Dara baru lepas ambil wuduk dia nak solat magrib dahulu.Telekung pada penyidai dicapai dan disarungkan.Dia membelek dan mengemaskan telekungnya terlebih dahulu memastikan tiada rambut yang terkeluar.
Dia mengambil sejadah yang terlipat elok pada tempat yang sama. Bersedia untuk dibentangkan menghadap Kiblat.
Tuk! Tuk!
Ketukan pintu bilik mengalihkan pandangan matanya.Dara menghala ke pintu dan dibuka lalu terkesima melihat Maliq didepan pintu siap dengan baju melayu serta kain pelikat.Hensemnya suami siapa ni?.
Dara menggelengkan kepalanya laju.Dia memandang lelaki itu.
"Awak nak pergi surau ke?"soal Dara.Walaupun dia tahu Maliq jarang ke surau sebab dia lebih selesa solat di rumah.Melainkan solat jumaat di masjid.
Maliq tergelak kecil pada Dara yang masih keliru dengan rutin harian mereka.
"Saya lupa pulak..awak mana nak ingatkan? Saya nak ajak awak solat magrib berjemaah.Jom Lish dah tunggu dah"ucap Maliq.
Dara pura-pura tak ingat.Maliq mendekati Dara.Bahu isterinya dipegang.
"Kan saya pernah cakap biar saya tak dapat tidur sekatil dengan awak janji saya dapat imamkan awak dalam setiap solat awak"ucap Maliq mengangkat keningnya.
Ya! Dara tak pernah lupa itu.Dia sentiasa ingat kata-kata suaminya itu.
"Awak tak nak pahala lebih?"soal Maliq.Dara lambat-lambat mengangguk pada soalan Maliq.
"Jom..."Maliq menghulurkan tangan pada isterinya.Dara tersenyum manis dan jalan melintasi depan Maliq.
Maliq memandang tangannya yang tidak disambut itu.Takpe...saya faham awak ada wuduk.
"Allahuakbar!!!" takbir diangkat oleh Maliq dikuti dengan makmumnya.
************
Dara menyusun baju dalam almari dalam bilik kedua ini.Dia sebenarnya rindu dengan bilik mereka berdua tapi tulah.Dia menyusun baju suaminya itu lalu diciumnya.Bau minyak wangi suami masih melekat pada baju walaupun sudah dicuci.
Dia bangkit berjalan ke bilik utama.Pintu dikuak perlahan tiada sesiapa didalam mungkin Maliq dekat bawah lagi.
Dia membuka almari dan meletakkkan baju dalam almari lalu ditutupnya.Dia berpaling dan melihat pada meja disisi katil terdapat bingkai gambar.Sejak bila ada bingkai dekat sini?. Setahu dia meja ni hanya ada pasu kecil je.
Dia mencapai bingkai gambar itu.Dan dia tengok itu gambar mereka berdua sewaktu bernikah dulu.
Terbit dibibirnya satu senyuman.Dia rindu aku sangat ke sampai letak gambar dekat sini.Dara mengetap giginya.Dia meletakkkan bingkai itu kembali dan berlalu keluar menutup pintu rapat.
Telinga dipasang cuba mencari arah bunyi seolah-seolah ada orang sedang berbual dibawah.
Dia menuruni anak tangga.Macam bunyi suara TV.Siapa yang tengok TV?.Mesti Lish ni.Dia semakin hairan bila melihat Mukhlish sedang khusyuk mewarna buku latihan di ruang yang dibuat khas untuk Mukhlish.
"Lish...kenapa TV terpasang tapi tak tengok? Kan Kak Dara dah pesan jangan membazir"rungut Dara lalu melangkah ke dapur mengambil segelas air susu soya sejuk dan dua keping roti dibawa ke depan.
"Bukan Lish yang tengok"soalan Dara tadi baru dijawab oleh Mukhlish.
Dara berkerut dahi."Dah tu siapa yang tengok TV tu? Bukan Papa dekat atas tengah buat kerja?"lanjut Dara.
"Papa" Sepatah Mukhlish menjawab tanpa memandang ke arah Dara.
Dara terkejut.Dengan roti masih dimulutnya dia menoleh ke arah ruang tamu.Tiada sesiapa pun disitu.
"Papa? Tak ada pun?"tanya Dara lagi.
"Ada dekat sofa panjang tengah baring"
Dara angguk akur lalu melangkah menuju ke ruang tamu.Benar, Maliq sedang nyenyak tidur.Dia mendekati wajah itu yang masih lena.
Rindu saya nak tengok wajah awak dekat-dekat macam ni.Tiba-tiba terlintas idea jahat dikepalanya.Ni kalau aku cucuk hidung dia ni syok jugak ni.Dia menghalakan jarinya pada hidung Maliq.Bibirnya sudah menahan gelak.Belum sempat dia nak ketawa.. Maliq tiba-tiba...
"Huah!" Sergah Maliq dengan sekuat hati.
"Mak kau!!! jerit Dara terkejut.Maliq ketawa terkekek-kekek melihat aksi terkejut Dara tadi.
"Awak ni kalau saya ada barah otak, tak ke mati saya dekat sini"ucap Dara bengang sambil mengusap dadanya.Wajah Maliq dipandang benci.
Maliq kaku memandang Dara.Berapa saat kemudian dia menyambung ketawanya.
"Mana ada orang sakit barah otak boleh mati terkejut"ejek Maliq dalam tawanya.
Dara menjeling sinis pada Maliq.Pandangannya dialihkan ke arah televisyen.Malas untuk melayan Maliq lagi.Biarlah suaminya itu ketawa sepuas-puasnya.Penat diamlah nanti.
"Awak ni dari dulu sama je..nak kenakan saya mesti awak kena balik"perli Maliq sambil menghabiskan sisa ketawanya.
"Diamlah!!!"ucap Dara rasa terganggu dengan ketawa Maliq.Dia bangkit dari duduknya dan mahu masuk ke dalam biliknya.
Maliq menyeka airmatanya.Sampai menitis air matanya kerana tergelak tadi.Dara masuk ke dalam bilik dan menghempas punggungnya di atas katil.
Dia berpeluk tubuh.Dara mendapat satu idea nak kenakan Maliq semula.Kau tunggu kejap!!! nasib kau kejap lagi.Dia sudah tersenyum sampai ke telinga membuka pintu almari.
Terdapat baju lingerie warna merah yang boleh mengiurkan sesiapa saja.Dara masuk ke dalam bilik air.
**********
Maliq menutup pintu bilik Mukhlish setelah anaknya itu tertidur di bawah.Dia mengangkatnya naik ke bilik.Dia merengangkan otot pinggangnya menuju ke bilik tidurnya disebelah bilik Dara.Mesti Dara sudah tidur selepas marah kena gelak tadi.
Nampaknya aku tidur sorang lagilah hanya mampu peluk baju Dara jelah.Dia masuk ke bilik menutup pintu bilik rapat.Dia berpaling dan tergamam melihat Dara yang duduk diatas katil.
Dan apa yang dia tak sangka adalah Dara nampak lain malam ini.Dengan lingerie warna merah menyala menampakkan dadanya dan pahanya yang putih itu.
Maliq menelan air liurnya.Dia mendekati Dara yang membelakangkan dirinya.
"Dara..."seru Maliq.Dia makin pelik dengan isterinya itu.Sejak kepalanya terhantuk banyak perubahan sikap Dara.
Dara tersenyum dia bangkit dan turun dari katil berpaling menghadap suaminya.Mak ai.... Dara ke ni?. Dia sengaja nak goda aku ke apa? Ke bukan Dara sebenarnya ni?.
Dara mendekati Maliq yang masih tercegat lama tak berganjak.Dia melibas rambut yang paras bahu itu pada suaminya.
Haruman badan Dara menusuk hidungnya.Dara meletakkkan tangannya pada dada Maliq.Sejak bila Dara berani pakai macam ni depan dirinya?.Dara ni tahukan dia ni pantang nampak.
Dara tersenyum sedikit.
"Selamat malam "ucap Dara mahu keluar dari bilik.Senyuman Maliq mati.Dara mahu membuka pintu bilik selepas mengenakan suaminya.
Maliq berpaling dan mengangkat tubuh Dara.
"Ahhhh!!!! awak nak buat apa ni?"jerit Dara supaya melepaskan dirinya.Maliq membaringkan Dara atas katil dan mengunci pergerakan Dara.
"Awak ni nakal ya?"soal Maliq menyentuh pipi turun ke leher.
Dara mahu lepaskan diri tapi Maliq masih menggengam tangannya kuat.
"Awak buat apa dalam bilik ni? Awak salah bilik ke? Awak dah ingat bilik ni?"soal Maliq dengan senyuman nakal.
Dia nampak keresahan pada wajah isterinya itu.Wajah Dara berpeluh walaupun bilik itu sebenarnya sudah dipasang penghawa dingin.
Tangannya naik ke wajah Dara mengusap peluh itu perlahan.Wajah itu bertukar pucat secara tiba-tiba.
Maliq mendekatkan wajahnya pada Dara.Dara mengalihkan wajahnya.Dengan secara tiba-tiba Dara menangis.
Maliq terkejut melihat isterinya dan terus cepat-cepat mendudukkan Dara.
"Hei...saya tak buat apa-apalah"ucap Maliq memegang wajah isterinya itu.Airmata itu dikesat dahulu.
"Saya..." Dara memejamkan matanya rapat.Maliq mengenggam tangannya kemas.Dia risau kalau Dara marahnya walaupun sebenarnya tadi tu Dara yang memulakan dulu.
"Saya..." isterinya seakan menahan sesuatu.
Uwerkk!!!
Dara muntah pada Maliq.Dia rasa kepalanya berpusing sebelum terbaring semula dikatil.Maliq menampar lembut pipi Dara.
"Dara....ehh...awak dah muntah lepas tu awak pengsan pulak"ucap Maliq cemas dengan bajunya masih ada muntah Dara.
Wajah itu terus pucat lesi.
*********
Faysal memberhentikan keretanya bila terlihat Suraya sedang berdiri didepan pintu pagar rumahnya.
Ton! Faysal menekan hon keretanya.Memberi isyarat pada Suraya agar beredar dari situ untuk memberi laluan keretanya masuk.Dia dah penat balik dari pejabat.
"Apa lagi awak ni? Tak habis-habis nak kacau hidup saya ke.Apa lagi tak cukup Suraya..lepas apa kau buat dekat Dara?" tanya Faysal bosan.
Wanita dihadapannya seolah-seolah tidak faham bahasa.Sudah berkali-kali dia katakan yang dia tidak mahu ada kaitan langsung dengan Suraya.Namun Suraya masih tidak mahu mendengar.
Dengan wajah sugul dan sedih Suraya memandang Faysal penuh pengharapan.
"Tak boleh ke awak maafkan saya Faysal?"rayu Suraya sambil melangkah menghampiri Faysal.
"Dahlah Suraya saya dah bosan dengan semua.Tolong jangan ganggu hidup saya.Pada saya awak ni bukan kawan dah tapi lebih pada musuh"yakin sungguh Faysal menuturkan kata-kata itu.
"Awak cakap macam ni sebab nak bela perempuan tomboi tu kan"sindir Suraya.
"Jaga mulut awak tu.. orang yang kau cakap tomboi tu adik kandung Aku.Dia lebih baik daripada kaulah.Pakai je tudung..tapi tak melambangkan akhlak kau"ujar Faysal melenting sambil merenung tajam dan jari telunjuknya tegak ke wajah Suraya.
"Dia ada kacau hidup kau ke?"soal Faysal.
"Ya dia mengacau saya untuk raih cinta Maliq!"pintas Suraya dengan nada menengking.
Faysal tersenyum sinis.
"Sudahlah berangan Maliq memang takkan pandang kau sampai bila-bila.Full stop so sekarang ni berambus dari sini!!!"arah Faysal dengan tegas.
"Saya takkan berhenti selagi Maliq bukan milik saya faham!!!."jerit Suraya terus beredar meninggalkan kawasan rumah Faysal.
Faysal memegang kuat stereng keretanya.Dia menumbuk-numbuk stereng itu.Dia jarang mengamuk tapi apa yang Suraya buat pada Dara sampai adiknya itu hilang ingatan benar-benar menaikkan api kecil dalam dirinya.
Faysal memegang kuat stereng keretanya.Dia menumbuk-numbuk stereng itu.Dia jarang mengamuk tapi apa yang Suraya buat pada Dara sampai adiknya itu hilang ingatan benar-benar menaikkan api kecil dalam dirinya.
Share this novel