Hari ini adalah hari majlis resepsi untuk Fatini dan Hakimi. Majlisnya tidak beberapa besar, Maimunah memanggil adik-beradik terdekat dan orang kampung yang berdekatan dengan rumahnya saja.Kawan-kawan Damira dan Danish pun ada yang datang.
Hati Maimunah berharap selepas ini tidak ada lagi orang yang akan menuduh Fatini yang bukan-bukan.Bukan mudah Fatini melalui status jandanya selama ini.
Sampai pernah Fatini di datangi oleh seorang wanita yang menuduh ia ada hubungan dengan suami wanita tersebut. Tetapi lelaki tersebut hanya rakan sekerjanya Fatini saja. Sampai lelaki tersebut berhenti kerja sebagai clenear di sekolah tersebut. Kerana malu dengan tindakan isterinya yang datang ke sekolah menyerang Fatini.
Maimunah kerap melihat Fatini menitiskan air mata. Hanya kerana Fatini menjadi janda ramai lelaki berstatus suami yang cuba mendekatinya.
Fatini sendiri pun tak pasti betul ke tindakannya bernikah semula dengan Hakimi. Sampai bila Hakimi akan merahsiakan hal ni pada Karina. Mampukah Karina isteri Hakimi yang sangat disayangi oleh Hakimi menerima dirinya sebagai madu.
Tapi bila memikirkan anak-anaknya Fatini menerima cadangan anak-anaknya itu. Lagi pun ia melihat Hakimi pun sudah banyak berubah. Layanan Hakimi padanya pun berbeza dari dulu. Malam pernikahan mereka di hotel Hatyai Hakimi memperlakukannya dengan lembut. Dan mulut Hakimi juga memohon maaf atas berbuatannya 15 tahun dahulu.
Entah kenapa malam itu kali pertama Fatini merasakan Hakimi benar-benar ikhlas dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Sebelum melakukan hubungan bersetubuh Hakimi meminta izin dulu padanya.
"Sayang maafkan abang sebab terpaksa merahsiakan pernikahan kita pada Karina. Terima kasih telah menjaga Danish dan Damira dengan baik."kata Hakimi
" Tak pa Fatini faham, mana ada perempuan yang sanggup bermadu" kata Fatini.
Hakimi mendekati Fatini dan memeluk tubuh Fatini dan mencium mulut dan dahi Fatini. Fatini memadang Hakimi agak malu-malu dengan berbuatan Hakimi.
"Sayang tahu abang dah semakin sayang pada sayang, tapi maaf sebab kita hanya boleh bertemu pada hari minggu saja"kata Hakimi.
" Tak pa,ayang faham keadaan abang"kata Fatini.
Malam itu terjadilah hubungan kasih sayang suami isteri yang hangat penuh dengan berahi dan kata-kata sayang. Paginya Hakimi dan Fatini bangun pergi mandi bersama-sama. Selesai mandi Hakimi menyikatkan rambut Fatini yang agak panjang paras pinggang.
Sebelum bernikah dengan Hakimi, Fatini akan memakai tudung bila Hakami datang ke rumah. Jadi Hakimi tidak pernah melihat rambut Fatini.
Sudah hampir 2 bulan pernikahan Fatini dan Hakimi. Hari ini tiba-tiba Maimunah mengalami sesak nafas. Maimunah memang ada penyakit asma. Walau pun sudah makan ubat tapi sesak nafasnya tetap tidak hilang juga.
Fatini pun pergi ke rumah adik ibunya untuk meminta tolong membawa ibunya ke klinik. Adik ibunya yang Fatini panggil paksu. Paksu pun datang membawa kereta kancil lama untuk membawa Mainunah ke klinik.
Sampai di klinik Fatini mengambil kerusi roda untuk ibunya. Maimunah keluar dari kereta dan duduk di kerusi roda. Lalu Fatini pun menolak kerusi roda tersebut ke ruang kecemasan.
Di ruang kecemasan Maimunah di berikan bantuan oksigen. Selalunya selepas di beri bantuan oksigen pernafasan Maimunah akan kembali normal. Tapi hari ini pernafasannya tetap tidak ada perubahan.
Pihak klinik membuat surat rujukan supaya Maimunah di hantar ke hospital. Maimunah di hantar ke hospital menaiki ambulan di temani oleh Fatini. Sampai di hospital Maimunah terus di masukkan di ruang kecemasan.
2 jam di ruang kecemasan baru Maimunah di masukkan ke dalam wad. Fatini menefon Hakimi memberitahu keadan ibunya. Hakimi berjanji akan membawa Danish dan Damira datang melawat nanti.
Petangnya Hakimi datang membawa Danish dan Damira ke hospital untuk melihat Maimunah. Hakimi tidak membawa Haikal kerana agak sukar untuk mengawal Haikal di tempat yang ramai orang apa lagi hospital. Haikal di tingggalkan di rumah Affan. Isteri Affan hanya suri rumah tangga jadi boleh la Haikal di tinggalkan sementara di rumah Affan.
Dalam pukul 7 keadaan Maimunah ibu Fatini bertambah teruk. Pada mulanya Hakimi ingin membawa Danish dan Damira pulang. Tapi tidak jadi bila melihat keadaan ibu mentuanya semakin tenat.
Fatini memanggil doktor dan doktor pun datang. Doktor menasihati supaya waris tidak meninggalkan Maimunah sendirian. Fatini menyuruh Danish dan Damira membaca surah Yassin di tepi katil Maimunah.
Dan Fatini pula pergi ke arah telinga ibunya. Dan mulutnya menyebut kalimah Allah,Lailahaillallah di tepi telinga ibunya tanpa henti. Sambil air matanya mengalir tidak mampu manahan sebak di dada. Mulut Fatini terus saja mengucapkan kalimah lailahaillallah di telinga ibunya.
Tak lama kemudian Maimunah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hakimi melihat keadaan isteri dan anak-anaknya kehilangan insan tersayang turut merasa sebak.Hakimi menghampiri Fatini dan memeluknya mengosok-gosok belakang badan Fatini untuk menenangkanyan.
Malam itu Danish dan Damira pulang bersama Hakimi. Manakala Fatini pulang dengan van jenazah ibunya.
Dalam pukul 10 malm baru van jenazah sampai di rumah Fatini. Abangnya Farish dan anak isterinya baru sampai dari selangor.
Jenazah akan di kebumikan pagi esoknya. Kerana sekarang waktunya sudah terlalu larut malam. Malam ini ahli keluarga Fatini terdekat ramai yang datang.
Paginya dalam pukul 9.00 urusan perkebumian Maimunah ibu Fatini pun selesai. Hakimi sentiasa berada disisi Fatini sepanjang acara perkebumian.
Share this novel