Hari ini seperti biasa Damira dan Danish pergi ke sekolah bersama. Sampai di sekolah Damira turun dari motor dan Danish pula meletakkan motornya di tempat parking. Barulah Danish akan ke kelas.
Di dalam kelas sudah ada Wafiq. Wafiq dan Danish memang kawan rapat.Hari ini mata perlajaran pertama adalah sains.Tak lama loceng berbunyi cikgu Affan pun masuk ke dalam kelas. Bila waktu mata perlajaran sains hampir tamat,cikgu Affan pergi ke arah Danish dan memberitahu supaya Danish membawa Damira berjumpa dengannya lepas habis waktu sekolah nanti.
Habis waktu sekolah sesi pagi ramai pelajar keluar untuk pulang. Manakala Danish dan Damira pula pergi berjumpa dengan cikgu Affan di tempat yang di beritahu oleh cikgu Affan. Danish dan Damira berdebar-debar apa agaknya yang hendak cikgu Affan beritahu pada mereka.
Sampai di tempat yang di janjikan. Danish dan Damira melihat cikgu Affan sudah ada. Danish dan Damira pun menghampiri cikgu Affan.Sampai di depan cikgu Affan, cikgu Affan meminta Danish dan Damira duduk di bangku yang sudah ada di situ.
Danish dan Damira pun duduk seperti yang di suruh oleh cikgu Affan.
"Cikgu nak bagi tau, ayah kamu sudah tahu tentang kamu berdua.Dia teringin nak berjumpa dengan kamu berdua."kata Affan.
"Betul ke, apa ayah boleh terima kami"tanya Damira agak teruja mendengar tentang ayahnya.
"Tentulah ayah kamu boleh terima. Apa lagi kamu berdua ada pertalian darah dengan dia." kata Affan.
"Bila kami boleh berjumpa dengan ayah" tanya Danish.
"Ni cikgu nak bagi tau,ahad depan cikgu dengan ayah kamu akan datang ke rumah kamu. Tolong beritahu pada mak kamu." kata Affan.
"Baik,saya akan bagi tahu pada mak" kata Damira.
Selepas selesai Affan memberitahu pada Danish dan Damira tentang ia dan Hakimi akan datang ke rumah mereka. Affan, Danish dan Damira pun keluar dari sekolah untuk pulang.
Damira dan Danish sampai di rumah dalam pukul 2.14. Opah Maimunah sudah setia menunggu di depan pintu seperti biasa. Danish dan Damira pun masuk ke dalam rumah.
Petang itu Fatini sampai di rumah ia melihat kedua anaknya seperti sedang menunggunya.
"Ada apa ni semua pakat duk dekat luar ni" kata Fatini.
"Mak ada hal nak bagi tau dekat mak ni" kata Damira tersenyum-senyum.
"Apa dia, Danish pun ada benda juga ke nak bagi tahu dekat mak" kata Fatini.
"Biar adik ja la bagi tahu dekat mak,adik yang tak sabar sangat." kata Danish.
"Apa dia yang adik tak sabar sangat nak bagi tau" kata Fatini.
"Mak tadi kan,cikgu Affan jumpa Damira dengan abang dia bagi tau Ahad minggu depan cikgu akan bawa ayah mai rumah kita" kata Damira.
Fatini terdiam mendengar kata-kata anaknya itu. Di hati Fatini ada perasaan berbelah bagi. Masih ia ingat bagai mana Hakimi telah meperlakukan dirinya. Bertapa sakitnya jiwa dan hatinya. Mampu ke Fatini bersemuka dengan Hakimi. Dan bagaimana dengan nasib Danish dan Damira adakah mereka akan menjauh darinya.
Melihat keadaan mak mereka yang tiba-tiba terdiam dan berubah air muka. Danish dan Damira mendekati Fatini dan memeluknya.
"Mak jangan la risau la adik tetap sayang mak lebih dari segalanya". Kata Damira.
" Danish pun tetap akan berada di samping mak, cuma Danish teringin untuk berjumpa ayah dan melihatnya"kata Danish.
Fatini membalas pelukkan anaknya dan tiba-tiba air matanya mengalir.
" Mak tak kisah, Dia tetap ayah hangpa berdua,tapi tolong jangan tinggal mak. Hangpa berdualah harta paling beharga bagi mak"kata Fatini.
Maimunah melihat anak dan cucunya berpelukkan ada perasaan sebak di dadanya. Di dalam hatinya berdoa semoga anak dan cucunya tidak berpisah walau apa pun terjadi.
Malam ini Fatini terbangun pukul 3 pagi. Dan Fatini pun pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk sembahyang sunat tahjud. Usai sembahyang ia pun berdoa. Kali ini agak lama ia berdoa hingga mengalirkan air mata.
Fatini berdoa semoga ia di beri kekuatan untuk bertemu dengan Hakimi. Dan semoga ia dan anaknya tidak di pisahkan.
Hari yang di tunggu oleh Danish,Damira dan Hakimi tiba. Hakimi berdebar-debar sepanjang perjalanan ke rumah Fatini. Di kepalanya ligat memikirkan bagai mana penerimaan anak-anaknya nanti. Dan bagai mana agaknya rupa anak kembarnya.
Sampai di depan rumah Fatini,Affan dan Hakimi pun mematikan enjin kereta lalu membuka pintu kereta untuk keluar. Pintu rumah Fatini terbuka dan ada Maimunah di tepi pintu itu.
Affan membawa isteri dan anaknya. Manakala Hakimi membawa Haikal saja.Hakimi tidak memberitahu pada Karina tentang Fatini dan anak-anaknya.
Affan memberi salam dan di jawab salam oleh Maimunah. Maimunah pun mengajak mereka semua masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah mereka hanya duduk di lantai berlapikkan tikar getah.
Fatini sibuk di dapur untuk menyediakan makanan bagi tetamu. Fatini menyuruh Damira menghantarkan minuman kepada tetamu. Damira dengan gugupnya membawa dulang minuman itu ke ruang tamu. Sambil meletakkan dulang air minuman itu matanya melirik ke arah lelaki yang juga ayah kandungnya. Mata Hakimi pun tak lepas memadang anak perempuannya itu.
Tak lama kemudian Danish keluar dari dalam biliknya dan duduk bersama di ruang tamu. Danish dan Hakimi saling berpadangan. Wajah Danish memang seiras wajah Hakimi. Tak lama kemudian Fatini keluar dari dapur bersama Damira membawa beberapa kuih muih yang di letakkan di dalam pingan. Hakimi memadang ke arah Fatini ada perasaan bersalah kerana dulu dia pernah menyakiti Fatini.
Fatini dan Damira pun duduk di ruang tamu bersama tetamu.Tiba-tiba Affan memberikan sesuatu pada Fatini.
"Ni ada buah tangan sedikit dari saya dan Hakimi" kata Affan.
Lalu Fatini pun mengambilnya dan mengucapkan terima kasih. Hakimi hanya diam saja kerana ia sendiri tidak tahu untuk berbicara apa. Hanya Affan yang banyak bercakap. Tiba-tiba Affan menyuruh Damira dan Danish menyalami Hakimi. Danish dan Damira menghampiri Hakimi untuk bersalaman. Damira mencium tangan ayahnya dan Hakimi tiba-tiba mengalirkan air mata sambil tangannya menyetuh kepala anaknya begitu juga dengan Danish. Sambil Hakimi membisikkan perkataan maaf di mulutnya.
Damira dan Danish merasa sebak dan mengalirkan air mata. Selepas selesai bersalaman dengan anaknya. Hakimi menghampiri ibu Fatini dan tangannya menyalami tangan Maimunah dan mencium tangan tua itu.
"Maafkan saya sebab dah banyak buat salah pada Fatini. Terima kasih telah menjaga dan merawat anak-anak saya" kata Hakimi.
Fatini melihat semua itu pun mengalirkan air mata. Tidak sangka Hakimi sudah banyak berubah.Sebelum Hakimi mengundurkan diri dari rumah Fatini. Hakimi memberi sedikit wang pada ke dua anaknya. Hakimi juga memberi wang pada ibu Fatini.
Share this novel