Hakimi melihat ada kereta Karina di halaman rumah Napsiah. Sebelum sampai di rumah Karina ,Hakimi telah menelefon Affan memberitahu tentang Fatini di bawa pergi oleh Karina. Hakimi juga telah memberitahu lokasinya mengunakan whatsap kepada Affan.
Hakimi pun berjalan menuju ke pintu rumah. Lalu ia pun mengetuk pintu tersebut dan memberi salam.
Tok,tok,tok bunyi ketukkan pintu rumah.
"Assalamualaikum" kata Hakimi.
"Waalaikumussalam." kata Napsiah sambil membuka pintu. Makcik Napsiah terkejut melihat Hakimi di depan pintu rumahnya.
"Anak isteri saya ada dekat sinikan" kata Hakimi.
"Ya mereka ada di dalam bilik." kata Napsiah.
Mendengar kata-kata Napsiah, Hakimi terus masuk ke dalam rumah untuk mencari Haikal dan Fatini. Hakimi melihat ada 1 bilik yang di kunci dari luar lalu Hakimi memanggil nama Fatini.
"Fatini, Fatini ada dalam bilik ni ke?" jerit Hakimi.
" Ya ,sayang ada dalam bilik ni dengan Haikal" kata Fatini.
Hakimi cuba ingin membuka pintu bilik tersebut dengan menedang pintunya. Tapi Karina menghalang dengan badannya di depan pintu bilik tersebut.
"Ke tepi" kata Hakimi.
"Tak boleh,Karina tak kan benarkan abang bersama dengan Fatini" kata Karina.
"Hang ni dah kenapa Karina,Fatini tu isteri abang." kata Hakimi.
"Ayang pun pernah jadi isteri abang juga dulu. Kita nikah la balik" kata Karina.
"Aku tak kan pernah nikah balik dengan hang." kata Hakimi.
"Rina, biarlah Hakimi ambil Haikal dengan isteri dia" kata Napsiah sambil tangannya menarik badan Karina. Dan Napsiah menghulurkan kunci pintu bilik kepada Hakimi.
Hakimi mengambil kunci tersebut dan membuka pintu bilik tersebut. Hakimi terus meluru masuk ke dalam bilik. Hakimi melihat Fatini seperti kesakitan.
"Sayang kenapa" tanya Hakimi.
"Perut ayang rasa sakit" kata Fatini dengan nada menahan sakit.
"Karina apa hang dah buat dekat Fatini" kata Hakimi.
"Sayang tak buat apa pun pada Fatini" kata Karina.
Hakimi mengakat badan Fatini lalu mendukung menuju keluar dari bilik tersebut. Sementara sebelah tangan Fatini memengang tangan Haikal. Haikal mengikut Hakimi berjalan beriringan keluar dari bilik tersebut.
Tiba-tiba Karina mengambil pisau lalu berjalan menuju ke arah Hakimi,Fatini dan Haikal.
"Aku tak kan biarkan hangpa hidup bahagia"kata Karina sambil pisaunya menghala ke arah Fatini yang di dukung Hakimi.
Hakimi terkejut lalu mengelak tapi pisau itu terkena pada dada Haikal. Haikal rebah di atas lantai terkena tusukkan pisau oleh ibunya sendiri.
"Haikal!" jerit Hakimi dan Fatini.
"Apa yang hang dah buat ni Karina. Hang bunuh anak sendiri." kata Napsiah sambil menangis.
Hakimi meletakkan Fatini di lantai.Lalu ia memeluk Haikal yang terbaring di lantai akibat terkena tusukkan pisau.
Tak berapa lama kemudia Affan sampai bersama sebuah kereta polis. Angota polis masuk ke dalam rumah bersama Affan.
Melihat keadaan Haikal mereka menelefon ambulan. Tapi keadaan perut Fatini semakin sakit .Air ketuban Fatini sudah keluar masa di dalam bilik lagi.
"Abang dah tak boleh tahan dah ni" kata Fatini.
Hakimi sendiri pun agak panik dengan isterinya yang sakit nak bersalin dan Haikal anaknya terbaring di lantai dengan darah.
Tiba-tiba makcik Napsiah mendekati Fatini.
"Abang,rasanya kepala baby dah nak keluar ni" kata Fatini.
Hakimi yang panik memengang tangan Fatini. Sementara makcik Napsiah menyelak pakaianFatini untuk melihat.
"Dah nampak kepala bayi" kata Napsiah.
Fatini meneran sambil tangannya mengegam dan menarik tangan Hakimi dengan sekuat-kuatnya.
"uwerk uwerk uwerk" bunyi tangisan bayi yang Fatini lahirkan. Napsiah yang menyambut bayi tersebut.
"Hangpa dapat anak lelaki" kata Napsiah.
Fatini mendengar kata-kata Napsiah sayup-sayup di telinga. Hakimi melihat Fatini tiba-tiba memejamkan mata.
"Sayang, sayang sedar la." panggil Hakimi.
Tak lama kemudian ambulan sampai. ambulan terus membawa Haikal dan Fatini serta anak yang baru lahir tadi ke hospital.
Sementara itu Karina di tangkap dan di bawa ke balai polis.
Sampai di hospital doktor memberitahu bahawa Haikal tidak dapat di selamatkan. Manakala Fatini pengsan kerana terlalu banyak kehilangan tenaga. Dan bayi lelaki yang di lahirkan Fatini di masukkan ke wad NCU kerana jantungnya masih lemah kerana lahir pramatang.
Malam itu jenazah Haikal di bawa pulang ke rumah Fatini. Hakimi telah memberitahu pada paksu Fatini dan anak-anaknya tentang Haikal. Dalam pukul 2 pagi baru van jenazah sampai.
Dalam pukul 10 pagi jenazah Haikal selamat di kebumikan. Selepas selesai urusan perkebumian,Hakimi membawa Danish dan Damira pergi melawat Fatini di hospital.Anak Hakimi dan Fatini yang baru lahir di berinama Darwish.
5 tahun kemudian
Tahun ini umur Danish dan Damira 21 tahun. Mereka berdua sudah belajar di Universiti.Damira dapat masuk Universiti di Penang.Manakala Danish dapat jauh di Sabah.
Kerana dekat dengan rumah orang tuanya Damira kerap pulang ke rumah. Hari ini Damira pulang ke rumah.
"Assalamualaikum." kata Damira memberi salam di depan pintu.
"Walaikumusalam. Yea kak mira balik" kata Darwish ketika membuka pintu. Umur Darwish sudah 4 tahun.
"Mak dengan ayah mana" tanya Damira.
"Mak ngan ayah alam bilik" kata Darwish sedikit pelat.
Damira pun masuk ke dalam rumah.Damira melihat adik pada Darwish yang berumur 2 tahun yang bernama Dania sedang baring di depan tv di ruang tamu sambil menghisap botol susu.
Di dapur ia melihat ayahnya sedang sibuk memasak sesuatu.Lalu Damira pun pergi menuju ke dapur untuk berjumpa ayahnya.
"Ayah masak apa ni, mana mak" tanya Damira.
"Mak hang rehat dalam bilik, kepala dia pening" kata Hakimi.
"Mak sakit apa ayah" tanya Damira risau.
"Ala sakit nak tambah adik lagi untuk hang. Hang dah balik ni tolong la uruskan 2 orang adik hang tu" kata Hakimi.
"Apa! mak mengadung lagi" kata Damira.
Tahun ini umur Fatini 37 dan umur Hakimi sudah 47. Walau pun perkahwinan pertama mereka terjadi kerana dendam. Hakimi berkahwin kali kedua dengan Fatini kerana rasa bersalahnya dulu. Melihat kasih sayang yang di tunjukkan Fatini pada anak-anak dan keluarganya. Membuatkan Hakimi jatuh cinta pada Fatini.
Sekarang sudah tiada dendam antara mereka berdua. Yang ada cuma perasaan cinta yang semakin mengembang.
---------
Tamat
Share this novel
best la ceta ni . ada ceta baru x