BAB 22

Drama Completed 90864

Dara memandang Maliq didepannya.Dia cuba untuk lari tapi tangan Maliq menghalang langkah Dara.
"Saya ada kerjalah nak kena buat tepi boleh tak?"soal Dara.

Maliq mendekatkan wajahnya pada Dara.Dara menghalang dengan fail ditangannya.

"Nanti orang lain nampak.."ucap Dara.Maliq membasahkan bibirnya.

"Biarlah..biar orang tahu yang isteri saya tengah cemburu dengan saya kan?"soal Maliq.Dara menggelengkan kepalanya.

"Tak... saya tak cemburu..pun..dahlah saya nak buat kerja dulu.."ucap Dara menolak tangan Maliq tapi kekuatan lelaki itu menghalangnya.

Dara menunduk dan melepasi bawah tangan Maliq.

Dara cepat-cepat jalan menjauhi Maliq.Maliq memasukkan tangan ke dalam poket seluar memandang Dara yang berjalan jauh darinya.Isterinya marah nampaknya dengan dia?.

Husna terpandang Maliq yang sedang membelek buku yang ada.Dia mendekati lelaki itu.
"Bestkan sesekali anjurkan program macam ni dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pekerja dengan bos"ucap Husna memandang Maliq.

"Ya..sesekali bolehlah"ucap Maliq sambil tu matanya tercari-cari Dara yang tiada disekitar kawasan sini.

"Lama I tak jumpa you.I teringat masa kita jumpa dekat Indonesia dulu that time...I thought that you.."

"Husna... sorry saya nak tengok staff saya loading barang kejap"ucap Maliq memotong bicara Husna.Dia melangkah keluar dari situ.Husna memeluk tubuhnya bila dia rasa Maliq seakan mengelak rapat dengannya.

**********

Dara duduk di bangku merehatkan diri sekejap.Air mineral sejuk yang dia beli tadi dibuka lalu diteguk untuk menghilangkan rasa dahaga.

Botol ditutup kembali dan diletakkan atas meja.Kakinya disilangkan mengikut keselesaan.Maliq melangkah keluar dan melihat Dara yang duduk sorang-sorang.

Telefon Dara berbunyi tertera nama Mak Bedah disitu dia menjawab panggilan.Maliq berdiri didepannya mencapai botol airnya.

"Asalamualaikum... sayang..."ucap Dara sengaja.Air yang diteguk Maliq tersembur dek terdengar Dara memanggil pemanggil "Sayang".

"Walaikumusalam Mama.Mama sibuk ke?"soal Mukhlish.

"Sibuk sayang...nanti kalau semua dah settle kita jumpa ya"ucap Dara sambil menjeling maut pada Maliq yang berdiri didepannya bercekak pinggang.

"Mama dah makan? Lish makan ayam goreng harini Tok Ma masak sedap"ucap Mukhlish.

"Wah...bestnya.Untunglah dah makan.Sayang..nanti kita borak lagi okay..sebab dekat sini ada pengacau okay...bye Asalamualaikum muah...muah..."ucap Dara sengaja nak panaskan hati suaminya.

Panggilan ditamatkan dan dia mahu bangkit menyambung kerjanya yang tinggal sedikit saja lagi.

"Bukan main bersayang-sayang dengan orang lain dengan suami sendiri takde pulak sayang-sayang"ucap Maliq kedengaran cemburu.

Dara memeluk tubuhnya memandang Maliq.

"Awak jealous dengan anak sendiri ke? Pergilah tolong Cik Husna tu.. kalau awak duduk sini nanti dia cari awak kan?"soal Dara mencebikkan bibirnya.

Maliq memegang kedua-dua bahu isterinya.Dara mengeraskan badannya.Tangan suaminya mengusap lengannya lembut.

"Dara...saya cuma kerja dengan dia bukan saya ada apa-apa hubungan dengan dia pun.Just business okay.Saya tengok sejak Husna ada ni awak punya cemburu kuat ya"ucap Maliq nak melembutkan hati Dara.

Dara mencerlung tajam pada suaminya.Memang aku cemburu lagi-lagi kalau perempuan tu lebih cantik darinya.

"Eh...mana..dahlah saya nak siapkan kerja boleh balik cepat.."ucap Dara menepis tangan kasar Maliq.Maliq menarik Dara dan memeluknya dari belakang.

Maliq dapat rasakan nafas isterinya sangat laju.Dia mencium rambut isterinya.Dara kaku seketika.

"Saya minta..."

Dara terpandang Husna yang keluar dari pintu utama perpustakaan itu terus memijak kaki Maliq.Dan beredar dari situ.Maliq dah menundukkan badannya menahan sakit pada kakinya.

Dara berjalan melepasi Husna dengan pantas.

"Sayang..."seru Maliq mendongak memandang wajah Husna yang melihat ke arahnya.

"Maliq...kenapa ni?"soal Husna berlari ke arah lelaki itu.Maliq cepat-cepat menegakkan badannya kembali.

Dara yang berada di depan pintu utama perpustakaan terus menjelirkan lidah pada suaminya.

"Awak okay ke?"soal Husna yang risau.

"Okay...saya okay je..saya buat senamrobik tadi"ucap Maliq terus berjalan terhinjut ke arah pintu utama perpustakaan.

Lagi sekali Husna ditinggalkan berseorangan.Husna dah menggaru kepalanya yang tak gatal.

*********

Sampai saja dirumah Dara terus melangkah masuk terus ke dapur.Maliq menutup pintu rumah dan menguncinya terus.Memandangkan mereka tidak mahu keluar kemana-mana lagi.

Maliq meletakkkan kunci kereta dan kunci rumah di dalam laci.Dia berjalan ke dapur.Kepalanya digelengkan beberapa kali melihat Dara yang melentokkan kepalanya di island table ditengah-tengah dapur itu.

"Dara...kenapa tidur dekat sini?"soal Maliq mengelus rambut isterinya yang dah nampak makin panjang paras bahu.

"Kaki saya nak tercabut harini berjalan je..tak berhenti..saya penat..."ucap Dara sambil matanya masih tertutup.

Maliq membuka butang bajunya dan mencempung tubuh Dara.

"Aihh...awak nak buat ni?"soal Dara yang terkejut Maliq mengangkat tubuhnya.

"Saya nak bawa awak naik ataslah..boleh mandi.. lepastu baru boleh rehat.."ucap Maliq dengan senyuman nakal.

Dara mahu turun tapi Maliq kemas memegang pinggangnya.

"Diam...nanti jatuh.."ucap Maliq membawa Dara naik ke bilik atas.

Dara diduduk atas kabinet sinki.Dia hanya memerhati saja suaminya itu membuka air dalam tub mandi.

Maliq membuka baju dan diletakkan dalam bakul baju kotor.

Dara menutup matanya rapat kerana malu melihat badan kekar milik Maliq.

"Aku tak nampak...Aku tak nampak..."ngomelnya.

Selesai mengisi air Maliq kembali pada Dara.Dia mengerutkan dahi melihat Dara menutup matanya rapat.

"Kenapa?"

"Erm...apa kenapa?"soal Dara tapi masih dengan mulut terpejam.

Maliq membuka butang baju kemeja Dara satu persatu.Dara membuka matanya apabila dia sedar tangan nakal Maliq.

"Awak buat apa ni?"soal Dara.

"Saya nak tolong awak...kan awak penat"ucap Maliq.

"Saya boleh mandi...send..."

Maliq terus mencium bibir isterinya itu.Dara menolak tubuh itu.

"Awak memang suka serang saya macam ni ya?"soal Dara.

Maliq tersenyum senget.Dia mendukung tubuh Dara dan masuk ke dalam tub mandi sekali.

"Awak basah...baju saya!!!!" jerit Dara.Maliq tergelak besar.Dara memukul dada suaminya.Tanpa dia sedar yang dia berada betul-betul atas badan suaminya.

Dan tangannya sedang memegang dada suaminya yang terdedah itu.

"Tiada yang cantik selain awak,tiada yang manis selain awak, tiada yang menggoda selain awak mungkin lelaki lain takkan tergoda dengan awak tapi bukan saya..awak sentiasa buat saya tergoda"ucap Maliq mencium bibir Dara.

Tangan Maliq membuka butang baju kemeja Dara.Dan malam yang sepi itu hanya kedengaran nafas mereka berdua.

**********

Maliq keluar dari bilik air melihat Dara yang masih lena.Dia mendekati katil dan melabuhkan punggung disebelah isterinya.

Dia mengusik hidung isterinya.Bahu Dara yang terdedah itu dicium lama.

"Sayang...bangun...kita ada kerja harini"kejut Maliq.

"Saya ngantuklah..."ucap Dara.Maliq tersenyum manis.

"Bangunlah...nak masuk subuh ni..tak elok..lambatkan solat..."ucap Maliq menyentuh pipi Dara.

Dara mencelikkan matanya yang berat.Dia bangkit dan menutup badannya dengan selimut.

"Tapi boleh tak saya cuti harini? Awak kan bos..takkan isteri pun kena kerja juga.."ucap Dara.

Maliq mencium bibir isterinya.

"Of course..harinikan last day kita punya program"ucap Maliq.

Dara mengigit bibirnya menahan geram.Dia turun dari katil dan terus masuk ke dalam bilik air tanpa berkata apa-apa.

***********

Dara membawa kotak buku yang baru diterima daripada staf lain.Dia membawa kotak tersebut dengan penuh hati-hati.Buku yang dihantar dari Prima Publication itu digendong.

Separuh jalan Dara rasa semacam.Dia rasa pening.Tapi dia tetap melangkah sebelum kotak ditangannya terlepas dan jatuh.Jatuh semua buku yang ada.

Husna yang ternampak terus meluru ke arah Dara.

"Macamana kau buat kerja ahh!!! dasar tomboy!!"tengking Husna.Semua orang dekat situ memandang Dara.

Dara bangkit dari situ.Telinganya panas mendengar kata-kata dari Husna.

"Habis buku-buku aku...kutip semuanya sekarang"ucap Husna.

Dara tersenyum senget.

"Buku kau...kaulah kutip.."ucap Dara selamba.Maliq yang terdengar bunyi sesuatu menghampiri Brian.

"Kenapa?"soal Maliq.

"Dara tak sengaja jatuhkan kotak buku.Husna naik angin Dara"ucap Brian.

"Habis kau tengok je..tak reti nak tolong"marah Maliq melangkah ke arah mereka berdua.

Husna menghampiri Dara.

"Kau tu kuli je..jadi buat macam kuli.."ucap Husna menolak tubuh Dara dengan tangannya.Dara menggigit bibirnya geram.

"Kau apa masalah kau!!"jerit Dara tak puas hati.Husna tiba-tiba jatuhkan dirinya.

Maliq menghalang Dara dari terus mara.

"Maliq tengok tomboy ni tolak I..."ujar Husna mengadu.Maliq menoleh memandang Husna yang terduduk dilantai.

"Mana ada saya tolak dia.."ucap Dara memandang Maliq.Maliq memeluk tubuh Dara supaya bersabar.

"Kalau dah tomboy tu tomboy jugak"desis Husna.

Telinga Maliq panas mendengarnya.Dia memegang tangan Dara kemas.Dara memandang Maliq.

"Untuk pengetahuan semua dekat sini tomboy yang sebelah saya ni adalah isteri saya yang sah.Dan awak Husna..bila pangkat you tinggi bukan tiket untuk you rendahkan orang bawahan.Sebab you dulu pun bermula dari bawa"ucap Maliq pada batang hidung Husna.

Husna terus pengsan dekat situ.Manakala semua pekerja dekat situ ternganga dengan apa yang baru diberitahu oleh Maliq.Brian dah bertepuk tangan.

"Wow...Bravo!!!" jerit Brian.

Maliq membiarkan sahaja Husna disitu.Dia menarik tangan Dara mengikutnya.Dara sempat menoleh memandang Husna yang pengsan.Wekk!!!!! padan muka....

Maliq membiarkan sahaja Husna disitu.Dia menarik tangan Dara mengikutnya.Dara sempat menoleh memandang Husna yang pengsan.Wekk!!!!! padan muka....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience