Selesai makan Danish,Haikal dan Damira pun masuk ke dalam bilik hotel masing-masing. Mereka sengaja meninggalkan Kaisara dan Hakimi. Kerana seperti ada hal penting yang ingin mereka bincangkan berdua.
Selepas anak-anaknya pergi dari meja makan untuk ke bilik hotel.Hakimi dan Kaisara berjalan menuju ke arah bangku di pekarangan hotel tersebut. Lalu mereka pun duduk.
"Ada hal apa yang Sara nak bincangkan dengan paksu ni"kata Hakimi.
"Macam ni paksu mmmh, Sara pun tak tau nak bagi tau Paksu macam mana" kata Kaisara.
"La kenapa pulak, bagi tau ja la. Paksu sudi ja dengar" kata Hakimi.
"Mmm, susah sikit la paksu sebab ni tentang maksu Rina" kata Kaisara.
"Kenapanya dengan maksu Rina hang" kata Hakimi.
"Hari tu masa Sara balik dari U, Sara ternampak maksu Rina dekat shoping mall. Maksu Rina berjalan dengan seorang lelaki." kata Kaisara.
"Mungkin urusan kerja agaknya tu" kata Hakimi.
"Tapi depa nampak mesra semacam ja. Sara pun ada rakam pakai telefon Sara." kata Kaisara.
"Mai sini paksu tengok" kata Hakimi.
Kaisara pun mengambil telefon pintarnya dan lalu mencari rakaman video yang ia rakam tersebut. Lalu menunjukan kepada Hakimi.Hakimi pun melihat rakaman tersebut.
Riak wajah Hakimi berubah melihat rakaman tersebut. Sebenarnya Hakimi kenal dengan Haris kerana semasa Karina berlajar di Universiti Haris memang rapat dengan Karina. Dan Karina juga pernah mengenalkan Haris pada Hakimi. Karina mengatakan Haris salah seorang kawan rapatnya di Universiti.
Hakimi terkejut melihat ke mesraan Kaisara dan Haris di dalam rakaman tersebut. Kaisara melihat perubahan muka Hakimi bila melihat rakaman video tersebut hanya terdiam saja.
"Sara hantar rakaman video tu pada paksu" kata Hakimi.
"Haa,baiklah" kata Kaisara lalu menghantar video tersebut melalui whatsap.
"Kaisara pergi la masuk bilik hotel dah larut malam ni" kata Hakimi.
"Paksu pun masuk sekali la" kata Kaisara.
"Paksu nak pergi beli makanan untuk maksu Tini hang. Lepas muntah dia tak makan apa lagi ni" kata Hakimi sambil bangun menuju ke arah gerai berdekatan.
Melihat Hakimi menuju ke arah gerai. Kaisara pun berjalan menuju ke biliknya. Hakimi membeli makanan yang tidak berminyak untuk isterinya Fatini. Nasi dan lauk-pauk yang di bakar. Supaya dapat mengurangkan sikit rasa loya isterinya itu bila makan.
Selesai membeli makanan untuk isterinya Fatini. Hakimi pun menuju ke bilik hotel. Sebenarnya fikirannya juga memikirkan tentang rakaman video tadi. Kenapa Karina sanggup berbohong dengannya demi lelaki tersebut. Kalau betul Haris dan Karina ada hubungan kenapa karina tidak menolak untuk berkahwin dengannya.
Sebenarnya hanya Karina saja yang pernah Hakimi beritahu tentang hartanya. Hakimi tidak pernah beritahu tentang asetnya pada Fatini. Fatini hanya tahu Hakimi mempunyai syarikat pembersihan.
Sebenarnya Hakimi mempunyai beberapa aset seperti 7 lot kebun sawit yang di urus oleh pekerjanya. Hakimi juga mempunyai 20 buah rumah sewa yang ia warisi dari ayahnya.
Ia juga mempunyai 6 lot tanah bendang yang ia sewakan pada orang. Hakimi mengenali Karina melalui ibu Karina.Ibu Karina bekerja sebagai clenear di syarikatnya. Ibu Karina ingin meminjamkan wang untuk menghantar Karina masuk ke Universiti. Lalu Hakimi meminta membawa Karina dan bawa sekali surat tawaran masuk Universiti berjumpa dengannya.
Selepas pertemuan pertama itu Karina sering berhubung dengannya. Lama-lama Hakimi mulai menyukai dan mencintai Karina. Hakimi pun boleh terima Karina walau pun Karina sudah tiada dara.
Hakimi juga sering membantu Karina. Dan ia juga sering memberi wang pada Karina bila Karina mengadu padanya tentang ia ke habisan wang berlanja. Hakimi merasa sakit di hatinya melihat kemesraan Haris dan Karina di dalam video tersebut.
Tapi sekarang ia tengah bercuti dengan isteri dan anak-anaknya. Jadi dia harus mengawal emosinya. Ini kali pertama Hakimi bercuti bersama Fatini dan anak-anaknya. Tentang rakaman video tersebut biarlah nanti Hakimi balik dari bercuti baru ia bersemuka dengan Karina.
Hakimi masuk ke dalam bilik hotel ia lihat Fatini sedang tidur. Ia merenung wajah isterinya itu. Hakimi teringat kali pertama ia berkahwin dengan Fatini usia Fatini baru 17 tahun masih muda remaja. Sekarang usia Fatini sudah 32 tahun nampak matang sedikit wajahnya.
Manakala Hakimi berkahwin kali pertama dengan Fatini berusia 27 tahun. Sekarang umurnya sudah 42 tahun. Siapa sangka ia dan Fatini masih berjodoh. Walau pun perkahwinan pertamanya bersama Fatini hanya untuk membalas dendam. Tapi perkahwinan kali kedua bersama Fatini untuk menebus segala kesalahan yang pernah ia lakukan kepada Fatini sebelum ini.
Tiba-tiba Fatini membuka matanya. Dan Fatini agak malu bila melihat mata Hakimi tak lepas memadang wajahnya.
"Abang ada apa dekat muka ayang ni" tanya Fatini.
"Tak dak apa ,saja ja. Nampak cantik pulak isteri abang ni,agaknya sebab sayang mengandung tu nampak berseri-seri ja." kata Hakimi.
"Abang ni ada-ada ja la." kata Fatini.
"Sayang dah bangun ni boleh la makan. Ni abang ada beli nasi dengan ikan bakar untuk sayang" kata Hakimi.
"Abang tak makan" tanya Fatini.
"Abang dah makan tadi dengan anak-anak, maaf sebab tak ajak sayang. Abang tengok sayang tertidur tadi jadi abang tak kejut "kata Hakimi.
" Tak pa, kepala ayang tadi pening sangat" kata Fatini.
"Macam mana sekarang masih pening lagi. Nanti lepas makan abang picitkan kepala ayang" kata Hakimi.
"Dah kurang sikit" kata Fatini sambil menyuap nasi yang di beli oleh Hakimi tadi.
Paginya selepas sembahyang subuh dan sarapan. Hakimi,Fatini dan anak-anaknya pergi ke tepi pantai.Kaisara dan Damira menghampiri air laut untuk bermain air. Sementara Danish pula menjaga Haikal yang bermain pasir.
Damira dah berjanji dengan Danish bila dia dah puas main air laut. Nanti Damira pula yang akan mengantikan Danish menjaga Haikal. Jadi boleh la Danish pula mandi air laut. Mereka sengaja tidak mahu mengangu kedua orang tua mereka Hakimi dan Fatini.
Fatini hanya memadang anak-anaknya bermain di tepi pantai. Hakimi datang duduk sebelah Fatini sambil tangannya membawa makanan dan minuman yang ia beli.
"Nah ambil la makan" kata Hakimi.
Fatini pun mengambil makanan di tangan Hakimi."Tahu pula abang ayang nak makan rojak ni"kata Fatini.
"Tahu la,perempuan mengandungkan memang suka makan benda- benda macam ni" kata Hakimi.
Mendengar kata-kata Hakimi membuat Fatini tersenyum.
Share this novel