BAB 1

Drama Completed 90864

"Argh!!!!" kedengaran suara jeritan dari dapur.Maliq yang sedang mengemaskan rambut di hadapan cermin di almari terkejut dengan jeritan itu.Dengan perasaan cemas dan debar, dia menyusun langkah ke aras bawah menuju ke dapur.

Sampai sahaja di dapur, Maliq terkaku.Terkejut dia melihat ruang dapur yang bersepah.

"Ya Allah Mukhlish apa kamu nak buat ni?" tanya Maliq pada anak lelakinya itu.

Dia melihat jam dipergelangan tangannya.Dia harus mengemas kembali ruang dapur ini.Dia memandang Mukhlish yang masih berdiri diatas kerusi itu.

"Lish nak buat apa ni? Dengan telur pecah..."ujar Maliq membebel.

Maliq mahu muntah menghidu bau telur mentah yang memenuhi ruang dapur.

"Lish..nak buat bekal bawa pergi school"ujar Lish.Maliq dah menggaru kepalanya.

"Kan Papa dah bagi duit belanja dekat Lish untuk Lish sarapan dekat sekolah.Papa dah bayar semua dah.Kenapa tiba-tiba nak bawa bekal?" tanya Maliq dengan nada hairan.

Dia pun kadang pelik selalu Mukhlish akan beli makanan disekolah sahaja tak pernah meminta apa-apa darinya.

"Kawan-kawan Lish ada bawa bekal.Tadi Lish nak buat roti telur ikut resepi dalam TikTok tapi masa Lish nak ambil telur boleh pulak telur tu bergolek-golek poppp....jatuh!!"ujar Lish sambil melakonkan adegan itu semula.

Maliq bercekak pinggang.

"Macam nilah...nak apa tadi?"soal Maliq.

"Roti telur 2 keping"ucap Lish sambil mengangkat jari dua padanya.Maliq mengeluh kecil.

"Tapi...kalau tak bawa tak boleh ke? Papa dah lambat ni nak pergi ofis ni? Besok jelah Papa buat?" Maliq cuba memujuk dan dia berharap pujukannya menjadi.

"Tak nak!!" Lish tetap dengan keputusannya.

Maliq menggaru keningnya yang tak gatal.Dia terpaksa mengalah.Terus dia masuk ke dapur.

Mukhlish sudah tersenyum manis.Akhirnya dia boleh cerita dengan kawan-kawannya yang harini dia bawa bekal.

***********

Bau seperti makanan bergoreng telah menjentik deria bau Dara.Serta merta perutnya beralun keroncong.Bermula hari baru, dia sudah mula bosan dengan rutin hariannya.

Rasanya macam-macam benda dia dah buat.Dia menguap sekali sebelum mula bangkit.Bunyi ketukan sudip berlaga dengan kuali di dapur sedikit sebanyak telah membingitkan telinga Dara.Sudah pasti Mak Bedah sedang menyiapkan sarapan pagi.

Dengan muka mamai dan keadaan rambut yang kusut masai, Dara melangkah ke dapur.

"Mak ai! Mak ada jemput orang datang rumah ke?" terkejut bukan kepalang Dara bila melihat apa yang terhidang di atas meja.Selalunya paling pun Mak Bedah akan buat satu jenis sarapan sahaja.Harini beraneka macam hari raya.

"Hai Tuan puteri Intan Payung.Buang tabiat ke? Awal bangun? Biasanya selagi Mak ni tak pergi dekat langit tu bawa matahari keluar kau tak bangun" tegur Mak Bedah yang muncul dari dapur bersama seteko air teh tarik panas yang baru dibancuh.

"Mak perli ke puji ni?" tanya Dara masih terkesima melihat hidangan atas meja.Bukan sikit banyak.

Mak Bedah menggelengkan kepalanya sambil menuang teh tarik panas yang dibancuhnya dalam cawan.

"Asalamualaikum..." sapa suara parau dari belakangnya.Dara melihat Faysal yang masuk ke dapur.

"Walaikumusalam... Long bila kau sampai?"soal Dara bertongkat dagu.

Faysal gelak melihat satu-satunya adik bongsunya itu.

"Tengok Along sampai pun tak tahu.Tahap teruk sangat kau punya otak"ucap Faysal duduk di meja makan.

"Manalah Dara tahu Along balik... Along pun macam biskut Oreo kejap ada kejap hilang"sambung Dara.

Faysal memburaikan ketawanya.

"Banyak kau punya Oreo.Chipsmorelah!!!" ujar Faysal membetulkan ayat Dara.

"Aahh Long kau betulkan adik kamu tu yang makin lama makin buat Mak dengan Ayah gila.Mak nak panggil Ayah dulu"ucap Mak Bedah meninggalkan ruang dapur.

Dara menarik kerusi disebelah Faysal.

"Long kat ofis kau tak ada kerja kosong ke?"kali ini Dara tidak melepaskan peluang.

Perbualan bertukar mood serius.Faysal diam sambil berfikir.
"Tak ada ofis Along tak ada kerja kosong.Sorry sangat"

"Ishhhh... Along ni.Bagi jelah kerja dekat Dara ni tak kisahlah cleaner ke, pembancuh air ke, jaga kebajikan pekerja ke, janji kerja.Dara tak sanggup nak dengar Mak bebel dekat telinga Dara ni.Haritu doktor kata hampir nak pekak telinga Dara ni.Asyik suruh cari kerja kalau tak Mak nak kahwinkan Dara dengan pilihan dia.Tak naklah!!!"

Faysal menggeleng.

"Baguslah tu... kahwin jelah.Mana tahu pilihan Mak dan Ayah tu akan membimbing adik Along ni sampai ke Jannah.Walaupun adik along ni tak berapa nak perempuan sangat tapi Along yakin lelaki tu boleh terima adik"kata Faysal pantas.

Dara menumbuk dada Faysal.

"Aduhh....sakitlah"

"Ohh tahu sakit...ini adik lagi sakit Tau.Sakit aku rasakan terlalu pedih..."ujar Dara sambil menyanyi lagu Sakit dari Achey.

Faysal mencebik.

"Tolonglah along...adik along ni nak juga merasa ada kereta, ada rumah sendiri.Please..."pujuk Dara sambil menarik baju t-shirt Faysal.

"Tengoklah nanti"rengus Faysal.Namun dia pun sebenarnya tak sampai hati nak tengok adiknya itu asyik kena bebel.

Dara tersenyum manis terus memeluk Faysal.

"Ehhhh....kau gigi pun tak gosok.Habis baju along.."ucap Faysal membetulkan rambutnya.Dia tahu Faysal memang mementingkan penampilan.Orang kata penyakit Obsessive-compulsive disorder (OCD) macam tulah.

Dara tersengih gembira.

"Ingat Along carikan Dara kerja" sempat lagi Dara berpesan sebelum melangkah ke bilik air.

"Yalah!!" balas Faysal sambil menghirup teh tarik panas didepannya.

**********

"Apa hal kau moody je ni?"tanya Brian sambil menutup daun pintu pejabat serba santai itu.

"Moody? Aku tak moody. Aku cuma pening kepala harini dengan anak aku" jawab Maliq sambil menghempas kasar punggungnya di atas kerusi.Dadanya berombak kencang.

Brian tertawa kecil.Dia duduk dekat kerusi walaupun tidak dipelawa.Fail di tangannya dihulurkan kepada Maliq.

"Fail apa ni?"tanya Maliq.

"Fail quotation untuk projek pesta buku anjuran Kaki Buku dekat Shah Alam Convention Center.Dia orang dah email.Aku nak kau tengok harga-harga yang aku buat.Kalau okay, approve "jelas Brian penuh dedikasi.
Maliq hanya memandang fail itu tanpa disentuh.Keadaan dia bercelaru sekarang ni.Masalah pagi tadi buatkan mood kerjanya hilang.Pening kepala.

"Apa Mukhlish buat harini?"tanya Brian menukar topik perbualan.Dia tahu jiwa kawannya itu langsung tiada pada kerja.

Maliq mengeluh berat.

"Entahlah...aku ingat aku hantar sekolah bagi duit belanja suruh makan dekat sekolah selesai masalah.Tapi aku lupa satu perkara aku tak pernah tanya apa dia nak.Nasib sorang je arwah tinggalkan pada aku.Sorang pun stres aku"luah Maliq panjang lebar.

Brian mengeluh halus.

"Apa kata kau cari isteri baru?"soal Brian.Masuk kali ni dah dua orang menyuruhnya berkahwin.

"Cari isteri baru...kau ingat macam beli ikan dekat pasar ke? Tak semua orang boleh terima duda anak satu macam aku kecuali orang tu gila"luah Maliq.

Brian berkerut dahi memandang Maliq.

"Apa cerita dengan pengganti Lola tu?" soal Maliq mengenai Lola editor disyarikat Penerbitan miliknya ini yang sudah berhenti kerja.Dan jawatan itu masih kosong.

"Tak ada lagi jawapan"

"Lepas ni dalam kontrak buat tawaran mahal sikit.Dan kontrak biar lama sikit.Dan kalau dia berhenti sebelum lima tahun make sure dia bayar dua kali ganda dari gaji dia.Ini baru kerja tak sampai tiga tahun berhenti pastu menyusahkan orang lain"jawab Maliq.

Brian mengangguk akur.

Maliq mengeluh berat.Dia teringat tentang Faysal.Faysal ada menceritakan tentang adiknya mencari pekerjaan.Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail nombor Faysal.

"Hello..."

*********

Dara tergelak besar menonton rancangan kegemarannya itu.Cerita komedi itu benar-benar mencuit hatinya.Namun fokusnya terganggu bila Faysal menutup TV tiba-tiba.

"Lah.. Along orang tak syok tengok TV.Potonglah Along ni.Apahal?"

Faysal diam memeluk tubuh.

"Along dah dapatkan kerja untuk kau"

Diam.Hanya pandangan dua beradik itu sahaja.

"Apa? Seriuslah Along?" tanya Dara terkejut.

Membuntang matanya.Terlopong mulutnya.Akhirnya dia ada kerja.....tak perlu kahwin.

Faysal mengangguk laju.

"Yeah.... akhirnya Idara Malaiqa secara rasminya akan left group Penganggur Malaysia!!!"jerit Dara.

Faysal menggeleng.Baik aku selamatkan adik aku cepat sebelum rosak.

Hai enjoy Bab 1 dari saya....tunggu Bab 2 esok malam...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience