Bab 25

Drama Completed 39314

Hakimi memandu keretanya menuju ke bangunan Syarikat Pembersihannya. Sampai di bangunan itu ia pun meparking keretanya dan masuk ke bangunan tersebut. Dan terus menuju ke ruangan pejabatnya.

Hatinya benar-benar sakit,kenapa Karina melakukan ini semua padanya. Tak cukup lagi ke apa telah ia berikan pada Karina. Karina meminta di belikan rumah atas namanya. Hakimi telah tunaikan,kereta yang Karina gunakan itu pun ia yang belikan atas nama Karina.

Cuma tanah kebun sawit dan tanah bendang yang belum di tukarkan kenama Karina. Kerana Karina pernah menyuruh Hakimi menukarka 2 lot tanah ladang sawit kepada namanya.

Petangnya habis waktu kerja Hakimi pulang menuju ke rumah Fatini.Dalam pukul 6.30 petang Hakimi sampai di rumah Fatini. Fatini terkejut melihat kereta Hakimi masuk ke halaman rumahnya. Ia keluar untuk menyambut suaminya.

Selepas memberhentikan keretanya dan keluar dari kereta. Hakimi terus menuju ke arah pintu rumah yang sudah ada Fatini di depan pintu.

"Abang bergaduh dengan kak Rina ke?" kata Fatini.

"Kenapa tak boleh ke abang nak ke rumah isteri abang ni" kata Hakimi.

"Bukan giliran kak Rina ke sekarang ni" kata Fatini binggung dengan kelakuan suaminya.

"Lepas ni abang akan tinggal dengan sayang ja" kata Hakimi.

"Kenapa pulak. Macam mana dengan kak Rina" kata Fatini.

"Abang dan Rina akan bercerai" kata Hakimi.

Fatini agak terkejut mendengar kata-kata Hakimi.

"Jangan lah bercerai di sebabkan sayang.Sayang tak nak di persalahkan" kata Fatini.

" Tak bukan salah sayang. Tapi ini adalah masalah abang dengan Rina dan kawannya Rina. Mungkin ini jalan yang terbaik dari Rina terus membuat dosa. Dan abang tak mahu di tuduh dayus."kata Hakimi.

Mendengar kata-kata Hakimi Fatini pun tidak bertanya lagi tentang masalah madunya itu pada Hakimi. Bagi Fatini ia tidak boleh masuk campur masalah Karina dan Hakimi. Biarlah Hakimi dan Karina saja selesaikan sendiri.

Hari ini keputusan ujian PT3 sudah keluar.Pelajar yang dapat keputusan cemerlang di minta membawa ibu bapa. Ya Damira dan Danish salah seorang pelajar yang mendapat ke putusan cemerlang.

Danish dan Damira benar-benar berasa gembira hari ini. Kerana ini kali pertama ayahnya akan datang bersama ibunya. Dari mereka tadika tidak pernah kelibat seorang ayah datang ke sekolah mereka. Hanya Ibu mereka Fatini saja yang akan datang jika ada perjumpaan di sekolah.

Damira mendapat 9A, manakala Danish pula mendapat 7A dalam ujian PT3. Juru acara memanggil ibu bapa Damira dan Danish untuk bergambar di atas pentas. Hakimi memberi telefon pintarnya pada Affan supaya menangkap gambar ia bersama anak isterinya di atas pentas.

Sementara Haikal tidak ikut kerana sukar untuk mengawal di tempat seperti ini. Jadi Haikal di hantar ke rumah Affan untuk di jaga oleh isteri Affan sementara waktu. Pulang dari sekolah barulah Hakimi akan mengambil Haikal.
--------

Urusan perceraian Hakimi dan Karina sudah hampir 2 bulan selesai. Walau pun Karina merayu supaya tidak menceraikannya tapi Hakimi sudah nekad dengan keputusannya.

Sekarang kandungan Fatini pun sudah masuk 5 bulan. Perut Fatini sudah mula nampak sedikit buncit. Danish dan Damira pun sudah masuk tingkatan 4. Damira masuk kelas sains sementara Danish masuk kelas akaun. Haikal pula masih bersekolah di sekolah Khas.

Pagi ini seperti biasa selepas sembahyang subuh berjemaah. Hakimi dan ahli keluarganya pun berkumpul di meja makan untuk sarapan sebelum pergi kerja.

"Sayang esok lori barang akan sampai." kata Hakimi
"Oo tak pa la,kalau macam tu" kata Fatini.

" Esok abang tak pergi kerja nak tunggu lori tu sampai " kata Hakimi.

"Yeah, tak lama lagi makin besar la rumah kita" kata Damira.

"Ya la,lagi pun nak tambah ahli baru kena la pebesarkan rumah dan tambah bilik" kata Hakimi.

"Ayah bila boleh siap ya bilik tu." tanya Danish.

"Sebelum adik hangpa lahir bilik tu akan siap" kata Hakimi.

Hakimi telah membeli tanah sebelah rumah Fatini. Tanah itu kepunyaan makngah Fatini adik ibunya. Makngah hendak menjual tanah tersebut. Fatini telah memberitahu pada Hakimi tentang tanah tu. Jadi Hakimi ingin membeli tanah tersebut supaya dapat dapat membesarkan rumah Fatini dan menambah lagi 2 bilik.

Kerana ahli keluarga mereka pun bakal bertambah tak lama lagi. Dan untuk keselesaan anak-anaknya juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience