Selesai berbincang dengan Affan, Fatini dan anaknya pun pergi ke tempat parking motor untuk pulang ke rumah. Sampai di rumah ibu Fatini sudah menunggu di depan pintu. Selepas mematikan enjin motor dan mancabut kunci Fatini pun menuju ke pintu rumah.
Maimunah ibu Fatini memang suka menunggu ke pulangan anak dan cucunya di depan pintu rumah. Sambil menunggu Maimunah akan duduk di lantai dan memelai 2 ekor kucing yang di bela oleh Fatini dan anaknya. Dua ekor kucing inilah yang selalu menemani Maimunah ketika anak dan cucunya tiada di rumah.
" Mak, maaf lambat sikit balik hari ni"kata Fatini pada ibunya.
"Tak pa, mak faham " kata Maimunah.
"Opah tadi dekat sekolah ada cikgu kenal mak dengan ayah" kata Damira
"Iya ke,cikgu tu macam mana boleh kenal dengan hang Fatini?" tanya Maimunah.
"Cikgu tu sepupu abang Hakimi, dia baik."kata Fatini.
Danish hanya mendengar saja apa yang keluarganya bualkan. Fatini juga memberitahu tentang Affan ingin memberitahu tentang Danish dan Damira pada Hakimi.
"Memang patut pun Hakimi tahu tentang Danish dan Damira. Lagi pun Danish dan Damira ni anak dia menjadi tanggungjawab Hakimi untuk bagi nafkah." kata Maimunah.
Fatini sedar apa yang di katakan oleh ibunya itu betul. Lagi pun tahun ini anaknya akan mengambil ujian PT3. Banyak juga buku-buku latihan yang perlu di beli oleh anaknya.
Apa lagi anaknya dua orang yang akan mengambil ujian PT3. Sudah tentulah semuanya kena beli seorang satu.
Petang itu Affan pulang ke rumahnya selepas berbincang dengan Fatini. Di rumah ada isterinya dan 1 orang anak lelakinya yang baru berumur 10 tahun.
Selepas Affan dan isterinya mengambil Kaisara tinggal bersama mereka ,5 tahun kemudian isteri Affan mengandung. Dan lahir lah anak lelakinya diberinama Akmal.
Akmal anak Affan sudah berusia 10 tahun bersekolah darjah 4. Manakala kaisara yang sudah berumur 20 tahun kini berlajar di universiti.
Affan menceritakan pada isterinya tentang ia bertemu dengan Fatini bekas isteri Hakimi.Dan menceritakan tentang anak kembar Hakimi. Mendengar kata-kata suaminya ada perasaan teruja pada isteri Affan untuk melihat anak kembar Hakimi .
Malam ini Affan menelefon Hakimi memberitahu ingin berbincang sesuatu dan meminta Hakimi ke rumah bila ada kelapangan. Dan meminta Hakimi datang sendiri tanpa membawa isteri nya. Tapi boleh jika mahu nembawa Haikal sekali.
Hakimi memberitahu minggu depan hari ahad baru ia akan datang. Tapi Hakimi kena bawa Haikal kerana isterinya ada perjumpaan bekas pelajar sekolah menengah. Jadi Hakimi terpaksa menjaga Haikal.Haikal jarang di bawa ke restoran dan shoping mall kerana Haikal tidak reti duduk diam.
Hakimi datang ke rumah Affan seperti yang di janjikan oleh Hakimi. Sampai di depan pagar rumah Affan,Hakimi memberi salam dan Affan pun menjawab salam dan membuka pintu.
Affan menjemput Hakimi dan Haikal masuk ke rumah. Hakimi pun masuk ke dalam rumah sambil memimpin anaknya Haikal. Selepas masuk ke dalam rumah Hakimi dan Haikal duduk di sofa di ruang tamu.
"Ada hal penting apa yang hang nak bagi tau sangat ni" tanya Hakimi sambil memerhatikan anaknya Haikal yang bermain di ruang tamu.
"Hang ingat tak Fatini bekas isteri hang dulu" kata Affan.
"Fatini, malas la ingat kisah lama. Lagi pun aku dah bahagia dengan Karina dan Haikal" kata Hakimi.
"Hang tak mahu ambil tahu ke kehidupan dia. Aku ada jumpa Fatini dan 2 orang anak dia" kata Affan.
"Untuk apa, lagi pun aku dengan dia tak dak hubungan apa-apa dah pun" kata Hakimi.
"Hang masih ada hubungan dengan anak Fatini" kata Affan.
Hakimi terkejut mendengar kata-kata Affan. Sambil mata memadang ke arah muka Affan.
"Apa maksud hang ni" kata Hakimi.
"Anak Fatini tu anak hang, tahun ni depa nak ambil ujian PT3" kata Affan.
Mendengar kata-kata Affan,Hakimi terdiam dan tergamam. Dia tidak menyangka bahawa dia masih mempunyai anak selain Haikal. Hatinya berasa bersyukur sangat.
"Macam mana keadaan anak aku,di orang sihat ke"tanya Hakimi.
" jangan risau anak hang kedua-duanya sihat dan normal. Anak perempuan hang Damira pelajar pintar dan Danish cuma perlu usaha lebih sikit" kata Affan.
"Aku teringin nak jumpa depa,aku juga ingin minta maaf dengan keluarga Fatini." kata Hakimi agak sebak.
"Boleh tapi kena hari ahad sebab Fatini kerja kalau hari lain. Nanti aku akan bagi tau Fatini dan anak-anak hang." kata Affan.
Selesai bersembang dan berbincang Hakimi pun pulang ke rumahnya di kedah. Perjalanan dari rumah Affan ke rumahnya mengambil masa 1 jam setengah. Dulu Affan mengajar di sekolah di kedah dan ada beli rumah taman di kedah. Tapi rumah taman tu jenis lama dan tidak berapa besar.
Kerana itu Affan membeli pula rumah taman di perak utara. Rumah barunya ini agak besar dan luas.Rumah lamanya di kedah sudah Affan jual. Sebelum pemohonannya lulus untuk bertukar ke sekolah Damira dan Danish, Affan terpaksa berulang-alik dari rumah barunya ke sekolah lamanya hampir 1jam setengah.
Share this novel