Dara termenung jauh di depan mesin basuh yang sedang berputar mencuci pakaian didalamnya.Faysal yang ke dapur mahu minum air terkejut melihat Dara duduk didepan mesin basuh.
"Dik...kau okay tak ni?"soal Faysal mencangkung disebelah adik kesayangannya itu.Dia memandang muka Dara yang ralit melihat baju yang berada dalam mesin basuh.
Faysal melambaikan tangan didepan muka Dara.
Dara memandang Faysal.
"Bila masa Along dekat sini?"soal Dara.
"Parah kau ni....sampai Along duduk depan kau pun kau tak sedar.Ni apa cerita termenung dekat depan ni.Pagi tadi pergi mana? Keluar dengan boyfriend ya?"soal Faysal.
Dara mengeluh dan bangkit.
"Ada ke orang yang boleh terima adik Along ni? Kasar tak macam perempuan lain"ucap Dara sambil memeluk tubuhnya.
Faysal pelik kedengaran suara Dara macam serius.
"Ada tu yang minat dekat Adik cuma adik tu kena lebih terbuka sikit.Lupakanlah Farid tu cari orang lain yang menghargai Adik.Ni Along ingat nak balik rumah jumpa Mak dan Abah.Adik ikut ya?"soal Faysal.
Dara memuncungkan bibirnya.
"Kali ni balik Mak ada pesan apa-apa ke?"soal Dara.
"Tak ada kita balik jelah...takkan Dara masih marah dengan Mak.Biasalah Mak pun namanya.Jangan ambil hati sangat.Jumaat petang kita balik rumah Mak dan Ayah"ucap Faysal.
Dara tersenyum sedikit.
*******
Dara duduk bersilang kaki digazebo atas atap.Dia mengeluh berat.
"Aku dah agak kau dekat sini?"soal Maliq yang berdiri didepan pintu.Dara mendongak sebaik sahaja suara itu menegurnya.
"Bos cari saya ke?"soal Dara.Maliq melangkah ke arahnya sambil tangannya menyeluk poket seluarnya.
"Kenapa kau tak keluar makan macam yang lain? Kenapa kau sorang-sorang dekat sini?"soal Maliq.
Dara menundukkan wajahnya.
"Malas nak keluar...sebab nak cari tempat makan pun dah lama lepastu nak kena tunggu makanan sampai lagi.Kan buang masa tu.Jadi saya bawa makanan saya makan dekat sini"ucap Dara petah.
Perut Maliq berbunyi kuat.Maliq memandang mata Dara yang turut beralih padanya.
"Bos cakap saya tak keluar makan sebenarnya bos pun tak makan lagi?"soal Dara.
"Aku sibuk..tak sempat lagipun tak ada orang yang nak ingatkan Aku sekarang waktu makan"ucap Maliq.
Dara mengambil sesuatu dalam begnya dan diserahkan pada Maliq.
Maliq memandang pada bekas makanan itu.
"Apa ni?"soal Maliq.
"Buah epal saya bawa tapi saya dah kenyang makan Sandwich.Bos ambillah makan habiskan nanti bekasnya bos letak atas meja saya je"ucap Dara menghulurkan bekas makanan itu pada Maliq.
Maliq menyambut dari tangan Dara.
"Terima Kasih..."ucap Maliq lalu melabuhkan punggung disebelah Dara.
Dara menjarakkan sedikit kedudukannya dan meletakkkan begnya disisi supaya ada jarak antara mereka.
Maliq mengunyah buah epal itu.
"Erm...bos saya lupa nak bawa baju kurung dan selendang haritu.Saya dah basuh dah tapi lupa nak bawa pagi tadi.Esok saya bawa"ucap Dara.
"Simpan jelah..anggap aku bagi kau baju tu"ucap Maliq.
"Ehh...tak boleh...saya boleh terima baju kurung tu mahal kot dan kasut tu nanti saya akan pulangkan jugak"Dara berkeras mahu memulangkan semula barang-barang itu.
"Kau ni!!!!" jerit Maliq tercekik buah epal gara-gara nak marah Dara.
Dara yang melihat Maliq tercekik terus duduk dibelakang Maliq dan memeluk tubuh itu dan menekan bahagian dada Maliq.Tergolek keluar buah epal dari mulut Maliq.
Uhuk...Uhuk...
Dara menepuk lembut belakang Maliq.
"Aahh tulah bos tahu nak menjerit je...bos ingat bos ni Bandi Amuk ke? Sikit-sikit jerit...cuba cakap elok-elok buatnya bos mati dekat sini tadi tak ke berhantu tempat ni"bebel Dara.
Maliq memegang lehernya yang sakit.Dahlah kawan tu tercekik kena bebel pulak.
"Kau takut kalau aku mati?"soal Maliq.
"Apa punya soalan bos ni...semua orang takut mati.Orang dah cukup amal je..yang tak takut mati"ucap Dara.
"Lish nak jumpa dekat kau? Bila kau free?"soal Maliq.
Dara menggaru kepalanya.
"Minggu ni saya tak boleh nak jumpa dia sebab saya ada hal keluarga"ucap Dara.
"Oh yeke..takpelah nanti saya bagitahu Lish"ucap Maliq.Dara turun dari gazebo.
"Saya masuk dalam dulu.."ucap Dara meninggalkan Maliq disitu.
Maliq menggigit bibirnya.
**********
"Apa....Dara tak salah dengar kan?"soal Dara pada kedua ibubapanya yang sedang duduk diruang tamu.
Mak Bedah hanya diam begitu juga dengan Pak Abbas.
"Mak...Dara dah cakap banyak kali yang Dara tak nak kahwin dengan orang yang Dara tak cinta.Mustahillah Mak, Ayah dan Along!!"jerit Dara kecil lalu menghempas kasar punggungnya di atas sofa.
"Mak dengan Ayah dulu pun kahwin pilihan keluarga.Sampai harini kami punya rumahtangga masih lagi utuh.Tak ada masalah pun"ucap Mak Bedah.
Dara memandang Faysal yang diam.
"Mana boleh itu zaman Mak dan Ayah.Sekarang zaman moden, Mak nak seumur hidup tengok anak mak ni merana.Hidup satu bumbung dengan orang yang dia tak suka.Along tolonglah pujuk Mak dan Ayah ni.Bagilah Along kahwin dulu..kenapa adik pulak?"soal Dara tak puas hati.
"Along rasa tu yang terbaik untuk adik"ucap Faysal.
Dara mengeluh berat.
"Seriously Adik tak faham, kenapa perlu aturkan hidup Adik.Kalau macam nilah balik asyik nak bercakap pasal perkara ni.Lebih baik adik tak payah balik senang!!!"ucap Dara terus keluar dari rumah itu.
"Adik!!!"jerit Faysal mengejar langkah Dara.Mak Bedah dan Pak Abbas dah menggelengkan kepalanya.
Dara terus berlari sekuat hatinya.Faysal keluar dia dah tak nampak arah mana Dara pergi.Dia menundukkan wajahnya dan menggaru kepalanya.
*********
"Papa..."seru Lish.
Maliq sedang duduk sambil tengok TV memandang Mukhlish yang duduk di sisi.
"Kenapa?"soal Maliq.
"Lish rindu Kak Dara...bila kita boleh jumpa dengan Kak Dara?"soal Mukhlish.
Maliq memeluk tubuh kecil itu.
"Kak Dara ada hal...nanti Papa bawa jumpa minggu depan.okay?."ucap Maliq.
Lish mengangguk perlahan.
"Dah tak payah sedih.."ucap Maliq lagi.Telefon pintarnya berbunyi tertera nama Faysal.Dia menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum...lama tak call aku?"soal Maliq.
"Walaikumusalam... sorry kacau..kau..aku nak cari Dara ni.."ucap Faysal cemas.
Maliq menegakkan badannya sebaik sahaja nama Dara disebut oleh Faysal.
"Dara... kenapa dengan Dara?"soal Maliq.
"Dara...marah tadi..pastu dia lari dari rumah keluarga aku? Masalahnya aku tak tahu dia dekat sekarang"ujar Faysal.
"Lari??? Pasal apa dia lari?"soal Maliq.
"Macam ni Mak aku pandai-pandai pergi arrange nak jodohkan dia dengan anak kawan dia.Dara tahu marah dia tu lari tu.."cerita Faysal.
Maliq bangkit dari duduknya.
"Dah call nombor dia..?"soalnya lagi.
"Telefon dia off.Kau tahu tak mana-mana tempat dia selalu lepak ke? Takpelah aku cari dia lagi"soal Faysal mematikan panggilan.
Selalu lepak?. Maliq terfikir satu tempat je..tapi cuti-cuti ni mana ada orang nak ke sana?.Tapi tak mustahil juga sebab Dara ni jenis pakat redah je apa pun.
"Lish...nak ikut Papa jumpa Kak Dara?"soal Maliq pada Mukhlish.
Mukhlish mengangguk laju dan tersenyum manis.
********
Dara boleh nampak pemandangan waktu malam diatas bangunan ini.Nasib boleh masuk tadi sebab dia bagi alasan ada kerja.Dia melihat jam dipergelangan tangannya sudah jam lapan malam.
Tapi dia nak balik pun nanti bertembung dengan Along mungkin.Angin malam menyapa wajahnya.Mungkin tanda langit malam ini akan hujan.Sama macam hatinya juga sekarang.Tak ada sesiapa akan faham apa yang dia mahukan?.
"Dara!!!!"
Dara berpaling sebaik terdengar jeritan namanya dipanggil dan terkejut melihat muka merah padam Maliq.Apa mamat ni buat dekat sini?. Lelaki itu melangkah ke arahnya dengan laju.
"Bos... datang sini nak marah saya juga ke?"soal Dara mengundurkan dirinya ke belakang.Kakinya tersadung besi dibelakang dan tubuhnya hampir terlentang.
Maliq menyambut tangan Dara dan menariknya ke arahnya.Dara memejamkan matanya.Maliq dapat dengar degupan jantung Dara sangat kuat.
"Kau boleh buka mata"ucap Maliq.Dara mencelikkan matanya dan melihat dia dan Maliq sangat rapat.
"Bos...pun nak marah....saya ke?"soal Dara bergetar suaranya.Airmatanya bergenang dengan tiba-tiba.
"Aku tak marah kaulah..."ucap Maliq perlahan.Dara menyembam mukanya pada dada Maliq.
Tangisan Dara pecah.
Maliq kaku.Tapi dia membiarkan sahaja tidak rasa mahu melenting.Dia menepuk lembut belakang Dara.Dia dapat rasakan basah dan hangat tubuhnya saat ini terkena airmata Dara.
Maliq kaku.Tapi dia membiarkan sahaja tidak rasa mahu melenting.Dia menepuk lembut belakang Dara.Dia dapat rasakan basah dan hangat tubuhnya saat ini terkena airmata Dara.
Share this novel