Hari ini ahad seperti biasa Hakimi datang bersama Haikal ke rumah Fatini. Danish dan Damira sudah menunggu di kazebo sambil bersembang.Sampai saja kereta Hakimi di halaman rumah. Haikal membuka pintu kereta dan berlari ke arah Danish dan Damira. Dan Haikal pun duduk di kazebo itu.Hakimi pun pergi ke arah anak-anaknya.
"Ayah,opah nak bincang pasal hal yang kita bincang hari tu" kata Damira.
" Bincang apa?"tanya Hakimi.
"Ala pasal ayah dengan mak nak nikah balik tu la" kata Danish.
Mendengar kata-kata anaknya Hakimi pun masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan ibu Fatini. Maimunah sudah menunggu di ruang tamu. Lalu Hakimi pun menghampiri Maimunah dan duduk di sampingnya.
Fatini pula sibuk membuat kerja rumah.Tak lama kemudian Danish, Damira dan Haikal masuk juga ke dalam rumah.Maimunah pun memanggil Fatini untuk duduk disampingnya.
Terjadi lah berbincangan antara Hakimi dan ibu Fatini. Di dengari oleh Fatini,Danish dan Damira. Sementara Haikal asik dengan dunianya sendiri.
Kata sepakat sudah di setujui bahawa Hakimi akan menikahi Fatini di siam. Abang Fatini juga akan ikut pergi ke Thailand. Fatini meminta pernikahan di lakukan selepas Damira dan Danish selesai melalui ujian PT3.
Selepas mendapat kata sepakat selepas Hakimi balik dari rumah Fatini.Ibu Fatini pun menelefon Farish abang Fatini.Dan memberitahu tentang pernikahan antara Hakimi dan Fatini. Pada mulanya Farish seperti tidak setuju. Tapi setelah di pujuk oleh Maimunah,Farish pun mengalah. Dan Farish setuju akan menemani Fatini ke thailand nanti.
Seminggu lagi ujian PT3 akan selesai. Damira rasa tak sabar untuk menunggu tarikh tamat ujian PT3. Tidak perlu lagi ia bersekang mata mengulangkaji. Selepas ini boleh Danish dan Damira menyibukkan diri dengan mempersiapkan majlis untuk ayah dan maknya.
Seperti yang di janjikan Farish datang ke rumah ibunya dan Fatini sehari sebelum ingin berangkat ke sempadan thailand. Farish datang bersama isteri dan anaknya. Isteri dan anaknya akan tinggal di rumah Maimunah.
Damira dan Danish pun tidak akan ikut pergi ke Thailand. Cuma Farish saja yang akan menemani Fatini dan Hakimi. Haikal juga akan tinggal di rumah Affan kerana Karina ada urusan.
Hakimi memberi alasan pada Karina ia ada urusan kerja di selangor dalam beberapa hari. Karina memberi alasan ada urusan penting yang harus ia selesaikan. Jadi karina tidak boleh menjaga Haikal. Hakimi meminta tolong pada Affan. Dan isteri Affan sanggup untuk menjaga Haikal.
Haikal selalunya pulang sekolah di hantar ke rumah pengasuh. Tapi jika hari cuti anak-anak pengasuh tersebut ramai yang balik. Jadi Haikal tidak boleh di hantar ke rumah pengasuh waktu cuti.
Hari ni Hakimi,Fatini dan Farish akan bertolak ke sempadan thailand.Sampai di bukit kayu hitam dalam pukul 9.00 pagi. Mereka pun bertolak ke Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand untuk akad nikah.
Selepas selesai urusan nikah Hakimi,Fatini dan Farish bertolak ke hotel di Hatyai untuk menginap. Hakimi menempah 2 bilik 1 untuk Farish dan lagi 1 untuk ia dan Fatini.
Hari kedua Hakimi,Fatini dan Farish pun check out hotel dan pergi ke Pejabat Konsulat untuk mengambil surat pengesahan pernikahan. Selepas selesai semua urusan mereka pun bertolak balik ke Bukit Kayu Hitam,Malaysia. Dari Bukit Kayu Hitam Hakimi,Fatini dan Farish pun meneruskan perjalanan mereka ke rumah Fatini di Perak Utara.
Dalam pukul 6 petang mereka sudah sampai di rumah Fatini. Sudah ada Maimunah dan ahli keluarga Fatini yang lain di rumah Fatini.
"Macam mana urusan nikah" tanya Maimunah.
" Alhamdulilah semuanya dah selesai. Tinggal pergi daftar dekat sini saja" kata Farish.
"Bila nak pergi daftar" tanya Maimunah.
"Esok saya dan Fatini akan urusan pendaftaran di Pejabat agama." kata Hakimi.
Mendengar kata-kata Hakimi, Maimunah berasa lega. Malam ini Hakimi bermalam di rumah Fatini.
Pagi dalam pukul 8.00 Farish,isteri dan anaknya bertolak balik ke selangor. Manakala Hakimi dan Fatini pula pergi mendaftar pernikahan mereka di pejabat agama.
Dalam 2 minggu lagi baru majlis resepsi di adakan di rumah Fatini. Majlisnya tidak la besar,sekadar memanggil orang kampung yang berdekatan saja. Majlis ini di lakukan untuk mehebohkan tentang pernikahan Fatini. Supaya tidak menjadi fitnah bila Hakimi datang ke rumah Fatini.
---------
Di sisi lain Karina sedang asik bercuti di Cameron Highland bersama dengan Haris. Selepas perjumpaan mereka pertama kali di sekolah Haikal. Karina bertemu kembali dengan Haris di bank atas urusan kerja. Dari situ mereka menjadi rapat kembali dan setiap minggu berjumpa.
Karina selalu menipu pada Hakimi kononnys ada urusan kerja. Jadi Haikal selalu di tinggalkan bersama Hakimi.
"Karina kau tak takut kalau Hakimi dapat tahu tentang kita" kata Haris sambil memadang wajah karina.
"Tak dak sapa akan tahu jika bukan kau yang buka mulut" kata Karina.
"Mungkin satu hari nanti Hakimi tahu dia akan tinggalkan kau, dan mungkin Hakimi pun ada perempuan lain" kata Haris.
"Hakimi tak akan tinggalkan aku. Hakimi tak kan mungkin ada perempuan lain. Dia yang tergila-gilakan aku. Sedangkan aku cuma suka duit dia saja" kata Fatini.
Share this novel