Fatini sampai di rumah dalam pukul 4.20. Sampai saja di rumah Fatini akan membersihkan badannya terlebih dahulu. Kemudian bila waktu asar telah masuk Fatini akan terus sembahyang.
Selepas selesai sembahyang baru Fatini pergi ke dapur untuk memasak makan malam. Fatini akan di bantu oleh ibunya dan Damira. Walau pun Damira kurang rajin sebenarnya tapi di sebabkan ibunya menyuruh terpaksa juga ia melakukanya.
Jam sudah menujukkan pukul 7.00 petang. Wafiq kawan Danish sudah datang untuk mengajak Danish ke masjid untuk sembahyang magrib. Ayah Wafiq selalunya akan pergi dulu ke masjid. Manakala Wafiq akan pergi bersama Danish.
Dalam pukul 9.10 malam baru Danish sampai ke rumah dari masjid. Selalunya bila Danish sampai ke rumah Fatini akan menghidang makanan untuk makan malam bersama keluarganya. Waktu makan malam lah mereka dapat makan bersama.
"Mak sabtu minggu depan akan ada perjumpaan waris untuk pelajar-pelajar yang akan ambil ujian PT3. Mak datang tau" kata Damira ketika berada di ruang tamu.
"Nampaknya mak kena ambik cuti la hari sabtu tu" kata Fatini sambil melipat kain.
"Kalau boleh datang dengan mak dan ayah sekali lagi bagus."kata Danish
Fatini terdiam mendengar kata-kata Danish. Ia tahu Danish dan Damira teringin sangat hendak berjumpa dengan ayah mereka.
"Tahun depan bila Danish dah dapat lesen motor. Baru boleh Danish pergi cari ayah di kedah." kata Fatini sambil memadang ke anak-anaknya.
"Betul ke mak" kata Damira dan Danish serentak.
"Betul la,tapi ujian PT3 ni kena buat elok-elok la." kata Fatini.
" Mesti la Damira dan abang akan buat yang terbaik untuk ujian PT3 ni. Betul tak abang Danish. " kata Damira.
"Betul la. Abang pun akan usaha juga tapi adik kena bantu abang la."kata Danish.
Mendengar kata-kata anaknya membuatkan hati Fatini berasa senang. Dia juga tak boleh memisahkan anak dan ayah. Walau bagai mana pun Hakimi tetap ayah mereka. Dan Damira suatu hari nanti bila dah habis belajar dan akan berkahwin memerlukan Hakimi untuk menjadi walinya.
Hari ini hari sabtu ada perjumpaan waris perlajar yang akan mengambil ujian PT3 diadakan di sekolah Danish dan Damira. Fatini sudah mengambil cuti pada hari ini dan akan pergi ke sekolah anaknya pagi ini.
Fatini membawa Damira dengan motor honda wave nya. Manakala Danish menaiki motor kriss nya. Mereka bertiga pun bertolak bersama-sama ke sekolah.
Sebelum bersiap untuk pergi ke sekolah anaknya. Fatini telah memasak terlebih dahulu untuk ibunya di rumah.
Sampai di sekolah Fatini dan Danish meparking motor di tempat parking di dalam kawasan sekolah.Damira memberitahu ibunya supaya mendaftar dahulu di tempat yang sudah di sediakan.
Selesai mendaftar pelajar dan ibu bapa di minta masuk ke dalam dewan yang sudah di letakkan bangku.Fatini serta 2 anaknya menuju ke dalam dewan. Hari ini ada beberapa guru bertugas dalam perjumpaan ibu bapa dan pelajar. Guru tersebut salah seorangnya adalah cikgu Affan.
Semasa Fatini ingin masuk ke dalam dewan. Fatini berjalan bersama Danish dan Damira dan kebetulan berselisih dengan Affan. Affan memadang ke arah Fatini dan matanya juga turut melirik ke arah Danish dan Damira. Tiba-tiba Affan menegur Fatini.
"Damira dan Danish ni anak awak" tanya Affan pada Fatini.
"Ya, mereka anak saya" kata Fatini lalu berlalu untuk masuk ke dalam dewan.
Mata Affan tidak lekang dari melihat Danish. Kerana wajah Danish memang mirip dengan Hakimi. Affan juga tahu tentang Danish dan Damira kembar. Kerana Affan juga mengajar di kelas Danish.
Affan yakin Danish dan Damira adalah anak sepupunya Hakimi. Kerana nama ayah Damira dan Danish bernama Hakimi.
Hatinya berfikir tentu Hakimi akan gembira bila dapat tahu dia mempunyai 2 orang anak yang sihat dan normal. Affan bersimpati dengan nasib Hakimi yang mempunyai seorang anak lelaki istimewa. Dan isteri Hakimi pun sudah tidak boleh mengandung lagi.
Lagi pun sekarang Hakimi sudah banyak berubah selepas kehadiran anaknya Haikal. Hakimi pun sekarang sudah mula tidak tinggal sembahyang. Affan memanggil Danish dan Danish pun pergi ke arahnya. Affan memberitahu Danish supaya meminta ibunya menunggu sebentar selepas sesi perjumpaan PT3 ini selesai. Kerana Affan ingin berbincang sedikit dengan ibunya.
Selesai sesi perjumpaan waris PT3 ramai pelajar dan ibu bapa yang keluar dari dalam dewan untuk pulang. Danish sudah memberitahu kepada ibunya tentang cikgu Affan meminta ibunya menunggu sebentar.
Selepas semua orang keluar dari dalam dewan Affan pun menghampiri Fatini.
"Danish dan Damira tu anak Hakimi kan" tanya Affan.
"Ya memang mereka anak Hakimi." kata Fatini sambil matanya memadang ke arah ke 2 anaknya.
Danish dan Damira hanya diam mendengar kata-kata cikgu Affan. Mereka hairan apa hubungan cikgu dengan ayahnya.
Affan pun menceritakan kehidupan Hakimi selepas berkahwin dengan Karina. Dan tentang Hakimi mempunyai seorang anak istemewa.
Affan meminta izin Fatini untuk memberitahu pada Hakimi tentang Danish dan Damira. Mulanya Fatini terdiam tapi ia memadang Danish dan Damira.
"Terpulang pada Danish dan Damira" kata Fatini.
Affan memadang pada Danish dan Damira dan bertanya pendapat mereka.Danish dan Damira setuju cikgu Affan memberitahu tentang mereka berdua pada ayah mereka. Kerana Danish dan Damira teringin sangat melihat wajah ayah mereka.
Fatini tidak pernah mencerita perkara yang buruk pada anaknya tentang ayah mereka. Fatini hanya memberitahu bahawa ayah mereka tidak tahu tentang mereka berdua. Kerana Fatini tahu tentang ia mengadung pun selepas bercerai.
Share this novel