BAB 11

Drama Completed 90864

Perjalanan mereka sunyi tiada sebarang perbualan.Kedua-duanya agak kekok sedikit.Walaupun hanya nak pergi Shah Alam sahaja.Tapi Dara rasa terlalu jauh waktu bergerak.

Maliq menoleh pada Dara disebelahnya yang diam sahaja.

"Kenapa diam nervous ke?"soal Maliq.Dara mengeluh kecil.

"Gila tak nervous... walaupun pun menyamar je..tetap jumpa orang yang betul...kenapa Lish tak ikut sekali?"soal Dara.Dia fikir masa dia masuk kereta tadi Lish ada sekali.

Kalau Lish ada boleh dia sembang.Ini rupanya mereka berdua sahaja yang ada.

"Lish ada program harini balik petang nanti.Lagipun bagus tak ada dia nanti kecoh"ucap Maliq.

"Ermmmm...mak mentua bos ni garang ke?.Kenapa dia nak jumpa bakal isteri bos?"soal Dara.

"Biasalah orang tua...dia pernah jadi sebahagian dari hidup saya..dan anggap saya macam anak dia..mesti dia nak tahu siapa yang akan jaga cucu dia..jaga saya.."terang Maliq.

Dara bermain dengan jari jemarinya.Dia mengiringkan badannya sedikit.

"Kalau dia tak percaya macamana? Mana tahu kantoi belum sempat nak berlakon? Apa saya nak jawab kalau dia tanya soalan macam-macam?"soal Dara.

Maliq tersenyum sedikit.

"Jawab jelah...susah apa..yang penting awak kena yakinkan dia dan Suraya sekali"ucap Maliq.

Maliq mengangkat keningnya pada Dara.Dara memeluk tubuhnya.

Hampir tiga puluh minit perjalanan akhirnya mereka sampai dirumah keluarga mertua Maliq.Maliq turun dari kereta dan berjalan ke arah pintu sebelah pemandu.

Pintu dibuka dan dia meminta Dara keluar.Dara melangkah berat keluar dari kereta.

"Muka saya okay ke? Tak nampak cekodok basi ke?"soal Dara.

Maliq menggelengkan kepalanya laju.Tangannya menutup pintu kereta.

"Tiptop...jom diaorang dah tunggu"ucap Maliq.Dara melangkah masuk ke dalam laman rumah itu.

Maliq berdiri didepan pintu.

"Asalamualaikum...."seru Maliq.

"Walaikumusalam..."jawab satu suara.Kedengaran suara wanita didalam rumah.Dara membetulkan bajunya dahulu.

Muncul seorang wanita yang ayu bertudung mungkin ini yang dimaksudkan Suraya oleh Maliq.Cantik orangnya...sopan.

"Abang Maliq....ingat siapa tadi?Ni siapa?"soal Suraya sebaik dia memandang wajah yang dia tidak pernah kenal.

Maliq memandang Dara.

"Ini bakal isteri Abang Maliq.Umi nak jumpa dengan dia.Dara ni Suraya bekas adik ipar saya"ucap Maliq.

Bakal isteri?.. Kenapa Umi tak bagitahu dia pasal kedatangan Abang Maliq untuk memperkenalkan bakal isterinya.

Dara tersenyum manis.

"Asalamualaikum...saya Dara.Awak ni Suraya kan?"soal Dara.

Suraya senyum sedikit.

"Jemputlah masuk Umi ada dekat dalam"ucap Suraya.

Maliq memimpin tangan Dara masuk ke dalam rumah.Suraya berpaling melihat gadis itu yang dipegang tangannya oleh Maliq.Timbul rasa tidak puas hati.

Puan Zakiah sudah tersenyum manis melihat Maliq datang.Maliq bersalaman dengan wanita yang sudah berumur itu.Dara dibelakangnya turut bersalaman dengan wanita itu.

"Jemput duduk"ucap Puan Zakiah.

Dara melabuhkan punggung dengan kasar.Maliq yang terkejut cepat-cepat duduk disebelahnya dan menolak sedikit kaki Dara kerana Dara duduk terlalu terbuka kakinya.

Alamak!!! Dara mengepit kedua lututnya sopan.Suraya yang muncul duduk disebelah Puan Zakiah.

"Alhamdulilah Umi dapat jumpa dengan bakal isteri Maliq.Manis orangnya.Pandai Maliq pilih.Nama siapa?"soal Puan Zakiah.

Dara tersenyum.

"Nama saya Dara Makcik"ucap Dara terlalu kuat.Lengannya disenggol Maliq.

"Minta maaf... Makcik boleh panggil saya Dara"ucap Dara lebih sopan.

"Dara...dah lama kenal dengan Maliq?"soal Puan Zakiah.

Dara mati akal nak menjawab.

"Kami baru je kenal..dalam fasa nak tahu hati budi masing-masing"ucap Maliq menyambut soalan Umi.

Suraya menghidangkan air minuman pada "Tetamunya".

"Baru kenal...tapi dah nak kahwin.Dara tahu ke yang Abang Maliq ni duda anak satu tak kisah dengan status Abang Maliq atau kahwin sebab duit?"soal Suraya pada Dara.

Dara tergelak kecil.Maliq disebelah dah memandang Dara.

"Saya tahu Abang Maliq ni duda anak satu.Lagipun Lish tu saya anggap macam anak saya sendiri.Kami pun selalu jumpa dah rapat macam tenggiling...eh..belangkas..lupa pulak"ucap Dara sambil menampar lembut bahu Maliq.

"Betul ke Lish selalu jumpa Dara?"soal Puan Zakiah.

"Selalu Makcik...lagipun Lish tu peramah budaknya.Lagipun saya tak kisah...jodoh ajal dan pertemuan semua tu kerja Allah.Bukan bidang kuasa saya atau pun manusia betul tak Suraya?"soal Dara pula.

Ahhh sudah.... Maliq memandang wajah Suraya yang jelas merah mungkin malu ataupun marah.

"Mak Ayah Dara ada lagi?"soal Puan Zakiah.

"Ada...Ayah saya pesara polis Mak saya dia ketua jkkk kampung wanita"ucap Dara.

Puan Zakiah tersenyum mendengar sambil tu matanya melirik pada Suraya yang sedang duduk sambil minum air.

"Jemput minum.."ucap Puan Zakiah.

Dara mengambil cawan yang ada air teh panas itu.Dia menghirup perlahan.

"Bila nak langsungnya?"soal Puan Zakiah.

Dara tersedak air.Maliq terus menepuk belakang lehernya.

Dara memandang lelaki itu.

"Langsung..."

"Ialah...takkan dah kenal tak nak kahwin..lama Lish tu tunggu ada mak baru"ucap Puan Zakiah.

Maliq mencari jawapan tentang soalan itu.Dia memandang Suraya yang menanti jawapan juga.

"Insyallah dalam masa terdekat..."ucap Maliq.

Dara berpaling pada Maliq dengan mata membulat.

Dalam masa terdekat?. Wait..apa kahwin?.

Maliq tersenyum dan menepuk lembut belakang tangan Dara.

Dara bercakap melalui isyarat mata.Puan Zakiah memandang Dara.

"Kenapa Dara?"soal Puan Zakiah.

"Dara..ni dia nak tumpang tandas...kan Sayang..."ucap Maliq.

Dara tersenyum terpaksa.Sambil tu tangannya mencubit paha Maliq.Maliq menahan sakit pahanya dicubit.

"Aahh saya nak terkucil.Tandas dekat mana?"soal Dara.

"Suraya..tunjukkan tandas dekat Dara"arah Puan Zakiah.

Suraya bangkit dari duduknya.Dara mengikut langkah Suraya.

"Lish okay dengan pilihan Maliq?"soal Puan Zakiah.

"Erm... Lish okay Umi..lagipun Lish suka dengan Dara.Jadi Maliq rasa tak ada masalah.Maliq minta maaf sebab tak dapat nak penuhi hajat Umi nak satukan Maliq dengan Suraya"ujar Maliq meminta maaf.

Puan Zakiah tersenyum.

"Tak mengapa...kita boleh rancang tapi Allah yang tentukan semuanya setiap pasangan kita ni"ucap Puan Zakiah.

**********

Dara memandang wajahnya dalam cermin bilik air itu.Dia rasa nak menjerit pun ada.Apa yang Maliq cakap tadi?

Kahwin dalam masa terdekat? Betul-betul ke atau main-main?.

Dara menggelengkan kepalanya dan menarik nafas dalam-dalam.Dia membelek wajahnya dahulu sebelum keluar.

Pintu bilik air ditolak, dan Dia keluar secara perlahan.

"Abang Maliq dengan Aku dah lama kenal..."

Dara memandang Suraya yang berdiri tidak jauh darinya.Ishh...apa minah ni buat dekat sini?.Ehh...ni rumah dia..memang dia dekat sini.

"Ohh yeke..saya tak tahu pulak.."ucap Dara.

"Serba serbi tentang Abang Maliq semua dekat tangan I. I ingat lagi masa kami dekat universiti dulu.Dia selalu teman I makan tengahari.So sweet rasanya"cerita Suraya.

Ishhh...tak padan pakai tudung...buruk perangai.Kau cakap macam tu nak bagi hati aku panas ke dengan kisah-kisah cinta cintun zaman univerisiti kau tu.

Dara memeluk tubuhnya dan mendekati Suraya.

"You kata Abang Maliq teman you makan tengahari....dulu masa universiti.Kalau you nak tahu Abang Maliq selalu teman I makan pagi, tengahari, malam kadang supper pun ada pakej sekali suap I makan pakai tangan dia.Sedap.tau....tangan dia marvelous!!!!"jerit Dara sebelum terus berlalu keluar dari dapur.

Suraya menghentakkan kakinya kuat.Geram betullah.

Dara kembali ke ruang tamu dengan tersenyum-senyum.Maliq memandang Dara yang gembira semacam.

"Kenapa?"soal Dara pada Maliq.

"Happy semacam nampak dapat apa?"soal Maliq.

"Dapat hati awak cia..cia..cia.."sempat Dara bagi pickup line dekat Maliq.

Puan Zakiah hanya tersenyum sahaja melihat kemesraan mereka berdua teringat dia waktu Sumayyah ada dulu.

********

Lepas balik dari rumah Umi Zakiah, Maliq membawanya ke Taman Botani Shah Alam.Walaupun dia sendiri tak tahu tujuan mereka ke sini.

"Tadi kata nak balik..kenapa dekat sini pulak?.Nak suruh saya jadi bangau pulak ke?"soal Dara.

Maliq menyandarkan tubuhnya pada tiang.

"Saja...ada masa lagi.."ucap Maliq terus memandang Dara didepannya.

Dara mengeluh bosan.

"Umi Zakiah ada cakap apa-apa pasal saya? Dia memang serius ke nak kita ni kahwin?"soal Dara bila dia teringat tentang isu kahwin tadi.

"Tentang tu biar saya sorang je.fikir..you are doing a great job today.Cuma saya tak puas hati part awak cubit saya tadi"ujar Maliq.

Dara tergelak kecil.

"Siapa suruh buat onar?.Padan muka.Kita buat apa dekat sini? Apa maksud bos masih ada masa lagi? Saya tak faham.."ucap Dara memandang lelaki itu.

Maliq mendekati Dara.

"Maksud saya adalah masa saya nak tengok awak cantik macam ni akan tamat kejap lagi.Awak sangat cantik harini..ikhlas dari hati saya"ucap Maliq.

Ya dia terpegun melihat kecantikan yang ada pada Dara dengan penampilan ini.Dan mungkin ini kali terakhir dia akan tengok Dara sebegini lepas ni.

"Ahhh....?"

Dara kaku ibarat patung lilin.Jantungnya seakan berhenti berdegup.Dia memandang Maliq yang menghadap kolam ikan.Dari memandang belakang lelaki itu yang lebar.Kenapa dia rasa lelaki ini banyak memberi kiasan yang dia sendiri tak pasti apa?.

Dara kaku ibarat patung lilin.Jantungnya seakan berhenti berdegup.Dia memandang Maliq yang menghadap kolam ikan.Dari memandang belakang lelaki itu yang lebar.Kenapa dia rasa lelaki ini banyak memberi kiasan yang dia sendiri tak pasti apa?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience