BAB 28

Drama Completed 90864

"Apa kau nak lagi Suraya? Aku dah bagi amaran dekat kau kan jangan ganggu dia"ucap Maliq bercekak pinggang.

Suraya mendekati Maliq.Tangan Maliq diraih tapi pantas lelaki itu menepis sentuhannya.

"Saya tak buat apa-apa dekat dia pun.Dari haritu lagi awak sibuk sangat lebihkan dia.Kenapa? Apa istimewanya perempuan tu pada awak Maliq?.Awak dah lupa cinta awak pada arwah Sumayyah dulu."ucap Suraya sengaja menyentuh isu sensitif.

Maliq memandang sekilas pada Suraya.

"Sumayyah masa lalu saya Suraya.Memang perempuan yang awak cakap tu istimewa pada saya.Jadi tolong jangan datang sini semata-mata nak sakitkan hati dia"ucap Maliq.

Suraya menggelengkan kepalanya laju.

"Belum kahwin pun dah duduk satu rumah buat maksiat.Perempuan macam tu ke yang awak nak Maliq.Yang awak gila-gilakan sangat.Dia tak layak untuk awaklah"ucap Suraya masih mahu bertikam lidah dengan Maliq.

Maliq tersenyum sinis.

"Aku nak bercinta dengan sesiapa itu hak aku.Selama ni aku bagi muka sebab Umi Zakiah je.Kalau bukan sebab Umi aku tak nak hadap kau.Kalau betullah aku ni suka dekat kau.Tujuh lepas aku dah kahwin dengan kau.Tapi tolong sedar diri sikit.Aku takkan pilih kau jadi isteri aku sebab Dara tu akan jadi isteri aku sampai bila-bila "ucap Maliq jelas tiada simpang menyimpang lagi.

Berubah air muka Suraya sebaik sahaja dia dapat tahu Dara adalah isteri Maliq.

"Sekarang aku nak kau berambus dari sini.Jangan berani nak sentuh milik aku dengan tangan kau.Keluar!!!!"jerit Maliq.

Suraya menggengam tangannya kuat.Dia terus berlalu keluar dari rumah itu dengan perasaan kecewa.

Maliq mendengus kasar dan dia baru teringat tentang Dara.

"Dara...."seru Maliq terus masuk ke dalam rumah.

*********

"Dara makanlah sikit ni nanti perut tu kosong macamana?"soal Mak Bedah yang membawa bubur pada Dara.

Dara menggelengkan kepalanya dan menutup hidungnya.

"Macamana nak sihat kalau tak nak makan.Maliq sampai telefon Mak risaukan keadaan kamu"bebel Mak Bedah.

Dara mengeluh kecil.

"Dara tak nak makan.Tekak Dara ni tak boleh nak telan"ucap Dara.

Maliq mendekati ruang tamu membawa segelas air dan diletakkan atas meja kopi.

"Makanlah sikit..alas perut"ucap Maliq.Dara memandang tajam pada suaminya.Entah kenapa dia rasa menyampah dengan suaminya sendiri.

Dia tak boleh nak bau makanan sekarang.Semuanya busuk bagi dia.

"Ehh...apa pandang suami macam tu...nak jadi isteri derhaka ke?"soal Mak Bedah.

Maliq duduk di meja makan dengan Faysal.Faysal menepuk lembut belakang badan kawan baiknya itu.

"Sejak bila dia buat perangai macam ni?"soal Faysal.

"Sejak semalam lagi... Aku tanya marah.Jadi aku tak nak buat dia stres"ucap Maliq.Dia memandang Dara yang sedang dipujuk oleh Mak Bedah.

"Kalau tak nak Maliq bawa dia pergi klinik degil betullah"ucap Mak Bedah terus bangkit dari duduknya menuju ke dapur.

"Tak nak..."rengek Dara tak puas hati.

"Adik... jangan macam ni nanti sakit macamana?"soal Faysal pula.
"Ialah adik ni suka menyusahkan hidup semua orang daripada dulu lagi"ucap Dara terus bangkit dan berjalan menuju ke tangga.

Maliq memegang lengan isterinya itu.Dara tidak memandang langsung pada suaminya.

"Dara..."seru Maliq perlahan.

Dara terus naik anak tangga ke biliknya.Maliq mengeluh berat.

Pintu bilik ditolak perlahan dengan langkah berat menghampiri katil.Dara sedang baring membelakangkan dirinya.Maliq naik ke atas katil.

"Dara..."seru Maliq.Dara membuka matanya apabila dirasakan sentuhan tangan suaminya pada bahunya.

"Okay...saya minta maaf.. kalau saya ada buat salah yang saya tak sedar...tapi jangan macam ni sampai tak nak makan.."pujuk Maliq.

Dara berpaling dan memandang suaminya itu.Maliq memandang Dara.

"Saya memang tak nak makan..saya tak ada selera nak makan.Tolong jangan paksa saya makan.Saya tak larat nak muntah"ucap Dara dengan bibir yang kering.

Maliq berfikir sejenak dan tiba-tiba dia rasakan sesuatu.

"Sayang mengandung ke?"soal Maliq pada Dara.Kalau ikut simptom yang ada macam betul Dara mengandung.

"Saya tak tahu...tapi saya memang dah lewat datang bulan"ucap Dara.Maliq terus mencium pipi isterinya itu.

"Awak buat apa ni?"tolak Dara terkejut.

"Saya bawa awak pergi klinik cuma untuk pastikan"ucap Maliq memujuk Dara.

"Saya tak laratlah"ucap Dara.

"Takpe...saya sanggup gendong awak asalkan kita pergi klinik sekarang juga"ucap Maliq turun dari katil terus membuka almari baju mengeluarkan sweater berwarna hitam.

Dara membangkitkan badannya.Maliq memakaikan Dara sweater.

"Awak...kalau saya tak mengandung macamana?"soal Dara.Dia takut kalau itu hanya keracunan makanan.

Maliq tersenyum sedikit.

"Takpe..kita pergi je.."ucap Maliq mengemaskan rambut isterinya itu dahulu.Dia mencapai dompet miliknya dimasukkan dalam poket seluar.

Dara digendong Maliq untuk ke klinik.

**********

Selesai melakukan pemeriksaan Dara turun dari katil dibantu Maliq.Dia meminta Dara untuk duduk disebelah meja doktor.

"Macamana dengan isteri saya doktor? Keracunan makanan ke?"soal Maliq.

Doktor memberikan senyuman manis.

"Tak ada...kalau keracunan makanan mesti Encik pun akan ada simptom tu.Tapi ni Puan Dara je yang ada simptom.Tapi jangan risau simptom tu perkara biasa yang akan dilalui oleh para ibu yang mengandung"jelas Doktor wanita itu.

Dara mengerutkan dahi dengan penjelasan doktor tadi.Maliq juga turut terkejut.

"Maksudnya?"

"Isteri encik dah mengandung.Kandungan masih di peringkat awal lagi.Jadi kurangkan bergerak dan jaga pemakanan isteri encik"ucap Doktor.

Dara mengucap syukur Alhamdulilah.Dia memandang suaminya.Maliq bangkit dan memeluk isterinya dari belakang.

"Tapi doktor muntah-muntah tu perkara biasa kan? Sebab saya kesian tengok dia asyik muntah pastu tak dapat nak telan makanan"ucap Maliq.

"Encik kena cuba pujuk isteri Encik makan juga.At least ada makanan yang masuk dalam perut.Jangan biarkan perut kosong.Dan Puan juga perlu banyak berehat dan jangan mengangkat benda berat"pesan Doktor wanita itu.

Dara mengangguk perlahan dan mengusap perutnya yang kini sudah ada penghuni yang akan bersamanya selama sembilan bulan.

*********

Suraya menghempaskan semua barang dalam biliknya.Dia terduduk pada bingkai katil sambil memegang gambar Maliq.

"Sampai kau hati kau buat aku macam ni Maliq.Aku pendam cinta aku pada kau.Aku sanggup buat apa saja demi kau, Maliq.Ini yang kau balas pada aku.
Aku setia pada kau pada setiap waktu hanya untuk kau Maliq.Tapi kenapa perempuan yang baru muncul dalam hidup kau juga yang kau pilih untuk jadi isteri kau.Dimana aku selama tujuh tahun ni Maliq?.Mana tempat aku dalam hati kau Maliq?.

Aku sayangkan kau Maliq.Aku lebih cintakan kau dari Sumayyah.Aku yang kenal kau dulu dari Sumayyah.Tapi kenapa hati kau tetap buta tak pernah nampak aku dari dulu lagi"rintih Suraya membaringkan diri atas lantai sambil memeluk gambar Maliq didadanya.

"Perempuan tu aku tak biarkan kau... Aku akan pastikan kau lenyap dari hidup aku dan Maliq.Macamana aku lenyapkan Sumayyah dulu"ucapnya sambil mempamerkan senyuman menakutkan dimukanya.

************

Khabar gembira itu dikongsi dengan ahli keluarga mereka.Mak Bedah pun tak sangka Dara mengandung ingatkan Dara hanya keracunan makanan.

"Lepas ni makan sikit baru boleh makan ubat.Jangan biar perut kosong"ucap Mak Bedah.

"Mama..."panggil Mukhlish yang baru balik dengan Pak Abbas dari kedai.

Dara memeluk tubuh itu.

"Lish...nak ada adik tak?"soal Mak Bedah.Lish memandang Dara.

Dia mengangguk perlahan.

"Kalau macam tu kena jaga Mama sebab dalam perut Mama sekarang ni ada adik"ucap Mak Bedah.

"Yeke...Mama.Lish nak dapat adik"ujarnya.

Dara mengangguk perlahan.

"Yeah....Yeah..."lompat Mukhlish gembira.Maliq datang ke ruang tamu membawa sedikit minum petang untuk mentuanya.

Mak Bedah memandang menantunya itu.

"Susah je kamu ni buat minum petang"ucap Mak Bedah.

Maliq tersenyum sahaja.

"Takpe ni pun tadi ada nampak orang goreng pisang saja beli untuk minum petang"ucap Maliq.

Dara menutup hidungnya dengan kain.Dia tak tahan dengan bau goreng pisang didepannya.Maliq melabuhkan punggung disebelah isterinya.

"Awak nak makan apa-apa tak?.Saya boleh masakkan untuk awak"ucap Maliq pada Dara.

"Aah tadi bubur Mak buat tak nak makan last-last Ayah yang makan dengan masak kangkung belacan tadi"ucap Mak Bedah yang sedang menjamah goreng pisang didepannya itu.

"Awak buatkan telur mata untuk saya.Saya nak makan nasi dengan kicap je"ucap Dara.

Maliq hampir nak tergelak.Punya dia offer nak masak sedap-sedap yang diminta Dara hanya nasi putih,telur mata dan kicap sahaja.

"Itu je..telur mata nak cair ke atau masak penuh?"soal Maliq.

"Penuh..putihnya nak lembut je.."pesan Dara.Maliq mengangguk perlahan.

"Okay...kalau tak makan habis pun makan sikit alas perut"ucap Maliq terus bangkit dari duduknya dan menuju ke dapur.

"Untung Maliq nak melayan kalau Mak tak kuasa nak layan mengada kamu ni" ucap Mak Bedah.

Dara mengecilkan matanya.

"Takpela Maliq tu suami Dara bukan sesiapa pun nak minta tolong.Yang dalam perut ni anak dia juga"ucap Dara memuncungkan bibirnya.

*********

Kerana Mak Bedah dan Pak Abbas ada dirumah terpaksalah Dara duduk sebilik dengan suaminya.

Dalam keadaan dia mabuk ni lakonan hilang ingatan dia pun dah kelaut.Lantaklah kalau suaminya perasan.

Dia bersandar dikatil sambil membelek telefon.

"Ibu mengandung mana boleh tengok telefon dekat macam tu nanti kecil-kecil dah rabun anak kita"ucap Maliq sebaik sahaja keluar dari bilik air.

Dara meletakkkan telefon di atas meja.

"Habis kalau tak boleh telefon saya nak tengok apa?"soal Dara.

Maliq senyum dan mendekati Dara.

"Kalau tak boleh tengok telefon, tengoklah saya gerenti banyak pahala awak dapat"ucap Maliq dengan senyuman nakal.

Dara mengangkat keningnya.

"Tidur sana sikit dekat-dekat nanti saya nak muntah"ucap Dara menolak sedikit tubuh Maliq menjauhi dirinya sambil menutup hidung.

Maliq mencium bau badannya.Punya wangi aku mandi pakai Bleu de Chanel.Sedap- sedap Dara kata badannya busuk.

Maliq mencium bau badannya.Punya wangi aku mandi pakai Bleu de Chanel.Sedap- sedap Dara kata badannya busuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience