Apa dia buat kat aku? Dara tertanya sendiri lalu melangkah ke cermin diruang tamu.Wajahnya diteliti pada cermin.Kemudian sekitar leher dan tengkuknya pula dibelek.Tiada bekas gigitan.Kemudian dia melihat dalam bajunya juga sama tiada kesan.
Celik mata sahaja pandangannya sudah dijamu dengan senyuman meleret Maliq.Manis sekali.Dengan kumis didagunya baru pertama kali dia tengok wajah lelaki itu begitu dekat.Dia memukul tangannya kerana memeluk pinggan Maliq.
"Malunya!!"jerit Dara sambil menekup mukanya dengan tangan.
Aku penat sangat ke semalam masa heret dia masuk bilik sampai lupa nak letak benteng.Namun dalam rasa malu terdetik perasaan lain dalam hatinya.Berdegup laju jantungnya.
Apalah nasib dia ek? Derhakakah aku tendang suami sendiri?.Dia serba salah.
Maliq merengus kasar.Bengang dengan Dara yang tiba-tiba menjerit seperti terkena histeria lalu menendangnya sekuat hati sehingga dia terguling lalu jatuh katil.
Nasib tendang tempat lain bukan tempat alat sulitnya.Kalau tak mandul terus rasanya kalau kali ketiga kena lagi.Niaya aku...bebel Maliq dalam hati.
Dia baru mahu bangun tiba-tiba pintu bilik dibuka Dara.Maliq menjelingkan matanya tajam pada isterinya itu.
Dara menundukkan wajahnya dan mendekati Maliq.
"Awak...awak okay kan?"soal Dara perlahan.Maliq mendengus kasar.
"Saya tak sengaja nak tendang awak.Saya terkejut je..awak nak apa-apa?Ubat ke?"soal Dara.
Maliq masih diamkan diri.Sengaja buat-buat tak peduli dengan Dara.Dia bangkit lalu melangkah menuju ke laci meja kecil di meja solek.Sebotol ubat dicapai lalu dikeluarkan dua biji isinya.Gelas berisi air masak yang sentiasa tersedia di atas meja itu dicapai.
Dara hanya memerhati.
Dia ada gastrik semalam sebab seharian tak menjamah apa-apa makanan.Mujurlah harini hari Sabtu.Bolehlah dia berehat dekat rumah.
Dengan masalah Suraya yang tak habis-habis menganggu hidupnya.Dengan Dara yang masih dengan pendirian tidak mahu beri peluang padanya untuk jadi suami.
"Saya tak tukar baju awak semalam saya takut kalau awak tak selesa"ucap Dara.Dia menunggu reaksi Maliq.
Maliq tersenyum sinis.
"Ialah saya ni cuma suami dalam kertas je bagi awak.Sepanjang dua minggu kita kahwin awak pernah anggap saya ni wujud sebagai suami awak ke Dara?"soal Maliq tegas.
Ia memang dia tak minta untuk Dara berikan kewajipan tugas sebagai isteri.Dara berjaya buat tanggungjawab sebagai isteri.Tapi itu tanggungjawab zahir.Dia sendiri tak pasti sama ada Dara ada rasa cinta pada dirinya atau tidak?.
"Saya... hormat awak sebagai suami saya.."ucap Dara tapi tak habis.Dara seakan susah nak ungkap apa ada dalam hatinya.
Maliq terus berlalu ke bilik air.Dara menutup wajahnya dengan tangan.Kenapa dia rasa serba salah.
*********
"Papa minta maaf dekat Lish sebab Papa terlupa semalam"pohon Maliq penuh rasa kesal.
Mukhlish hanya diam dimeja makan.Dara di dapur memandang sekilas ke arah anak beranak itu.
Mukhlish tidak bercakap sepatah pun.Maliq terus berfikir-fikir cara untuk memujuk Mukhlish.Dia mendapat idea.
"Okeylah..sebagai tanda minta maaf Papa bawa Lish pergi jalan-jalan satu hari.Lish cakap je Lish nak pergi mana.Papa akan bawa"pancing Maliq.
"Betul ke papa?"tanya Mukhlish teruja sekali.
"Betul sayang"jawab Maliq sambil mengusap perlahan kepala Mukhlish.
Dara didapur hanya mencebikkan bibirnya mendengar perbualan itu.
"Papa kita pergi dengan Mama sekali boleh?"soal Mukhlish.
Maliq terus mati senyuman.Dia mengeluh kecil.
"Mama sibuk...Papa je teman Lish harini"ucap Maliq.
"Alah...Lish nak Mama ikut"ucap Mukhlish.
"Lain kali..."ucap Maliq sambil matanya memandang ke arah dapur.
Dara mengelap tangannya pada kain setelah selesai basuh pinggan.Dia berpaling ke belakang tiba-tiba." Ya Allah!!!" spontan Dara melatah bila melihat Maliq tercegat dibelakangnya dengan muka serius.
"Awak ni buat saya terkejut je"rengus Dara mengusap dadanya.Wajah itu serius nampaknya perang dingin sudah mula sejak pagi tadi.
"Saya nak keluar dengan Mukhlish berdua tak payah masak tengahari"jelas Maliq tegas sekali.Lelaki itu terus melangkah keluar dari dapur.
Berdua? Tanpa dia... nampaknya Maliq betul-betul marah kali ini.Kau sedar diri kau Dara.Cermin diri kau tu dulu.
Dara menyiapkan Mukhlish dengan baju yang baru.Dia menyikat rambut anaknya itu.
"Mama jomlah ikut..Lish pergi jalan dengan Papa.Lish nak Mama ikut"ucap Mukhlish.
Dara tersenyum manis.
"Takpelah..Lish spent time dengan Papa nanti Lish balik boleh cerita dengan Mama"ucap Dara.
Mukhlish muncung sedepa.
"Tak nak macam ni..senyum..senyum lebar lagi"ucap Dara.Mukhlish tersenyum manis.
"Ingat pesan Mama dengar cakap Papa okay"pesan Dara.Mukhlish mengangguk perlahan dan memeluk Dara.
"Lish dah jom nanti lambat"panggil Maliq diluar.Dara menghantar Mukhlish keluar.Dia memandang Maliq yang sedang pakai kasut.
"Kunci pintu kalau nak keluar"itu sahaja pesanan dari Maliq.Lelaki itu terus menuju ke kereta.
Mukhlish melambaikan tangan pada Dara.Dara tersenyum dan melambai kembali pada Mukhlish.Maliq memandang cermin sisi melihat isterinya itu.
Dia mengeluh kecil terus menekan pedal minyak kereta untuk bergerak keluar dari rumah.Bayang kereta Maliq menghilang dari pandangan matanya.
Dia masuk ke dalam rumah.Dia memandang rumah yang begitu sunyi.Apa aku nak buat sorang-sorang?.Nak masak tengahari tadi Maliq kata tak payah.
***********
Dara duduk dibangku kayu ditepi rumah banglo itu.
"Ialah saya ni cuma suami dalam kertas je bagi awak.Sepanjang dua minggu kita kahwin awak pernah anggap saya ni wujud sebagai suami awak ke Dara?"soal Maliq tegas.
Dara memandang cincin dijarinya itu.Cincin yang disarungkan padanya masa mereka akad nikah.Dara mencium cincin tersebut lama.
"Maliq...ada usaha untuk cuba memperbaiki hubungan ini lebih baik tapi aku...apa usaha aku nak perbaiki hubungan ni"ucap Dara sorang-sorang.
Telefon pintarnya berbunyi tertera nama Mak Bedah disitu.Dia menelan air liurnya sebelum menekan skrin.
"Asalamualaikum...Mak.."
"Walaikumusalam...lama tak telefon Mak.Semua sihat ke?"soal Mak Bedah.
"Sihat Alhamdulilah...Mak dan Ayah sihat?"soal Dara semula.
"Alhamdulilah...sihat orang tua..bila kamu nak balik sini?"soal Mak Bedah.
"Erm...mungkin minggu depan sebab syarikat ada buat program tapi bermalam nanti mungkin Mukhlish kami hantar dekat sana"ucap Dara.
"Ohh.. hantar jelah.. Mukhlish tu pandai bawa diri.Ni senyap je mana cucu Mak?"soal Mak Bedah menanyakan tentang Mukhlish.
Dara mati akal nak menjawab.
"Erm....Lish dia keluar dengan Papa dia.Kejap lagi baru balik"ucap Dara walaupun dia sendiri tak tahu jam berapa Maliq akan balik.
"Erm..takpelah..nanti kirim salam dekat Maliq dengan cucu Mak"ucap Mak Bedah.
"Insyallah... Asalamualaikum.."ucap Dara menamatkan panggilan telefon dan dia terus bangkit untuk masuk ke dalam memandangkan kejap lagi dah nak asar.
*********
Dara selesai solat telekung dilipat lalu disidai di penyidai.Dia baru sahaja selesai solat asar tapi Maliq dan Mukhlish belum balik lagi.Sejadah yang masih terbentang di atas karpet dilipat dua lalu disidai pada tempat yang sama.
Pintu bilik dibuka, muncul Maliq yang baru balik.Dara memandang lelaki itu.
"Awak dah balik? Lish mana?"soal Dara ingin mula berbicara.
"Ada dekat bilik dia"ucap Maliq sambil membuka jam dipergelangan tangannya.Dara bermain dengan jari jemarinya.Dia rasa pelik bila mereka berdua dingin sebegini.
Dara mendekati Maliq.
"Awak..."
"Saya nak mandi..."ucap Maliq berlalu melepasi tubuhnya.Pinti bilik air ditutup rapat.Hanya pancuran air yang kedengaran.
Dara terkaku seketika.
Dia turun ke dapur sementara suaminya membersihkan diri.Dia mencapai muk dan membuatkan air untuk Maliq.Dia harap sejuklah hati suaminya itu.
"Mama..."panggil Lish dibelakangnya.
Dara tersenyum.
"Lish..dah mandi..?"soal Dara memegang bahu anaknya itu.
"Dah....Mama buat apa tu?"soal Mukhlish.
"Mama buat air untuk Papa.Lish nak ke?"soal Dara.
Mukhlish menggelengkan kepalanya.
"Lish nak tengok cerita kartun boleh?"tanya Mukhlish.
Dara mengangguk perlahan.Mukhlish terus berlari ke arah ruang tamu.Dara membawa muk air ke dalam bilik.
Dia melihat suaminya sedang duduk tahiyat akhir.Dia meletakkkan muk atas meja.Dia menanti Maliq selesaikan solat.
Maliq meraup wajahnya setelah selesai solat.Dara melabuhkan lututnya duduk disebelah Maliq yang masih berteleku atas sejadah.
"Awak...awak masih marah dekat saya ke? Jangan diam...saya tak boleh kalau awak diam macam ni..saya lebih suka kalau awak bebel dekat saya..."ucap Dara menarik hujung baju Maliq sambil menundukkan wajahnya.
Maliq berpaling dan memandang tangan isterinya yang menarik bajunya.Comel rupanya isterinya kalau takut dia marah.
"Saya...cuma kecewa...dengan awak.."ucap Maliq perlahan.
"Saya tahu..saya tak romantik...macam..isteri orang lain.."ucap Dara.
Maliq tersenyum senget.Dia mahu bangkit dari duduknya.
"Awak maafkanlah saya!!!"jerit Dara menarik kain pelikat Maliq.Maliq memandang kain pelikatnya sudah terlucut.
Dara mendongak dan terkebil-kebil.Maliq baru nak kenakan Dara sebaliknya dia pula yang malu.Dara ternampak Maliq dengan hanya boxer.
"Awak..saya tak sengaja..."ucap Dara.Maliq terus mengangkat tubuh Dara dan menghempaskan tubuh itu atas katil.
Dara memandang Maliq yang berada atas tubuhnya.
"Tangan dengan kaki awak ni bahaya betul ya?"soal Maliq pada Dara.
Degupan jantung Dara semakin menggila.Maliq mengusap pipi Dara yang lembut.
"Saya maafkan awak...."ucap Maliq mendekatkan wajahnya pada Dara.Dara menggengam tangannya kuat.Bibir Maliq hampir menyentuh bibir isterinya.
"Mama!! Papa!!!"
Maliq terus bangkit menegakkan badannya.Dara turut bangkit mengawal riak wajahnya yang merah.Mereka berdua tersenyum manis pada Mukhlish.
Maliq terus bangkit menegakkan badannya.Dara turut bangkit mengawal riak wajahnya yang merah.Mereka berdua tersenyum manis pada Mukhlish.
Share this novel