BAB 5

Drama Completed 90864

Dara terangguk-angguk mendengar lagu di headphone.Maliq yang baru sampai terpandang Dara yang berdiri didepan pintu lif.Orang sekeliling memandang ke arah gadis itu sambil berbisik.

Tapi Dara seakan tidak kisah dengan apa yang jadi disekelilingnya.Pelik betul budak ni?.Orang mengata dia pun selamba badak je.

"Yang kau berdiri tercegat dekat sini kenapa?"soal Brian yang berada dibelakangnya.

Dia mengurut dadanya terlalu terkejut disergah Brian dari belakang.

Dia pandang ke depan semula Dara dah masuk ke dalam lif.

"Kau ni...cuba bagi salam"marah Maliq.

"Aikk...aku kristian kot...kau dah kenapa? Nak bad mood pagi-pagi? Sampai lupa agama aku!!"soal Brian.

Maliq terus berlalu dari situ.

Suasana pagi ini masih sama juga, Dara masih tak menerima tugasan yang spesifik untuknya.Dia berdiri dan memanjangkan lehernya melihat meja disebelah depannya.

Semua orang ada tugas masing-masing kecuali dia duk termangu tak buat apa-apa.

"Asalamualaikum... saya nak tumpang tanya boleh?"soal Dara pada seorang pekerja wanita yang berselendang hitam dan berkaca mata.

"Walaikumusalam...kau ingat aku ni kaunter pertanyaan kau ke? Tak nampak aku sibuk ni...?"soal wanita itu.

Dara mencebikkan mukanya.Dia kembali duduk di kerusi sambil mengeluh kecil.

Maliq keluar dari pejabat menuju ke arah pantri.Dara berpura-pura melakukan tugasnya walaupun sebenarnya dia sendiri tak tahu nak buat apa.

Maliq menjengah ke dalam pantri tiada kelibat Kak Asnah.Dia berpaling dan terpandang Dara.Dia mendekati meja Dara.

"Dara..."serunya.

Dara berpaling dan memandang lelaki itu.

"Ya bos...ada apa-apa ke?"soal Dara.

"Tolong buatkan air panas untuk tiga orang nanti hantar dekat pejabat aku.Sekarang!!"ucap Maliq.

"Saya buat air...bukan ke tu tugas Kak..."ucap Dara tidak habis sudah dipotong oleh Maliq.

"Kan aku cakap kau...apasal nak suruh Kak Asnah pulak.Kau bukan buat kerja pun.Kurang manis..."tuduh Maliq pada Dara.

Maliq terus berlalu dengan muka ketat.Dara menarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan.Sabar Dara....tak sabar mamat nak ni memang nak suruh aku masuk kubur awal-awal.

Dia terus ke pantri walaupun hatinya memberontak tidak puas hati.Dengan tidak puas hati dia membancuh jugak air.Bekas gula dibuka dan terus idea nakal muncul dalam kepalanya.

"Kurang manis....tapi masalahnya kau dah memang kurang manis dan kurang ajar pun"ucap Dara sambil meletakkkan beberapa sudu gula dalam cawan yang akan dia bagi pada bosnya nanti.

Maliq sedang membincangkan beberapa perkara dengan Brian dan rakan kolaborasi mereka.

Pintu pejabat terbuka muncul Dara membawa dulang air ke arahnya.

Dara meletakkkan cawan istimewa untuk bosnya.Dan yang duanya diletakkan ditepi.Dara mengundurkan diri dan terus keluar dari situ sebelum angin taufan melanda bangunan ni.

Dia menutup pintu pejabat perlahan.

**********

"Jemput minum"ucap Maliq pada tetamunya.Maliq mencapai cawan didepannya dan diminumnya.Dan dia hampir tersembur merasa air yang dibuat Dara untuk mereka.Tapi dia perhatikan Brian dan tetamunya beriak biasa sahaja.

"Dia nak kenakan aku ni"ucap Maliq meletakkkan cawan semula atas piring.Selesai sahaja mesyuarat mereka.Maliq tidak bentah dia terus keluar dari pejabat mencari kelibat Dara.

"Kak Mas Dara mana?"soal Maliq.

"Dara...dia ambil barang dekat bawah kejap"ucap Kak Mas.

"Dia naik suruh dia masuk bilik saya!!!"jerit Maliq.Kak Mas dah menggelengkan kepalanya.Apalah budak baru tu dah buat agaknya?.

Dara rasa gatal telinga seolah-seolah ada orang yang menyebut namanya.Pintu lif terbuka dia ternampak seseorang yang dia sangat kenal.Bukan Farid ke?.Apa dia buat dekat sini?.

Dara menyembunyikan wajahnya disebalik kotak ditangannya.

Pintu lif terbuka pada tingkat dia bekerja.Dengan cepat dia terus keluar dari lif supaya tiada sesiapa perasan terutama Farid.Dia melihat belakang Farid tidak mengikutnya.Lega hatinya terus dia membawa kotak tadi pada Kak Mas.

"Ni barang yang Kak Mas minta"ucap Dara.

"Kau buat apa dengan bos?"soal Kak Mas.

Dara mengangkat keningnya.

"Saya tak buat apa-apa.Kenapa?"soalnya semula.

"Pergilah bos panggil kamu dekat dalam nampak macam marah sangat"ucap Kak Mas.

"Tak boleh ke tak payah masuk...cakaplah saya cirit-birit ke"ucap Dara.

Kak Mas menggelengkan kepalanya.Dara menundukkan wajahnya dan melangkah dengan berat ke depan pintu pejabat itu.

Dia mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Masuk!!!!"jerit Maliq.

Suara parau dan garau itu menggerunkan Dara.Dia membuka pintu dan menutup kembali.Maliq berpaling dan menyelak rambutnya yang menutup pandangannya.

Dara berdiri agak jauh darinya.Dia terpandang cawan air yang masih penuh tadi.

Dara hanya memerhati saja lelaki itu mencapai cawan atas meja itu.Dia nak buat apa dengan cawan tu desis Dara.

Dia menghulurkan cawan itu pada Dara.

"Aku nak kau habiskan air ni"ucap Maliq.Dara menggelengkan kepalanya perlahan.

"Saya dah minum tadi bos"ucapnya perlahan.

Maliq mendekati Dara.

"Kau nak minum sendiri atau kau nak aku sumbat sekali dengan cawan ni dalam mulut kau"bisik Maliq.

Dara terkebil-kebil.Dia mencapai cawan ditangan Maliq.

Maliq tersenyum sinis.Dara mendekatkan cawan pada mulutnya.Dengan perlahan dia minum.Tapi kemanisan yang masuk dalam mulutnya membuatkan dia tak dapat nak telan air itu langsung dia meletakkkan cawan dan terus keluar dari pejabat itu dengan laju untuk ke bilik air.

"Kau nak kenakan...aku.. tengok sikit...lain kali"ucap Maliq memandang cawan yang dipegangnya.

Ni....cawan aku tadi kan...Dara minum.. maknanya dia kongsi cawan yang sama.

*********

Dara berkumur-kumur bagi menghilangkan rasa manis melekat pada mulutnya.Dia mengelap mulutnya dengan tisu.

"Kurang asam punya M&M.Aku nak kenakan kau.Aku yang kena balik"ucap Dara.Dia melihat pergelangan jam tangannya ada satu jam lagi nak rehat tengahari.

Telefon pintarnya berbunyi tertera nama M&M.Dia menjawab panggilan itu.

"Hello..."

"Kau dekat mana??"jerit Maliq.

Dara menjauhkan telefon dari telinganya.Dia ni kenapa suka jerit-jerit?.Tak boleh cakap elok-elok ke?.

"Saya dekat tandas ni bos"ucap Dara.

"Aku nak kau jemput anak aku dekat sekolah sekarang.Aku tak boleh nak keluar ni.Minta details dekat Kak Mas"ucap Maliq.

"Bos nama anak?"soal Dara tapi panggilan sudah dimatikan.Anak? Maknanya dia dah kahwin?. Patutlah garang semacam...

*******

Kereta yang dipandu Dara berhenti dihadapan sekolah kebangsaan.Dia melihat ramai murid yang keluar dari sekolah berpusu-pusu mahu pulang ke rumah.Ada yang naik bas, van ataupun dijemput oleh ibubapa masing-masing.

"Macamana aku nak cari dengan hanya nama je?"soal Dara dalam hati.Dia keluar dari kereta dan mendekati kawasan sekolah.

Dia menggaru kepalanya.Mana aku nak cari budak ni?.Bos pun adui... jemput anak bos pun kerja aku ke?.

Dia menunggu dihadapan kalau-kalau ada budak yang lalu.Tapi apa nama budak tu tadi ya? Alamak...aku tak ingat nama dia...Mu..apa ya?.

Dia mendekati pengawal keselamatan sekolah.

"Selamat tengahari Aunty"

"Selamat tengahari ya ada apa?"

"Erm...saya cari budak nama dia Muflis.Aunty ada kenal tak itu budak?"soal Dara.

Pengawal keselamatan sekolah itu memandang Dara dari atas sampai bawa.

"Awak ni siapa?.Dekat sini tak ada nama Muflis"ucapnya.

"Tak ada!!!"jerit Dara sedikit.Pelik takkan salah sekolah betullah ni.

"Aduhh....Muflis takde mustahil betul ni? Aku lupa nama budak ni?"soal Dara mencapai telefon dalam poket seluarnya.Dan cuba menelefon Kak Mas.

Tiada tanda-tanda akan dijawab.Dia mendekati sekali lagi pengawal keselamatan sekolah.

"Aunty betul ke tak ada budak nama Muflis.Saya yakin dia sekolah sini.Bos saya suruh ambil anak dia"ucap Dara.

"Ayoyo...saya sudah kerja sini lama memang tak ada budak nama Muflis dekat sini"ucapnya.

Nak tak nak Dara terpaksa budak satu rancangan untuk menunggu semua budak balik dulu.Baru dia boleh nampak nama pada baju.Kalau dah keluar ramai-ramai ni memang taklah matanya nak perasan.

"Kejap...ada sorang budak nama dia Mukhlish selalu tunggu sama saya dekat sini.Papa dia selalu ambil lambat"ucap Aunty itu.

"Yeke...aah Mukhlish nama dia..mana itu budak..harini Papa dia suruh saya ambil dia"ucap Dara.

Pengawal keselamatan sekolah itu menunjuk pada arah kawasan menunggu di dalam sekolah.Ada seorang budak lelaki yang sedang duduk sambil menunggu.

"Thank you for helping me Aunty"ucap Dara terus dia melangkah ke arah budak lelaki bernama Mukhlish itu.

"Awak Mukhlish kan?"soal Dara.

Mukhlish angkat muka memandang Dara dengan berkerut dahinya.

"Ya...saya Mukhlish.Tapi awak ni siapa?"soal Mukhlish.

"Saya Dara pekerja Papa Mukhlish.Papa minta jemput Muklish balik dengan Aunty..ehh Kak Dara.Jom kita balik"ucap Dara menarik tangan Mukhlish.

"Tak nak!!!! Lish nak Papa ambil Lish.Papa dah janji semalam nak jemput Lish dekat sekolah"ucap Mukhlish merentap tangannya semula.

Dara dah garu kepalanya.Orang lain yang janji aku yang kena hadap.

Dara melutut depan Mukhlish.

"Papa ada kerja sekarang... memang tak boleh keluar.Jadi Lish balik dengan Kak Dara dulu.Kita pergi pejabat jumpa Papa dekat sana"ucap Dara.

"Tapi Papa dah janji...dengan Lish"

"Kak Dara janji dengan Lish lepas ni kalau Papa Lish tak ambil Kak Dara marah dia.Amacam ?"soal Dara sambil membuat jari "pinky promise " pada Mukhlish.

"Betul ni...Kak Dara akan buat macam tu"

"Betullah Kak Dara ada taekwondo tau"

"Okay....tapi Mukhlish lapar..."ucap Mukhlish.

"Samalah Kak Dara pun lapar..kita pergi makan dulu nak?"soal Dara.

Mukhlish mengangguk laju dan menarik tangan Dara.Nasib kau nak dengar cakap.Kalau degil macam Papa kau tu... Aku tinggalkan je...

Mukhlish mengangguk laju dan menarik tangan Dara.Nasib kau nak dengar cakap.Kalau degil macam Papa kau tu... Aku tinggalkan je...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience