Sampai saja kereta Karina di rumahnya ia pun memberhentikan kereta. Lalu Karina membuka pintu kereta dan menarik Haikal keluar dari kereta menuju ke pintu rumah. Di depan pintu Karina mengambil kunci untuk membuka pintu. Selesai membuka pintu ia menolak Haikal masuk ke dalam rumah.
Haikal terjatuh di atas lantai akibat di tolak oleh Karina. Haikal agak takut dengan Karina, kerana Karina selalu mempelakukan Haikal dengan Kasar. Selepas Karina selesai mengambil barang di dalam kereta ia pun masuk ke dalam rumah.
Haikal pula telah masuk ke dalam biliknya. Karina pergi ke bilik Haikal dan membuka pintu untuk masuk. Karina melihat Haikal ralit dengan mainannya. Entah kenapa setiap kali melihat Haikal hatinya merasa benci.
"Haikal! hang ni tau main ja" kata Karina ssmbil mengambil mainan Haikal lalu melempar ke arah dinding.
Haikal melihat kelakuan ibunya itu terkejut dan matanya terkebil-kebil. Lalu Haikal mengutip mainannya yang di lempar tadi.
"Jangan nak ambil mainan tu! Badan besar tapi asik main ja. Kenapa hang asik menyusahkan aku ja." kata Karina sambil tangannya menarik telinga Haikal.
Tiba-tiba Karina mengambil rotan bulu ayam . Lalu ia memukul badan Haikal berulang kali melepaskan kemarahannya ke pada Haikal.
"Kerana hang la hidup aku jadi macam ni" kata Karina sambil merotan belakang tubuh Haikal.
"Maaa,akit,akit" kata Haikal dengan linangan air mata.
Hampir 15 minit Haikal menangis dan merayu pada Karina. Barulah Karina berhenti memukul badan Haikal. Selepas itu ia cuba untuk memeluk Haikal. Tapi Haikal ketakutan melihat Karina cuba memeluknya.
"Maafkan mak, ya sayang" kata Karina.
Melihat Haikal seperti tidak mahu di hampiri olehnya. Karina pun keluar dari bilik Haikal.
Karina keluar dari bilik Haikal menuju ke biliknya.Karina membuka pintu biliknya dan masuk ke dalam bilik. Kirana memadang sekeliling biliknya. Bilik yang penuh kenangan bersama Hakimi.
Air mata Karina mengalir mengingatkan kebodohan dirinya. Kerana telah mekhianati suaminya dengan Haris.
"Haris hang tak guna,tak guna" jerit Karina sambil tangannya menarik-narik rambut.
Petangnya dalam jam 6.30 Hakimi sampai di rumah. Fatini,Danish dan Damira sudah berada di kazebo di luar rumah menunggu Hakimi pulang dari kerja.
Hakimi keluar saja dari kereta Fatini pun menghampiri suaminya itu dan berjalan bersama masuk ke dalam rumah.
"Tengahari tadi Rina datang ada buat apa-apa tak dekat sayang." kata Hakimi.
" Kak Rina tak buat apa-apa la. Kak Rina cuma nak ambil Haikal saja." kata Fatini.
"Sayang rasa nak biar dulu Haikal tinggal dengan Rina.Atau lusa nak balik kerja abang singgah ambil Haikal dulu" tanya Hakimi.
"Terpulang dekat abang la. Sayang tak kisah,lagi pun itu urusan abang dengan kak Rina." kata Fatini.
Hakimi dan Fatini masuk ke dalam bilik. Hakimi membuka bajunya dan mengambil tuala untuk mandi.
"Sayang tak mahu mandi sekali dengan abang" kata Hakimi.
"Tak mahu la, ayang baru ja lepas mandi tadi." kata Fatini malu-malu.
Bilik Hakimi dan Fatini sudah ada bilik air dan tandas.Hakimi membuatnya supaya memudahkan Fatini bila dalam pantang nanti.
Ketika Hakimi mandi Fatini pun mengambil pakaian suaminya di dalam almari. Untuk di pakai bila suaminya sudah siap mandi nanti. Selesai mandi Hakimi pun keluar dari bilik air. Hakimi memakai pakaian yang sudah Fatini letakkan di atas katil.
"Hari ni baby dalam perut ni tak banyak ragam" kata Hakimi sambil tangannya menyetuh perut Fatini.
"Pagi dengan malam ja baby ni suka nak tendang-tendang perut ayang. Waktu lain kurang" kata Fatini.
"Mak! Nasi dan lauk pauk Mira dah letak atas meja." jerit Damira dari luar bilik Hakimi dan Fatini.
"Ha nanti mak dengan ayah keluar kita makan sama-sama. Sebelum ayah dan Danish pergi masjid" kata Fatini. Lalu Fatini dan Hakimi pun keluar nenuju ke meja. Di meja sudah ada Danish dan Damira.Walau pun sebenarnya mereka sekeluarga merasakan hari ini seperti tidak lengkap kerana Haikal tidak ada.
Share this novel