Dari tadi dia melihat jam dipergelangan tangannya.Dia menanti Dara yang mengambil anaknya balik sekolah.Hatinya resah dalam bilik mesyuarat.
Mesej yang dihantar langsung tidak dibaca oleh Dara.Dia tidak boleh meninggalkan mesyuarat penting ini.
"Mana kau bawa anak aku ni?"soalnya dalam hati.Sambil dia tidak dapat fokus pada perbentangan dihadapannya.
Semangkuk cendol diberi pada budak lelaki berusia tujuh tahun ini.
"Lish makan cendol kan?"soal Dara memberi sudu padanya.
"Makan...cuma lama dah tak makan dekat sini.Papa selalu sibuk dengan kerja.Nasib baik ada Kak Dara"ucap Mukhlish menikmati cendol didepannya.
Dara hanya memerhati saja Lish makan sementara menunggu laksa yang dipesannya sampai.
"Selalu Papa memang ambil Lish lambat ke?"soal Dara.
"Selalu...tapi harini Lish Papa ambil tapi Papa tipu Lish"ucap Mukhlish kecewa.
"Relaklah Kak Dara ada kan.Dah cepat makan nanti tak pasal Papa Lish marah Kak Dara"ucap Dara pada Mukhlish.
Mukhlish mengangguk dan menghabiskan makanannya.
********
Maliq keluar dari bilik mesyuarat dan dia melihat meja Dara masih kosong lagi.Rasanya nak dekat satu jam minah ni keluar.
"Papa!!!!"jerit Mukhlish sebaik sahaja dia nampak Maliq berdiri didepan.Maliq dipeluk terus.
Maliq berpaling dengan muka ketat.Dara berjalan ke arah lelaki itu.
"Apasal lambat? Curi tulang..."ucap Maliq tuduh Maliq pada Dara.
Dara hanya diam sahaja sambil menyerahkan kunci pada Maliq.
"Ni kunci kereta... boss..saya masuk dulu.."ucap Dara mengelak dari lebih banyak bicara.Dia mahu berlalu tapi langkahnya terhenti.
"Ehh...aku tanya kau ni...kau ingat aku cakap dengan dinding ke?"soal Maliq marah.
Dara menggigit bibirnya dan berpaling.
Mukhlish dah takut melihat Maliq memarahi Kak Dara.
"Kalau bos nak marah boleh tak kejap lagi.. saya nak pergi solat zohor dulu.Anyway anak bos dah makan tengahari tadi.Saya gerak dulu"ucap Dara terus melangkah ke surau muslimat.
Maliq berdengus kasar.
"Papa....tadi Kak Dara bawa Mukhlish pergi makan sebab Mukhlish lapar.Papa jangan marah Kak Dara"ucap Mukhlish pada papanya.
Maliq mengusap rambut anaknya itu.Dia membawa Mukhlish masuk ke dalam pejabatnya.
**********
Jam sudah menunjukkan jam lima setengah petang.Bermakna waktu kerjanya sudah habis.Dia bangkit meluruskan pinggangnya.Beg sandangnya disarungkan ke badan.Dia melangkah ke arah lif.
Sengaja dia keluar lambat sikit dari yang lain.Dia tidak mahu sesak dalam lif sewaktu balik.
Sampai di lobi dia baru perasan dekat luar hujan lebat.Kalau dah duduk kawasan Kuala Lumpur lagi-lagi kalau hujan lebat macam ni.Susahlah dia nak pergi ke stesen LRT jalan kaki macam ni.Dengan payung tak bawanya.
Dia memeluk tubuh.
Maliq dan Mukhlish baru keluar dari lif mahu ke tempat letak kereta.Mukhlish terpandang susuk tubuh seseorang berdiri tidak jauh dari mereka.
"Papa tu Kak Dara?" ucap Mukhlish menunjukkan arah pukul tiga pada Maliq.Maliq melihat Dara berdiri tidak bergerak hanya memandang keadaan diluar yang hujan lebat.
"Dahlah jom..."ucap Maliq menarik tangan Mukhlish.
"Kesian Kak Dara nak balik tak boleh...boleh tak kita tumpangkan Kak Dara Papa"ucap Mukhlish pada Maliq.
"Tak payah.... nak buat baik sangat...dengan orang yang Lish baru kenal"ucap Maliq dingin.Mukhlish terus mengikut langkah papanya ke kereta.
"Macam mana ni? Nak redah ke...atau tunggu hujan berhenti?"soalnya dalam hati.Dia membelek telefon pintarnya cuba menghubungi nombor Faysal.
Tapi panggilan tidak berjawab.
"Nampaknya aku kena redah jelah..."ucap Dara mengambil jarak untuk memulakan langkah kakinya laju sebelum dia terkejut dengan bunyi hon kereta.
"Oh Mak Kau!!!! Ishhhh...siapa yang kurang ajar sangat ni?"soal Dara dalam hati.Cermin kereta diturunkan.Dia menundukkan sedikit badannya untuk melihat siapa pemandunya.
"Kak Dara..."ucap Mukhlish dipintu.Dia pandang sebelah Mukhlish ada M&M
"Ehh...Lish...nak balik dah?"soal Dara memeluk tubuh.
"Aahh...Kak Dara jom...naik kereta biar Papa hantar Kak Dara balik"ucap Mukhlish.
Dara menggaru kepalanya yang tak gatal.Naik satu kereta dengan mamat ni memang taklah.Entah-entah ajak pun tak ikhlas nak tolong.
"Takpelah... Lish... Kak Dara boleh balik sendiri...lagipun arah rumah kita tak sama pun.."ucap Dara.
"Lish...masuk lantak dia berenang balik rumah"ucap Maliq dengan wajah dingin.Mukhlish masuk ke dalam dan cermin dinaikkan.Terus Maliq memecut pergi dari situ.
Ishhh....menyampah betullah.Nampak sangat kau sebenarnya tak ikhlas nak tolong.Kenapa malang sangat nasib aku jumpa kau.
************
Dara mengeringkan rambutnya yang basah itu.Nasiblah rambutnya pendek senang nak kering.Rasanya lama dia tak simpan rambut panjang.
Dia pernah ingat dulu disebabkan dia malas nak jaga rambut Mak Bedah terus kerat rambutnya pendek.Sampai sekaranglah rambutnya pendek tapi paras bahulah.
Ketukan pintu menyedarkan dia dari lamunan.Dia membuka pintu dan muncul Faysal dimuka pintu.
"Erm...nak apa?"soal Dara.
"Aik... Along nak jumpa kejap pun tak boleh?"soal Faysal.
Dara memeluk tubuh menyandar pada dinding.
"Kenapa monyok memanjang? Tak suka tempat kerja sekarang ke?"soal Faysal.
"Adik bosanlah ... kata editor tapi ni buat kerja bukan skop kerja adik.Nak pergi kerja pun rasa tak semangat.Syarikat apa Along recommend dekat adik ni"ucap Dara.
"Pasal tu...je..yang muncung sedepa.Along minta maaflah sebab tak jawab adik telefon tadi.Mak Ayah telefon Along tadi tanya khabar.Diaorang kirim salam dekat Adik"ucap Faysal.
Dara mengeluh kecil.
"Kenapa tak telefon Adik je? Kenapa mesti telefon Along? Macam tak ada nombor Adik"marah Dara.
"Mak takut kau sibuklah tu...sebab tu telefon Along"ucap Faysal.
"Alasan semua tu...macam Adik tak kenal diaorang terutama Mak tu.. sikit-sikit Along.Along jelah yang betul"ucap Dara kesal.
"Dahlah tak payah fikir...jom makan sekali "ajak Faysal.
"Tak naklah...tak lapar"ucap Dara menutup pintu biliknya.Faysal menundukkan wajahnya dan menggelengkan kepalanya.
************
Pagi lagi Dara dah lihat kelibat Maliq dalam pejabat.Awalnya harini datang selalu Kak Mas kata lapan setengah baru sampai.
Dara meletakkkan begnya dibawah meja.Dia mendengar di pantri semua seakan riuh orang berborak mungkin tengah sarapan pagi.
Dia bangkit mahu menegur tapi tak jadi.
"Budak baru tu... memang tak buat kerja ke?"
"Datang makan gaji buta"
"Mesti guna kabel dapat kerja dekat sini"
Dara memejamkan matanya sejenak dan hanya mengigit bibirnya menahan amarah tapi dia sedar ini bukan tempatnya.
Dia berpaling dan memandang Maliq yang berdiri tegak dibelakangnya.Dia terus berlalu melepasi tubuh itu kembali ke tempat duduknya.
Maliq berjalan ke arah Dara.
"Aku nak kau tolong study apa yang editor lama buat dan aku nak kau bentang pada aku esok pagi"arah Maliq terus berlalu dari situ.
Dara membuka komputer didepannya.Dan mula membuat kerja.
Dara mengurut lehernya yang rasa sengal-sengal.Lama betul dia menghadap komputer harini.
"Dara...jom kita pergi makan tengahari?"soal Kak Mas menegur Dara.
"Takpelah Kak Mas...saya ada hal dekat luar"ucap Dara perlahan.
"Takde rezekilah...kami nak sambut hari jadi Fara.Kalau macam tu kami pergi dululah"ucap Kak Mas.
Dara menutup buku notanya.Bukan dia tak nak makan dengan diaorang.Dalam situasi macam ni lebih baik dia elak bergaul dengan orang toksik macam budak-budak pejabat ni.Depab cakap lain belakang cakap lain.
Dia bangkit membawa roti dan air yang dibeli dekat Family Mart semalam.Tempat terbaik dia nak duduk sekarang dekat laman atap.Itu je dia rasa tempat terbaik untuk dia makan tengahari walaupun tak ada sebarang kanvas.
Dia memerhati sekeliling berharap tiada sesiapa yang tahu dia ke arah mana.
Sampai di atap dia menghirup udara segar.Sambil menarik kerusi yang lusuh itu dia melabuhkan punggung.
Dengan kaki disilangkan dia memandang langit yang biru dan luas.Nampak tenang tapi tak setenang hatinya.Air dibuka dan dia membasahkan tekaknya.
"Aku ingat tak ada orang?"soal suara parau dari arah belakangnya.
Terus tersembur air yang diminumnya tadi.Terbatuk-batuk Dara dibuatnya.Tiba-tiba dia rasa langit yang cerah tadi bertukar mendung.Dia menepuk belakang lehernya.
Tangannya menutup botol air mineral itu.Dara berpaling dan melihat Maliq berjalan ke arah depan sambil tangannya mengeluarkan sebatang rokok dan diletakkan di mulut lalu pemetik api dihidupkan.
"Aduh potong stim betullah baru aku nak menikmati ciptaan Allah datang pulak..."ujarnya dalam hati.
Maliq menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya.Dara tak bentah duduk dia harus bangkit dari situ.Tapi entah malang apa baginya kerusi yang dia duduk boleh pulak reput.
Gedebuk!!!
Maliq yang terdengar bunyi benda patah terus berpaling.
"Aduh...malunya..."ucap Dara.
Maliq menahan mahu ketawa.Dia melihat Dara yang terduduk dek kerana kerusi yang patah.Dara mengambil kerusi yang patah itu dicampaknya jauh dengan perasaan malu.
"Masa ni juga kau nak patah depan dia?"soalnya dalam hati.
"Boleh bangun tak? Kau ni berat dosa sebab tu patah kerusi ni"ujar Maliq pada Dara.
Dara mendongak dan menjelingkan matanya.
"Suka hati cakap aku gemok..berat aku baru 55 kg.Kerusi ni yang reput"ucap Dara.
Maliq menghulurkan tangan pada Dara.Tapi Dara bangkit dengan sendiri.
Dia membersihkan seluarnya yang kotor.
"Terima Kasih sebab semalam ambil anak aku balik sekolah.Sampai ke malam dia cerita pasal kau.Naik bernanah telinga aku dengar"ucap Maliq.
Dara mencebikkan bibirnya.
"Sama-sama.Tapi saya nak minta claim makanan dia semalam.Semuanya sebelas ringgit"ucap Dara sambil menadah tangan meminta duit pada Maliq.
"Kedekut betul kau sebelas ringgit je pun.Bukan semalam aku bagi kad kredit dekat kau? Asal tak guna?"soal Maliq.
Dara menggaru kepalanya.
"Agaklah bos saya makan cendol lori bukan cendol hotel lima bintang.Lagi satu kalau yang saya ambil semalam anak B40 saya belanja tapi anak T20 jadi kena claimlah"ujarnya.
Maliq mendengus kasar.
Dia mengeluarkan dompetnya dan mengambil not 50 ringgit diberikan pada Dara.
"Alamak duit besar saya mana ada duit kecil nak bagi baki"ujarnya.
"Simpan jelah baki kau tu untuk hari lain."ucap Maliq menyimpan kembali dompetnya.
Dara tersenyum manis.
"Terima Kasih bos..."ucapnya.
"Kau tunggu apa lagi...bukan kau selalu pergi solat ke lepas makan?"soal Maliq.
Dara memandang lelaki itu.Macamana lelaki ini tahu rutin dia setiap hari.
"Aaahhhlah...saya gerak dululah.Bos jangan lupa solat.Baru bos tak marah-marah"ujarnya berlalu keluar dari kawasan atap.
Maliq tersenyum senget.
"Sempat lagi kau ceramah aku"ucapnya.
"Kau tunggu apa lagi...bukan kau selalu pergi solat ke lepas makan?"soal Maliq. Dara memandang lelaki itu.Macamana lelaki ini tahu rutin dia setiap hari. "Aaahhhlah...saya gerak dululah.Bos jangan lupa solat.Baru bos tak marah-marah"ujarnya berlalu keluar dari kawasan atap. Maliq tersenyum senget. "Sempat lagi kau ceramah aku"ucapnya.
Share this novel