Sudah 4 hari Hakimi, Fatini dan anak-anaknya menginap di hotel ini. Dan mereka juga ada membeli sedikit barang untuk di bawa pulang. Hari ini mereka akan bertolak pulang ke perak utara.
"Macam mana sayang rasa boleh tak ni nak balik" kata Hakimi.
"Boleh la. Lagi pun dah beli limaukan untuk buat makan dalam kereta. Supaya boleh hilangkan rasa loya tu nanti" kata Fatini.
"Abang risau sayang dan baby dalam perut tu ja" kata Hakimi.
"Ala, macam mana pun kita kena balik juga. Minggu depan keputusan ujian PT3 akan keluar dah." kata Fatini.
"Ya la, tapi kalau rasa nak muntah atau loya bagi tau. Nanti abang akan cari tempat untuk berhentikan kereta" kata Hakimi sambil mrmbantu Fatini yang sedang menyusun pakaian dalam beg.
Mereka sekeluarga pun bertolak pagi untuk pulang.Dalam 3 jam setengah mereka sampai rumah Affan. Hakimi menurunkan Kaisara di rumah Affan. Hakimi,Fatini dan anak-anaknya tidak turun dari kereta kerana Fatini kambali rasa pening dan loya. Selepas Kaisara turun dari kereta, Hakimi pun meneruskan memandu ke rumah Fatini.
Sampai di halaman rumah Hakimi pun memberhentikan keretanya. Ia melihat Fatini di bangku sebelahnya terlena. Ia memberi isyarat pada anak-anak supaya tidak membangunkan Fatini.Hakimi juga meminta anak-anaknya membawa masuk barang ke dalam rumah.
Selepas pintu rumah di buka oleh Danish. Haikal pun meluru masuk ke dalam rumah. Sementara itu Hakimi membuka pintu kereta sebelah Fatini lalu mengakat tubuh Fatini untuk membawa masuk ke dalam rumah. Danish Dan Damira hanya tersenyum melihat ayah mereka mendukung ibu mereka.
"Tak sangka sayang juga ayah pada mak" kata Damira pada abangnya.
"Mesti la sayang,sebab tu hangpa nak dapat adik lagi" kata Hakimi yang kebetulan terdengar kata-kata Damira.
Danish membukakan pintu bilik untuk ayahnya. Hakimi pun meletakkan Fatini di atas katil perlahan-lahan.
"Nasib baik badan mak hangpa ni kecil molek ja boleh la ayah dukung" kata Hakimi semasa keluar dari bilik.
"Kalau badan macam isteri paksu tentu ayah tak boleh angkat kan" kata Damira.
Isteri paksu badannya agak gempal sedikit. Berat badan pun lebih 60 kilo. Paksu pulak kurus kering ja.
"Dengar dekat maksu dia cilikan mulut hang tu" kata Danish.
"Abang jangan bagi tau dekat maksu pulak" kata Damira.
"Tahu takut" kata Danish.
"Sudah la tu. Tengahari ni nak makan apa, nak masak ke ,nak beli ja"kata Hakimi.
" Ayah beli dah siap masak ja la. Lagi pun dah lewat dah ni" kata Damira.
"Danish jom ikut ayah pi beli makanan untuk tengahari. Mira hang tolong tengok-tengokkan mak dan Haikal." kata Hakimi.
Lalu Danish pun mengikuti ayahnya
Untuk membeli makanan tengahari di kedai. Mereka hanya menaiki motor sahaja untuk ke kedai.
Kerana kepala Fatini masih merasa pening. Sebelah malamnya Hakimi memasakkan nasi goreng saja untuk makan malam bersama anak isterinya.
"Pandai juga ya ayah masak" kata Damira.
"Tengok la ayah sapa" kata Hakimi.
"Ada-ada ja la hangpa ni" kata Fatini yang baru keluar dari bilik terus menuju ke dapur.
"Sayang masih pening lagi" kata Hakimi.
" Dah elok sikit" kata Fatini.
"Mak malam ni ayah masak nasi goreng untuk kita semua." kata Danish.
"Pandai juga abang masak" kata Fatini.
"Setakat nasi goreng tu boleh la. Danish hang pi panggil Haikal makan sekali" kata Hakimi.
Danish pun pergi ke bilik untuk memanggil Haikal. Haikal pun mengikut Danish ke meja makan yang sudah ada nasi goreng di atas meja. Malam ini mereka makan bersama dengan Hakimi. Esok pagi Hakimi akan pulang ke kedah.
Paginya selesai sembahyang subuh dan sarapan Hakimi pun pulang ke kedah.Sampai di perkarangan rumahnya ia melihat ada kereta Karina. Ini bermakna Karina berada di rumah.
Hakimi mematikan enjin keretanya lalu ia pun keluar dari kereta munuju ke pintu rumahnya. Ia cuba membuka pintu tapi berkunci jadi ia pun mengambil kunci untuk membuka pintu. Selepas dapat membuka pintu Hakimi pun masuk ke dalam rumahnya.
Hakimi pun menuju ke arah biliknya. Ia pun membuka pintu dan ia melihat Karina sedang bersiap untuk pergi kerja. Karina terkejut melihat Hakimi yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik.
"Abang bila sampai, maaf ayang tak dengar bunyi kereta abang tadi"kata Karina.
"Abang nak tanya sikit dengan Rina hari ni" kata Hakimi dengan nada agak keras.
"Ada apa,nampak serius ja ni" kata Karina
"Abang nak tahu apa hubungan Rina dengan Haris" kata Hakimi.
Karina terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hakimi.
"Sayang dengan dia cuma kawan biasa saja, kenapa ?"kata Karina.
"Kalau sekadar kawan biasa kenapa sampai berpengangan tangan seperti pasangan suami isteri" kata Hakimi.
"Mana ada ayang berpegangan tangan dengan Haris" kata Karina.
"Ini apa" kata Hakimi sambil menunjukkan rakaman video.
Karina terkejut melihat rakaman video tersebut.
"Abang rakaman video ni ada orang edit. Video ni tak betul"kata Karina.
"Selama ini abang terima Karina seadanya. Tapi abang tak sangka Karina sanggup keluar dengan lelaki lain siap berpengangan tangan lagi" kata Hakimi.
"Abang semua ni tak betul,percaya lah."kata Karina sambil mengalirkan air mata.
"Abang akan lepaskan Rina, minggu depan kita jumpa dekat mahkahmah. Rumah ni abang beli atas nama Rina jadi Rina boleh terus tinggal di rumah ni." kata Hakimi sambil ia pun keluar dari bilik dan terus menuju ke keretanya.
Share this novel