Bab 20

Drama Completed 39314

Pagi ni seperti biasa Hakimi menghantar Haikal ke sekolah sebelum ke tempat kerjanya. Tengahari pula ia akan mengambil Haikal dari sekolah khas kanak-kanak istimewa lalu menghantar ke rumah pengasuh. Petang dalam pukul 5.30 baru Hakimi mengambil Haikal dari rumah pengasuh untuk di bawa pulang ke rumahnya.

Sampai di rumah Hakimi melihat kereta Karina tidak ada. Bermakna Karina masih belum pulang.

Hakimi mengambil kunci untuk membuka pintu rumah. Terbuka saja pintu ,Haikal pun masuk ke dalam rumah menuju ke biliknya. Hakimi mengelengkan kepala melihat keletah anak istimewanya itu.

Begitu lah kelakuan Haikal bila pulang ke rumah ia akan terus ke biliknya. Kerana di dalam biliknya penuh dengan mainannya. Di dalam bilik itu ibarat seperti ada harta karun bagi Haikal. Tiada sapa boleh mengusik barang-barangnya

Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Hakimi terdengar bunyi kereta masuk ke dalam garaj. Hakimi pun membuka pintu dan melihat Karina keluar dari dalam kereta berjalan menuju ke arah pintu rumah. Di depan pintu sudah ada Hakimi menunggu Karina"

"Kenapa lambat hari ni" tanya Hakimi.

"Maaf ayang ada urusan kerja dekat luar tadi" kata Karina.

"Oo ,bukan apa kesian Haikal. luangkan la sikit masa dengan Haikal." kata Hakimi.

"Bukan sengaja tapi sebab ayang sibuk sekarang ni, abangkan ada. Abang ja la luangkan masa dengan Haikal." kata Karina

"Sayangkan mak dia tak kan tak boleh nak perihatin sikit dengan anak sendiri. Jangan terlalu pentingkan kerja sangat" kata Hakimi dengan nada agak keras sedikit.

"Abang tahu saya letih kerja. Mana ada masa nak layan kerenah Haikal tu." kata Karina lalu berjalan menuju ke arah bilik meninggalkan Hakimi.

Hakimi hanya terdiam mendengar kata-kata Karina.Di dalam hatinya selalu merasakan Karina tidak peduli tentang Haikal. Kenapa seorang ibu sanggup mengabaikan anaknya sendiri,bukan Haikal minta di lahirkan dalam keadaan seperti itu.

Nasib baik masih ada Fatini, Danish dan Damira merekalah yang selalu bermain dan melayan Haikal. Setiap kali hari minggu memang Hakimi akan membawa Haikal ke rumah Fatini.

Paginya Hakimi bangun ia melihat Karina masih nyenyak tidur di atas katil. Hari ni Hakimi merasakan dia kena memberitahu Karina tentang pernikahannya dengan Fatini. Sampai bila dia akan mencari alasan untuk pergi ke rumah Fatini. Tidak adil bagi Fatini.

Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.Hakimi menghampiri katil di mana Karina sedang tidur ia pun mengejutkan Karina dari tidurnya.

"Sayang bangun " kata Hakimi.

Karina dengan malasnya membuka matanya.

"Awal lagi la" kata Karina.

"Bangun sembahyang subuh, lepas tu abang nak bincang sikit dengan sayang"kata Hakimi.

" Haala,haala." kata Karina sambil bangun dari katil dan menuju ke bilik air.

Hakimi dan Karina jarang sembahyang berjemaah berdua kerana Karina bangun agak lambat. Hakimi pun tak mampu untuk mengubah sikap isterinya itu. Dulu pun perangai Hakimi seperti Karina juga selalu melewatkan sembahyang dan kekadang tak sembahyang.

Kehadiran Haikal banyak mengubahnya mendekati tuhan yang satu. Hakimi terpaksa banyak bersabar melayan kerenah Haikal. Selesai mandi dan sembahyang Karina pun datang menghampiri Hakimi.

"Ada hal apa yang penting sangat ni" tanya Karina.

"Abang nak bagi tau sesuatu pada sayang. Harap sayang boleh terima dengan tenang apa yang abang cakap ni." kata Hakimi.

"Apa dia, macam serius ja bunyinya" kata Karina sambil memadang wajah Hakimi.

Hakimi dengan perasaan serba salah untuk nenyatakannya.

"Macam ni abang sebenarnya sudah bernikah satu lagi" kata Hakimi.

Karina mendengar kata-kata Hakimi agak terkejut. Selama ia mengagap Hakimi yang tergila-gilakannya dan tak mungkin Hakimi akan mencari perempuan lain.

"Kenapa abang buat macam ni dekat ayang,abang kata ayang satu-satunya perempuan yang abang cintai" kata karina sambil tangannya memukul badan Hakimi.

Walau pun Karina tidak mencintai Hakimi sebagai mana ia mencintai Haris. Tapi hatinya tetap terasa sakit mendengar Hakimi sudah menikah dengan wanita lain. Dan ini bermakna ia di madukan.

Bagai mana jika ada rakannya yang tahu tentang dirinya di madukan. Tentu Karina merasa malu dengan kawan-kawannya

"Maafkan abang,abang lakukan semua untuk menebus balik apa yang pernah abang lakukan padanya" kata Hakimi.

"Siapa wanita tu" tanya Karina.

"Wanita itu adalah bekas isteri abang dulu" kata Hakimi.

"Apa lebihnya dia dari ayang" kata Karina.

"Dia dah banyak berkorban menjaga anak abang. Abang faham tak mudah bagi sayang nak terima semua ini."kata Hakimi.

"Ayang nak pergi kerja!" kata Karina sambil berlalu pergi meninggalkan Hakimi.

Hakimi hanya memerhatikan saja isterinya pergi. Sepanjang berada di tempat kerja fikiran Karina tidak keruan mengingatkan dirinya di madukan. Ada perasaan sakit hati dan kecewa.

Sebelum habis waktu kerja Karina menelefon Haris ingin berjumpa. Haris pun setuju untuk berjumpa selepas habis waktu bekerja.

Haris dan Karina pergi ke sebuah restoran. Haris dan Karina memesan ruangan tertutup dan ada aircond di dalamnya.

Karina menceritakan segalanya pada Haris tentang Hakimi sudah bernikah lain.

"Ala tak payah la sakit hati sangat. Lagi pun kau masih lagi isteri Hakimi. Lepas ni boleh la kita perjumpa selalu" kata Haris.

"Tapi malu la kalau ada kawan-kawan tahu aku ni di madukan. Nak letak mana muka aku ni"kata Karina.

"Ala jangan risau la,tak dak sapa tau punya. Bagi syarat dekat Hakimi supaya Haikal di jaga oleh isteri baru yang dia nikah tu" kata Haris.

"Betul juga tu, lepas ni tak dak la ganguan dah. Kak Sal pengasuh Haikal tu pun suka mengadu pada Hakimi." kata Karina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience