Pagi ini fatini akan ke sekolah untuk mengambil sijil keputusan SPM. Sebenarnya hampir 5 bulan keputusan keluar tapi Fatini tidak mengambilnya kerana berada di rumah Hakimi di kedah. Sampai di sekolah fatini pun pergi ke pejabat.
Keputusan Fatini agak baik dan lulus semua subjek. Tapi fatini tidak dapat mennyabung perlajarannya pada tahun ini. Kerana agak lewat untuk mendaftar. Fatini merasakan ia harus mencari kerja tetap.Sebulan yang lalu umur fatini sudah cukup 18 tahun.
Hampir 2 minggu Fatini di rumah ibunya.2 hari ni kepala Fatini sering pening dan sebelah paginya Fatini akan merasa mual dan muntah. Ibu Fatini perasan dengan perubahan yang di alami anaknya itu.
"Fatini hang dah berapa lama tak datang haid?"tanya ibunya.
"Rasanya bulan ni dah lewat hampir 2 minggu"kata Fatini.
"Rasanya hang ni mengandung ni"kata Maimunah.
Fatini terdiam mendengar kata-kata ibunya.Ia baru ingin memulakan hidup baru dengan bekerja. Tapi sekarang jika ia mengandung bagai mana dengan nasibnya.
Melihat Fatini seperti risau, Maimunah menghampiri anaknya itu lalu memeluknya.
"Fatini jangan risau la. Mak ada akan jaga fatini dengan cucu mak ni"Kata Maimunah menenangkan Fatini.
Mendengar kata-kata maimunah air mata Fatini mengalir.
"Jangan risau abang pun ada akan jaga adik abang ni dan bakal anak saudara abang" kata farish sambil menghampiri ibu dan adiknya itu.
Fatini tidak menyangka abangnya farish sudah banyak berubah. Mungkin inilah hikmah di sebalik apa yang terjadi pada dirinya.
Semasa mengandung Fatini tidak bekerja. Fatini hanya berada di rumah dan melakukan kerja rumah mengemas dan memasak untuk ibu dan abangnya. Ibu dan abangnya yang akan menemani fatini pergi ke klinik untuk mengecek kandungannya. Mulanya Fatini seperti tidak boleh terima kehadiran anak dalam kandungannya. Tapi semakin besar kandungan hatinya semakin menyanyangi anak yang di kandungnya.
---------
Sekarang anak Kembar Fatini pun sudah berumur 3 tahun. Fatini mula bekerja selepas anaknya berumur 4 bulan. Fatini hanya bekerja sebagai operator pangeluaran di sebuah kilang yang mengambil masa setengah jam perjalanan dari rumah ke kilang tempat ia bekerja.
Fatini mendapat anak kembar tidak sama jantina seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Yang sulung lelaki di berinama Mohd Danish awal 3 minit dari adiknya bernama NurDamira.
Selepas Fatini mula bekerja ibunya Maimunah yang menjaga Danish dan Damira. Maimunah sudah berhenti kerja selepas Fatini mendapat kerja. Fatini merasakan hidup sudah lengkap kerana mempuyai 2 orang anak yang sangat ia sayangi.
Walau pun ramai rakan-rakan kerja lelaki yang ingin mendekatinya. Tapi Fatini menolak kerana bagi ia anak-anaknya paling utama. Fatini tidak percaya ada yang mampu menyayangi ke 2 anaknya seperti dirinya.
---------
Di sisi lain Hakimi sedang berdebar-debar menunggu kehadiran cahaya matanya bersama isteri tersayangnya Norkarina. Norkarina selamat melahirkan anak lelaki. Tapi anak itu terpaksa di letakkan di wad NCU kerana lahir pramatang dan di dalam kepalanya ada cecair belebihan.
Hampir 2 tahun Hakimi dan Norkarina menantikan cahaya mata. Tidak sangka anak mereka akan melalui semua ini. Apa lagi doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang cairan tersebut bila anaknya sudah besar sedikit.
Hakimi menamakan anaknya itu Mohd Haikal. Isteri Hakimi pula setelah melahirkan Haikal terpaksa di masukkan di ICU kerana mengalami masalah ketika melahirkan Haikal. Norkarina mempuyai penyakit darah tinggi,kencing manis dan kurang darah ketika mengandung. Sebelum mengandungkan Haikal Norkarina pernah keguguran 2kali ketika umur kandungannya 3 bulan dan 4 bulan. Setiap hari Hakimi melawat isteri dan anaknya di hospital.
Hampir seminggu Norkarina berada di ICU baru di tukar ke wad biasa. Di wad biasa Karina berada 5 hari baru di benarkan keluar dari hospital. Haikal anak Hakimi dan Karina tetap berada di hospital untuk pemantauan.
Hampir 7 bulan Hakimi dan Karina ulang-alik ke hospital melihat Haikal. Hari ini Haikal akan melakukan pembedahan di kepalanya untuk membuang cairan belebihan. Doktor juga telah memberitahu resikonya. Haikal mungkin tidak akan normal seperti kanak-kanak lain.
Hakimi dan karina menerima semua ini dengan tabah. Selepas Haikal selamat melakukan pembedahan di kepalanya. Haikal terpaksa berada di hospital selama sebulan kerana doktor ingin melihat perkembangannya. Selepas sebulan Haikal pun boleh keluar dari hospital.
Hakimi dan Norkarina sangat gembira walau pun anak mereka Haikal tidak normal seperti kanak-kanak lain. Lagi pun Haikal adalah satu-satunya anak yang mereka ada. Lagi pun selepas ini karina tidak akan mampu untuk mengandung lagi.
Kerana Hakimi dan Karina bekerja,Haikal di hantar ke pengasuh. Hakimi mempuyai syarikat pembersihan di kedah. Syarikat pembersihan itu di warisi dari ibunya.Manakala Norkarina pula bekerja sebagai pegawai bank.
Share this novel