Bab 6

Drama Completed 39314

Paginya Hakimi bangun dalam pukul 7 pagi. Kelihatan Hakimi sedikit kelam-kelibut Fatini hanya melihat tanpa berkata apa-apa. Fatini pergi menuju ke bilik kaisara. Tiba-tiba Hakimi memadang ke arah Fatini.

"Fatini hang kalau ada orang datang bagi tau kata hang tu pengasuh Kaisara." kata Hakimi.

"Baik" kata Fatini sambil menundukkan kepalanya.

Hakimi pergi ke dapur meminum air yang telah Fatini bancuh. Selesai meminum secawan air Hakimi terus menuju ke arah pintu dan membuka pintu.

" Abang,barang dapur banyak tak dak ni"kata Fatini pada Hakimi.

Hakimi memadang Fatini dan berkata. " Nah duit ni untuk 2 minggu,pandai-pandai la hang berjimat. Selagi tak sampai 2 minggu jangan minta duit dekat aku."kata Hakimi sambil menghulurkan duit RM100.00.

Fatini pun mengambil duit itu.Selepas melihat Hakimi memandu kereta keluar dari pagar rumah. Fatini pun menutup kembali pintu pagar dan pintu rumah. Fatini pergi ke bilik Kaisara,sampai di depan pintu bilik. Fatini pun membuka pintu tersebut ia melihat kaisara masih terlena

Melihat Kaisara masih tidur Fatini pun memcuci pakaian dan mrngemas apa yang patut. Hampir pukul 9 baru Kaisara bangun dari tidurnya. Lalu Fatini memandikan Kaisara dan memakaikan baju.

Selesai memakaikan baju pada Kaisara,Fatini membawa kaisara pergi ke kedai. Kerana di depan taman ada kedai runcit. Fatini dan Kaisara hanya berjalan kaki. Agak jauh juga mereka berjalan kaki kerana lorong rumah Hakimi agak kebelakang.

Sampai di kedai runcit Fatini membeli barang-barang keperluan dapur. Disebelah kedai runcit itu ada kedai menjual ikan dan lauk pauk basah lain. Fatini mengunakan duit yang Hakimi beri tadi membeli bahan-bahan masak untuk 2 minggu.

Selesai membeli barang Fatini pun membawa balik barang tersebut. Sebelah tangannya memengang tangan Kaisara,sebelah tangan lagi mejijit plastik barang di belinya tadi.

Sampai di rumah Fatini dan Kaisara keletihan kerana agak jauh juga berjalan kaki. Kerana keletihan kaisara tertidur di atas sofa di ruang tamu. Manakala Fatini pergi ke dapur menyimpan barang-barang tersebut.

Ikan yang ia beli di siang semuanya. Separuh ikan itu ia simpan di dalam peti ais. Separuh lagi ia akan masak untuk hari ni. Ayam juga separuh ia simpan hanya ambil dalam 4 ketul untuk ia masak hari ini.

Beginilah kehidupan Fatini bersama Hakimi. 2 minggu sekali Hakimi hanya nemberi duit RM100.00 jadi sebulan hanya RM 200.00. Denga duit itulah Fatini berjimat cermat untuk sebulan.

Duit yang di beri oleh Hakimi semuanya Fatini guna untuk beli bahan makanan saja. Bahan makanan ini untuk ia dan juga Kaisara. Kerana Hakimi jarang makan di rumah. Sebenarnya Fatini tidak tahu Hakimi bekerja sebagai apa. Kerana Hakimi tidak pernah memberitahu tentang pekerjaannya.

Hakimi tidak pernah mengambil tahu tentang barang-barang keperluan di rumah. Setiap hari minggu Hakimi akan keluar pagi dan balik malam. Hari minggu selalunya Hakimi akan berjumpa dengan kekasihnya. Fatini tahu tentang kekasih Hakimi,kerana Hakimi pernah memberitahunya.

Fatini tidak kisah tentang itu. Biarlah apa yang Hakimi ingin lakukan. Kekadang bila Hakimi ada masalah di tempat kerja balik ke rumah ia akan melepaskan pada Fatini.

Hari ini Hakimi pulang awal selepas berjumpa dengan kekasihnya. Jarang ia pulang awal pada hari minggu apa lagi berjumpa sang kekasih.

Fatini melihat muka Hakimi agak muram dan agak serius. Fatini seperti biasa membuat kerjanya tanpa mempedulikan Hakimi. Tiba-tiba Hakimi memadangnya dengan muka yang agak bengis. Tiba-tiba Hakimi memanggil Fatini. Fatini pun mendekati Hakimi.

Tiba-tiba Hakimi menarik tangan Fatini dan menampar muka Fatini.

"Ini semua kerana hang perempuan tak guna. Kerana abang hang hidup aku jadi kacau bilau."kata Hakimi sambil menampar muka Fatini berulang kali.

"Abang tolong jangan ,sakit"kata Fatini sambil menahan sakit di pipinya.

Selepas kejadian itu Fatini selalu menjadi tempat Hakimi melepaskan kemarahannya pada tubuh Fatini. Selalunya ia akan melakukan di bilik Fatini yang sempit itu. Supaya tidak di lihat oleh Kaisara.

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-01-25 15:41:13 

Ya Allah kesiannya fatini tempat hakimi lps marah je


NovelPlus Premium

The best ads free experience