Telefon bimbit Hakimi berbunyi lalu ia mengambil telefon bimbitnya itu. Hakimi melihat tertera nama anaknya Damira di skrin telefonnya. Lalu Hakimi pun menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum ayah" kata Damira.
"Walaikumusalam, ada apa telefon ayah waktu kerja ni" kata Hakimi.
"Mak tak dak dekat rumah, maksu kata pagi tadi makcik Rina datang. Lepas tu mak naik kereta makcik Rina, sampai sekarang mak tak balik lagi"kata Damira dengan nada sebak.
"Nanti ayah akan pergi jumpa makcik Rina hang" kata Hakimi.
"Ayah cepat tau, Mira risau lah" kata Damira.
"Ok ayah nak pergi dah ni" kata Hakimi lalu ia pun mematikan panggilan. Hakimi pun terus bangun dari bangkunya dan keluar dari bangunan pejabatnya menuju ke arah kereta.
Fikiran Hakimi gelisah memikirkan tentang isterinya Fatini. Apa yang akan Karina lakukan pada Fatini. Dengan keadaan Fatini yang sedang sarat mengandung mustahil ia mampu untuk melawan Karina.
Hakimi memandu keretanya menuju ke arah rumah Karina. Sampai di rumah Karina, Hakimi lihat tidak ada kereta Karina. Lalu Hakimi pun menuju ke tempat kerja Karina.
Hakimi sampai di tempat kerja Karina lalu ia pun masuk. Hakimi pun bertanya staf di situ tentang Karina. Staf itu memberitahu bahawa Karina tidak masuk masuk kerja hari ini. Lalu Hakimi pun keluar dari situ.
Hakimi masuk kembali ke dalam kereta. Fikirannya buntu memikirkan Fatini. Hatinya betul-betul risau memikirkan Fatini.
Hakimi berfikir perlukah ia ke balai polis untuk membuat laporan tentang Fatini. Tapi kehilangan Fatini belum cukup 24 jam lagi.Hakimi berharap Karina tidak akan melakukan perkara yang memudaratkan Fatini.
Hakimi memandu kereta ke arah bangunan syarikatnya. Dia berfikir untuk bertanya pada pekerjanya tentang Napsiah ibu Karina. Kerana Ibu Karina pernah bekerja di syarikatnya. 2 orang pekerjanya yang pernah bekerja bersama Napsiah ibu Karina masih lagi bekerja di syarikatnya.
Sampai di pejabatnya Hakimi pun meminta pembantunya memanggil 2 pekerja itu. Pembantu Hakimi pun mencari 2 pekerja tersebut dan menyuruh pergi ke ruangan pejabat Hakimi. 2 pekerja tersebut pun pergi menuju ke arah pejabat Hakimi. Tok,tok,tok bunyi pintu di ketuk.
"Masuk" kata Hakimi.
Lalu 2 pekerja itu pun membuka pintu untuk masuk.
"Silakan duduk" kata Hakimi.
Mereka berdua pun duduk di bangku depan meja Hakimi.
"Ada apa encik Hakimi panggil kami berdua ni?" tanya mereka. 2 pekerja itu seorang bernama Roslan seorang lagi bernama Zaitun.
"Kamu berdua pernah bekerja dengan makcik Napsiahkan." tanya Hakimi.
"Ya kami memang pernah pernah kerja sekali dengan Napsiah. Ada apa dengan makcik Napsiah?" tanya Zaitun.
"Bukan Napsiah tu ibu mentua encik ke?" tanya Roslan.
"Saya dan anaknya dah bercerai. Kamu berdua tahu tak di mana dia tinggal?" tanya Hakimi.
"Rasanya saya tahu dekat mana Napsiah tinggal. 2 tahun lepas saya ada pergi masa anaknya yang bongsu kahwin"kata Zaitun.
"Boleh beritahu saya alamatnya tak?" kata Hakimi.
"Tapi agak jauh rumahnya. Rumahnya jauh pada orang sebab tanah tu ja yang dia mampu beli." kata Zaitun.
"Tak pa, yang penting saya nak alamat dia ja" kata Hakimi.
Zaitun pun memberitahu alamat rumah Napsiah. Selepas memberi alamat tersebut Zaitun dan Roslan pun keluar dari ruangan pejabat Hakimi.
Selepas 2 pekerjanya keluar Hakimi pun keluar dari ruangan pejabatnya menuju ke tempat keretanya. Hakimi menghidupkan enjin keretanya lalu memandu ke arah alamat yang di beritahu oleh Zaitun tadi.
Share this novel