BAB 9

Drama Completed 90864

Dara membuat kerjanya sambil-sambil tu dia memandang Mukhlish yang duduk disebelahnya sedang melukis sesuatu.

Pekerja lain yang melalui tempatnya memandang pelik.Dia mendekatkan kerusinya pada Mukhlish.

"Lish lukis apa?"soal Dara.

Mukhlish menunjukkan lukisannya pada Dara.Ada seorang lelaki dan seorang perempuan.Manakala ditengah-tengah ada lukisan orang lidi kecil.

"Apa ni?"soal Dara yang tak tahu.

"Ni Papa Lish dan Ni Kak Dara.Yang kecil ni Lish"ucapnya.

Mukhlish lukis Aku? Tapi kenapa dengan Papa dia?.

"Ishh...salah ni Lish.Mana boleh macam ni.Baik Lish padam balik nanti Kak Dara tak nak kawan dengan Lish"ugut Dara.

Mukhlish terus memuncungkan bibirnya.

"Tapi... Lish nak lukis Kak Dara"ucap Mukhlish.

"Masalahnya lukisan ni salah.Kak Dara tak pakai tudung.Dalam ni orang ni pakai tudung jadi salah"ucap Dara membetulkan lukisan Mukhlish dengan mengambil buku yang berada ditangan Mukhlish.

Mukhlish hanya memerhati saja Dara melukis sesuatu pada bukunya.Dara tersenyum dan menyerahkan kembali pada Mukhlish.

Mukhlish ternganga melihat lukisan Dara.

"Ni baru betul Papa kena dengan harimau baru secocok.Okay dah warna cepat kejap lagi waktu makan"ucap Dara mengelus rambut Mukhlish.

Dia menyambung kerjanya.Mukhlish menggaru kepalanya yang tak gatal.

*******

Pintu atap dibuka dan dia memimpin tangan Mukhlish mengikutnya.Langkahnya terhenti sebaik sahaja kakinya menjejak ruang atap itu.Dia terpana seketika betul ke apa yang dia lihat.

"Wow..."respon Mukhlish juga tidak mengecewakan.

Dia tersenyum sedikit melihat apa yang ada depan matanya.Tapi sejak bila atap ni berubah.Atap ni masa dia lepak dulu kosong hanya ada satu kerusi sahaja itupun dah patah tiga hari lepas.

Dia memegang meja dan kerusi yang masih baru lagi.Dan terdapat atap kanvas yang menutupi setiap meja dan kerusi.Boleh dikira ada enam tempat boleh dijadikan tempat untuk lepak dan makan.

Dan menarik perhatiannya lagi adalah gazebo kayu.Siapa yang buat semua ni?.

"Kak Dara cepatlah Lish lapar ni"panggil Mukhlish dibelakang.

Dia tersenyum.

"Okay..."

Dara mengeluarkan apa yang dia bawa dan Mukhlish mengeluarkan apa yang dia bawa juga dalam begnya.

"Ini nasi lemak untuk Kak Dara dan ni Nasi lemak untuk Lish"ucap Mukhlish meletakkkan depannya.

"Okay...sebelum makan kena buat apa?"soal Kak Dara.

"Baca doa makan"ujarnya dengan teruja.

Mukhlish membaca doa makan dan diikuti dengan Dara.

"Amin..."

"Okay...makan...boleh makan sendiri kan?"soal Dara.

Mukhlish mengangguk perlahan.

"Bolehlah Lish dah besar.Selalu memang Lish sendiri.Papa selalu sibuk dengan kerja"ucap Mukhlish nampak muram.

"Kalau dekat rumah Papa masak atau beli?"soal Dara sengaja.

"Kadang masak kadang beli.Itupun Papa tak pandai masak tapi Lish makan je apa yang Papa masak untuk Lish"cerita kanak-kanak itu.Dia rasa sedih pula.Dia ada kedua-dua ibu bapa tapi selalu buat masalah.

"Apa makanan yang Lish nak makan sangat tapi Papa tak pandai masak?"soal Dara.

"Lish nak makan nasi ayam crispy"ucap Mukhlish.

"Nasi ayam crispy.... okay.. Lish makan dulu habiskan jangan membazir.Membazir amalan.... "sebut Dara .

"Syaitan..."

"Pandai..lepas ni habis kita pergi solat zohor.."ucap Dara.

"Solat yeah!!!!"jerit Mukhlish.Dara tergelak kecil melihat keterujaan Mukhlish.

*********

"Kau nak makan dulu tak?"soal Brian pada Maliq.

"Aku nak pergi cari Lish kejap...dah lama aku tinggal dia.Entah makan ke tidak anak aku dengan Dara tu"ujar Maliq.

"Kalau macam tu aku pergi makan dulu... apa-apa telefon aku"ucap Brian terus beredar dari situ.

Maliq menaiki lif ke pejabatnya.Sampai diatas dia mencari dimana anaknya berada.

Selesai solat zohor Dara berpaling dan duduk memandang Mukhlish.

Mukhlish tersenyum manis.Dia perasaan yang Mukhlish ni murah dengan senyuman tak macam Papa dia muka ketat dua puluh empat jam.

"Kenapa senyum macam tu?"soal Dara.

"Kak Dara nampak cantik pakai telekung macam arwah Mama Lish"ucap Mukhlish.

"Aik.. macamana Lish kenal arwah Mama Lish?"soal Dara.

"Lish pernah mimpi"ucap Mukhlish.

"Kalau Lish rindukan arwah Mama Lish.. Lish kena buat apa?"soal Dara.

"Lish kena doakan semoga Mama Lish dapat syurga"ucap Lish.

Dara tersentuh dengan kebijaksanaan anak ini.Tiba-tiba dia rasa sebak.Dia menyeka airmatanya yang jatuh di pipi.

"Kak Dara nangis..."ujar Mukhlish.

Dara mengesat kasar.

"Takdelah...mata Kak Dara masuk habuk"ucap Dara menutup apa yang terbuku dalam hatinya.Mukhlish mendekati Dara dan dipeluknya tubuh itu.

Maliq menutup kembali pintu surau muslimat itu.Dia terus berjalan kembali ke pejabatnya.Pintu pejabat dibuka dan dia terus duduk di kerusi dan menundukkan wajahnya pada tangan.

Dengan kesibukan kerja kadang dia terlepas pandang tentang Mukhlish.Apa yang anaknya inginkan?.Apa yang kurang dari kasih sayangnya?.

Dengan apa yang dilihat tadi Mukhlish nampak selesa dan cepat rapat dengan Dara.Sedangkan baru sekali dua mereka berdua Maliq menyandarkan tubuhnya dan memicit kepalanya.

"Papa!!!"jerit Mukhlish yang masuk dalam pejabatnya.Dara mengikut dari belakang.Maliq bangkit dan berjalan ke mendekati mereka berdua.

"Lish dah makan belum?"soal Maliq.

"Dah...habis Lish makan.Kan Kak Dara?"tanya Mukhlish.

"Ya...habis licin"ucap Dara.

"Papa..papa...tadikan Lish solat sama-sama dengan Kak Dara.Best Tau"cerita Mukhlish dengan teruja.

Maliq memandang Dara.

"Terima Kasih sebab jaga dia... sorry kalau dia nakal ke.."ucap Maliq lembut.

Dara pelik.Sejak bila mamat ni pandai cakap perlahan.Kalau tak selalunya tak jerit menengking.

"Sama-sama dia tak nakal pun baik je..tak susah pun jaga dia"ucap Dara.

"Papa boleh tak kalau lain kali Lish nak macam harini?"soal Mukhlish.

"Itu kena tanya Kak Daralah"ucap Maliq.

Dara hanya tersenyum sahaja.

"Insyallah...takpelah Saya sambung kerja saya.Okay Lish ingat pesan Kak Dara "ucap Dara.

"Baik Kak Dara "ucap Lish sambil menunjukkan giginya yang tersusun rapi itu.

Dara terus keluar dari situ meninggalkan dua beranak itu.

***********

Air minuman dihidangkan didepan Maliq.

"Terima Kasih Umi... Maliq minta maaf sebab lama tak datang sini jumpa Umi"ucap Maliq.

"Takpe...Umi faham apa yang Maliq lalui.Banyak kenangan Maliq dengan arwah dekat sini.Umi bersyukur sangat Maliq sudi bawa Lish datang jumpa Umi"ucap Puan Zakiah.

"Umi duduk sorang je ke?"soal Maliq melihat situasi rumah yang sunyi.

"Suraya belum balik kerja.Kejap lagi baliklah tu.Hari-hari dia tanya pasal kamu.Naik penat Umi nak jawab"ucap Puan Zakiah.

"Apa yang dia tanya?"soal Maliq.

"Dia tanya kamu ni dah ada pengganti Sumayyah ke?"soal Puan Zakiah.

Maliq mengerutkan dahi.Kalau dia cakap belum mesti Umi akan gasak dengan soalan untuk menyatukan dia dengan Suraya.

"Erm... sebenarnya Umi Maliq tengah dalam fasa kenal seseorang.Kalau tak ada apa-apa insyallah jadilah tu"ucap Maliq dengan yakin walaupun sebenarnya tidak ada.

"Yeke...siapa nama dia? Orang mana?"soal Puan Zakiah.

"Ermm...nantilah Maliq kenalkan.Dia kerja jauh"ucap Maliq.

"Bolehlah bawa jumpa Umi.Umi nak juga tengok calon pilihan Maliq.Bakal Mak baru Lish ni.Kalau minggu depan pun tak apa Suraya cuti waktu tu nanti Umi masak"ucap Puan Zakiah.

Peluh renek mula membasahi dahinya.Alamak aku ingat bagi jawapan tu selamat dah rupanya Umi betul-betul nak jumpa calon mak baru Lish.Masalahnya tak ada...siapa pulak aku nak tarik jadi bakal isteri aku pulak ni?.

"Er.... insyallah Umi....Umi kami ingat nak beransur dulu.Lish dah tidur ni"ucap Maliq.

"Lah nak balik dah...tak nak tunggu Suraya balik dulu ke?"soal Puan Zakiah.Masih menaruh harapan macam lagu Zaiton Sameon.

"Takpelah..Umi lain kali je.."ucap Maliq mengangkat Lish yang dah tidur.

Puan Zakiah menghantar Maliq sampai ke pagar.

Maliq meletakkkan Lish dahulu dalam kereta.

"Jangan lupa Maliq bawa bakal isteri jumpa Umi"l nanti"ucap Puan Zakiah.

Maliq tersenyum kecil.

"Baik Umi..kami gerak dulu ya"ucap Maliq terus masuk ke dalam kereta.

Maliq mengeluh berat.

Dia terus meninggalkan rumah Puan Zakiah.

********

Dara baru dapat meluruskan pinggangnya setelah seharian dia rasa tak baring.Dia mengiringkan badannya sambil melihat telefon.Tiba-tiba ada panggilan masuk dari M&M.

Dia bangkit dan duduk.

"Kenapa telefon aku malam-malam ni?"soal Dara.

Dia menekan skrin.

"Asalamualaikum...."

"Walaikumusalam....Dara aku nak minta tolong kau boleh?"soal Maliq.

"Tolong apa?"soal Dara.Dia kedengaran suara lelaki itu nampak cemas.

"Esok aku jemput kau dekat rumah.Hal ni kena bincang dekat luar"ucap Maliq.

"Bunyi macam serius je...tapi kan saya kena punchcard masuk dulu.Macam mana?"soal Dara.

"Aku bos kaulah...tak payah risau..esok pukul tujuh setengah aku ambil alang-alang aku nak hantar Lish sekolah sekali.Jangan lambat"ucap Maliq.

"Baik bos....jumpa esok.."

"Okay good night.Asalamualaikum"ucap Maliq terus mematikan panggilan.

"Walaikumusalam... good..."

Again....dia ucap good night pulak dekat aku kali ni.Dia nak bagi aku kena serangan jantung ke?.Tapi kenapa dia nak jumpa esok tak boleh cakap dekat ofis ke?.Mustahak sangat ke?.

Again....dia ucap good night pulak dekat aku kali ni.Dia nak bagi aku kena serangan jantung ke?.Tapi kenapa dia nak jumpa esok tak boleh cakap dekat ofis ke?.Mustahak sangat ke?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience