BAB 25

Drama Completed 90864

Dara membuka matanya dia terasa sakit pada bahagian kepalanya.Dia tersedar gara-gara ada dengkuran halus yang mengganggu cuping telinganya.

Dia menunduk sedikit dan tubuhnya mengeras.Siapa ni? Siapa pulak tidur dekat bahu aku ni?.Dia memandang jarum IV ditangannya.Apa aku buat dekat sini?.

Dara menolak sedikit kepala itu.Maliq tersedar dari lenanya dan dia mengangkat kepalanya memandang isterinya yang sedang merenung padanya.

"Dara...awak okay tak?"soal Maliq mengelus pipi itu.Dara memandang lelaki itu yang mencium belakang tangannya.

"Ada rasa sakit?"soal Maliq melihat Dara hanya diam sahaja.Dara sedikit keliru dengan apa yang jadi.Dia tak ingat kenapa dia boleh ada dekat sini.

"Awak...ni siapa?"soal Dara setelah lama membisu.Maliq mengerutkan dahi memandang isterinya itu.

"Sayang...saya suami awaklah"ucap Maliq meletakkkan tangan Dara pada pipinya.

"Suami? Bila masa saya kahwin?"soal Dara keliru.Bukan dia tak jadi kahwin dengan Farid ke? Cepatnya Mak Bedah carikan dia calon pengganti untuk Farid.

Maliq dah risau melihat Dara yang masih diam sahaja.

"Ya.. kita dah kahwin dekat dua bulan dah.Tu Lish anak kita"ucap Maliq masih menyakinkan isterinya.Dara memandang Mukhlish yang sedang leba tidur di sofa berdekatan dengan katilnya.

Dara memegang kepalanya yang menyengat sakit.Memanglah aku dah kahwin saja aku nak tengok suami aku ni macamana?.Kalau aku pura-pura tak ingat pun bagus juga boleh aku kenakan si Suraya tu?.

"Dua bulan...tapi kenapa anak kita besar tu..saya dengan awak kahwin sebab terlanjur ke?"soal Dara menunjukkan arah tangannya pada Mukhlish.

Maliq dah menggaru kepalanya.

"Lish anak saya dengan arwah isteri saya dulu...awak betul-betul tak ingat ke?"soal Maliq terus berlari keluar mendapatkan doktor.

Dara memegang kepalanya yang berbalut itu.Sebenarnya terhantuk sikit je paling-paling pun mungkin dahinya terkoyak.Tak pasal-pasal berparut dahi aku sebab minah ChowKit tu.

************

Seminggu kejadian itu berlaku.Memang betul Dara hilang separuh ingatannya.Tapi mulut Dara tetap becok walaupun ingatannya lemah.Maliq tidak salahkan takdir atas apa yang berlaku.Dia bersyukur Dara masih bernafas.Walaupun penerimaan Dara untuk tinggal di rumahnya pada awalnya dibantah.

"Saya tak nak duduk sebilik dengan awak.Kalau awak nak saya tinggal dalam rumah ni bagi saya bilik asing"itu ungkapan Dara bila keluar dari hospital.

Kebiasaannya, Dara akan menyiapkan sarapan tapi kali ini terbalik dia pula yang bangun awal pagi untuk menyiapkan sarapan bagi Mukhlish dan Dara sekali.

Dara berjalan ke dapur untuk mengambil air.Maliq menoleh pada isterinya.

"Dara...jom sarapan sekali saya dah siapkan sarapan untuk awak"ucap Maliq pada Dara.Dara menoleh kesian pula bila tengok suaminya bertungkus lumus menyiapkan sarapan.

"Okay...awak tak sarapan bukan awak nak pergi kerja ke? Biarlah nanti saya bersihkan dapur tu..awak pun sarapan juga nanti lambat nak hantar Lish lagi"ucap Dara.

Maliq tersenyum manis bila dengar isterinya berkata sebegitu.Dia mencuci tangannya terlebih dahulu.

Dara membawa segelas air ke meja makan.Dia melihat juadah roti bakar dengan spaghetti Bolognese.

"Pandai juga masak"ucap Dara memuji dalam diam.

"Duduklah awak berdiri kenapa?"soal Maliq menarik kerusi untuk Dara.Dara melabuhkan punggung.

"Awak nak makan apa?"soal Maliq yang masih berdiri menunggu jawapan dari Dara.

"Ermm.. spaghetti tu nampak menarik"macam awak? ucap Dara dalam hati.

Maliq meletakkkan mi spaghetti dan kuah diatasnya lalu diletakkan depan Dara.

"Makan...baca doa.Lish nak tambah apa-apa.Bekal Papa dah siapkan"ucap Maliq.Dara menyuap mi spaghetti ke dalam mulut sambil matanya memandang pada suaminya.

Mukhlish menggelengkan kepalanya laju.Dia turun dari kerusi dan mendekati Dara.

"Mama..."seru Mukhlish menarik baju Dara.Dara memandang Mukhlish.

Mukhlish memeluk tubuh Dara.Dara kaku memandang Maliq.

"Mama cepat sihat ya nanti kita pergi jalan-jalan.Lish sayang Mama"ucap Mukhlish.Dara tersentuh dengan ucapan anaknya itu.Dia rasa sebak pula.Tapi dia menipu demi kebaikan dia dan keluarganya jugak.

Maliq menanti reaksi isterinya itu.Dia risau kalau Dara tak boleh terima Mukhlish dalam hidupnya secara mengejut.

"Terima Kasih Lish...maafkan Kak Dara ya..."ucap Dara mengelus rambut Mukhlish.

"Lish..pergi pakai stokin dulu.. Papa nak habiskan makanan kejap"ucap Maliq memberi arahan.

Dara menguis makanan dalam pinggan.Maliq rasa Dara sudah semakin menjauh.Keadaan itu benar-benar membuat jiwanya gusar.

Dia nak bermanja dengan Dara tapi Dara seakan memberi alasan.

"Awak jangan lupa makan ubat...kerja rumah tak payah buat.Awak rehat secukupnya saya tak nak awak penat"ucap Maliq lembut.

Dara mengangguk perlahan dan memandang wajah suaminya itu yang kelihatan tidak terurus.

Selesai sarapan Maliq membawa pinggan ke dapur.Dara turut bangkit mendekati sinki.Maliq menoleh mencapai pinggan dari tangan Dara.

"Takpe saya basuhkan sikit je tu..nanti baju awak basah"ucap Dara menghalang tangan Maliq.Tangan mereka bersentuhan.Ada debaran dalam hati Dara.

Maliq tersenyum sedikit melihat wajah merah padam Dara.Dia perasan Dara tak macam dulu.Maksudnya dari segi pakaian Dara pun lebih ringkas dengan rambut yang diikat kemas.

"Okaylah saya pergi kerja dulu..kalau ada apa-apa telefon saya"pesan Maliq.

Dara menghulurkan tangan pada suaminya untuk bersalaman.Maliq terdiam seketika sebelum ini Dara tidak pernah bersalam dengannya melainkan kalau didepan orang lain.

Maliq menghulurkan tangan pada isterinya.Dara bersalaman dengan suaminya.

"Hati-hati..."ucap Dara ringkas tapi mampu mengoyahkan hati Maliq.

Maliq melangkah meninggalkan Dara di dapur.Dara memandang suaminya itu.Maliq mengigit bibirnya menahan dirinya dari menoleh pada Dara tapi dirinya memang lama tahan.

Maliq mengeluh berat sebelum dia melangkah semula pada Dara yang masih berdiri di sinki.

"Dara..." seru Maliq memegang wajah isterinya lalu mencium bibir Dara yang kering itu.Ada dalam 30 saat bibir mereka bercantum.

Maliq melepaskan sentuhan dibibir memandang Dara.

"I miss you....Dara... I'm so sorry.."ucap Maliq mengelus pipi Dara lembut.Dia terus berjalan keluar dari dapur.

Dara menyentuh bibirnya dengan jari.Dia terkejut dengan sentuhan itu.Tapi dia bahagia sebab Maliq tak lupa tentang itu.

********

Maliq menyentuh bibirnya dengan jari.Dia takut kalau dia balik rumah nanti kena terajang dengan Dara sebab pagi tadi dia pergi ceroboh cium bibir isterinya itu.

Semua ni pasal Suraya.Entah macam mana Suraya boleh masuk dalam rumahnya, detik hatinya terus-menerus menyalahkan Suraya atas apa yang berlaku pada Dara.
Tindakan dia menampar muka Suraya tempoh hari sebagai amaran keras supaya bekas adik iparnya itu tidak masuk campur urusan hidupnya.Sampai tahap mencederakan Dara memang dia boleh naik hantu.Dia pelik kenapa Faysal seakan tidak marah dengan apa yang jadi pada Dara?.Kecuali....

Dara membuka almari dalam biliknya itu terdapat baju sedikit feminin.Rasanya ini bukan baju dia, kenapa baju perempuan boleh ada dalam bilik ni.

"Saya beli baju ni untuk awak kalau awak nak pakai pilih jelah...tak payah segan"

Jadi betullah ni semua baju dia.Tapi bila dia nak pakai.Dara menarik satu baju blouse dan seluar panjang dan dia berdiri didepan cermin.Tak pelik ke aku pakai macam ni?.Buat dia kata aku buang tabiat macamana?.Tapi nak pelik apa dia kan ingat aku hilang ingatan.

"Cuba jelah... pandangan orang lain-lain"ucap Dara mengambil baju itu dan diletakkan atas katil.

Mulai dari saat ini,aku nak ubah diri aku.Aku nak ubah demi syurga Aku, Maliq.

********

"Asalamualaikum...."Maliq memberi salam sambil meletakkkan kunci dalam laci.Dia melihat Mukhlish sedang mewarna di ruang tamu berseorangan.Sejak Dara cuti ni, dia meminta Mak kawan baik Mukhlish untuk hantar Mukhlish balik rumah supaya boleh temankan Dara.Dia risau Dara jatuh kalau berseorangan di rumah.

"Walaikumusalam...Papa.Awalnya Papa balik"ucap Mukhlish bersalam dengan Maliq.

"Saja nak teman Lish dengan Mama.Mama mana?"soal Maliq.

"Mama dekat dapur tengah masak untuk makan malam"ucap Mukhlish.Masak? Dara masak juga kan dia sudah melarang untuk tidak buat kerja berat.

Dia meletakkkan briefcase diatas sofa.Dan kakinya melangkah ke dapur.Pintu sliding ditolak perlahan dan haruman tomyam memenuhi ruang dapur.

Maliq memandang sekilas dari belakang.Betul ke ni bini aku?.Tapi kenapa tiba-tiba pakai kain batik? Tak pernah-pernah eeh....ke aku salah tengok sambil mengosok matanya untuk memastikan sekali lagi apa yang dia lihat.

"Awak masak apa?"soal Maliq.

"Wah!!! Dara terjerit bila ditegur oleh suara parau Maliq yang sudah berdiri di belakangnya.

Dara menoleh memegang dadanya yang masih terkejut.Maliq dah gelak kecil.

"Bila awak balik?"soal Dara.

"Baru je.. Mukhlish bagitahu awak masak.Kan saya cakap tak payah biar saya yang masak"ucap Maliq.

Dara mengecilkan matanya memandang suaminya itu.

"Takpelah... saya pun dah bosan makan makanan dalam tin ni"dengan selamba Dara sempat menyindir suaminya.

Kantoi! pula dengan isterinya yang sebenarnya dia tak masak pun.Dia pergi borong semua makanan dalam tin dekar pasaraya.Senang buka panaskan saja.

Maliq tertawa.Dia melihat gelagat Dara yang mencekak pinggang sambil tangan sebelahnya merasa lauk yang sedang dimasaknya.

Maliq mendekati dapur masak memandang Dara.Dara menoleh pada suaminya itu.Dara menghirup sedikit kuah tomyam itu.

"Kenapa nak rasa?"soal Dara menghulurkan sudu yang tersedia kuah tomyam.Maliq tersenyum nakal mendekatkan bibirnya pada bibir isterinya.Dara menolak tubuh itu.

"Awak!!!"jerit Dara kecil.Maliq mengangguk perlahan.

"Sedap....saya naik mandi dulu... anyway cantik kain batik awak"ucap Maliq terus berlalu pergi.Dara mengigit bibirnya.Macam tu ke trend rasa lauk sekarang?. Benci!!!!

"Sedap....saya naik mandi dulu... anyway cantik kain batik awak"ucap Maliq terus berlalu pergi.Dara mengigit bibirnya.Macam tu ke trend rasa lauk sekarang?. Benci!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience