Hakimi memberitahu pada Karina bahawa dalam 2 hari ia akan ada urusan di luar pada kedah. Dia meminta Karina mengambil Haikal dari sekolah dan hantar ke pengasuh dalam 2 hari ia tidak ada. Karina mengiakan saja tidak bertanya lanjut tentang urusan apa Hakimi di sana.
Sedangkan Hakimi ingin menemani Fatini dan anak-anaknya yang baru kehilangan insan tersayang. Yang banyak membantu Fatini dan dua orang anaknya. Tapi walau bagai mana pun Hakimi tidak boleh terlalu lama berada di rumah Fatini. Kerana ada Haikal di rumahnya yang memerlukan perhatiannya.
Paginya Fatini terbangun jam 5.00 ia bangun untuk membuat sarapan. Fatini masih bercuti hari ni kerana kematian ibunya. Selesai membuat sarapan Fatini pun mengejutkan Danish dan Damira dari tidur. Selepas itu ia masuk ke biliknya kembali untuk mengejutkan Hakimi dari tidur.
Sampai di dalam biliknya Fatini pun menghampiri Hakimi lalu mengoyangkan badan suaminya itu.
"Abang bangun, sembahyang subuh" kata Fatini sambil tangannya mengoncang badan suaminya.
"Mmm,baik lah abang bangun ni" kata Hakimi sambil bangun dari katil dan mengambil tuala untuk ke bilik air.
Selepas Hakimi dan 2 orang anaknya selesai membersihkan diri dan mengambil wuduk. Mereka pun sembahyang subuh berjamaah bersama. Hakimi menjadi imamnya.
Selesai sembahyang dan berdoa. Mereka menuju ke meja di dapur yang siap terhidang sarapan yang Fatini sediakan.
Pagi ini Danish dan Damira tidak akan ke sekolah. Lagi pun ujian PT3 sudah selesai. Arwah opah pun baru 2 hari meninggal. Jadi Danish dan Damira berfikir ingin menemani ibu mereka Fatini pada hari ni. Hakimi ayah mereka pun akan pulang ke kedah petang ini.
Hakimi dan Danish menarik bangku di meja makan untuk sarapan. Sementara Damira menolong ibunya membawa air kopi yang sudah siap di bancuh oleh Fatini untuk di letakkan di atas meja. Selepas meletakkan dulang air di atas meja barulah Fatini dan Damira duduk di meja makan bersama Hakimi dan Danish.
"Mee goreng mak buat paling sedapkan ayah" kata Danish.
"Betul,mak hangpa ni memang pandai masak" kata Hakimi.
"Ada ja la hangpa ni" kata Fatini.
"Betul la mak, masakkan mak paling sedap kat dunia ni" kata Damira sambil tangannya menyuap mee goreng masuk ke mulutnya.
Fatini tersenyum mendengar kata-kata pujian dari suami dan anak-anaknya. Fatini baru menyuap dalam 3 suapan mee goreng yang ia masak tadi. Tiba-tiba tekaknya merasa loya ia pun bangun menuju ke bilik air dan memuntahkan isi perutnya.
Hakimi mendengar Fatini muntah terus menuju ke arah Fatini di bilik air. Dan Hakimi menepuk-nepuk dan mengosok belakang tubuh Fatini.
"Masih rasa mual lagi" tanya Hakimi sambil mengosok belakang Fatini untuk meredakan rasa mualnya.
" Dah kurang sikit" kata Fatini sambil membasuh mulutnya.
Danish dan Damira hanya memerhati tingkah laku ke 2 orang tuanya. Tiba-tiba Hakimi bertanya pada Fatini. " Sayang tak datang haid lagikan bulan ni"
Fatini pun mengagukkan kepalanya bila Hakimi bertanya padanya.
"Nanti kita pergi cek dekat klinik swasta, mungkin dah ada isi ni." kata Hakimi.
"Ok,lah" kata Fatini.
"Apa maksud ayah ni" tanya Damira.
"Hangpa berdua nak dapat adik la" kata Hakimi sambil tersenyum memadang Danish dan Damira.
"Harap tak dapat adik macam mira sudah, banyak kerenah" kata Danish.
Mendengar kata-kata Danish, Damira memadang Danish dengan marah dan tangannya mencubit kulit Danish dengan kuat. Tanpa berlegah Danish lari dari Damira sejauh mungkin.
Selepas selesai bersarapan Hakimi meminta Damira mengemas bekas makan tadi . Kerana ia meminta Fatini masuk ke bilik untuk merehatkan badan.
Dalam pukul 10 pagi Hakimi membawa Fatini ke klinik untuk memastikan sama ada Fatini benar-benar mengandung atau ada penyakit lain. Danish dan Damira pun ikut sekali kerana tengahari hari nanti mereka akan makan bersama di kedai saja. Lagi pun petang ni Hakimi akan pulang ke kedah. Minggu depan baru ia akan datang semula berjumpa Fatini dan anak-anaknya.
Sampai di klinik Hakimi pun pergi mendaftar dengan memberi kad pengenalan diri Fatini di kaunter. Sementara Fatini dan dua orang anaknya duduk di bangku yang ada di dalam klinik tersebut. Selesai mendaftar Hakimi pun duduk di bangku sebelah isterinya.
Tak lama kemudian nama Fatini pun di panggil. Hakimi dan Fatini pun masuk ke dalam bilik doktor. Sementara Danish dan Damira menunggu di luar saja sambil masing-masing sibuk dengan telefon bimbit.
Masuk saja ke dalam bilik doktor. Fatini pun memberitahu haidnya sudah lewat 2 minggu. Doktor mengecek dengan pregnancy test dulu. Jadi Fatini di beri botol untuk meletakkan air kencingnya.Selepas menunggu seketika keputusannya pun timbul dan ada 2 garis merah timbul. Itu bermakna Fatini memang mengandung.
Selepas pasti Fatini mengandung doktor menyuruh Fatini baring di katil yang sudah ada di dalam bilik tersebut. Fatini pun baring dan Hakimi berdiri disamping katil Fatini. Doktor meletakkan sejenis jell di kawasan perut Fatini. Kemudian doktor meletakkan pula sejenis alat untuk scan dan mengerak-gerakkan alat itu di kawasan perut Fatini.
"Janin dalam kandungan ni baru 7 minggu"kata doktor tersebut pada Hakimi dan Fatini.
Selesai melakukan scan Hakimi dan Fatini pun keluar dari bilik doktor. Hakimi pula terus pergi ke kaunter mengambil ubat. Untuk mengambil vitamin yang sudah di tulis oleh doktor. Sementara Fatini pergi ke arah Danish dan Damira.
"Macam mana mak" tanya Damira.
"Mmm, hangpa berdua memang akan dapat adik tak lama lagi" kata Fatini.
"Harap dapat adik perempuan, dapat la Damira kawan nanti" kata Damira.
Danish hanya mendengar saja celoteh adiknya Damira. Selesai mengambil vitamin dan membayar bil Hakimi pun pergi ke arah isteri dan anak-anaknya. Dan mengajak mereka keluar dari klinik untuk ke kedai makan pula.
Share this novel