BAB 10

Drama Completed 90864

Maliq memberhentikan kereta didepan rumah Dara.Brek tangan ditarik.

"Papa kita nak ambil siapa?"soal Mukhlish dibelakang.

"Kita nak ambil Kak Dara kejap.Mana Dara ni?"soal Maliq melihat jam dipergelangan tangannya.Dia risau lambat hantar Mukhlish.

Dara cepat-cepat menyarung kasutnya dan berlari ke arah pagar.Dia sudah risau kalau lelaki itu akan memarahinya.

Dia mengetuk pintu kereta dahulu.Maliq menyuruhnya untuk duduk didepan.Tapi dia tak nak sebenarnya tapi terpaksa juga dia masuk ke dalam kereta.

"Kak Dara!!!"jerit Mukhlish dibelakang.Dara berpaling dan senyum.Maliq terus memandu kereta.

"Kak Dara dah makan?"soal Mukhlish.

"Ahhh... belum...sebab Kak Dara tak sempat.Lish dah sarapan?"ucap Dara.

"Lish pun tak sarapan lagi... sebab Papa bangun lambat harini"ucap Mukhlish.

Dara memandang lelaki disebelahnya itu yang diam sahaja tidak bersuara.

"Habis Lish tak lapar ke nanti?"soal Dara.

Lish sengih memandang Dara.

"Lish bawa roti dengan coklat.Nanti Lish makan masa rehat"ucap Lish.

Dara terangguk-angguk mendengar cerita Mukhlish.

Kereta Maliq berhenti di depan sekolah."Saya hantar Mukhlish kejap"ucap Maliq keluar dari kereta melangkah ke pintu belakang untuk Mukhlish keluar.

Dara memerhati Mukhlish keluar dari kereta.

"Salam Papa dulu"ucap Maliq.Mukhlish mencium tangan Maliq.Kemudian Mukhlish pergi ke pintu hadapan tempat Dara.

"Dah masuk sekolah"ucap Maliq.

Pintu dibuka dan Mukhlish menghulurkan tangan pada Dara untuk bersalaman.

"Nak apa?"soal Dara terkejut.

"Nak salam..."ucap bibir kecil itu.Dara tersenyum sedikit.

Dia menyambut tangan kecil Mukhlish dan bersalaman.Mukhlish menerpa pada Dara dan mencium pipinya.

Maliq tak sempat nak halang anaknya.Dara terdiam.

Mukhlish terus masuk ke dalam sekolah.Maliq masuk dalam kereta dan menutup pintu.Dia terus gerak dari situ.

"Saya minta maaf pasal Lish tadi"ucap Maliq.Dara memandang ke arah luar.

“Takpe...nama pun budak kecil..kita nak pergi mana sebenarnya bos?"soal Dara.Ya tujuan apa sebenarnya dia kena ikut Maliq pagi-pagi macam ni.

"Nanti aku bagitahu bila sampai sana"ucap Maliq memandang pada Dara atas bawah.

"Ishhhh pandang-pandang...cucuk biji mata baru tahu"gumam Dara dalam hati.

"Kau ni... memang dari dulu macam ni ke apa? Memang tak pandai nak ikut fesyen perempuan sikit.Yang asyik aku tengok kau pakai t-shirt dengan jaket kulit hitam kau ataupun jaket jeans kau.Pastu Kau tak reti nak sikat rambut kau elok-elok ke?"soal Maliq masih tak puas hati dengan penampilannya.

"Saya selesa pakai macam...lagipun buat apa saya nak minta pendapat orang lain.Kalau saya cakap saya tak puas hati dengan penampilan bos, bos marah tak?. Of course bos marah sebab apa itu diri bos jadi sukahatilah.Sama macam saya..jadi sukahati sayalah.Kita kerja swasta bukan kerajaan pun.Tak semestinya saya pakai macam ni saya ni jahat.Orang yang bertudung liput pun belum tentu baik"bebel Dara panjang.

Maliq menekan brek mengejut sebaik sahaja berhenti dipersimpangan lampu isyarat.Dia memprotes marah dengan Dara.

"Bos ni kenapa? Nak suruh kereta belakang cium kereta bos ke apa pagi-pagi?"soal Dara.

"Saja...test...brek makan tak"ucap Maliq selamba.

Dara menggigit bibirnya geram.

************

Habis air dalam gelas disedut Dara, Maliq hanya memerhati sambil menyandarkan tubuhnya.

"Habis dah...kalau tak cukup boleh order lagi"ujarnya.

Dara menolak gelas didepannya.

"Makan dah minum dah...bos nak cakap apa sebenarnya sampai tak boleh nak cakap dekat ofis.Saya kerja banyak lagi dekat ofis tu"ngeluh Dara.

Maliq tergelak sinis.

"Kau ingat kau sorang je ada kerja banyak.Aku ni lagi banyak kerja tau.Memang benda ni tak boleh cakap dekat ofis.Dekat ofis tu nyamuk ada, lalat, murai pun ada.Nanti kecoh lagi-lagi dengar suara kau"ucap Maliq menunjukkan jari pada Dara.

Dara berdecit sikit.

"Tak sangka ofis kita tu pun boleh jadi kategori zoo"perli Dara.

"Dah sekarang serious mood.Aku ajak kau jumpa dekat luar ni.Aku perlukan pertolongan dari kau.Tapi bukan percuma aku bayar kau"ucap Maliq.

Dara mendekatkan wajahnya bila terdengar bunyi rezeki nak datang.

"Apa dia?"soal Dara.

************

"Sejak Dara tak ada ni sunyi rumah kita ni.Kalau tak asyik terpekik saja dengan dia"ucap Pak Abbas.

Mak Bedah meletakkkan nasi goreng dibuatnya atas meja bersama seteko air teh panas.

"Biarlah dia berdikari dekat luar.Sekurang-kurangnya ada perkembangan juga.Tapi tulah pemakaian dia tu yang payah saya nak ubah.Abang rasa macamana?"soal Mak Bedah melabuhkan punggung.

"Entahlah dulu putus tunang sebab keluarga si Farid tak boleh terima dia sebagai menantu.Kawan Along tu macamana?"soal Pak Abbas.

"Kawan Along tu katanya pun belum bagi kata putus lagi.Tapi saya nak Dara tu berubah dulu sebelum kahwin.Saya bukan apa saya rindu anak saya yang selalu minta saya ikatkan rambut dan pakai baju kurung.Ini pun pakai baju kurung masa hari raya"ujar Mak Bedah.

"Doakan semoga Along dapat ubah dia semula.Kita dah usaha dah marah.Lagipun dia dah besar"ucap Pak Abbas.

"Yelah..."ucap Mak Bedah panjang.

*********

Dara terus berlari keluar dari restoran itu dengan muka tidak puas hati.Maliq mengejar langkah kaki Dara.

"Dara kejap...saya tak habis cakap lagi"ucap Maliq menarik lengan Membuatkan tubuh itu berpaling menghadapnya.

"Bos gila ke apa?"soal Dara.

"Saya masih waras...saya minta awak untuk menyamar jadi bakal isteri saya...hanya untuk satu hari je..bukan lama pun...saya bayar awak.."ucap Maliq.

Dara menggelengkan kepalanya.

"Menyamar jadi bakal isteri...bukan menyamar jadi mayat...tau.Bos tak ada orang lain ke yang boleh jayakan rancangan bos ni.Saya yang jalan terkangkang ni juga bos nak aim"ucap Dara memeluk tubuhnya.

Maliq memicit dahinya.

"Sebab saya tak ada orang lain saya minta tolong awak.Untuk dua jam pun jadilah.Lagipun Lish suka dengan awak.Bagi saya tak ada masalah"ucap Maliq.

Dara meraup rambutnya yang pendek itu.Dia baru perasan lengannya tadi masih dipegang Maliq.Terus dia rentap kuat.

"Tapi saya tak nak.... buatnya mula-mula menyamar lepastu apa kahwin?.Tak nak saya kahwin dengan bos"ucap Dara pandang lelaki itu atas bawah.

Maliq menggigit bibirnya.Dia menarik bahu Dara berpaling padanya.

"Please.... Dara saya merayu pada awak...saya janji itu takkan terjadi pun.Kalau awak sudi tolong bukan sebab saya pun saya tak kisah tapi tolong demi Lish"ucap Maliq perlahan.

Mata Dara terpana seketika mendengar suara Maliq menyapa telinganya.

Dara menggelengkan kepalanya.

"Tak nak...."

Maliq menggigit bibirnya geram.

"Kalau macam tu...saya tambah waktu kerja awak"ucap Maliq terus berlalu pergi ke kereta.

"Bos...bos..."

Dara mahu mengejar langkah kaki Maliq tapi ada sebuah motorsikal melintas didepan Dara secara tiba-tiba.

Pin.....Pin.....

"Arghhhhhh...."jerit Dara terjatuh.Maliq baru nak masuk kereta berpaling sebaik sahaja melihat Dara yang terduduk di jalan.

Dia melintas jalan berlari mendapatkan Dara yang masih terduduk.

"Dara...."seru Maliq gelabah memeriksa keadaan Dara.Dara kaku melihat lelaki itu panik semacam sedangkan dia relaks sahaja.

Telapak tangan Dara diperiksa dan ada kesan melecet dan merah.

"Kau okay tak?"soal Maliq melihat Dara.Dara mahu bangkit ditolong Maliq.

"Okay...."ucap Dara melihat telapak tangannya.

"Lain kali nak lintas jalan tengoklah kiri kanan kalau awak tak sayang dekat diri awak pun fikir sikit ada orang yang sayang dekat awak"ucap Maliq tegas.

Hishh...dia ni kenapa harini?.Apasal lain macam pulak?.Marah ke apa? Tak fahamlah...

**********

Dara termenung jauh memikirkan tentang rancangan itu.Dia memandang pada atas katilnya terdapat beg kertas yang diberi Maliq.

Dia membuka beg kertas itu.Terdapat baju kurung dengan selendang warna biru gelap.Dia mengeluh berat.

"Demi Lish saya terima tapi saya tak nak bayaran tu..dan ini kali terakhir saya buat benda ni"

Maliq kena akur dengan Dara.Ini je cara untuk dia hentikan harapan Umi dan Suraya.Dia mahu kekalkan hubungan mereka sebagai keluarga sahaja.

Tapi bukan kredit untuk Suraya berkahwin dengannya.

Maliq mengeluarkan telefon pintarnya dan menghantar pesanan pada Dara.

Ting!

Dara mengambil telefonnya atas almari solek.Dan membaca mesej dari Maliq.

M&M : Salam...

Macamana dengan tangan awak?.

Si Dara: Walaikumusalam

Saya dah letak ubat insyallah okay...

Maliq menaip lagi.

Ting!

M&M : Kalau tak elok juga saya bawa pergi klinik.

Si Dara: Sikit je..ni..bos tak perlu risau..

M&M: Aku risau sebab Lish sayang dekat kau...

Dara kaku seketika melihat mesej itu.

Si Dara: Selamat Malam Asalamualaikum....

Dara terus mematikan telefonnya dan diletakkan atas meja solek.

Maliq mengeluh kasar.

************

Maliq memeluk tubuh menunggu Dara keluar dari rumah.Dia janji dengan Dara jam sepuluh pagi.

Dara keluar dari rumah dan berjalan ke arah lelaki itu yang berdiri membelakanginya.

"Bos..."seru Dara perlahan.

Maliq berpaling dan bulat matanya memandang Dara yang berdiri didepannya sekarang.Dia memandang dari atas sampai ke bawah.Baju dan selendang itu sesuai dengan kulit putih Dara.Wajah Dara tidak memerlukan solekan yang tebal untuk menaikkan seri mukanya.Cantik....dia sembunyikan senyumannya.

Tadi dia tak rasa gementar tapi tiba-tiba dia rasa gementar.Maliq membuka pintu kereta sebelah belakang dan mengeluarkan sesuatu dibawa pada Dara.

"Awak nampak cantik..tapi lebih sempurna kalau awak pakai ni.."ucap Maliq menunduk dan mengeluarkan kasut tumit rendah.

Dara memandang lelaki itu yang menukarkan kasut kanvasnya yang dibeli dekat Mydin jadi flat loafer Chanel.

"Barulah sempurna.."ucap Maliq berdiri semula setelah menyarungkan kasut pada Dara.

Dara membelek kasut itu.Mesti mahal tapi kena pulak saiz kasut ini dengan kakinya.Tak pernah mana-mana lelaki melayannya sebegini.Kalau Farid dulu pun brutal je..

"Sorry...saya tak tahu nak lilit selendang ni.Tadi pun saya lilit hampir nak tercekik jugalah"ucap Dara tersengih-sengih malu.

"Jom.."ucap Maliq membuka pintu kereta untuknya.Dara melangkah masuk ke dalam kereta.Pintu kereta ditutup dan Maliq tersenyum manis sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

Dara melangkah masuk ke dalam kereta.Pintu kereta ditutup dan Maliq tersenyum manis sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience