BAB 31

Drama Completed 90864

Maliq terpaksa berpatah balik kerana tertinggal dompet dirumah.Dia memusingkan stereng keretanya dan terserempak dengan sebuah kereta yang amat dia kenali.

"Itu bukan Suraya ke? Apa dia buat dekat sini?"soal Maliq yang dah tak sedap hati.Dia terus menekan pedal minyak risau dengan Dara dirumah.

Dara memandang siling sambil menahan sakit dibahagian bawah perutnya.Ya Allah...kuatkan aku...

Suraya dah gelak besar sambil membawa keretanya.Dia puas dapat lakukan apa yang memang patut dia buat.

"Mati lagi senang kerja aku....boleh aku kahwin dengan Maliq... hahaha...."ucapnya terus memandu keretanya laju.

Maliq menghentikan keretanya dia terpandang pagar kecil disamping rumahnya terbuka.Dia meli I hat mangga pagar itu patah.

"Tolong!!!!"

Maliq terdengar suara orang meminta tolong cepat-cepat dia melangkah laju masuk ke dalam.Sampai didepan pintu dia tergamam melihat Dara sudah terbaring.

"Dara....."seru Maliq terus melangkah mendekati isterinya.

"Awak...tolong...sakit.. sangat..."rintih Dara sambil menitis airmatanya.Maliq tidak bercakap banyak terus mengangkat tubuh itu dan membawanya keluar dari rumah.Dia perlu segera selamatkan Dara dan anaknya.

Dara diletakkan tempat duduk sebelah penumpang.

Maliq masuk ke dalam kereta dan terus bergerak ke hospital berdekatan.

"Awak...kalau...saya..."

"Dara...jangan cakap macam...tu..."

Dara memandang suaminya yang kelihatan cemas.Tangan Dara dipegangnya untuk memberi kekuatan.

"Saya nak...awak..jangan..."

"Dara...takkan pergi mana..tanpa izin saya..."ucap Maliq tegas bagi menutup rasa kerisauan dalam lubuk hatinya.

Dara sudah tak mampu nak bertahan.Brek kereta Maliq berbunyi sebaik sahaja mereka sampai di Jabatan Kecemasan Hospital.

***********

Maliq memandang skrin telefonnya dengan rasa geram yang teramat.Darahnya membuak-buak sebaik sahaja dia baru dapat peluang melihat rakaman litar tertutup CCTV kawasan rumahnya.

Airmatanya mengalir perlahan.Faysal yang mendapat berita terus tergesa-gesa ke hospital.Dari jauh dia nampak Maliq duduk diruangan menunggu.

"Maliq..."panggil Faysal berlari ke arah sahabatnya yang menundukkan wajahnya ke lantai.

Maliq mendongak dan rahang dimamah menahan marah.

"Apa sebenarnya jadi dekat Dara?"soal Faysal mula risau.Dari panggilan yang dia dapat tadi, suara Maliq kedengaran cemas.

"Suraya datang rumah...aku tak tahu apa dia dah buat dekat Dara.Tapi kali ni aku tak boleh biarkan dia.Dia dah kacau mak pada anak-anak aku"ucap Maliq sambil mengenggam tangannya.

Faysal berkerut dahinya.

"Kau yakin ke Suraya yang buat semua ni?"soal Faysal.Maliq memandang geram pada Faysal.Dia tahu Faysal ada hati pada Suraya.Itu bukan bermakna Suraya boleh buat apa saja dekat Dara.

Kolar baju Faysal digenggam kuat.Matanya mencerlung tajam.

"Adik kau sedang bertarung nyawa dekat dalam tu dengan anak buah kau!!! Kau sibuk back up Suraya tu kenapa?"soal Maliq yang sudah meradang.

Faysal kaku.

Maliq melepaskan genggaman dikolar baju Faysal.Dia memberi telefonnya pada Faysal untuk Faysal buka mata tengok sendiri rakaman litar tertutup CCTV itu.

"Siapa lagi kalau bukan dia...aku dah pernah hilang Sumayyah dulu...kau nak tengok aku jadi gila ke kalau apa-apa jadi Dara dengan anak aku."ucap Maliq meraup wajahnya.

Doktor keluar dari bilik pembedahan berjumpa dengan Maliq.

"Encik Maliq..."panggil Doktor wanita itu.

"Ya... doktor macamana dengan isteri dan anak saya doktor?"soal Maliq cemas.

"Pembedahan ke atas Puan Dara dan bayi berjaya.Encik dapat anak perempuan.Cumanya bayi baru mencecah 24 minggu 5 hari itu dikira kelahiran pra matang dan jantung bayi sangat lemah saat ini.Kami minta semua untuk banyakkan berdoa.Sekarang bayi ditempatkan di NICU untuk pemantauan lebih lanjut."jelas Doktor wanita itu dengan lebih lanjut.

Maliq menelan air liurnya yang payau dah payah.

"Isteri saya macamana?"soalnya pula

"Puan Dara tak sebarang masalah.Cuma kena pantau takut ada kesan selepas pembedahan.Encik kalau nak tengok anak Encik boleh ikut jururawat"

Maliq mengangguk perlahan dan meninggalkan Faysal disitu berseorangan.

*********

Maliq mengikut langkah kaki jururawat setelah memakai pakaian yang mengikut prosedur dalam NICU.

Dia melangkah melihat ada beberapa mesin inkubator yang menempatkan beberapa bayi didalamnya yang sedang bertarung nyawa.

Malaikat-malaikat kecil ini masih tidak ada dosa.Dia menarik nafasnya dalam-dalam.

"Ni anak Encik.Encik boleh sentuh mengikut lubang ni"ucap jururawat.Maliq mengangguk perlahan.Jururawat meninggalkan ruang itu untuk Maliq dan anaknya.

Maliq tersenyum sedikit melihat si kecil yang masih merah itu.

"Asalamualaikum...puteri Papa"ucap Maliq mengalirkan airmatanya.

Tangan si kecil itu disentuh perlahan.Dia sedih melihat si kecil itu yang hanya berat 610 gram beratnya.Dengan wayar pernafasan dihidungnya.Dapat dia lihat kesukaran untuk dia bernafas.

"Sayang....sakitnya...bertahan demi Mama sayang..."ucapnya menitiskan airmatanya kali ini lebih lebat.

Perasaannya bercampur-baur.Dia dah baca banyak bahawa bayi yang lahir pada saat kandungan enam bulan selalunya risiko mendapatkan penyakit tinggi dan mungkin kematian.

Cuma dia mohon supaya zuriatnya itu bertahan sehingga Dara sedar nanti.

**********

Suraya cepat-cepat mengemas bajunya semua ke dalam bagasi.Dia perlu larikan diri sebelum polis menangkapnya.

Anna yang masuk ke dalam bilik itu pelik dengan Suraya.

"Apasal bilik kau bersepah ni?"soal Anna yang melihat barang berterabur dilantai.Dia melihat Suraya yang kelam kabut semacam.

Dia mendekati Suraya.

"Ehh... Su kau kenapa ni? macam baru lepas buat jenayah je?"soal Anna.

"Tepilah!!! tak payah sibuk...suka hati akulah nak pergi mana"ucap Suraya dengan nada marah.Anna melihat terdapat passport dalam beg tangan Suraya.

Dia mencapai dan melihat ada tiket penerbangan.

"Kau boleh tak tolong jangan masuk campur urusan aku"ucap Suraya merampas passport ditangan Anna.

"Kau nak pergi mana? Tiba-tiba je... apa yang kau dah buat sebenarnya?"soal Anna yang mula curiga.

Suraya merengus benci.Dia tidak peduli bagasi ditutup dan dizip kemas.Dia menarik bagasi itu keluar.Anna mengejar langkah kaki Suraya.

"Suraya!!!"

"Diamlah!!!" jerit Suraya mencerlung tajam pada kawan baiknya.

Suraya terus melangkah turun dari tangga.Anna mengikut langkah Suraya.

************

Dara dipandang sepi tanpa sepatah kata.Dia mendengus perlahan.Kalau bukan asbab dia tertinggal dompet dekat rumah agaknya dia tak tahu apa yang akan dia hadap.Mungkin hanya jasad tidak bernyawa milik Dara.

Mak Bedah dan Pak Abbas mahu melawat tapi tidak dibenarkan lagi.Besok baru boleh jadi dia sempat meminta pertolongan Faysal untuk menjemput Mukhlish di sekolah.Dia betul-betul serabut sekarang.

Tangan Dara dipegangnya dan dikucupnya.Maliq serba salah dengan Dara.

"Maafkan saya...sebab gagal jadi suami yang baik untuk awak...saya gagal jadi Papa yang baik.Awak bangun..saya nak awak namakan puteri kita"ucap Maliq.

Dia tahu Dara tidak akan dengar kerana masih dalam kesan ubat.

"Awak lahirkan bidadari yang comel untuk saya..dia ikut hidung awak.Dia pun tunggu awak"ucap Maliq menyeka airmatanya yang mengalir.

Pintu wad terbuka, muncul doktor yang merawat Dara dan puterinya.Dia terdiam sebaik sahaja mendengar kata-kata dari Doktor itu.

Dunianya seakan terdiam seketika.

************

Suraya memasukkan bagasi dengan tergesa-gesa dalam kereta.Dia baru nak melangkah ke pintu pemandu.Tiba-tiba sebuah Mitsubishi Triton milik Faysal berhenti dihadapannya.

Suraya dah cemas.Faysal melangkah keluar dari kereta dengan mengayakan jaket kulit hitam serta baju t warna putih didalamnya berseluar jeans biru gelap.

Wajah itu nampak ketat.Dia tak pernah nampak lelaki itu yang selama ini ada untuknya.Lelaki itu berubah sejak Maliq kahwin dengan adiknya.

"Awak buat apa dekat sini? Pergi jangan cuba dekat dengan saya"ucap Suraya mengugut.

Faysal tersenyum sinis.

"Macamana manusia yang bertudung litup macam kau boleh busuk hati dengan orang.Mana Suraya yang saya kenal dulu.Ya bercakap ada tutur susunan bahasa dalam setiap perkataan.Sopan hormat orang lain.

Kenapa awak boleh jadi sampai macam ni Suraya?.Why Suraya?"ucap Faysal kesal untuk kali ke berapa dia sendiri tak tahu.

Dia terkenang sangat pertama kali bertemu dengan Suraya dulu.

"Ini semua sebab perempuan-perempuan yang dekat dengan Maliq.Semuanya nak rampas Maliq daripada aku!!!"jerit Suraya.

Faysal mengigit bibirnya.

"Suraya... perempuan yang hadir dalam hidup Maliq semuanya dah Allah yang aturkan.Kalau Allah kata awak ni bukan untuk Maliq sampai bila-bila awak ni bukan hak Maliq.Maliq ni milik Allah"ucap Faysal.

Suraya menggelengkan kepalanya.

"Korang semua nak tengok aku hancur.Termasuk perempuan tu, memang patut dia mati"ucap Suraya.

Faysal meluru mendekati Suraya.Tangan Suraya digenggam kuat.

"Kau tahu aku sayangkan kau lebih dari kau sayangkan Maliq.Tapi aku tak pernah kisah kau tak balas cinta aku sebab aku tahu... kalau betul tuhan tu tak izinkan.Aku redha Suraya...."ucap Faysal menitiskan airmatanya.

Suraya seakan terkejut dengan pengakuan Faysal.

"Asyhadu an Laa Ilaaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadan Rasulullah"dengan berat lidahnya nak menyebut tapi dia perlu juga.Maliq memegang puterinya yang baru beberapa jam dilahirkan itu sedang nazak.

Maafkan Papa sayang...Papa salah...Maafkan Papa... bermain-mainlah di Syurga.Papa dan Mama redha dengan pemergian mu.Terima kasih kerana menjadi penyeri hidup Mama selama enam bulan.Maafkan Mama ya sayang

Maliq mencium anaknya itu buat kali pertama dan terakhir.Sesungguhnya puterinya itu sekarang milik Allah.


Bunyi siren polis menandakan pihak polis sudah sampai untuk menahan Suraya dari lari ke luar negara.

Faysal sengaja melengahkan masa Suraya supaya polis dapat menahannya.

"Cik Suraya ikut kami ke balai"ucap anggota polis yang mendekati Suraya.

Faysal tidak mahu memandang Suraya langsung dia terus berlalu ke dalam kereta.Polis terus membawa Suraya ke masuk dalam kereta polis.

Telefon Faysal berbunyi.

"Hello..."

Faysal terdengar esakan tangisan dalam talian.Dia sudah mula risau.

"Maliq kenapa ni?"

"Anak.. aku dengan Dara....dah tak ada..."ucap Maliq.Faysal menyandarkan tubuhnya dan terdiam.Jelas masih kedengaran esakan tangisan Maliq dalam telefonnya.

"InalilaInna Lillahi wa inna ilayhi raji'un"ucap Faysal.

**********

Tit...tit..tit...

Bunyi mesin menemani Dara dalam wad.Walaupun matanya terpejam rapat ada linangan airmata dihujung matannya.
Maliq masih menangis teresak-esak berseorangan diluar wad.
Apa yang dia nak bagitahu Dara saat isterinya itu sedar nanti?.Apa reaksi isterinya bila mengetahui apa yang jadi pada puterinya itu?.

Apa yang dia nak bagitahu Dara saat isterinya itu sedar nanti?.Apa reaksi isterinya bila mengetahui apa yang jadi pada puterinya itu?.

Share this novel

Hawani Hashim
2023-11-21 16:46:56 

Next tq

Hawani Hashim
2023-11-21 16:46:37 

Ala sian Dara sedihnya anak pramatang nya meninggal pulak


NovelPlus Premium

The best ads free experience