Bab 3

Drama Completed 39314

Kerana rasa bersalah Maimunah mengajak anaknya Fatini pergi bertanya pada pekerja hospital tentang kematian kemalangan yang sama dengan Farish. Pekerja hospital pun memberitahu 3 orang ahli keluarga dalam kereta tersebut meninggal dunia. Hanya seorang budak berumur 4 tahun saja yang selamat mengalami sedikit luka-luka di badan.

Selepas pekerja hospital memberitahu pada Maimunah. Maimunah mengajak Fatini pergi melawat budak yang terselamat itu. Kerana ada perasaan bersalah pada budak kecil itu kehilangan orang tuanya. Fatini pun mengikuti ibunya ke wad kanak-kanak.

Sampai di wad kanak-kanak maimunah bertanya pada staf di wad itu pula. Jururawat di situ menunjukkan katil tempat kaisara berada.

Maimunah dan fatini pergi ke arah katil tersebut. Melihat ada Hakimi berada di situ dan cuba memujuk kaisara yang sedang menangis memanggil ibunya.

Maimunah dan Fatini menghampiri Hakimi. Hakimi memandang dengan pandangan yang marah.

"Ada apa makcik dan anak makcik datang sini"kata Hakimi.

"Makcik nak tengok budak yang selamat tu.Makcik ingin minta maaf atas apa yang terjadi. Dan ingin bantu apa yang patut."kata maimunah.

Fatini memandang kaisara yang sedang menangis memangil-manggil ibunya. Kerana rasa kasihan fatini menghampiri kaisara dan memujuknya.

"Nak mak,mak mana paksu" ucap kaisara sambil menangis.

"jangan nangis kakak kan ada"kata Fatini sambil membelai rambut kaisara.

Kaisara terdiam dan tiba-tiba memeluk Fatini.

"Kak boleh teman sara tak. Sara takut."kata kaisara.

Mendengar permintaan kaisara Maimunah menyuruh Fatini menemani kaisara malam ini. Manakala Hakimi bersetuju walau pada mulanya ia agak ragu.

Tetapi rasa kesian pada anak saudaranya tu ia pun setuju Fatini menemani kaisara. Lagi pun dia terpaksa menguruskan jenazah abang,kakak ipar serta anak mereka.

Semua jenazah akan dibawa ke kampung kakak iparnya. Kerana kakak iparnya masih mempunyai ibu serta adik beradik lain di kampung di perak. Sedangkan Hakimi hanya 2 beradik dengan abangnya saja, ayah dan ibunya sudah tiada.

Ayahnya meninggal semasa umurnya 16 tahun dan ibunya pula baru 3 tahun meninggal. Malam itu juga semua jenazah di bawa ke kampung kakak iparnya. Paginya dalam pukul 10 urusan perkebumian semua jenazah pun selesai.

Keluarga sebelah kakak iparnya meminta kaisara di jaga oleh Hakimi. Kerana Hakimi adalah wali kaisara selepas ayahnya tiada. Lagi pun keluarga kakak iparnya bukanlah orang senang. Kebanyakkan dari mereka hanya melakukan kerja kampung.

Selesai urusan perkebumian Hakimi pun pulang semula ke selangor dan terus ke hospital. Sepanjang dalam perjalanan Hakimi asik memikirkan kaisara. Siapa yang akan mengasuh kaisara bila ia bekerja.

Tiba-tiba fikiran Hakimi teringat pada Fatini adik Farish yang telah menyebabkan kemalangan itu. Dan telah meragut nyawa keluarga abang nya itu.

Aku akan membalas apa telah lelaki tu buat pada Abang aku. Sampai di hospital Hakimi terus ke wad kanak-kanak tempat kaisara berada. Masuk saja di dalam wad Hakimi melihat Fatini sedang menyuapkan makanan ke mulut kaisara. Kaisara juga nampak manja dengan Fatini.

Tidak lama kemudian Makcik Maimunah pun sampai juga. Makcik maimunah melihat ke arah Hakimi.

" Nak tolong maafkan anak makcik ya" kata makcik Maimunah. Kata-kata maaf itu tidak pernah lengkang dari mulutnya setiap kali bertemu dengan Hakimi.

"Saya boleh maafkan anak makcik jika anak perempuan makcik ni sanggup jadi isteri saya. Kerana tidak ada siapa yang akan menjaga kaisara jika saya pergi kerja." kata Hakimi memadang makcik maimunah dan Fatini.

Fatini terkejut dengan permintaan Hakimi. Tiba- tiba makcik Maimunah menarik tangan Fatini dan berkata pada Hakimi. "biar makcik bincang dulu dengan anak makcik Fatini".

Makcik maimunah berbincang dengan Fatini dan cuba memujuk. Kerana kesian pada kaisara,sebab ini terjadi kerana anaknya Farish.

Dengan terpaksa Fatini menerima pujukkan ibunya. Di dalam hatinya berkata, Farish punya angkara tetapi dia yang terkena imbasnya.

Selesai berbincang Maimunah dan Fatini pun pergi berjumpa dengan Hakimi.

" Anak makcik setuju"kata Maimunah.

"Kalau begitu saya akan uruskan borang nikah" kata Hakimi sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience