BAB 24

Drama Completed 90864

Dengan perasaan bengang dia mengemop lantai yang basah dek air "puaka" resepi dari Dara tadi.Habis melekit jubin terkena air itu.Tidak pasal-pasal dia kena buat dua kali kerja.

Mukhlish yang sedang duduk memerhati asyik tergelak sahaja melihat Dara.

"Lish jangan bagitahu Papa pasal hal ni.Nanti tak pasal-pasal Mama kena marah.Lish nak tengok Mama kena marah ke?"

Mukhlish yang sedang menonton televisyen hanya tersengih.Epal ditangannya digigit.

"Padan muka Acu tu siapa suruh kacau Mama Lish kan dah minum air kicap"jawab Mukhlish.Selamba Mukhlish tanpa ada perasaan bersalah langsung dengan mak saudaranya sendiri.

Dara menggelengkan kepalanya.Terkejut dengan jawapan Mukhlish itu.Lekas dia melangkah mendapatkan Mukhlish.

"Lish nak ke Papa kahwin dengan Acu tu?"tanya Dara sambil duduk di atas meja kopi menghadap Mukhlish yang masih bersahaja sambil mengunyah epal.

"Mana boleh.. Mama kan dah kahwin dengan Papa lagipun Acu tu garang macam singa"ujar Mukhlish.

Dara dah mengekek gelak dengar jawapan bijak Mukhlish.Dara mengeluh kecil.Bukan dia tak hormat Suraya sebagai mak saudara Mukhlish tapi kenyataan Suraya yang mengatakan dia tomboi benar-benar menggugat ketenteraman hatinya.

"Lish... Mama ni tak cantik ke? Jawab jujur kalau tak Mama tak nak buat sarapan untuk Lish dengan Papa?"tanya Dara.

Mukhlish memegang pipi Dara.

"Taklah..Mama cantik je..kalau tak cantik Papa tak kahwin dengan Mama.Mama cool"ucap Mukhlish sambil menunjukkan ibu jarinya.

"Iya ke?"Dara tidak puas hati.

"Ye...betul sumpah Mama cantik sangat"ucap Mukhlish.Dara mengusap rambut anaknya itu.

"Sambung makan... Mama nak habiskan mop ni nanti Papa balik dia bising"ucap Dara.

Ding! Dong! Loceng rumah kedengaran berbunyi.

"Ni mesti perempuan tu datang lagi lepas siap mandi.Nak balas dendam dengan aku"keluh Dara bosan lalu dia bangkit dari duduknya.

Dengan langkah biasa dia menghampiri baldi yang berisi air kotor dari mop dicapai lalu dibawa ke muka pintu.

Hatinya yakin tetamu tidak diundang itu adalah Suraya.Dengan perasaan bengang yang masih bersisa dia membuka daun pintu.Tanpa melihat sesiapa di luar banglo itu, dengan pantas isi baldi di tangannya di simbah ke arah tetamu itu.

Kedebush!

*********

Kepalanya terasa berat yang teramat sangat.Rasanya seperti mahu pecah.Sejak petang tadi dia rasa tak sedap badan.Terasa payau lidahnya.Pasti ini kesan simbahan air sabun tengahari tadi.

Dia sampai ke rumah menekan loceng kerana tertinggal kunci dekat pejabat.Bila pintu dibuka tiba-tiba sahaja dia disimbah dengan sebaldi air sabun.Basah lencun tubuhnya.

Faysal yang mengikutnya hanya mampu terpinga-pinga dan terhambur gelak yang kuat.Ni semua pasal Dara.Apa malang sangat aku sampaikan aku kena mandi dengan air sabun?.Habis kotor t-shirt Polo mahal aku bebelnya sendirian.

Dara menggigit jari ketakutan.Dia sangka tetamunya itu, Suraya.Tidak sangka yang ada diluar banglo itu adalah Maliq.Nampaknya dia sudah salah orang.
"Awak...maafkan saya.Ampunkan saya"pohon Dara sambil memegang tangan Maliq."Saya ingatkan perempuan ChowKit tadi.Ampun"sambung Dara bersungguh-sungguh memohon maaf.

Maliq tersenyum bila teringatkan tragedi disimbah air sabun tadi.

Hacuh!!!! Maliq terbersin.Hidung yang terasa gatal dipicit beberapa kali.Dia sudah terkena demam selsema.Hidungnya juga sudah kelihatan merah.

************

"Geramnnya aku!"jerit Suraya tiba-tiba.

Anna yang sedang menghirup hampir tersedak kerana terkejut.Mujurlah dia dapat mengawal nafasnya.

Petang tadi Suraya telah datang ke pangsapuri Anna selepas mengadu sakit hati dengan bibik Maliq yang memperdajalkannya.

"Kau ni apahal?"tiba-tiba menjerit macam pontianak Dah sawan ke, apa?"marah Anna sambil meletakkkan cawan.

"Aku bengang dengan tomboy tu.Geramnya!"

"Kau pergi sana gelojoh lepastu kau nak mengamuk"sindir Anna.

"Aku ingat aku boleh sakitkan hati dia "balas Suraya menukar roman wajahnya kepada wajah sedih.

Anna menggelengkan kepalanya sambil menghabiskan sisa ketawanya.

"Tak semestinya perempuan yang bersilat kasar tu tomboy.Dah tu, atlet-atlet sukan perempuan yang berbadan ketul-ketul macam lelaki tu,tomboy jugaklah?"sindir Anna tidak berniat mahu membela sesiapa.

"Hai membela perempuan tu nampak? Siapa kawan kau ni, aku ke dia?"ujar Suraya sakit hati bila Anna tiba-tiba mengeluarkan kenyataan membela musuh ketatnya.

"Lain kali rancang baik-baik bukan main terjah je"ujar Anna terus bangkit meninggalkan Suraya diruang tamu berseorangan.

Rancang baik-baik.Apa aku nak buat dengan perempuan ni? Lish...aku kena buat Lish benci dengan tomboy tu?.

********

Tuk! Tuk ! Tiba-tiba daun pintu bilik yang ternganga diketuk.Sekilas dia memandang ke arah itu.Kelihatan Dara sedang berdiri di muka pintu dengan segelas air jarang di tangannya.Lekas dia mengiringkan tubuhnya membelakangkan Dara.Merajuk.

"Asalamualaikum...awak saya ada bawakan ubat demam dan selsema ni.Bangunlah kejap makan ubat dulu.Nanti melarat pulak"jelas Dara meletakkkan pil ubat demam dan selsema serta segelas air di atas meja kecil di sisi katil.

Bila melihat Maliq masih membatu.Dara mengambil keputusan untuk tidak mahu mengganggu mungkin Maliq nak berehat.

"Nanti" tiba-tiba Maliq menahan.

Dara berpaling semula.

"Saya kan demam mana larat nak makan ubat tu sendiri"jawab Maliq sambil menelentangkan tubuhnya.

Wajah lesu dipamerkan.

Dara membantu Maliq cuba untuk duduk dikatil.Selepas Maliq selesa duduk, lekas Dara mencapai pil demam selsema tadi lalu dikoyak bungkusannya.Pil itu dimasukkan ke dalam air masak tadi.Pil itu berbuih melarutkan kandungan ubatnya di dalam air.

"Saya minta maaf sebab saya awak demam"ujar Dara dengan wajah bersalah.

Maliq meletakkkan tangannya atas paha Dara.Dia mengusap paha itu perlahan-lahan.

"Awak ubatnya dah larut"ujar Dara lalu menghulurkan gelas berisi air berubat kepada Maliq.

Maliq mencapai gelas itu dah menghabiskan air ubat itu.Dara mengelap hujung mulut suaminya itu.

Gelas ditangan Maliq diambil dan diletakkan dimeja sisi.Maliq perasan Dara tiba-tiba serba tidak kena dan pipi gadis comel itu merona merah.

"Awak nak apa-apa lagi? Saya nak pergi hantar gelas ni dekat bawah"pinta Dara.Maliq memegang tangan isterinya.

"Badan saya rasa melekit tapi nak mandi saya rasa sejuk"ucap Maliq mengadu.Sebenarnya dia boleh je mandi ke bilik air.Sengaja dia nak membuli isterinya.

"Erm...saya nak buat macamana?"soal Dara malu-malu.

Maliq membuka t-shirt pagoda putih yang dipakainya itu.Dara secara automatik menutup matanya apabila Maliq menayangkan otot perutnya.

Maliq tersenyum nakal.Dia memandang sahaja Dara menutup matanya.

Tangan Dara diraih dan diletakkan pada dadanya.Dara menggigit bibirnya apabila dia rasa sentuhan tangannya melekap pada dada suaminya itu.

"Awak nak buat apa ni?"soal Dara masih memejamkan matanya.

"Saya nak awak lap badan saya dengan tuala je"ucap Maliq.Dara membuka matanya kembali.

"Baik"ucap Dara seakan-seakan terpukau dengan arahan suaminya.

**********

Dengan penuh bergaya dia melangkah keluar dari keretanya.Aku akan pastikan apa yang aku buat kali ni berjaya.Kau tunggu Dara.Kalau betul kau ada hati pada Maliq aku akan pastikan kau hancur detik hatinya puas sekali.

Dia menolak pintu kaca itu yang tidak berkunci.Dia memandang Mukhlish yang sedang duduk sambil melukis.Dia terpandang arah atas bilik Maliq.Dia mendaki anak tangga ke aras atas.

Dari tangga dia terpandang pintu bilik terbuka sedikit.Dia mahu masuk tapi matanya terpandang susuk tubuh Dara dan Maliq berduaan dalam bilik.Terus daun pintu ditolak kasar.

Dara dan Maliq terkejut melihat kehadiran Suraya yang secara tiba-tiba boleh ada dekat rumah mereka.Maliq mencapai baju terus dipakainya.

"Apa korang berdua buat ahh!!!!"soal Suraya.Marahnya lagi menggila apabila dia nampak Dara memegang badan Maliq yang terdedah.

Dara memandang suaminya.

"Ehhhh tomboy kau buat dengan Maliq!!!! Kau guna-gunakan dia!!!"jerit Suraya memegang tangan Dara kuat dan menariknya keluar dari bilik mereka.
Mukhlish yang dengar bising-bising diatas terus berlari.

Maliq bangkit dari duduknya mahu menghalang tindakan Suraya.

Dara mahu melepaskan genggaman tangan Suraya tapi kudrat apa perempuan ni guna pun dia tak tahu.

"Lepaslah!!!"ucap Dara.Suraya menolak tubuh Dara jatuh dari tangga.

"Aghhhh!!!!!"

Maliq melihat Dara jatuh dari tangga.

"Mama!!!"jerit Mukhlish dari bawah.Dara terasa ada sesuatu yang mengalir didahinya.Dia memegang dan melihat ada darah pekat.

Dia terus tidak sedarkan diri.Maliq meriba Dara.

"Dara....jangan buat saya macam ni!!"jerit Maliq memeluk tubuh isterinya.Mukhlish dah nangis-nangis sambil mengoncang badan Dara.

Maliq memandang Suraya.Suraya beriak biasa sahaja dengan apa yang jadi.Dia tak sengaja tolak Dara pun.Apa yang merasuk kau Suraya?.

***********


Maliq mengeluh berat sambil menunggu didepan bilik rawatan.Faysal yang baru sampai setelah mendapat panggilan dari Maliq betul-betul terkejut.

Dia duduk menemankan Mukhlish yang sudah terlelap.Suraya mendekati Maliq.

"Maliq...saya..."

Maliq mendongak dan rahang dimamah menahan marah.

"Saya..."

Maliq bangkit dan terus menampar muka Suraya.

Pang!

Faysal yang terkejut terus meletakkkan Mukhlish perlahan dia atas kerusi.

"Maliq sabar!!!"ucap Faysal menghalang langkah Maliq dari terus mara.

"Kau suruh aku sabar....pada perempuan yang dah sakitkan Dara.. Aku dah cakap... jangan masuk campur hidup aku..apa-apa jadi dekat Dara aku takkan teragak-agak lapor kau dekat polis!!!!"ucap Maliq.

Suraya memegang pipinya.Faysal memandang Suraya.

"Su..pergi balik..."arah Faysal tegas.Maliq memandang Suraya yang berlalu dari situ.

"Sabar...Maliq...ingat Dara dekat dalam"ucap Faysal menenangkan sahabatnya itu.Maliq menolak tubuh Faysal menjauhinya.

"Sabar...Maliq...ingat Dara dekat dalam"ucap Faysal menenangkan sahabatnya itu.Maliq menolak tubuh Faysal menjauhinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience