Bab 15

Drama Completed 39314

Selepas kedatangan Hakimi ke rumah Fatini pada hari itu. Hakimi sering datang ke rumah Fatini pada hari minggu. Kekadang Hakimi akan membawa ke dua anaknya pergi berjalan- jalan di shoping mall membelikan pakaian. Dan Hakimi juga membawa anaknya ke kedai buku untuk membeli buku latihan untuk ujian PT3 nanti.

Kekadang Hakimi akan membawa Haikal sekali berjumpa dengan Danish dan Damira. Selalunya jika membawa Haikal mereka hanya akan berada di rumah. Kerana Haikal tidak suka tempat yang bising dan ramai orang.

Selalunya bila di rumah Fatini, Hakimi dan anaknya akan berbual-bual di luar rumah saja. Di luar rumah ada kazebo yang Danish buat bersama Wafiq dengan mengunakan kayu dan papan terpakai. Di kazebo inilah tempat Danish dan Wafiq lepak.

Hakimi selalu akan bertanyakan tentang hal persekolahan kepada Danish dan Damira. Sambil Hakimi berbual dengan Danish dan Damira matanya juga tak lekang memadang pada Haikal.

Haikal akan bermain-main dengan kucing yang ada di rumah Fatini. Kekadang Haikal akan mengejar kucing tersebut dan kekadang ia mengomol kucing itu. Haikal juga sudah semangkin rapat dengan Danish dan Damira.

Selalunya Fatini dan ibunya akan membiarkan Hakimi dan anak-anaknya bersembang di luar. Fatini pula akan menyibukkan diri dengan mengemas rumah.

"Ayah tak nak bersatu kembali dengan mak" tanya Damira tiba-tiba pada Hakimi.

Hakimi terdiam mendengar pertanyaan itu keluar dari mulut anaknya.

"Kenapa,ayah tak suka pada mak" kata Danish pula.

Damira dan Danish memadang pada ayah mereka. Menunggu jawaban yang akan keluar dari mulut Hakimi. Hakimi tidak tahu untuk menjawab pertanyaan anaknya itu.

"Kalau boleh kami nak ayah dan mak bersatu kembali, kalau boleh la" kata Damira.

"Mak tu banyak orang nak buat isteri tapi mak menolak" kata Danish.

"Perkara ni kena bincang dengan mak kamu dulu la. Ayah tak kisah kalau mak kamu setuju,ayah terima ja"kata Hakimi.

"Betul ke ni ayah" kata Damira.

"Tentang mak tak jadi masalah,kita orang akan pujuk sehabis mungkin" kata Danish.

"Tapi macam mana dengan mak Haikal,dia boleh setuju ke kalau ayah kahwin dengan mak" kata Damira.

"Nanti ayah cuba berbincang dengan mak Haikal." kata Hakimi.

"Alah mak Haikal tak bagi, ayah kahwin ja dekat siam" kata Danish.

Mendengar kata-kata anak-anaknya Hakimi seperti faham. Bahawa begitu besar ke inginan Danish dan Damira untuk melihat ia dan Fatini bersatu kembali. Hakimi sendiri berasa tak berani ingin memberitahu pada isterinya tentang Fatini dan anak-anaknya.

Kerana Hakimi takut Karina tidak boleh terima. Hakimi risau karina akan melakukan sesuatu di luar jangkaan. Semasa Haikal lahir agak lama juga baru Karina boleh terima keadaan Haikal.

Dan Karina juga mengalami penyakit kemurungan selepas melahirkan Haikal. Sebab itu Haikal selalu Hakimi bawa. Ia pernah melihat Karina memukul Haikal. Jika Karina tahu tentang bahawa ia mempunyai 2 orang anak yang normal. Apa akan jadi dengan nasib Haikal nanti.

Hakimi juga ingin Fatini menjadi isterinya kembali. Tapi mungkin ia terpaksa membawa Fatini bernikah di siam. Supaya karina tidak tahu tentang pernikahan ini. Hakimi ingin menjaga hati Karina.

Jika Hakimi bernikah dengan Fatini tidak perlu lagi ia balik hari jika berjumpa dengan Danish dan Damira. Ia boleh tidur di rumah Fatini jika ia sudah berstatus suami Fatini.

Demi Danish dan Damira apa salahnya jika meperisterikan Fatini kembali. Pulang dari rumah Fatini fikiran Hakimi asik memikirkan apa yang Danish dan Damira bualkan tadi. Tentang meminta ia dan Fatini bersatu kembali. Dalam diam Hakimi merasakan ada sedikit perasaan pada Fatini.

Hakimi perlu berbincang dengan Fatini dulu. Dan ia akan mencari alasan pada Karina bila nanti ia akan ke siam untuk bernikah dengan Fatini.

Di rumah Fatini pula Selesai makan malam Fatini dan ibunya serta 2 orang anaknya berkumpul du ruang tamu.

"Mak ,adik nak minta sesuatu boleh" kata Damira.

"Adik nak apa" tanya Fatini.

"Adik dengan abangkan nak minta mak nikah dengan ayah balik, boleh" kata Damira dengan suara mengadanya.

Fatini terkejut dengan pertanyaan Damira itu.

"Mak boleh la" kata Danish pula.

"Tapi ayahkan dah ada isteri, mana boleh" kata Fatini.

"Tapi ayah suruh tanya mak. Kalau mak setuju ayah ok ja." kata Damira lagi.

" Nanti la opah bincang denga ayah kamu sendiri " kata Maimunah.

Hati Maimunah berharap Hakimi dan Fatini berbaik kembali. Kerana dirinya sudah tidak sihat seperti dulu. Apa lagi orang kampung selalu memadang serong pada Fatini. Hanya kerana Fatini menjadi janda di usia yang sangat muda.

Semasa Fatini berpindah ke kampung Maimunah umurnya baru 27 tahun. Tapi sudah mempunyai 2 orang anak berumur 10 tahun. Ramai yang berangapan bahawa anak Fatini itu anak luar nikah. Walau bermacam-macam orang mengata dirinya. Tapi Fatini tetap kuat untuk membesarkan anak-anaknya.

Jika Hakimi ingin bernikah di siam tidak jadi masalah bagi Maimunah. Balik dari siam boleh daftar pernikahan itu. Selepas itu boleh buat majlis kenduri kesyukuran bila sudah selesai urusan pernikah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience