Dara mengikat rambutnya yang dah panjang kemas.Dia memasukkan buku ibu mengandung ke dalam beg galas belakangnya.
Pintu bilik air terbuka Dara mengalihkan pandangannya melihat Maliq yang hanya berseluar warna khaki tidak berbaju.
"Awak..tak kerja ke harini?"soal Dara menoleh pada suaminya yang mencapai t-shirt dalam almari.
"Saya cuti ..awak kan ada check up harini"jawab Maliq mendekati meja solek dan mencapai sikat lalu menyisir rambutnya.
"Saya kan boleh pergi check up sendiri lagipun bukan jauh pun lima minit dari rumah kita je"ucap Dara.Dia tak nak menyusahkan Maliq kalau perkara yang dia boleh uruskan sendiri.
"Tak saya nak hantar awak pergi check up tak menyusahkan pun"ucap Maliq mahu berlalu tapi Dara pantas memaut lengan sasa itu.
"Awak boleh tak kalau lepas check up kita pergi jumpa Umi Zakiah"ucap Maliq berpaling dan memandang isterinya.Macamana Dara boleh kenal Umi Zakiah?.Dara dah ingat ke?.
"Awak ingat Umi Zakiah ke?"soal Maliq.Dara menelan air liurnya.
"Saya dah ingat semua.Sekarang ni saya rasa kita kena jumpa Umi Zakiah.Saya nak minta maaf dekat dia sebab rahsiakan perkahwinan kita ni"ucap Dara.
Maliq memegang bahu Dara.
"Awak betul-betul dah ingat?"soal Maliq lagi sekali.
"Ya...saya ingat Suraya...Umi Zakiah...boleh ya lepas check up kita pergi jumpa Umi Zakiah?"soal Dara.
Maliq lambat-lambat mengangguk.Dia tidak pasti tentang hasrat Dara.Cuma dia bersyukur Dara dah kembali ingat.
***********
"Tuan dan Puan duduk sebentar Kak Yati panggil Umi Zakiah"ucap Yati pembantu rumah Umi Zakiah pada tetamunya.
Dara melabuhkan punggungnya perlahan disofa.Diikuti dengan Maliq juga.Matanya meliar memerhati sekeliling ruang tamu.Sunyi sahaja suasananya.Kereta Suraya pun tiada dilaman rumah tadi.
Kak Yati membawa sedulang air dan sedikit kuih yang kebetulan ada didapur.Air dihidangkan didepan tetamu.
"Sunyi je rumah Umi dengan Kak Yati je ke? Suraya tak ada ke?"soal Dara pada Kak Yati.
Wajah Kak Yati berubah setelah nama Suraya dipetik.
"Cik Suraya dah lama tak balik sini.Umi Zakiah dengan saya berdua je"ucap Kak Yati.
Maliq mengerutkan dahi.
"Lama tak balik...habis dia duduk mana?.Kak Yati lah yang jaga Umi Zakiah sekarang?"soal Maliq pula.
Kak Yati mengangguk.Dia terus berlalu ke bilik Umi Zakiah.
Dalam beberapa minit, Kak Yati menolak kerusi roda ke ruang tamu.Maliq terkejut melihat keadaan Umi Zakiah yang berada atas kerusi roda.
Dia tahu lama dia tak datang jenguk Umi Zakiah.Tak sangka pula Umi Zakiah tak sihat rupanya.
Maliq bangun dari duduknya dan bersalaman dengan Umi Zakiah.Begitu juga Dara turut bersalaman juga.
"Sihat Dara..?"soal Umi.
"Alhamdulilah sihat.Umi macamana boleh pakai kerusi roda ni?"soal Dara.
"Betul tu...Umi macamana boleh jadi macam ni? Kenapa Suraya biarkan Umi macam ni?"soal Maliq pula.
Umi Zakiah hanya tersenyum.
"Dia keluar dari rumah ni lepas kamu berdua kahwin.Umi pun berbuih nak cakap dan nasihatkan dia sebab dia pun dah besar"ucap Umi Zakiah.
Dara serba salah.
"Kami minta maaflah Umi sebab kami, Suraya abaikan Umi.Patutnya dari awal kami datang sini jumpa Umi"ucap Dara memegang tangan Umi Zakiah.
Umi Zakiah menggelengkan kepalanya.
"Kamu berdua tak salah pun, jodoh ajal dan pertemuan tu semua kerja Allah.Umi mengaku dulu Umi nak sangat Maliq kahwin dengan Suraya tapi lama kelamaan Umi tengok Suraya, Umi rasa biarlah Maliq sesiapa yang dia rasa terbaik untuk jadi isteri dia dan ibu untuk Mukhlish"ucap Umi Zakiah.
Maliq mengeluh berat.
"Doktor kata dengan keadaan Umi ni?"soal Maliq.
"Doktor kata sebab Umi dah berumur memang perkara biasa bagi orang tua macam Umi.Dara dah berapa bulan?"soal Umi melihat perut Dara.
"Alhamdulilah dah enam bulan Umi"ucap Dara.Umi Zakiah memandang Maliq.
"Maliq...kalau dulu Umi pernah amanahkan Sumayyah pada kamu.Dan kamu jaga dia dengan baik sekali.Dan sekarang ni Allah hantarkan Dara pada kamu.Jaga dia baik-baik.Umi nak minta maaf atas apa yang Suraya buat pada kamu berdua.Umi salah dalam mendidik dia"ucap Umi Zakiah menitiskan airmatanya.Dara turut rasa sebak.
Satu-satunya anak yang menjadi tunjang dalam hidupnya mengabaikan ibu kandungnya.
********
Perjalanan balik tiada sebarang perbualan.Dara memandang ke arah luar tingkap.Cuaca diluar panas terik membuatkan matanya berat.
Maliq menoleh sekilas pada Dara yang senyap sahaja.Dia mengigit bibirnya resah.Sebenarnya hubungan mereka dingin sejak semalam.Kereta berhenti dipersimpangan lampu isyarat.
Tangannya menyentuh belakang tangan Dara.Dara membuka matanya apabila dirasakan sentuhan tangan Maliq.
Dia berpaling dan memandang suaminya itu.Tangan suaminya mengusap tangannya.
"Ermmmm...." Dara berdeham dan menarik tangan.Tapi tangan Maliq masih atas pahanya.Dia ni kenapa semalam bukan main lagi macam tak puas hati.Pandai pulak angkat aku masuk bilik ingat nak tidur sorang-sorang semalam.
Lampu bertukar hijau Maliq menukar gear dan meletakkkan semula tangan atas paha isterinya.
"Harini saya ingat nak masak simple je..ikan cencaru sumbat sambal, lemak kobis dan ayam goreng untuk Mukhlish"ucap Dara memecahkan kesunyian.
"Awak masak esok je.. kita ambil Lish kita pergi makan tengahari"ucap Maliq dengan wajah serius.
Kereta berhenti di depan sekolah Mukhlish.Maliq memandang jam dipergelangan tangannya ada lagi lima belas minit sebelum tamat sekolah.
Dia menyandarkan tubuhnya melepaskan keluhan.Tangannya masih pada paha Dara mengusap perlahan.
"Awak fikirkan apa?"soal Dara akhirnya melihat kebisuan Maliq.Dara menghentikan usapan tangan Maliq.
"Saya nak minta maaf pasal semalam saya tahu saya tak patut layan awak macamtu"ucap Maliq memandang Dara yang setia memandang ke arahnya dari tadi.
"Saya tak tahu awak akan marah bila saya cerita pasal Farid semalam"ucap Dara.
"Saya tak suka lagipun Farid tu bekas tunang awak kan? Manalah tahu dia ada niat nak ambil awak semula?"soal Maliq.
Dara pecah ketawanya.Dia rasa perutnya mengeras.
"Gelak pulak...orang tengah serius cakap dengan dia"ucap Maliq.
"Saya takkan jilat ludah saya semula.Dia hadir sebagai persinggahan je.Jadi awak tak perlu risau saya tak pandang masa lalu.Saya pandang masa depan saya sekarang"ucap Dara mengusap pipi suaminya.
Maliq memegang tangan Dara lalu dikucupnya.
*********
"Saya pergi kerja dulu..jaga diri kalau penat rehat.Kalau rasa tak sedap badan telefon saya cepat-cepat"ucap Maliq menghulurkan tangan pada Dara untuk bersalaman.
Dara mengucup tangan Maliq lama.
"Saya minta maaf kalau saya ada salah dengan awak.Hati-hati bawa kereta"ucap Dara dengan senyuman manis.
Maliq mengucup dahi isterinya itu dan mencium perutnya lembut.Dara memerhati kereta Maliq keluar dari laman teratak itu.
Dia kembali ke dapur untuk mengemas sedikit pinggan dan tempat dia memasak tadi.
Kaki melangkah masuk mendekati pintu utama banglo itu.Dia tahu penghuni dalam rumah ni berseorangan sekarang.
Ding! Dong!
Dara mengerutkan dahi.Aik...ada tertinggal barang ke?.Dara berjalan mendekati pintu.Pintu dikuak dari dalam dan Dara terkejut melihat Suraya berada didepan pintu.
"Suraya...awak buat apa dekat sini?"soal Dara.Suraya memandang pada perut Dara.Dia melangkah masuk tanpa membuka kasut.
Dara memandang Suraya yang berjalan ke arah ruang tamu rumahnya.
"Banglo ni sepatutnya jadi milik aku bukan jadi milik perempuan macam kau"ucap Suraya berpaling memandang Dara.
"Saya rasa lebih baik Cik Suraya balik sekarang"arah Dara pada Suraya.
Suraya tersenyum sinis.
Maliq mencari dompetnya tiada dalam poket seluar.Dia perlu berpatah balik ke rumah untuk mengambil dompet.
"Kau tahu tak apa yang paling aku tak suka?"soal Suraya sambil meletakkkan tangannya pada perut Dara.
Dara dah mula takut.Cepat dia menepis tangan Suraya.
"Aku paling tak suka dengan orang yang rampas hak milik aku"ucap Suraya mendekati Dara.Dara mengundurkan diri menjauhi Suraya.
"Su...jangan macam ni.Saya tak nak bermusuh dengan awak.Ummi Zakiah tunggu awak balik.Dia sayangkan awak"ucap Dara memujuk sambil menutup perutnya dengan tangan.
Suraya tersenyum sinis dan melepaskan gelak ketawa yang kuat.
"Aku nak kau minta cerai dengan Maliq"ucap Suraya.
Dara menggelengkan kepalanya laju.
"Tak...saya takkan buat macam tu.. Suraya awak kena terima kenyataan yang Maliq bukan untuk awak"ucap Dara.
Suraya mencengkam muka Dara kuat.Dara cuba melawan.
"Maliq milik aku... Aku yang layak untuk jaga dia..bukan kau... Kau tu cuma menumpang kesenangan dia je..kau tak ikhlas!!!" jerit Suraya.
"Su...tolong mengucap...ingat Allah Su..."ucap Dara memujuk Suraya.
Suraya melepaskan cengkaman pada mukanya.Dara terpandang telefon yang ada pada atas meja berbunyi.
Suraya mahu mengambil telefon itu tetapi Dara lebih cepat mahu merampas.Suraya terus menolak Dara kuat menyebabkan Dara jatuh ke lantai terduduk.
Dia rasa sakit pada perutnya.
"Allah.....Suraya...tolong...sakit... Allahuakbar..."rintih Dara menekan perutnya.Dia dapat merasakan ada sesuatu mengalir dicelah kakinya.
Suraya mematikan panggilan itu.
"Kau dengan anak kau memang ditakdirkan untuk mati"ucap Suraya terus keluar dari rumah itu.
"Suraya...tolong!!!! Suraya!!!"jerit Dara meminta tolong.
Dara memejamkan matanya menahan sakit.Ya Allah sakitnya..... Maliq...tolong...saya...sakit sangat...... Allahuakbar!!!!
Dara memejamkan matanya menahan sakit.Ya Allah sakitnya..... Maliq...tolong...saya...sakit sangat...... Allahuakbar!!!!
Share this novel