Bab 4

Drama Completed 39314

Farish selepas 4 hari berada di hospital sudah boleh pulang ke rumah. Kaisara pula hanya 2 hari saja berada di hospital. Keluar dari hospital kaisara tinggal di rumah Maimunah dan di jaga oleh Fatini. Fatini tidak dapat bekerja lagi kerana terpaksa menjaga Kaisara.

Hakimi akan datang melawat Kaisara setiap hari minggu. Kaisara sangat rapat dan manja dengan Fatini. Urusan borang pernikahan telah banyak yang siap. Hari pernikahan bakal di langsungkan lagi sebulan.

Keluarga Fatini tidak meminta hantaran. Hanya mas kahwin sahaja sebanyak RM1000.00. Dan hanya membuat kenduri doa selamat pada hari nikah. Hanya jiran terdekat sahaja yang di panggil.

Sebelah Hakimi pula memang tidak ada buat majlis. Kebanyakan kawan-kawan Hakimi tidak tahu tentang pernikahan ini. Begitu juga dengan kekasihnya.

Hanya seorang kawan Hakimi yang tahu tentang pernikahan ini. Kawan rapatnya itu juga adalah sepupunya sebelah ibu. Sepupunya itu bernama Affan.

Selesai majlis pernikahan malamnya Fatini masuk ke dalam bilik yang sudah ada Hakimi di dalam bilik itu. Fatini membuka pintu bilik dengan berdebar- debar. Selepas ia membuka pintu bilik dan masuk ke dalam bilik ia milihat Hakimi masih belum tidur. Mata Hakimi memandang ke arahnya.

Fatini terasa gugup dengan pandangan mata Hakimi pada dirinya. Tiba-tiba Hakimi berkata padanya." Aku tak akan sentuh kau. Kerana kau bukan taste aku dan aku berkahwin dengan kau kerana ingin membalas apa yang telah abang kau lakukan" kata Hakimi.

Fatini terdiam mendengar kata-kata Hakimi. Di hatinya berbisik,bukannya salah aku kenapa aku jadi tempat dia membalas dendam.

" Kau tidur dekat lantai. Jangan gatal nak tidur sekali, esok kau dan Kaisara akan ikut aku balik" kata Hakimi lagi.

Fatini hanya terdiam dan menganguk. Lalu Fatini mengambil toto dan batal lalu ia tidur di lantai.Bagi Fatini ia agak beruntung juga Hakimi tidak mahu menyentuh dirinya.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Fatini bangun membersihkan badan dan mengambil wuduk untuk menunaikan sembahyang subuh.

Fatini agak serba salah ingin mebangunkan suaminya Hakimi untuk sembahyang subuh. Selesai sembahyang dia cuba mengoncang badan Hakimi. Hakimi tersedar dan matanya memandang Fatini.

"Abang bangun sembahyang subuh" kata Fatini.

"Jangan nak berlagak alim sangat la, lain kali tak perlu nak gerak aku sembahyang subuh." kata Hakimi.

Fatini terdiam mendengar kata-kata Hakimi. Melihat Hakimi tertidur kembali Fatini pun keluar dari bilik menuju ke dapur. Di dapur Fatini membantu ibunya membuat sarapan.

"Mak,Kaisara belum bangun lagi" tanya Fatini pada ibunya tentang Kaisara. Malam tadi kaisara tidur bersama Maimunah. Selalunya Kaisara akan tidur bersama Fatini.

"Malam tadi kaisara tidur lewat. Sebab tu tak bangun lagi." kata Maimunah.

"Mak, nanti Fatini akan ikut abang Hakimi balik ke rumah dia. Fatini rasa takut la" kata Fatini.

"Jangan risau la. Hakimi tu dah jadi suami hang. Jadi hang kena ikut kemana dia nak bawa hang" kata Maimunah.

"Kalau dia buat hang yang bukan-bukan bagi tau dekat abang" kata Farish.

"Abang boleh buat apa, kaki pun tak elok lagi" kat Fatini.

"Sudah, pergi panggil suami hang ajak sarapan" kata Maimunah.

Mendengar kata-kata ibunya, membuatkan Fatini malas ingin memanggil Hakimi. Tapi di sebabkan ibunya menyuruh juga Fatini pun terpaksa pergi ke bilik untuk mengajak Hakimi sarapan.

Fatini membuka pintu bilik ia melihat Hakimi sudah bangun dari tidurnya.

"Abang,mak ajak sarapan." kata Fatini.

"Nanti saya pergi la. Awak siapkan Kaisara lepas sarapan kita balik." kata Hakimi.

Fatini pun mengemas barang-barangnya serta barang Kaisara untuk di bawa ke rumah Hakimi. Ada perasaan sedih di hati nya. Fatini merasakan dirinya seperti belum mahu berpisah dengan ibunya.

Kerana selepas ini mungkin Fatini agak sukar untuk berjumpa dengan ibunya. Kerana dia akan mengikut Hakimi ke kedah kerana Hakimi bekerja disana. Arwah abang Hakimi tinggal di selangor. Tapi Hakimi tinggal di kedah. Semasa kejadian kemalangan itu kebetulan Hakimi berada di selangor untuk berjumpa Abangnya.

Tapi Hakimi cuma mampu berjumpa dengan jasad abangnya saja. Kerana itu Hakimi memang terlalu sedih dengan kejadian kemalangan itu. Sedangkan ada hal penting ingin ia bincangkan pada abangnya.

Selepas siap mengemas apa yang patut Hakimi,Fatini dan Kaisara pun bersalaman dengan Maimunah dan Farish sebelum mengundur diri untuk berangkat ke kedah.

Hakimi,Fatini dan Kaisara pun memasuki kereta toyota vios milik Hakimi. Dalam perjalanan Fatini banyak mendiam diri saja begitu juga dengan Hakimi yang lebih fokus memandu.

Hanya mulut Kaisara yang suka berceloteh bercerita itu ini. Kaisara duduk dibangku sebelah pemandu manakala Fatini duduk di bangku belakang. Hampir 6 jam perjalanan baru mereka sampai di kedah.

Mereka hanya berhenti sekali di rnr untuk makan dan ke tandas. Dalam pukul 4 petang mereka sampai dan Hakimi memberhentikan keretanya dan mematikan enjin. Fatini turun dari kereta dan mengambil barang untuk di bawa masuk ke dalam rumah.

Kaisara yang tertidur terbangun bila mendengar Hakimi dan Fatini membuka pintu dan menutup pintu kereta. Kaisara mengosok matanya yang baru terbangun.

Hakimi mengeluarkan kunci lalu membuka pintu rumah tersebut. Hakimi tinggal di rumah taman 2 tingkat. Fatini perasaan jiran sebelah dan depan rumah Hakimi kebanyakkannya bukan melayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience