BAB 3

Drama Completed 90864

Maliq memandang lama Dara di hadapannya.Perasaan bengang kelmarin kembali membuatkan.Kerana gadis itu, dia terpaksa menanggung seksa yang masih bersisa sehingga kini.

Dia agak was-was sama ada gadis di hadapannya ini boleh atau tidak kerja di syarikat miliknya itu sebagai editor.

Apa hal pulak dia pandang aku macam tu? Apa? Dia ingat gaya aku macam ni belajar takat SPM je ke? Sorry...saya dah ijazah tau.Cucuk mata tu dengan lidi sate baru tahu.Biar buta terus seumur hidup.Sempat lagi Dara memaki lelaki di hadapannya itu dalam hati.

Brian yang dipaksa berada di dalam bilik mesyuarat itu hanya memandang mereka berdua.Dia perlu ada dalam bilik itu kerana perlu menjadi saksi perjanjian sebentar lagi.

"Kau dah fikir masak-masak nak terima kerja ni?"tanya Maliq dengan serius sekali.

Dara terus melarikan pandangan.Serba salahnya pasal hal kelmarin masih bersarang di kepalanya.Boleh ke dia bekerja dengan lelaki yang pernah di pukul kelengkangnya? Mahu dendam sampai tujuh keturunan?

Ni temuduga kan? Agak-agaknya , dia nak balas dendam dekat aku ke?.Tapi Along dah mengugutnya tadi.Aku mana ada pilihan lain.

"Emmm...."Dara gugup.

"Jawablah!! Aku tanya ni!!!"bentak Maliq.

"Ya saya sanggup.Kalau saya tak sanggup,saya tak datang sini"Hampir terkencing dan melatah Dara dibuatnya bila dibentak sedemikian.

Dia nak bunuh aku ke? Buatnya aku ada penyakit jantung berlubang ke, tak ke arwah aku dekat sini?.

Brian yang turut ada dalam bilik mesyuarat itu sudah mengurut-urut dada.Terkejut bila Maliq tiba-tiba menengking.

Maliq menyembunyikan senyuman sinis.Best jugak dapat menggertak perempuan yang tak berapa perempuan ni.Inilah masanya untuk aku balas dendam.Dalam diam rupanya dia ingin balas dendam.

"Kau pasti?" Maliq ingin kepastian.

Dara memandang lelaki disebelahnya memandang Along tidak mengikutnya masuk tadi.Kelihatan lelaki disebelahnya hanya tersenyum manis.

"Ya saya pasti" jawab Dara was-was.

Ikutkan hati dia tak mahu ini tapi dia tak sanggup kehilangan Along satu-satunya Abang yang dia ada.Dia memaksa diri untuk terima.

"Aku tak naklah kerja dengan aku tiba-tiba berhenti.Bagi gaji dah cukup tapi tak bersyukur.Menyusahkan orang lain"jelas Maliq walaupun tidak ditanya.

Dara membetulkan kedudukannya.

"Saya sanggup bayar berapa je sahaja yang awak minta.Tapi ada surat perjanjian yang perlu awak tandatangan"jelas Maliq serius nadanya.

Simbol duit sudah terpancar pada anak mata Dara.

"Saya sanggup"

Tanpa berfikir panjang, Dara sudah bersetuju.Dia belum tahu bahana yang bakal dia lalui nanti.

Maliq dah senyum sedikit.Nampaknya terdesak sangat budak ni desis hatinya.

"Kalau dah macam tu sila tandatangan kat surat perjanjian ni" pinta Maliq menghulurkan surat perjanjian yang sedari tadi di tangannya pada Dara.

"Sign kat mana?" tanya Dara selepas surat perjanjian itu sudah di tangannya.

Brian disebelahnya terbuntang memandang Dara dengan selamba menurunkan tandatangan tanpa membaca item-item yang termaktub dalam perjanjian itu.

Maliq turut terkejut.

"Saya tak bawa pen" pinta Dara pada Maliq.

Dengan teragak-agak Maliq menghulurkan pen.Dia masih terkejut sebenarnya.

"Page akhir bawa sekali"ucap Maliq sudah mengigit bibirnya.

Dengan rakus Dara menyelak ke muka surat akhir.Tanpa berlengah dia tandatangan terus diturunkan.

Brian mahu menghalang tapi Dara sudah selesai tandatangan.Begitu mudah dan polos gadis ini menurunkan tandatangan tanpa membaca isi kandungan surat perjanjian itu.

"Saya nak lima ribu ringgit sebulan.Boleh?"pinta Dara sambil mengukir senyum.

Maliq mencapai semula surat perjanjian yang dihulur kembali.

"Okey" akur Maliq lalu menulis jumlah yang dipinta Dara itu.

"Kalau tak keberatan, boleh saya tanya? Bila saya boleh mula kerja? Dekat department mana saya duduk nanti?"tanya Dara dengan selamba.

Ini untuk kebaikan dia juga.Dia perlu tahu supaya dia boleh bersedia siap-siap.

"Besok tepat pukul lapan setengah pagi.Nanti Kak Mas akan tunjukkan tempat kau.Tapi satu je aku nak kau ubah?"soal Maliq dengan serius.

Dara memandang lelaki itu.

"Aku tak nak kau pakai macam apa yang kau pakai sekarang ni"ucap Maliq menunjukkan jari telunjuk padanya.

Dara membelek penampilannya.Apa yang salah? Janji dia pakai baju?.

"No ripped jeans and cap in my office.Especially women like you"ujar Maliq pada batang hidungnya.

"Tapi saya lebih selesa dengan pakaian saya.Lagipun saya duduk dalam pejabat saja bukan pergi mana"jawab Dara.

Maliq mengangkat kembali surat perjanjian itu.Dan membukanya lalu dibaca.

"Dalam perjanjian ni awak tidak boleh berpakaian seperti lelaki sekiranya jantina awak adalah perempuan.Dan saya bagi sedikit kelonggaran boleh pakai seluar tapi bukan seluar jeans tak cukup kain.Awak nak tunjuk kepala lutut awak dekat siapa? Dan kenapa perlu pakai topi? Pejabat saya ni bumbung tak panas pun..."terang Maliq.

Dara bangkit dari duduknya.

"Saya tak setuju dengan syarat tu..."ucap Dara membentak marah.

Wajah Maliq berubah saat suara Dara naik.

"Surat perjanjian awak dah sign dan saksi pun ada dalam ni.Dan ada syarat dalam ni yang awak sendiri tak baca sekiranya awak berhenti sebelum tiga bulan, awak perlu membayar balik jumlah gaji bulanan yang sebanyak dua kali untuk tiga bulan berturut-turut sebanyak RM 30 000 dalam masa tiga bulan.Awak tahu akibat sekiranya awak membatalkan perjanjian ni sekarang?"soal Maliq lagi.

Perjanjian itu sudah sah.Siap ada cop setem asli.Itu menandakan perjanjian itu boleh dibawa ke mahkamah jika ada salah seorang melanggar isi perjanjian.

Angkara duit dia sampai lupa membaca item-item dalam surat perjanjian itu.

"Apa motif Tuan Maliq sebenarnya?"tanya Dara inginkan kepastian.

Maliq mengeluh kecil.Terlalu naif gadis di hadapannya itu.

"Saya dah tulis item-item yang awak perlu laksanakan.Lagipun setiap item yang ada saya dah tebalkan huruf tu, tapi awak tak bacakan?"jawab Maliq.Kali ini dia gunakan bahasa yang sedikit sopan.

Dara mengetap bibirnya.

"Okay...saya cuma nak suasana kerja yang tenang.Tanpa percakapan orang sekeliling kalau dia mengata saya ni memperkerjakan orang yang...maksud saya awak tu perempuan tapi.."Maliq sudah melihat Dara atas bawah.

"Apa ni?" marah Dara sambil menutup kawasan dadanya dengan tangan bila melihat mata Maliq merayap ke seluruh tubuhnya.

Maliq melarikan pandangannya.Perempuan rupanya.Baru perasan detik hatinya.Tergetar sedikit jiwa lelakinya.

Dara menjeling benci.Dasar lelaki gatal.Seramnya!! Pekik hati Dara sudah memikirkan yang bukan-bukan.

Maliq tergelak sinis.

"Awak ingat saya ni syok dekat awak ke? Perasan...Saya pun ada tastelah..tolonglah"

Dara merenung sinis.Wah...wah...dia sindir aku nampak? Tahulah aku ni tak cantik macam Sophia Albarakbah ke? Bella Astillah ke?.Tapi ini sudah lebih.Dia menghina aku dengan ayat sopan.

"Habis saya nak pakai baju apa?"soal Dara pada Maliq.

"Baju yang melambangkan perempuan cukup sedap mata memandang.Saya rasa jeans koyak ni boleh kot buat alas kaki dekat rumah"ujar Maliq kembali ke tempat duduk.

Dara sudah menyiram tapi dia tahan sabar.Tak sabar arwah mamat apa nama penuh tadi? Maliq Mateen.... senang aku panggil mamat M&M je.

"Perlu ke saya pakai baju perempuan juga?"ujar Dara mempertikai sekali lagi.

Maliq mengangkat muka dengan wajah bengang.Boleh pulak dia tanya lagi.Berbuih mulut aku terangkan tadi dia ingat aku sedang bersajak? Aku sekeh juga minah sengal ni kang.

"Sorry...bos..saya balik dululah..saya nak kena cari baju perempuan saya yang tanam dekat belakang rumah saya"

Terkial-kial Dara melangkah keluar.

Spoilkan mood aku je, desis hati Maliq lalu memandang pada surat perjanjian itu.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh nak kutip balik.Dia keluar dari lif dan melihat Faysal yang sedang berdiri membelakanginya bercakap dengan telefon.

Dia rasa nak menjerit tapi tersekat dekat kerongkongnya.

Apalah nasib kau Dara? Bergolek-golek bala datang....

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh nak kutip balik.Dia keluar dari lif dan melihat Faysal yang sedang berdiri membelakanginya bercakap dengan telefon. Dia rasa nak menjerit tapi tersekat dekat kerongkongnya. Apalah nasib kau Dara? Bergolek-golek bala datang....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience