Dia terasa sejuk pada wajahnya.Matanya dicelikkan melihat Maliq meletakkkan kain kecil dikepalanya.
"Awak dah sedar?"soal Maliq pada isterinya.Dara memandang lelaki itu macamana dia boleh terbaring dekat sini.Ini bukan bilik yang dia duduk.
Dara mahu bangkit dibantu Maliq.Maliq menyandarkan tubuh Dara pada kepala katil.Dara memandang badannya sudah tersarung baju lain.Bukan dia pakai lingerie warna merah?.Siapa yang tukar baju aku?.
"Siapa yang tukar baju saya?"soal Dara yang kelihatan masih bingung.
"Sayalah..opps saya minta maaf bukan saya nak ambil kesempatan tapi baju yang awak pakai tu kotor dengan muntah"ucap Maliq.
Muntah?. Dara terasa tekaknya masih payau.
"Saya nak masuk bilik saya..."ucap Dara mahu turun dari katil.
"Dara..."Maliq menghalang langkah isterinya.Dia rasa tak sedap hati mahu biarkan isterinya keluar dari bilik mereka.
Dara memandang suaminya itu.
"Kenapa?"soal Dara.
"Tak boleh ke..kalau awak duduk je dalam bilik ni.Ni kan bilik awak juga bukan bilik sesiapa pun"ucap Maliq pada Dara.
Dara mengeluh kecil.
"Kalau saya tidur dekat sini awak nak tidur dekat mana.Sekatil dengan saya macam tu?"soal Dara menguji kesabaran Maliq.Nada suara Dara juga sedikit keras.
Maliq menggigit bibirnya.
"Saya boleh tidur dekat bawah atau dekat ruang tamu pun boleh"ucap Maliq tenang.Dia pelik tiba-tiba Dara nak marah padanya.Sedangkan Dara yang masuk bilik ni tadi bukan dia yang paksa.
Dara menggelengkan kepalanya.Dia cuba bangkit perlahan-lahan.Maliq cuba menolong tapi ditepis tangan Maliq.
"Saya boleh jalan sendiri"ucap Dara berjalan menuju ke pintu.Dia rasa marah tiba-tiba dengan Maliq tanpa tahu sebabnya.
"Saya takut awak jatuh..je..lagi.."ucap Maliq memegang lengan Dara sebaik melihat Dara berpaut pada bingkai pintu.
Dara mendengus perlahan.Maliq mencempung tubuh Dara.
"Ehh..lepaslah awak ni kenapa? Tak faham...saya cakap lepaslah!!!"ucap Dara cuba turun dari rangkulan Maliq.
Maliq berjalan masuk ke bilik disebelah biliknya dan menurunkan Dara.
"Saya tolong awak bukan tahu nak berterima kasih.Awak tahu saya risau kalau awak jatuh.Saya tahu dari awal kita kahwin saya je beria-ia dengan awak tapi awak tak.Dalam keadaan awak macam ni pun awak nak berdegil juga"ucap Maliq tegas.
Dara diam tidak berani bersuara.Maliq meraup wajahnya berkali-kali.Tiada niat dihatinya nak marah pada Dara.Tapi dia cukup tak puas hati kalau Dara naik suara tiba-tiba.
Dia letih dan dia tahu Dara juga letih sejak keluar hospital macam-macam cara dia nak pulihkan hubungan mereka.
"Takpelah...awak rehat.."ucap Maliq terus keluar dari bilik itu.Menutup pintu itu rapat.Dara tergamam dan menutup wajahnya dengan tangan.
Apa aku dah buat ni?.Kenapa mulut aku lancang sangat cakap macam tu? Aku tak berniat langsung nak tinggi suara tadi?.
Kepalanya sakit lagi.Dan dia rasa tekaknya sangat payau.Dia cuba membaringkan diri sambil memicit dahinya perlahan.Jarinya dipandang cincin nikah itu dikucup lama.
**********
Sarapan pagi ini hanya sederhana sahaja memandangkan Maliq pun bangkit agak lewat gara-gara tak boleh tidur semalam.
Mukhlish memandang kerusi yang kosong di meja makan itu lalu pandangannya terarah pada Maliq.
"Papa...kenapa kita makan berdua je? Mama mana?"soal Mukhlish.
"Mama...tak sihat.Nanti Papa hantar makan dekat bilik Mama.Habiskan roti tu..jangan membazir"ucap Maliq menghirup kopi segera yang dibuat menggunakan mesin kopi.
Kepalanya terarah pada tangga.Nampaknya Dara masih merajuk atau marah pasal perkara semalam.
Dara rasa tak larat sangat harini.Dia rasa badannya lesu semacam.Jam sudah pukul tujuh suku.Mesti suaminya dah buat sarapan dekat bawah.Tadi lepas solat subuh dia cuba untuk turun ke bawah tapi baru berapa langkah dia rasa pening kepala.
Tuk! Tuk! Ketukan pintu membuatkan dia memalingkan tubuhnya memandang pada pintu.Itu mesti suaminya.
"Dara... saya nak pergi hantar Mukhlish dan pergi kerja.Kalau awak nak makan,saya dah siapkan dekat bawah.Jangan biar perut awak kosong"ucap Maliq.
Tiada sahutan atau suara didalam.Maliq mengigit bibirnya dan berlalu turun ke bawah.
Dara memejamkan matanya dan airmatanya mengalir perlahan.Kenapa dengan aku ni? Kenapa tiba-tiba kau nangis?.
Maliq turun semula mencapai briefcase diatas meja.Mukhlish menanti didepan pintu.
"Mama mana? Lish nak salam Mama"ucap Mukhlish.
"Mama tak sihat tu..nanti balik Lish jumpa Mama.Okay?"soal Maliq memujuk hati anaknya itu.
Mukhlish mengangguk perlahan.
********
"Syukur Alhamdulilah...projek CSR kita haritu dapat feedback baik.Katanya kali ni ada beberapa universiti tempatan nak buat kolaborasi dengan kita"ujar Brian penuh kesyukuran.
"Ni idea siapa haritu kalau bukan idea aku"sambungnya.
Maliq mengangguk.
"Jadi bolehlah buat survey untuk next projek CSR"jawab Maliq.
Brian mengangguk mengiakan.
Diam seketika.Brian memandang wajah muram Maliq.
"Hello...isteri ada dekat rumah puncung sedepa ke? Apa gaduh semalam ke?"tanya Brian serta-merta mengubah topik perbualan mereka.
"Kenapa muka aku nampak macam orang baru lepas bergaduh laki bini ke?"soal Maliq dengan pertanyaan.
"Sajalah sebab nak kata cuaca dekat luar mendung tak juga..panas terik...tapi dalam pejabat ni suasana tu nampak gelap"terus-terang Brian menjelaskan.Tiada berselindung lagi.
Maliq mengeluh berat.
"Yeke? Aku tengok pejabat aku cerah je..mata kau yang kelabu ni"
Brian ketawa kecil.
"Alah...bos nak tipu kawan baik sendiri.Tak payahlah...Apa sudah jadi? Dara dah sihat ke?"soal Brian sambil tersenyum.
"Entahlah... Aku tak apa yang sedang aku lalui sekarang.Tapi aku rasa kesan jatuh haritu"jawab Maliq.
Senyuman Brian mati.
"Kira Dara masih belum ingat apa-apa?"soal Brian.
Maliq menggelengkan kepalanya.
"Aku tak nak paksa dia.Nanti aku risau dia tak nak tinggal dekat rumah tu.Aku kena banyak mengalah dengan dia"ucap Maliq.
"Sabarlah mungkin berkat kesabaran kau ada sesuatu akan bersinar satu hari nanti.Kau kena kuat demi dia.Tapi satu yang aku tak percaya sampai sekarang"ucap Brian.
Maliq mengerutkan dahi.
"Tak percaya apa?"soal Maliq.
"Kau boleh jatuh cinta dengan Dara walaupun kau dah duda dekat 7 tahun.Dalam masa 7 tahun kau jumpa banyak orang tapi satu pun kau tak terpaut tapi Dara mampu pecahkan ego diri kau.That's means Dara was so special in your life"ucap Brian.
Maliq tersenyum sedikit.
***********
Dara baru selesai mandi.Dia duduk sebentar untuk merehatkan diri.Berkerut dahinya menahan sakit pada pinggangnya sambil ligat kepalanya berfikir tentang apa yang jadi semalam?.
Kau ni apa hal Dara? Asyik nak naik angin aje? Hati kecilnya bertanya.Namun dia tidak mengendahkan.Tapi hal itu membuatkan dia lebih terseksa.Maliq berusaha untuk memastikan semuanya sempurna.Namun, dia tak faham kenapa dia boleh jadi marah pada suaminya sendiri.
Dara mengagahkan badannya untuk turun ke bawah.Tangannya membuka tudung saji.Terdapat roti bakar ala ala english breakfast.Terselit nota disitu.
"Kalau tak nak makan..ada jus dalam peti"
Peti sejuk dibuka dan Dara mencapai jus oren itu dan dibawa ke ruang tamu.Jus itu masuk ke dalam mulutnya perlahan-lahan melepasi kerongkongnya.
Alhamdulilah....lega rasanya.
Ding dong! Lamunannya terhenti bila loceng rumah tiba-tiba berbunyi.
Siapa pulak datang ni? Aku dahlah tak larat ni rungut Dara tertekan.Dengan perlahan dia melangkah menuju ke pintu.Daun pintu dikuak ke dalam.
"Awak ni siapa? Maliq tak ada"jelas Dara hendak tak hendak.
Suraya memandang Dara.Betul ke perempuan ni tak kenal siapa aku?.
"Tak reti nak jemput aku masuk ke?"soal Suraya.Suraya mahu melangkah masuk tapi dihalang oleh tangan Dara.
"Maaf...saya tak benarkan sesiapa yang saya tak kenal masuk dalam rumah ni"ucap Dara.
Suraya tersenyum sinis.Betullah perempuan ni hilang ingatan?.
"Anyway... aku datang sini sebagai kekasih Maliq.Kau tak tahukan sebab kau hilang ingatan.Jadi aku nak kau berambus dari rumah ni.Sebab rumah ni akan jadi milik aku.Jadi kau tak payahlah berangan nak duduk dekat rumah besar ni sebab kau tak layak.Dia tunduk pun mungkin sebab ilmu hitam yang kau guna pada dia?"Dengan lancar dan lantang sekali Suraya mencipta fitnah dalam masa yang sama menuduh sebarangan.
Hebat permainan kau Suraya.Kalau separuh orang mungkin akan percaya dengan kata-kata kau ni.Suraya memang melampau.Kesian Umi Zakiah kalau tengok anak dia sendiri sanggup pecah belahkan orang lain?.
"Jaga sikit mulut kau tu perempuan.Aku tak pernah nak santau orang.Tapi kalau aku nak santau, orang pertama aku santau adalah kau.Apa kata kau free hair tak payah pakai tudung...sebab tudung ni dah cacat sebab perangai kau"ucap Dara menahan sabar.Mulutnya menggeletar.Dia rasa tak selesa dengan perutnya.Terasa sesuatu nak keluar dari mulutnya.
Suraya mendekati Dara.
"Uwerkk!!!!!" Dara memuntahkan isi jus oren yang diminum tadi pada baju Suraya.Dara menutup mulutnya.Dia betul-betul tak sengaja nak muntah pada Suraya.
"Kau ni memang sengaja kan!!!"jerit Suraya menaikkan tangannya mahu menampar muka Dara.
"Suraya!!!!" jerit Maliq yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam banglo itu telah terlihat Suraya cuba untuk menampar isterinya.
Dara terus berlari masuk ke dalam rumah.Suraya mula rasa gentar.Wajah Maliq merah padam.Dadanya berombak laju menarik nafas amarah.
Dara terus berlari masuk ke dalam rumah.Suraya mula rasa gentar.Wajah Maliq merah padam.Dadanya berombak laju menarik nafas amarah.
Share this novel