Pagi lagi Dara dah terpacak didepan bangunan besar ini.Dia bercekak pinggang sambil memandang ke arah bangunan.Bermula langkah kaki dia masuk ke dalam bangunan ini bermakna bermulalah hari pertama dia bekerja.
Dia mengeluh berat sambil mengigit roti bakar ditangannya.Itu je dia sempat capai dari dapur Alongnya.
Bila rutin bekerja di bandar besar satu-satunya tak terlepas dengan kesesakan jalan yang tak pernah habis.Jadi dia minta Along hantarkan dia naik LRT sahaja.
Pin!!!Pin!!!!
Terperanjat Dara dibuatnya.Dia mengurut dadanya.Headphone dibuka dari kepalanya.
"Hoooi... pagi-pagi nak bunuh diri ke???"jerit pemandu lelaki itu.
"Sorry bang..."ucapnya terus dia melangkah masuk dengan jelingan maut.
Dia menekan kad akses pada pintu bagi memberi dia masuk ke dalam syarikat Penerbitan Kaki Buku itu.
Dia perlu berjumpa dengan Kak Mas pembantu peribadi Encik M&M tu untuk tahu tugas apa yang perlu dia buat harini.
Dengan langkah laju dia mencari meja Kak Mas.Semua pekerja yang baru datang pandang ke arahnya.Ada yang tengah minum kopi, ada yang tengah betulkan tudung, ada yang sedang membelek jerawat di cermin dan ada yang sudah mula mengemas pejabat di pagi hari.
"Pelik sangat ke? Tak pernah tengok aku pakai baju? Tahulah aku cantik"soalnya dalam hati.Rasanya dia hanya pakai t-shirt dengan blazer biasa serta seluar jeans itu je.Harini pun dia tak pakai topi hanya menyikat biasa rambutnya yang pendek itu.
Dari jauh dia dah nampak bayang Kak Mas.Dia terus melangkah sehingga dia berdiri betul-betul dihadapan pejabat milik majikannya itu.Dia memanjangkan lehernya seperti zirafah untuk melihat adakah lelaki itu sudah sampai atau belum?.
"Apa yang kamu terjenguk-jenguk tu?"soal Kak Mas yang melihat pekerja baru itu.Dara berpaling dan tersenyum manis.
"Ergghh...tak ada apa-apa.Kak Mas mana tempat saya nak buat kerja ya? Sebab saya memang tak tahu ni?"soal Dara menggaru kepalanya.
"Dah jom ikut Kak Mas"ucap Kak Mas.Dara mengikut langkah kaki wanita itu.
"Kak kenapa orang pandang saya semacam je?"soal Dara dibelakang Kak Mas.
"Alah... pejabat ni memang banyak minah kepochi.Pantang nampak orang baru lagi-lagi macam kamu ni ah.Tapi jangan risau kalau diaorang buli kamu.Cakap je.."ucap Kak Mas.
Kak Mas berhenti disatu meja yang berdekatan dengan pantri.
"Ni tempat kamu mulai harini.Tapi untuk tugasan harini kena tunggu arahan bos.Lagipun dia belum masuk ni.Selalunya lapan setengah baru sampai"ucap Kak Mas.
"Owh...jadi saya nak buat je sekarang?"soal Dara.Bosan juga kalau nak menunggu ada lagi setengah jam.
"Alah...tengoklah apa yang kamu boleh buat? Akak ada kerja ni"ucap Kak Mas terus meninggalkan dia terkontang-kanting dekat situ.
Dara duduk dikerusi sambil membelek meja yang di tinggalkan editor sebelum ini sangat bersepah dan berterabur.
Dia duduk dahulu menarik nafas dan membuka beg sandangnya dan diletakkan diatas meja.Baju blazer yang dipakainya itu diletakkan pada kerusi.Dia perlu bersihkan tempat duduk kerjanya dulu.
Dia mengutip segala kertas yang tidak guna dan dimasukkan dalam tong sampah.Setiap kertas yang berada di atas meja disusun semula.
Maliq melangkah masuk ke dalam pejabat dengan langkah laju.Langkahnya terhenti sebaik sahaja dia melihat sesuatu yang agak pelik.Kertas berterabur dilaluan tengah menuju ke pantri.
"Siapa punya kerja ni?"soal hatinya terus tak jadi masuk bilik pejabat terus ke meja belakang.
Dia melihat ada orang sedang duduk sambil membaling kertas kebelakang.
Meja diketuk kuat oleh Maliq.Dara yang sedang duduk sambil mengemas berpaling.
"Kau!!! Kau buat apa ni????" jerit Maliq pada Dara.Dia bangkit dan memandang lelaki itu yang sudah merah padam menahan amarah.
"Saya...cuma...kemas meja ni je..lagipun.. kertas-kertas ni semua sampah je...jadi saya nak buang..."ucap Dara.
Maliq dah mula panas.Dia menunding jari pada Dara.
"Masuk pejabat saya...now!!!"jerit Maliq terus berjalan ke arah pintu pejabat.
Dara terus melangkah meninggalkan meja dan cepat-cepat dia masuk ke dalam pejabat lelaki itu.
Maliq menghempaskan tubuhnya pada kerusi.Dara berdiri didepan Maliq.
"Siapa suruh kau usik apa yang ada atas meja tu!!!!" sekali lagi Maliq meninggikan suara.Bahu Dara terhinjut.
Dia diam sambil menundukkan wajahnya.
"Saya minta maaf bos saya tak tahu tugas saya apa jadi..saya kemaslah apa yang patut saya buat sementara tunggu arahan"ucap Dara.
Maliq memandang Dara yang terasa kecil dimatanya sekarang.
"Mana kau buang semua sampah tu?"soal Maliq.
"Erm...dekat tempat pembuangan sampah.Kenapa Bos?"soal Dara.
Maliq mengeluh berat.
"Aku nak kau ambil balik semua yang kau buang tadi.Dan betulkan balik...itu tugas kau untuk hari pertama.Selagi tak siap jangan nak keluar makan.Keluar!!!"ucap Maliq.
"Tapi... bos..kan kotor tu?"soal Dara mengadu.
Maliq menjelingkan matanya.
"Kau nampak macam aku peduli ke? Pergi sekarang!!!!"arah Maliq pada Dara.
Dara mengangguk perlahan dan terus keluar dari bilik itu.
Dia memejamkan matanya sejenak dan melihat semua yang berada didalam pejabat memandang ke arahnya.
Hari pertama kerja pun dah malang nasibnya.At least bagitahu jangan buang semua apa yang ada atas meja tu.Ni tidak dia dah buang semuanya baru nak cakap.
Dia terus berjalan ke arah tong sampah yang ada dekat tangga kecemasan.
Dia mengambil plastik hitam tadi dan dipegangnya.
"Angkara kau...aku kena marah"bebel Dara sendiri.
*********
Pekerja lain sudah mula beransur mahu pergi makan tengahari.Dia masih meluruskan kembali kertas yang dikeronyokkan tadi.
Bahunya terasa sengal sebab banyak menunduk.
Maliq keluar dari pejabat dan terpandang arah meja Dara.Nampaknya gadis itu masih tidak keluar makan.Dia terus keluar tidak pedulikan semua itu.
Perutnya sudah berkeroncong tapi kerjanya masih ada lagi.Dia bangkit seketika untuk meluruskan pinggangnya.Jam dipergelangan tangannya sudah menunjukkan waktu Zohor.
"Baik aku solat dulu lepas tu boleh sambung buat kerja baru hati tenang"ucap Dara meninggalkan mejanya dan berjalan ke arah surau muslimat.
Selesai mengambil wuduk dia menyarung telekung yang tersedia ada didalam surau.Dia baru teringatkan sesuatu.Telefonnya tertinggal dekat meja.Takut nanti ada orang cari dia walaupun dia tahu tak akan ada orang akan cari dia pun.
Maliq tertinggal kunci keretanya dalam pejabat dia masuk semula ke dalam pejabat mencari dimana dia letak kunci keretanya.
Dia perlu cemas kerana ada urusan diluar.Dia menghela nafas mengambil kunci kereta yang ada atas meja.Dan dia keluar semula menutup pintu.
"Cepat-cepat...Dara..."ucap Dara berjalan dengan laju.
Dia memandang sekilas pada meja Dara tiada sesiapa disitu.
"Ingat tak pergi makan?"soalnya dalam hati.Lalu dia berpaling untuk ke pintu keluar bertembung dengan seseorang.
Nasib dia tidak terlentang dengan telekung yang masih dipakainya.
"Tak nampak..." Dara baru mahu membuka mulutnya memarahi orang yang berada depannya tapi tak jadi bila tengok yang depan matanya sekarang ni Encik M&M rupanya.Terus dia tutup mulutnya kembali.
Maliq terpegun melihat gadis yang bertelekung didepan matanya ini.Tidak berkelip matanya memandang gadis itu persis bakal zaujah.Hilang terus celak hitam dimata Dara.
"Bos...bos..." panggil Dara melambaikan tangan pada Maliq.
Maliq tersentak.Lekas dia melarikan pandangan matanya.Terlalu jauh dia berkhayal.
"Bos jangan risau kerja saya akan sambung kejap lagi saya solat dulu.Boleh bos bagi saya lalu?"soal Dara.Maliq memberikan laluan pada Dara.Dara mencapai telefon dan terus berjalan melepasi tubuh itu yang masih kaku berdiri didepan pintu.
Setelah memastikan Dara hilang dari pandangannya.Dia terus berjalan keluar dari pejabat.
***********
Faysal memandang Dara yang begitu penuh mulutnya menyuap nasi ke dalam mulut.
"Adik...kau tak makan ke siang tadi?"soal Faysal pada Dara.
Dara berhenti mengunyah.
"Tak..."
"Kenapa bukan Along bagi duit belanja ke? Kenapa tak makan?"soal Faysal.
"Adik banyak kerja...takpelah balik adik makanlah"ucap Dara.
"Macamana hari pertama?"soal Faysal ingin tahu.
"Okay...okay..semua orang baik dengan adik.Dahlah Along adik dah siap makan.Nak pergi gosok baju untuk esok pula"ucap Dara terus bangkit mengangkat pinggan ke sinki.Dan dicuci dahulu sebelum dia terus keluar dari dapur.
Faysal memandang Dara.
Dara menutup pintu biliknya dan di mengambil bantal lalu ditekup ke muka sebelum dia...
"Arghhhhhh!!!!!!!!!"jerit Dara dalam bantal tersebut melepaskan lelah hari pertama bekerja.
Dia baring sambil memandang siling.Dia teringat kenangan ketika zaman sekolah dulu.
"Along pandailah...macam nilah anak Mak dan Ayah"ucap Mak Bedah memuji anak sulungnya itu ketika mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) semuanya A+.
Dan ketika dia dapat keputusan dahulu....
"Semua okay...tapi kenapa matematik kamu dapat C ni.Cuba kamu jadi macam Along semua A+ "ucap Mak Bedah.
"C bukan beerti Dara bodoh Mak"jawab Dara.Padahal Mak Bedah tahu yang hari nak menjawab kertas peperiksaan matematik itu dia demam tak dapat fokus.
"Menjawab je mulut kamu ni kan"marah Mak Bedah.
Dara mengeluh berat.
***********
Maliq teringat kejadian siang tadi.Dia menggelengkan kepalanya laju supaya melupakan apa yang dia nampak.Mukhlis menghampiri Maliq.
"Papa...besok boleh tak Papa ambil Lish dekat school.Please!!!"rayu Mukhlish pada Maliq.
"Tak boleh Papa sibuk esok"
"Ala....besok je...please..."rayu Mukhlish sambil membesarkan matanya.Maliq memang kalah sedikit dengan anaknya.
"Ialah..ialah...nanti Papa ambil..esok je.."ucap Maliq.
"Yeyeye....thank you Papa"ucap Mukhlish terus berdesup hilang ke tingkat atas.Telefon Samsung Z Flip milik Maliq berbunyi dan dia terus menjawab.
"Asalamualaikum... Umi.."ucap Maliq.
"Walaikumusalam... Maliq sihat? Cucu Umi sihat?"soal Puan Hawa.
"Maliq sihat... Mukhlish pun sihat.Umi sihat?"soal Maliq semula kepada bekas mentuanya itu.
"Alhamdulilah sihat orang tua.Ni Maliq bila nak bawa Mukhlish jumpa Umi.Lama Umi tak jumpa dia.Bawalah dia datang rumah.Umi pun ada hal nak bincang dengan Maliq"ucap Puan Hawa.
Maliq mengigit bibirnya.Dia bukan apa dia tahu kenapa Umi menyuruhnya balik.Mesti nak bincang diri dengan Suraya adik arwah Sumayyah .
"Nantilah Umi Maliq banyak kerja lagipun Mukhlish sekolah tak ada cuti.Minta maaf Umi.Asalamualaikum"ucap Maliq terus mematikan panggilan.
"Walaikumusalam...."Puan Hawa meletakkkan telefon atas meja.
"Abang Maliq cakap apa Umi?"soal Suraya sambil tersenyum.
Puan Hawa menggelengkan kepalanya terus berlalu.
"Ishhhh...Umi orang tanya pasal Abang Maliq tak jawab...bencilah..."ucap Suraya sambil memeluk tubuh.
**********
Dara terangguk-angguk mendengar lagu di headphone.Maliq yang baru sampai terpandang Dara yang berdiri didepan pintu lif.Orang sekeliling memandang ke arah gadis itu sambil berbisik.
Tapi Dara seakan tidak kisah dengan apa yang jadi disekelilingnya.Pelik betul budak ni?.
Dara terangguk-angguk mendengar lagu di headphone.Maliq yang baru sampai terpandang Dara yang berdiri didepan pintu lif.Orang sekeliling memandang ke arah gadis itu sambil berbisik. Tapi Dara seakan tidak kisah dengan apa yang jadi disekelilingnya.Pelik betul budak ni?.
Share this novel