soal Dara.Maliq menolak kepala Dara masuk ke dalam keretanya.

Ishh...dia ni suka betul paksa oranglah.Lish muntah?.

Maliq masuk terus meneruskan perjalanan ke sekolah Mukhlish.

********

"Terima Kasih Faysal sebab sudi luangkan masa untuk saya harini.Saya buntu sangat.Tapi saya minta sangat awak tolong bagitahu Maliq untuk batalkan niat dia kahwin dengan perempuan tu"ucap Suraya menyeka airmatanya yang mengalir tiba-tiba.

Faysal mengukir senyuman.Walaupun senyuman itu janggal.

"It's okay Su.Telefon jelah saya kalau awak perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan awak.Saya akan sentiasa ada di sisi awak" balas Faysal spontan menggengam lembut jari-jemari Suraya.

Suraya terkejut.Lama dia melihat tangan Faysal menggengam tangannya.

Faysal terperasan mata Suraya lama memandang tangannya.Dengan pantas dia menarik tangannya semula.Dia turut bersedih.Dia cuba membahagiakan Suraya.Namun, bila melibatkan hal Maliq, dia tidak boleh berbuat apa-apa.Dia tahu gadis yang masih didambakannya itu masih menagih sayang pada abang iparnya sendiri.

***********

Lepas bawa Mukhlish pergi klinik terus Maliq membawa anaknya balik ke rumah.Dia memandang sahaja Dara yang menguruskan Mukhlish.

Mukhlish tiba-tiba tak nak diuruskan oleh Maliq.Jadi terpaksalah dia bawa balik Dara sekali tapi dia tahu batas mereka tak boleh duduk satu rumah kerana status Dara dan dirinya.

"Dara... Aku turun bawa dulu.."ucap Maliq pada Dara.

Dara mengangguk perlahan.Maliq menutup sedikit pintu bilik memberi ruang pada Dara dan Mukhlish.

Dia meniti anak tangga turun ke bawah.Pintu rumah dibiarkan terbuka sahaja.Walaupun kejiranan sini tidak campur urusan orang tapi dia takut juga kalau-kalau ada terselit makcik bawang.

Dia ke dapur dan mengambil air untuk diminum bagi melegakan tekaknya yang kering.Dia meneguk air didalam muk.

Ting! Tong!

Muk diletakkan atas meja.

Dia melangkah masuk ke dalam banglo itu yang pintu pagarnya terbuka manakala pintu masuk rumah pun turut terbuka.Dia bertandang ke rumah ini bukan suka-suka.Ada sesuatu yang dia nak bicarakan dengan Maliq.Tentang Suraya dan wanita misteri calon isteri Maliq.

Maliq muncul didepan pintu.

"Lah..Faysal.. ingatkan sapa tadi.Jemput masuk"jemput Maliq teruja.

Jarang Faysal datang ke rumahnya.Faysal mengukir senyuman lalu melangkah masuk selepas membuka kasut.Dia memandang seluruh pelusuk banglo dua tingkat itu.Masih sama seperti dulu.Dialah yang membuat dekorasi untuk "Syurga Maliq" ini.

"Pagar terbuka luas pintu rumah tak tutup.Kau memang tunggu aku datang ke apa?
.Nothing changes here" ujar Faysal sambil tersenyum.Matanya masih liar ke sana sini.

Maliq ketawa kecil.

"Jemput duduk"pelawa Maliq.

Faysal mengangguk akur lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Eh, kau nak minum apa-apa tak?"tanya Maliq yang masih berdiri.

"Tak kisah"

Maliq mengangguk dan terus ke dapur mengambil dua tin air minuman berperisa kopi.Minuman dihulurkan pada Faysal sebelum dia turut melabuhkan punggung didepan lelaki itu.

Isinya diteguk sedikit.Matanya terus tertancap pada skrin televisyen.

Dia gelisah.Tidak tahu bagaimana ingin memulakan bicara.Takut, bakal mengguris hati Maliq.

"Suraya ada jumpa aku tadi"ujar Faysal memulakan bicara.

Senyuman Maliq mati.Serta-merta menjadi kaku.Dia tahu Suraya selalu berhubung dengan Faysal.

Maliq diam tiada respon yang diberikan.

"Kau tak boleh terima dia ke sebagai pengganti Sumayyah?"tanya Faysal bila Maliq buat tak tahu.

"Tak..aku anggap dia tak lebih dari apa yang dia harapkan"soalan pertama Faysal baru dijawab.

"Sikit pun tak ada?" ulang Faysal pertanyaan keduanya tidak berjawab.

Senyap, Maliq kelihatan sudah berubah mood.Tidak senang dengan topik perbualan mereka.

Faysal akur.Malas untuk mendesak lagi.Dia tahu Maliq tidak akan mengulas tentang Suraya.

"Suraya ada bagitahu aku yang kau nak kahwin betul ke? Kau bawa calon isteri jumpa Umi Zakiah?"soal Faysal menukar topik.

Dia ingin tahu siapa wanita yang ada dalam gambar dengan Maliq itu.

Maliq berkerut dahi.Mujurlah Faysal menukar topik perbualan.Jika sekali lagi Faysal menanyakan tentang Suraya, dia sudah siap sedia dengan ayat makiannya.

Dia tahu Faysal nak membantunya.Tapi semua itu tidak akan terjadi.

"Calon isteri?" jawab Maliq dengan soalan.

Faysal tersenyum janggal.Nampak sangat kawan baiknya itu tidak suka isu Suraya dibangkitkan.Bila dia tukar topik terus berubah mood.

"Putih orangnya nampak manis pakai baju kurung dengan selendang.Itu calon isteri kau tapi aku lupa tanya nama dia dekat Suraya"

Maliq menelan air liur.Takkan Aku nak cakap itu Dara pulak depan Faysal.Apa aku nak jawab ni? Takkan aku nak jawab itu nak menipu Suraya.

"Erm...kami kawan..je.."jawab Maliq menggelabah.

"Ooo...tapi kawan yang mana satu? Aku kenal tak?"soal Faysal lagi.

Maliq sudah berpeluh-peluh tangannya nak menjawab pertanyaan itu.

"Bos... Mukhlish dah makan ubat dan dia nak rehat.Nanti bos tengokkan dia ya?" Tiba-tiba muncul Dara tanpa diduga.

Serentak Faysal dan Maliq menoleh ke arah Dara.Faysal terlopong.Maliq sudah menutup muka.Apa aku nak jawab ni?.Matilah.....

Jatuh gelas yang dipegang Dara sebaik sahaja.Ternampak Faysal didepan matanya.Dia kaku disitu.Apa aku nak jawab dengan Along?.

Serentak Faysal dan Maliq menoleh ke arah Dara.Faysal terlopong.Maliq sudah menutup muka.Apa aku nak jawab ni?.Matilah..... Jatuh gelas yang dipegang Dara sebaik sahaja.Ternampak Faysal didepan matanya.Dia kaku disitu.Apa aku nak jawab dengan Along?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience