PROLOG

Drama Completed 90864

Dara lari lintang-pukang seperti dikejar anjing.Dadanya berombak laju menghembus nafas.
"Kurang ajar budak zaman sekarang!!! minta kerja macam minta penyepak.Berhenti sekarang!" pekik lelaki itu dengan sekuat hati.

Apalah nasib dia datang nak minta kerja pun kena marah?.Dara terus berlari tanpa menoleh ke belakang.

Kalau dah malang tidak berbau.Orang kentut pun kau tak perasan.Kerana terlalu takut berlari seperti lipas kudung.

Kedebuk! Dara terlanggar pintu sebuah kereta yang tiba-tiba terbuka di tepi jalan itu.Tubuhnya jatuh ke jalan.Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Aduh!!!" Dara membetulkan topi dikepalanya.Dia memandang siku dan lututnya yang melecet itu.Dia bangun dan amarahnya meluap-luap.

Seorang lelaki dengan Polo t-shirt berkolar berwarna biru gelap dengan jalur putih dibahu dan seluar jeans hitam dipadankan dengan kasut hitam berkilat melangkah keluar dari kereta itu.

"Bang tak apa-apa ke?" tanya lelaki itu risau.

Terkejut pun ada, baru dia nak buka pintu kereta tiba-tiba pintu keretanya yang tidak bersalah itu disondol dari arah depan.

Dara membetulkan bajunya.Topi hitam itu dikemaskan.Bengang perasaannya.Mengah didada diredakan dengan menarik nafas kembali.

Lelaki itu memandang hairan.Perempuan ke lelaki?.Sambil dia memandang dari atas sampai bawah.Dia keliru.

"Kau buta ke? Tak nampak aku nak lalu sini? Sini bukan tempat letak kereta.Nasib tak luka besar kalau tak kurang wang hantaran aku".

Lelaki itu terkejut.Aku pulak yang kena marah ni? Bukan aku langgar dia masalahnya dia yang langgar kereta aku?.Dia pula naik angin tengahari rembang kena maki hamun depan orang ramai.Memang berdarah hati beb !.

"Eh... kejap Encik yang langgar kereta saya bukan saya langgar Encik.Yang encik tu berlari dekat kawasan sibuk macam ni dah kenapa?"soal lelaki itu sambil bercekak pinggang memandangnya.

"Kalau rasa nak berlari atau berjogging pergi tempat lain.Kerajaan Malaysia dah buat banyak tempat untuk orang macam Encik ni nak berlari.Dekat depan kawasan orang cari rezeki jugak kau pilih" sambung lelaki lagi.

Dara terkejut.Amboi nampak macam introvert.Sekali buka mulut, macam machine gun dia bagi dekat aku.Berdarah rasa telinga.Dia panggil aku Encik?.Dara ketap bibirnya.

"Suka hati je...tak ada adab punya orang.Siapa kau nak panggil aku Encik? Kau ingat kau macho sangat ke?" ujar Dara tetap tidak mahu melepaskan peluang memaki lelaki di hadapannya itu.

Lelaki itu sudah mengetap bibir menahan geram.Namun perasaan itu ditahan.

"Dah kau pakaian kau pun aku keliru kau ni perempuan ke lelaki? Atau kau...ni peng..."belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya satu penumbuk hinggap dipipi lelaki itu.

Terasa pedih dan kebas buat seketika.Dia tumbuk aku? Ini sudah lebih.Lelaki itu merentap tangannya dari belakang.

"Woi...apa ni lepaskan aku.Lepaslah" teriak Dara sambil memukul-mukul tangan lelaki itu yang kuat mencengkam pergelangan tangannya.

Lelaki itu tersenyum sinis.Takdelah kuat sangat acah-acah macam gangster.Sekarang? Baru kau nak merengek macam perempuan?.Mana pergi buah dada dia kalau betul dia perempuan?.Konfius aku!!

Dara tiada pilihan.Ini sahaja jalan yang dia ada untuk melepaskan diri.Dia menghayunkan kepala lututnya ke celah kelengkang lelaki itu.

Tangan lelaki itu terlepas.Merah muka lelaki itu sambil menahan celah kelangkangnya.

"Suka hati kau je nak pegang-pegang dasar lelaki tak ada adab"ucap Dara terus melangkah lari.

Lelaki tadi menegakkan badannya.Dia melihat perempuan jadian atau lelaki jadian tadi hilang dari pandangan matanya.

************

"Kamu ni Dara nak jadi apa?"marah Mak bedah sambil mengacau lauk dalam periuk.

Dara menguap kebosanan sambil bersungut.Sikunya yang melecet dipandang merah.Pedih.

"Sampai bila kamu nak macam ni? Bertunang putus sebab orang mengata anak dara Mak Bedah dengan Pak Abbas tak rupa perempuan tapi jantan!!" ucap Mak Bedah mengetuk kepala Dara dengan senduk.

"Cubalah ubah penampilan kamu ni lepastu pergilah cari kerja.Ni dah hampir dua bulan menganggur.Kalau menganggur datang hasil tak apa ni keluar masuk rumah suka hati?" marah Mak Bedah.

"Bila masa pula Dara keluar tu suka hati? Dara keluar cari kerjalah tapi Mak tak tahu zaman sekarang ni susah nak cari kerja tau.Bukan petik jari dapat kerja"pintas Dara membetulkan.

"Kalau susah sangat kahwin je senang"ucap Pak Abbas yang baru balik dari luar.

Dara memandang muka Ayahnya.

"Ayah...agaklah Dara ni muda lagi.Perjalanan masih jauh lagi.Lagipun bekas tunang Dara pun tak dapat nak terima anak Ayah ni.Pastu nak suruh orang kahwin lagilah...tak syoklah Ayah"ucap Dara.

Pak Abbas duduk dikerusi bersebelahan dengan Dara.

"Tak semua orang berfikiran sebegitu.Mungkin calon dari pilihan Ayah dan Mak ni boleh terima dan ubah kamu jadi perempuan semula.Nak dibandingkan dengan Farid yang kata cinta sejati kamu tu" perli Pak Abbas.

Dia bukan tak pernah meminta pekerjaan.Dah pelbagai tempat dia pergi semuanya tidak menerimanya.Dengan alasan dirinya tidak menepati ciri-ciri pekerja yang mereka cari, pemakaian dirinya dan yang paling banyak tiada pengalaman.

Macamana nak ada pengalaman kalau peluang pun tidak diberi untuk dia mencari pengalaman.

"Alah....Dara minta maaflah Ayah dan Mak.Anak Mak Ayah ni bukan tak nak kerja.Jujur Dara cakap Dara nak kerja tapi tak ada sesiapa nak ambil Dara kerja nak buat macamana? Takkan nak salahkan Dara pula?" ujarnya dengan perlahan.

Dara memuncungkan bibirnya.

"Along nak balik minggu ni cubalah kamu risik dia kalau ada kerja kosong tak? Kalau tak ada kerja juga Mak akan kahwin kamu juga tak ada pilihan faham!!"ugut Mak Bedah.

Dara memandang Pak Abbas.

"Ayah....tengok Mak ni.Dara tak nak kahwin lagi..."

Pak Abbas hanya tersenyum.

"Dengarlah cakap Ketua persatuan wanita kampung tu.Ayah tak boleh nak bangkang"balas Pak Abbas.

*********

Maliq berjalan terkengkang-kengkang.Apalah malang nasibnya hari ini.Boleh pulak selepas dia menghantar anaknya ke sekolah tiba-tiba dia dipertemukan dengan seorang insan yang mengelirukan identitinya.

Dari suara macam perempuan tapi pakaian macam lelaki.Dia menarik kerusi dan duduk perlahan dan penuh hati-hati.Rasa senaknya masih terasa.

"Tak guna betul.Tempat ni jugak dia nak tendang.Mesti perempuan budak tadi tu kalau lelaki dia tak target situ sebab dia tahu betapa seksanya bila dipukul kat situ.Ya perempuan"kata Maliq yakin dengan tanggapannya itu.

"Tapi betul ke perempuan?" ujar Maliq kembali keliru.

Tuk! Tuk! Tuk !

Pintu pejabatnya diketuk.Hilang segala apa yang ada dalam fikirannya.Rasa senak masih terasa hingga ke perutnya.

"Masuk!!"laung Maliq.

"Asalamualaikum" Faysal memberi salam selepas daun pintu dikuak ke dalam.

"Walaikumusalam.Masuk jelah macam tak biasa pulak"suruh Maliq.

Faysal melangkah masuk dengan senang hati.Maliq bangun bersalaman dengan sahabat baiknya itu.Dia mahu memeluk tapi pergerakan terbatas dek senak yang masih terasa.

"Kau pahal?"tanya Faysal.

Dia melihat Maliq mengerutkan dahi seolah menahan sakit.

Maliq tidak menjawab dia kembali duduk.

"Ada makhluk mana tak harini pergi tendang celah kelengkang aku"jawab Maliq perit.

Faysal tergelak sambil duduk di kerusi hadapan Maliq.

"Makhluk mana yang tendang kelengkang kau? Perempuan?" tanya Faysal.

Maliq menjelingkan matanya pada Faysal.Orang tengah sakit boleh dia gelak.

"Entahlah makhluk tu pun buat aku keliru lelaki ke perempuan.Pakaian lelaki tapi suara macam perempuan"ujar Maliq masih keliru.

"Pengkid kot!!" tebal Faysal dengan sisa ketawa.

Maliq menjeling maut.Bengang malas dia nak meneruskan topik.Semakin dilayan Faysal boleh semakin menjadi-jadi mengusiknya.

Diam seketika.

"Asal kau datang sini? Rasa lama juga kau tak datang.Baru jumpa jalan pergi pejabat aku?"ujar Maliq menukar topik.

"Saja...singgah kejap.Kebetulan aku ada kerja dekat kawasan sini.Lagipun aku nak balik rumah keluarga aku petang ni.Anak kau sekolah?" tanya Faysal.

Maliq mengeluh halus.

"Sekolahlah...siapa nak tunggu dia dekat rumah.Aku nak upah pengasuh zaman sekarang pun aku tak percaya.Better aku hantar dekat sekolah yang ada transit penjagaan sekali.Nasib sorang je.."jawab Maliq sambil memicit dahinya.

"Carilah isteri ibu baru pada dia?"lanjut Faysal tanpa memakirkan soalannya itu akan menjentik hati Maliq.

Seperti diduga, Maliq terjentik dengan pertanyaan itu.Dia sendiri tidak tahu kenapa semua ini boleh berlaku.Dia cuba buat yang terbaik untuk kebahagiaannya.Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.Mahligai yang dibina tidak sampai setahun hilang dalam sekelip mata dengan pemergian permata dalam hidupnya.

Hai semua jom support karya baru saya free reading je... Jangan lupa komen.....:) Love you guys all my supporters

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience